Januari 05, 2015

Kenapa Lawak Hisap Nenen Boleh Masuk TV Tapi Filem Berhaluan Kiri Diharamkan?

1. Lembaga Penapisan Filem banned macam-macam filem dari luar malahan yang dari pengkarya tempatan yang kononnya mempunyai unsur-unsur tidak sihat...tapi membenarkan sebuah rancangan lagha, penuh maksiat, penuh awek seksi menayangkan bagaimana seorang lelaki melamar seorang gadis secara terbuka dengan alasan...benda tu sweet.

2. Bangsa kita punyalah sibuk nak carik jalan pasal kes anak luar nikah tapi drama tak habis2 menayangkan cerita pasal perempuan termengandung anak yang tak sure sapa bapak dia, macam mana couple yang terlanjur boleh jadi kekasih agung dan macam-macam lagi.

3. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang cukup takut makan babi tapi diorang langsung tak takut makan riba. Yang ambik loan labur ASB? Melayu! Yang join skim masuk duit emas bulan2 gerenti dapat income? Melayu! Yang takut benar termakan babi? Melayu!

4. Yang paling menakjubkan pada aku setakat ni....yang kutuk drama novel tulisan fantasi wanita mid life krisis? Ramai. Vokal memang vokal. Kutuk memang kaw-kaw. Yang defend nya sikit aje.....tapi buku2 yang laku tu jugaklah buku2 novel cinta fantasi crap ni.

5. Sama macam filem. Yang kata filem Ombak Rindu tu fuck up bodoh punya filem? Ramai. KL Gangster takde faedah? Ramai. Berjuta! Tapi yang pergi tengok pun berjuta! Kau pernah compare apa filem orang Cina Malaysia buat dengan apa filem yang orang Melayu buat? Kau tau filem mana yang lebih dekat dengan Islam? Filem orang Cina!

6. Semalam, sambil brekfes aku tengok satu promo pasal produk kecantikan orang Melayu. Promoter dia kata ubat dia tu dah dibacakan dengan surah berbagai juzuk, ada habbatus sauda, penuh nilai Islamik lah katakan...tapi apahal kau punya promo tu tunjuk perempuan tak tutup aurat tengah demo macam mana nak pakai produk kau?

7. Kenapa taste orang perempuan Melayu dalam marketing sangat teruk? Kau pernah tengok mana2 iklan D'Herbs punya produk kat TV? Ada satu aku tengok, awek nak park kereta dekat valet parking. Muka tak pakai produk, tak ada orang layan langsung. Dan dan dalam kereta dia tepek produk kat muka, terus beratur lelaki nak tolong dia. Kau tak rasa iklan2 macam tu degrading ke dekat wanita?

8. Orang suruh pakai tudung marah. Abang D'Herbs suruh kau tepek produk dekat muka baru diri kau ada nilai dekat lelaki kau tak rasa marah. Peliknya wanita Melayu...

9. Apa kejadahnya Maharaja Lawak Mega boleh buat lawak hisap nenen hakim pertandingan secara live? Mana dia hilang guideline penapisan siaran media woi?

10. Agama rasmi negara kita Islam tak silap aku. Tapi pasaipa banyak sangat adegan maksiat orang Melayu dalam TV ni? Depa tu takdak agama ka?


14 ulasan:

Prince of Noob berkata...

jalor out!

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

tapi betul la mantot. mmg filem ni mvm takde penapis. filem hindustan tu lagi bermoral drpd org melayu. sedih r. huhu. kl gangster tu betapa truk kesannye kat generasi muda. tapi penerbit tak nak mengaku n finas pon mcm tak wujud. siap ade adegan bukak seluar pompuan n rogol.prlu ke semua ni. ni bkn tgk wayang. tgk kat tv. ..huhu

plain83 berkata...

To curse or to cure, that is the question regarding our malays...

Unknown berkata...

Agreed.

Tanpa Nama berkata...

jangan kata yang xde agama ..kadang2 ustaz tengah bagi ceramah pun maki orang lain ...cth cam zamihan..dan seorang usatazah umno ntah apa apa..berbeza kalau kau tengok dakwah bukan melayu..seperti rahim green..yusoof estees..khalid yasin..mereka betul2 mengagungkan agama islam tiada dengki mendengki antara pendakwah.. dari situ kita dapat nilai melayu ,yang beragama pun x leh didik diri apatah lagi yang xde agama ..sampai la ni aku tengah cari pendakwah america kalau ada2 yang kutuk syair imam shafie..tapi x de pulak..

tukutz berkata...

Perempuan dengan make up mmg susah dipisahkan. Sorry kepada peminat ustazah sorang ni, tapi memang aku tak berkenan dgn nor bahyah (itu kot nama dia) sebab pakai make up tebal gila. Motip? Muka jadi macam wayang cina ada la.

Tanpa Nama berkata...

kutuk lagi.. banyak2 kutuk.. lepas kau kutuk berubah terus bangsa kita.. atau pun kau hanya umpama tin kosong? bunyi banyak tp dalam...? nak buat something tu biar la ada motif n bawa kebaikan or perubahan. kalau setakat syok sendiri duk kutuk dari bertaun2 lepas tapi takde pulak niat nak meningkatkan bangsa sendiri, baik diam je bro

Tanpa Nama berkata...

Aku salah seorang daripada berjuta Melayu yang ambik loan ASB. Apa salah dia ambik loan ASB? Cuba cerita sikit?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Anonymous January 6, 2015 at 4:32:00 PM adalah salah seorang pengguna tegar D'Herbs terlajak laris yang gemar membaca novel cinta sedih pilu kekasih agung sambil menghirup air kopi panas dari tujuh telaga masjid.

Mesti ada ramai yang tercalit setelah membaca penulisan mantot ni. Kalau yg jenis baca kemudian sedar dan berubah, maknanya mantot bukan tin kosong.

Tapi kalau ramai Melayu yg jenis macam awak ni........hmm. Baik awak diam je.

Tanpa Nama berkata...

Keyword: riba.

Papaseed berkata...

Terasa ke bang? Mesti ko rasa macam zakar ko disepak2 sebab kenyataan2 di atas memang betul, kan? Anyway, ko kutuk tapi still baca blog ni jugak. The joke is on you kah kah kah.....!

Tanpa Nama berkata...

ruang kau nak buat loan kau mengecik..kalo kau tak ada plan nak beli rumah..silakan bro..

F Wong berkata...

Blog ini mengajak kita agar berfikir, and we must have something to do about it.