November 04, 2014

Mahasiswa Mahu Kebebasan Berpolitik Dengan Menjadi Pak Turut Parti Politik

Minggu lepas kepada yang mengikuti arena politik negara, berlaku sedikit kekecohan di Universiti Malaya...Ahhh..UM..tempat aku try tekel sorang awek dan kemudian kena rejek sambil tangan aku pegang teddy bear...membuatkan aku sedikit fobia nak ke UM sekarang ni.

Kebelakangan ni, wujud gerakan mahasiswa yang cuba mengembalikan semula peranan mahasiswa dalam arena politik negara seperti yang telah berlaku pada tahun 70an di mana mahasiswa pada ketika itu, memainkan peranan yang aku rasa agak besar jugak dalam politik. Sebab masa tu mana ada Facebook, internet dan sebagainya...jadi diorang memang berpengaruh jugak, semua orang kenal bai..sehinggakan sampai sekarang kau boleh nampak muka2 yang sama jadi aktivis masa zaman 70 an dulu...sekarang ni dah jadi politician hebat.

Aku tak tau apa jadi kepada gerakan diorang ni tapi aku syak ada zaman di mana berlakunya supresi lembut ke atas mereka2 ni yang membuatkan peranan mahasiswa dalam politik sekarang...lebih kepada macam anak ayam yang kehilangan ibunya.

Sekarang ni muncul beberapa nama besar seperti Adam Adli (yang aku tak berapa suka corak politik dia kerana politik dia takde adab) dan yang terbaru...Fahmi Zainol, orang yang diangkat oleh Anwar Ibrahim sebagai "pengganti" dia.

Aku tak ada masalah mahasiswa nak berpolitik. Jika berlakunya akta yang menghalang mahasiswa berpolitik....kerajaan perlu fikir terlebih dahulu kenapa dia benarkan orang berumur 21 tahun mengundi. Sebab mengundi itu adalah satu pilihan politik. Kalau kau diberi kuasa untuk pilih kerajaan mana kau nak...kau sepatutnya dah cukup matang untuk berpolitik, tak gitu kerajaan pusat?

Cuma...gerakan politik mahasiswa dari dulu sampai sekarang style nya sama. Sekumpulan pelajar bersorak2 nak kebebasan. Sekumpulan lagi bersorak suruh yang nak kebebasan tu akur aje dengan pemerintah. Benda yang sama berlaku dalam Parlimen, itulah jugak yang berlaku dalam politik mahasiswa ni. Politik pecah belah.

Politik pak turut.

Mahasiswa adalah orang2 yang diharapkan mampu sumbang akal diorang pada negara. Kau masuk universiti, itu maknanya kau ada something. Tapi gunakanlah akal yang kau ada tu dan fikir, jika kau selalu melaungkan pasal kebebasan berpolitik..............kenapa akal politik kau tak bebas?

Kau fikirlah sendiri. Kau nak jadi aktivis..tapi apa yang kau laung-laungkan adalah isu yang sama dengan apa yang kerajaan atau pembangkang laungkan. Najib suruh kau kata A, kau kata A. Anwar suruh kata B, kau kata B. Najib claim kau pengganti dia, kau bangga, Anwar kata kau pelapis dia, kau bangga. Last2 kau akan jadi politician yang sama dari generasi ke generasi.

Kau mesti ada idea kau sendiri, sebab itu kau join jadi aktivis, kan? Dalam kepala kau mesti dah ada beberapa penambah baikan yang kau rasa kau mampu jadi penggeraknya. Tapi last2 isu kau adalah kebebasan untuk Anwar Ibrahim.

Apa cerita?

Kau damba kebebasan politik tapi politik kau sempit. Itu takkan membantu generasi2 akan datang kerana ini akan melahirkan negara yang mempunyai dua pihak yang saling tak mahu beralah, sama ada kau sokong kerajaan atau kau anti kerajaan. Pada aku lah, jika kau seorang mahasiswa dan kau nak berpolitik, kau tau apa yang negara kita perlukan sangat sekarang ni?

Pihak ketiga. Pihak yang mampu hentam dua-dua pihak dan mampu sokong dua-dua pihak. Pihak yang mampu bebaskan pemikiran mahasiswa dari belenggu politik old school negara kita dan wujudkan satu budaya politik yang matang dan mampu bekerjsama walaupun berlainan parti.

Tapi mahasiswa kita fanatik.

Kau tengok la sendiri korang label diri korang apa...Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa. Apa kejadahnya label tu? Kau tak nampak ke itu satu bentuk dasar pecah dan perintah yang akan melahirkan pak turut dan pak geleng2?

Kau mahu kebebasan?

Kebebasan berpolitik adalah apabila kau mampu sokong benda yang betul...tak kiralah yang anjurkan benda tu parti lawan kau. Sebab itu saja caranya kau nak improve politik kita ni. Kita perlu longgarkan sikit fanaticism politik kita dan tengok apa yang baik dalam politik.

Dua orang pemimpin dari parti berlawanan kentut....tak ada siapa pun suruh kau pilih kentut siapa lebih wangi...tapi pada ramai aktivis mahasiswa ni, diorang sendiri volunteer nak pilih kentut siapa yang wangi. Itulah dia politik mahasiswa yang aku nampak.

Berapa kerat pemimpin mahasiswa pro Anwar Ibrahim yang berani menyatakan secara terbuka "Langkah Kajang" yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah satu langkah bodoh, buang duit, buang masa dan paling penting...melawan semua prinsip demokrasi dalam negara?

Kalau ada pun mesti senyap2 sebab takut digelar pengkhianat...

Kau nak keadilan tapi kau nak keadilan pada sebelah pihak aje. Mana aci camtu. Alih2 pemimpin yang lahir oleh gerakan politik mahasiswa, adalah klon2 kepada pemimpin2 terdahulu. Klon Najib. Klon Anwar. Klon Mahathir. Klon Ahmad Maslan (ni paling ramai). Padahal, apa yang selalu dilaungkan....adalah kebebasan.

Bebas macam mana aku tak tau...kalau gaya bercakap pun dah sama macam pemimpin yang dia puja2? Last2 bila buat ceramah, yang menontonnya, mata tengok kau, tapi dalam kepala duk teringat orang lain yang kemungkinan besar akan jadi banduan.

Kau tak sedar ke diri kau kena game kat situ dengan pemimpin2 veteran ni?

Learning is a process of copying but when copying is the whole process of learning....you are not learning. You are cloning. The world is amazed when they can clone a sheep, but few realize humans has been cloned by those who have written the history.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha. Nak pikir luar kotak nanti dituduh liberal. Pikir jauh sikit dari agama dituduh sekular.

Kan JAKIM dah keluarkan fatwa.

Oh...kena ikut cara politik Islam berteraskan Quran dan Sunnah? Ada tak contoh negara Islam yang maju mengikut acuan Islam sebenar?

Tanpa Nama berkata...

Brunei

Tanpa Nama berkata...

Brunei maju ke? Kenapa tak Turki?
Aku setuju dengan artikel Mantot kali ni. Bagaimanapun ia jauh panggang dari ape kerana pelbagai faktor.

Antaranya faktor pendidikan/budaya/agama/media/politik kita yang berasaskan "what to think".

Berbeza debgan negara maju (bukan Brunei semestinya), mereka berteraskan "how to think"

Tanpa Nama berkata...

Power gila ko tot...ada pembaca bukan islam baca blog ko

Prince of Noob berkata...

mahasiswa mahasiswi kalau nak berpolitik, adalah dengan duduk di tengah2 dan berfikiran neutral bersuara mengkritik mana2 pihak yang tak betul, terutamanya pentadbiran di peringkat universiti, bukan jadi pawn mana2 parti politik.

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih suka "mengkritik dan memberikan idea".

Ferodo berkata...

Bernas tot. Itu apa yang aku dapat katakan.

PELiK berkata...

Aku mengaku aku pembangkang dan aku kanan ke kiri hentam je. Sudahnya dedua taknak kawan aku. Lepak dengan aktivis kanan kata aku jilat jubur, lepak dengan aktivis kiri kata aku macai.

Tanpa Nama berkata...

kalau ko jadi ahli politik ko mcm che gu bard...kehulu tidak, kehilir tidak...last last dua dua parti tengok dia tak der nilai..

kalau ko ada parti...parti ko parti bebas... mungkin boleh guna lambang beruang panda kot



eddeved berkata...

aku rasa cengginilah, bertuhankan manusia, lambat laun kau mati, tak tentu kau masuk neraka ke syurga, bertuhankan Allah, kalau kau susah, senang, menderita, kekurangan...kau zikir banyak-banyak kepada Allah, ada harapan hidup kau selamat...

Tuhan dah kasi tau kita siapa Anwar Ibrahim ni, kalau dia betul nak tolong kita dia sanggup masuk jail lima tahun...leader by example...tau-tau esok dia keluar aje Malaysia dah Utopia...rakyat boleh pakai Merc pi kerja, sistem pengangkutan dah bagus...Mandela masuk jail bertahun-tahun dia keluar aje...selamat dah Afrika Selatan! itu baru pemimpin yang meniupkan semangat perjuangan...kena jail pun sanggup! Rakyat yang ikut dia perjuangan letak kat perut aje...

Alasan aku? Nabi Yusuf sanggup masuk jail walaupun dia tak salah...pendakwaraya tak perlu ambik dna dia untuk pastikan dia yang buat tak senonoh atau bukan. Tapi dia gentle masuk jail...itu ibarat yang snagat baik Tuhan bagi...itu binding principle bagi yang dinaya...Anwar? ha ha! kat situ menunjukkan memang sah dia kaki sondol lah tu! Nauzubillah!

Kita kena selamatkan aqidah dari jembalang-jembalang nih semua!

Tanpa Nama berkata...

takyah bantah.masuk jail.and that'll prove someone's innocence.god, you're absolutely right!

Unknown berkata...

Ade betul.. Ade betul..

Tanpa Nama berkata...

Contoh cara berpolitik yg matang apa tot? Yg kau tulis tu cara Malaysia, atau lebih tepat cara melayu, Agaknya laa.

ezuddin berkata...

Diorang melaungkan perkara yang sama dilaungkan oleh ketua (or ketua - ketua) mereka baik di pihak Gov or Opp. Hmm

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

dah tu engkau buat apa lak?

Tanpa Nama berkata...

Herrrrgghhhh....ko lg..xde keja ke ko ni eddahdjabdjskab..malas nk taip nama ko..phuii

Tanpa Nama berkata...

ini aku sokong

Tanpa Nama berkata...

Takkan ko tak bersalah, ko nak biar je ko teranaiya, tak melawan, anwar melawan sbb die nak memperjuangkan kebenaran, klu biar die di penjare pe gune die memperjuangkan keadilan sedangkan die tidak melawan, semua prosedur yg die buat mcm amik dna tu adalah sbahagian proses undang2 yg ditetapkan.. faktanye anwar pernah di penjara bukan tak pernah, tapi takkan nak biarkan pisang berbuah 2 kali...