Januari 16, 2015

Cerpen Jumaat : Bagaimana Melayan Perasaan Seorang Isteri Yang Gemar Ber-"Till Jannah?"

"Sayang, sayang, kalau lah ditakdirkan kita masuk syurga nanti.....macam saya selalu sebut dalam Facebook, saya harap kita pasangan yang till jannah," Alina bertanya kepada Halim.

Halim bersedia. Ini nampaknya satu cubaan untuk memerangkap beliau dengan soalan yang dijawab betul salah, dijawab salah pun salah.

".....Mahu tak awak meneruskan kehidupan perkahwinan kita disyurga, sedangkan ada ramai lagi gadis penghuni syurga yang boleh awak pilih sebagai pasangan awak di sana?"

Halim terdiam.

Dia terus menatap surat khabar yang dipegangnya. Memang dari dulu dia menyampah dengan isterinya yang setiap masa duk update Facebook dengan apa yang mereka lakukan bersama-sama. Habis aje posting, Alina akan sudahi dengan till Jannah dan feeling blessed.

Dah berkali-kali ditegur tapi Alina selalu menjawab itu semua untuk sharing kebahagiaan. Kongsi sesuatu yang positif sebab terlalu ramai yang suka letak benda-benda negatif dalam internet seperti sebuah blog ini yang hari-hari cerita benda negatif.

Halim pula adalah pembaca setia blog itu.

"Tengoklah berapa lama awak duduk dalam neraka tu, nanti saya pergi melawat dulu. Bila awak dah lepas, tengoklah macam mana lepas tu. Tapi saya tak boleh janji apa-apa lagi," jawab Halim dengan yakinnya.

"ABANGGGGG!!" jerit Alina.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama sebenar ko irmayandi idris eh? k..ade myspace account rupenye

Tanpa Nama berkata...

lol... sharing kebahagian. It's show off obviously.

Tanpa Nama berkata...

taip berdegar2 untuk majukan melayu gambo pun dah tunjuk mengagungkan british puihhh, len kali tukar la crown salib tu pada tengkolok melayu ka? songkok melayu ka? tak cool ke? ke pki crown salib lebih nampak cool? kuang ajaq jannah2 tapi crown salib puihh!

eddeved berkata...

sila-sila dengar khutbah JUMAAT saya semalam ha ha ha!

http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/ode-buat-irmayandi-idris-volume-one.html

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot,

Btol ke sal buku tue. Ke main2 je.

Dah mcm kereta mayat la plak ader buku sendri.

Taniah bro..

P/S: Bg la review sket. Klau best nk beli.

Tanpa Nama berkata...

Kau dah kenapa ni.

Tanpa Nama berkata...

aku pon menyampah gak ending ayat "..til jannah" tu. joboh.

Fara Abdul berkata...

terlalu banyak berangan melayu ni.

jannah dan neraka tu hak Allah. sapa pun x tahu adakah kita ke syurga atau neraka.

sebelum kita pasti tempat kita di mana, x payahla nak berangan cinta sampai ke syurga