Oktober 29, 2014

Siapa Sangka Dalam Dokumen Rasmi Mahkamah Ada Skrip Brokeback Mountain?

Aku tiba ke kondominium tepat pada jam 2.45 tengahari. Sampai di sana, aku memasuki unit kondominium tersebut yang pintunya tidak berkunci.

Dia sedang menunggu aku di meja makan, lalu meletakkan dokumen dihadapan dia untuk dia semak dokumen tersebut.

Aku berbincang beberapa perkara berkenaan jadual kerja dan tidak lama kemudian, dia meminta aku melakukan hubungan seks terlarang bersama dia. Aku menolak dan dia tanyakan kenapa. Aku menjawab dalam nada negatif.

Dia naik berang tapi dia hanya mengarahkan aku masuk ke dalam bilik tidur utama rumah itu.

Aku ikutkan sahaja perintah dia. Dalam bilik, dia menutup kesemua langsir dan memadamkan lampu. Dia kemudian mengarahkan aku ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku menurut sahaja, masuk ke dalam bilik air mencuci diri dan kemudian keluar....

....dengan hanya memakai tuala.

Dia berdiri di bucu hujung kanan katil, hanya membaluti tubuhnya dengan tuala putih. Aku mendekati dia dan dia pun memeluk aku dengan erat.

Lubang anusku di masukkan zakarnya dengan bantuan cecair pelincir yang dikenali sebagai KY Jelly.

Selepas kami melakukan hubungan seks, aku mencuci kembali badanku dan duduk minum bersama dia. Tidak lama kemudian, aku meninggalkan unit kondominium tersebut.

Esoknya, aku menghantar surat kepada dia mengatakan aku ingin berhenti kerja.

ps - Siapa sangka, hanya dengan sedikit translasi, semua orang mampu menghasilkan skrip yang agak sesuai untuk difilemkan? Dokumen asal dalam bentuk PDF - Link.



Ruangan Iklan

Telekung ini tidak dibacakan sebarang doa atau ayat Quran.
Telekung ini juga tidak mempunyai kuasa ajaib.
Tetapi keajaiban tudung cotton ini adalah ia sangat selesa dipakai.


Klik untuk maklumat lanjut.



Oktober 28, 2014

Video Lucah Akan Jadi Alat Bantu Mengajar Sejarah Di Masa Hadapan

1. Jom fikir satu benda dengan aku.

2. Kau sedar tak betapa pentingnya video lucah dalam kehidupan kita?

3. Tanpa video lucah, kita tak tau mana satu pemimpin yang nak dipilih.

4. Tanpa video lucah, kita takkan tau Ustaz mana yang kita patut dengar nasihat dia.

5. Tanpa video lucah, kita takkan tau pemimpin mana yang jual agama untuk kuasa.

6. Begitulah pentingnya video lucah kepada negara kita.

7. Tak ada video lucah, kerajaan kita hari ini rasanya dah kalah kot pilihanraya hari tu.

8. Sebab ramai jugak yang tengok dan percaya video lucah.

9. Apa cerita dia ni nak pimpin orang tapi diri sendiri kuat seks dengan pelacur?

10. Kau nampak hakikat nya sekarang ni?

11. Video lucah menyelamatkan kita dari pilih pemimpin yang salah. Itu kata sesetengah orang.

12. Video lucah membuktikan yang ada satu golongan pemimpin yang tidak boleh dipercayai. Itu kata setengah golongan lain.

13. Video lucah adalah fakta yang menentukan pemimpin mana yang dia nak sokong.

14, Video lucah jadi tempat bergantung harap ramai rakyat Malaysia untuk buat keputusan.

15. Rasanya ada antara kita yang tanpa ada video lucah, dia tak dapat fikir parti mana yang dia nak sokong.

16. "Parti mana aku nak pangkah ni? Parti mana yang tak ada buat video lucah lah yang aku akan pangkah."

17. "Tontonlah dulu video lucah si polan ni sebelum anda pergi mengundi."

18. "Jangan pilih dia. Dia kaki seks. Ini video buktinya. Pangkah kami."

19. Sinonim gila dah video lucah dengan politik kita.

20. Dah zaman moden ni, rasa-rasanya boleh kot dalam buku sejarah diselitkan sekali video2 lucah untuk bantu anak-anak murid belajar menerima pihak mana yang lebih elok.

21. Yang paling sakit?

22. Aku, kau dan ramai lagi rakyat Malaysia seolah-olah dah lali dan terbiasa dengan video lucah.

23. Semua orang laki perempuan berebut nak tengok video lucah sebab nak pastikan kebenaran.

24. Video lucah itupun dianalisa dan dikaji sebaik mungkin based on pihak tu punya pandangan, sama ada nak dijadikan bukti atau nak disangkal kesahihannya.

25. Kau tak sedar ke, masyarakat kita oleh kerana terlalu taksub nak mencari kebenaran.....

26. Tengok video lucah tu dah jadi norma kita.

27. Sebab kita nak tau! Sebab kita nak pastikan betul atau tidak! Sebab kita nak pertahankan jika itu satu fitnah!Sebab kita tak nak orang teraniaya!

28. Persoalannya, ramai yang tak sedar, dia sebenarnya dah aniaya diri sendiri.

29. Kau tengok video lucah. Tak kiralah apa pun tujuan kau, core issue dia....kau tengok video lucah.

30. Bila masa Islam ada dua hukum pasal tengok video lucah?

31. Tengok untuk tujuan nak rasa seronok dan ghairah? Salah tu. Haram!

32. Satu negara tengok untuk pastikan siapa dalam video? Bila masa pulak boleh? Bila masa pulak tengok video lucah untuk tau kebenaran tu boleh?

33. Kau tau kenapa ahli-ahli agama bila isu video lucah keluar diorang akan awal2 terus sebut itu fitnah?

34. Sebab diorang faham yang macam mana pun kau nak tau kebenaran, kau tak boleh tengok video tu. Jadi, kena bersangka baik dan anggap itu semua fitnah. Betul atau tidak itu antara dia dengan Allah.

35. Tapi orang kita (termasuklah aku satu masa dulu) gigih tengok video lucah untuk menegakkan kebenaran. "Betul ke itu Ustaz yang terkenal tu? Bak aku tengok video dia supaya aku boleh tau. Kalau betul la, haram aku nak percaya dengan Ustaz tu lagi! Kalau salah, memang jahanam la sapa yang buat video tu!"

36. What the hell Melayu Islam? Mazhab mana kau ikut? Kau tak nampak ke betapa mudahnya kita diperkotak-katikkan pemikiran kita?

.................

Ruangan iklan.
Kurta Al-Hafiz kurta bermutu tinggi.
Selesa di pakai santai atau ke majlis rasmi. 


Klik untuk maklumat lanjut.


Oktober 24, 2014

Kisah Akhir Zaman 02 : Julia Benci Tudung

"Aku rimas pakai tudung ni..." bisik Julia kepada Azura.

"Ish, kau ni, pakai aje la. Habis subjek ni, kau bukak la balik," Azura berbisik. Ustazah Mastura memandang tepat ke arah mereka.

"Yes, Julia, Azura, ada apa-apa yang lagi penting berbanding pelajaran kita hari ini?" tanya Mastura. Azura mencebikkan bibir kepada Julia. "Ooppsie!"

"Takde apa Ustazah, saya just beritahu dekat Zura yang saya rimas dengan tudung ni," beritahu Julia. Satu kelas mereka tertawa.

"Kenapa awak rimas?" tanya Mastura.

"Ye lah, sebab tak praktikal. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita panas dan kita pulak diwajibkan untuk menutup aurat yang pada saya, kelihatan tidak selari dengan kehidupan masyarakat kita," Julia menjelaskan.

"Hmmm...." Ustazah Mastura memikirkan sesuatu.

"Ustazah, bukankah Islam tu adalah agama yang menyenangkan kita jadi kenapa saya perlu bangun pagi2, gosok tudung, pakai tudung dan pastikan tudung saya ni tak senget...sehingga membuatkan saya kelam kabut nak hadir ke kelas?" hujah Julia lagi.

"Betul tu Ustazah, saya setuju!" Azura menyokong hujah kawan baiknya.

"Astaghfirullahhalazim. Bawak mengucap woi!" jerit satu suara lelaki dari tempat duduk di belakang dewan kuliah.

Azura dan Julia menoleh ke belakang. Mereka dah boleh agak suara siapa itu. Mamat poyo yang sedikit ekstrimis. Mereka gelarkan dia "Bajet Alim." Kebetulan pulak nama lelaki itu, Halim.

"Halim, awak jangan jadi ekstrimis sangat ye?" pesan Mastura sambil menegur Halim. Ustazah Mastura bingung bagaimana mahu menjustifikasikan praktikaliti kewajipan Islam itu dalam sosio kehidupan Malaysia. Belum masuk bab di mana dia perlu menjawab soalan berkaitan iklim Malaysia dan kesesuaiannya dengan kewajipan bertudung.

"Begini..Julia.." Ustazah Mastura ingin menerangkan tapi cepat-cepat dipintas Julia.

"Ustazah, saya dah tau apa Ustazah nak jawab. Ustazah akan kata ini semua kewajipan kita, tutup aurat tu wajib, ini semua untuk menjaga kehormatan wanita dan setiap helai rambut yang kita tayangkan akan dibakar api neraka kelak, saya percaya semua tu Ustazah," jawab Julia. "Ustazah tak perlu terangkan kepada saya mengenai hukum kerana saya tau apa hukumnya, tapi..."

"Tapi apa Julia?" tanya Ustazah Mastura lembut.

"Praktikaliti tak ada. Zaman dah berubah. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita berbahang, saya tak nampak apa kekurangannya jika saya tak pakai tudung. Saya masih lagi sama," Julia meneguk air liur."....dan Ustazah, saya rasa, saya akan jadi Muslimah yang lebih aktif menyumbang kepada masyarakat jika saya tak dibelenggu dengan keperluan nak menutup aurat."

Julia diam. Ustazah Mastura diam. Satu kelas diam. Bajet Halim pun diam.

"Minggu lepas, saya ada join event dengan anak yatim. Kitorang bawak sekumpulan anak yatim pergi beli belah kemudian lepas tu belanja diorang tiket Sunway Lagoon. Ini semua inisiatif My Lord is Great Organisations universiti kita, yang anjurkan orang-orang Cina beragama Kristian. Saya ikut kerana saya diajak oleh kawan saya....sebab ada budak Islam 3-4 orang dalam rombongan tu," cerita Julia.

"Sampai Sunway Lagoon pergerakan saya jadi terhad. Saya kena jaga aurat saya. Saya kena jaga batas saya. Saya tak boleh nak pegang-pegang anak yatim macam orang2 bukan Islam. Saya nak main dengan diorang pun saya jadi takut sebab takut baju basah dan pakaian melekat dekat badan."

Satu kelas diam mendengar luahan Julia.

"Jika Islam agama yang lemah lembut dan sempurna, kenapa Islam membataskan saya untuk saya buat sesuatu yang mampu mengubah hidup mereka? Bukankah Islam tu cantik? Bila kawan2 saya persoalkan kenapa tak mandi, kenapa nampak tak enjoy...saya jawab sebab my religion asked me to have some boundaries between me and the anak yatim, diorang tanya saya balik....I thought Islam is a beautiful religion? Why Islam forbid you from doing good deeds?"

Julia mula tenang.

"Saya tak tau nak jawab apa Ustazah, tapi saya tau I can do better and I can do much much more kalau saya tak dikongkong oleh agama saya sendiri."

Julia duduk.

Ustazah Mastura hanya diam.

"Julia..." panggil Ustazah Mastura.

Julia melihat Ustazah Mastura. Azura pun sama. Satu kelas tu pun menumpukan perhatian menanti apa jawapan Ustazah Mastura. Halim dah boleh agak apa jawapannya.

"Kita hidup di dunia ni bukan untuk orang lain, kita hidup ni untuk Allah. Jadi apa yang Allah mintak kita buat, kita buat. Tak kiralah apa saja dugaan dia. Sebenarnya boleh aje kita beramal dan masih lagi menjaga batas2 agama bla bla bla..." fikir Halim.

Ustazah Mastura menangis teresak-esak.

"Saya pun tak faham.....Julia," kata Ustazah Mastura sambil menangis.

"Saya tak faham kenapa saya perlu dengar cakap suami saya sedangkan saya ada fikiran saya sendiri, saya mampu berfikir sendiri dan saya mampu buat keputusan sendiri..." tangis Ustazah Mastura. "Saya belajar tinggi-tinggi..saya ada Master...saya tengah buat PHD saya..tapi kenapa perlunya saya dengar cakap seorang lelaki yang belajar setakat SPM?"

"What is the reason ketidakadilan tu berlaku?" tanya Ustazah Mastura kepada kelasnya.

Satu kelas diam.

"Saya rasa satu masa dulu ada lelaki yang ubahkan agama Islam ni supaya wanita tak mampu melawan mereka. Saya percaya yang Islam sekarang ni adalah Islam yang dah terpesong kerana dah dimanipulasi oleh lelaki-lelaki yang sexist." Azura bangun menyampuk.

Julia berdiri. Tangannya pantas meragut tudung yang sedang dipakainya.
"Saya tak percaya yang tudung adalah simbol kepada Islam. Islam adalah agama, Islam ni antara saya dengan Allah, jadi Allah lebih tahu niat saya kenapa saya tidak bertudung!"

Satu kelas bertepuk tangan.

"Pergh...rambut dia cantik jugak," Halim berfikir dalam hati.

....................

Ruangan iklan. 

Sehelai tudung merah bawal,
Sepasang kekasih indah,
Kenapa nama dia tudung bawal?
Entahlah.


Sila klik untuk maklumat lanjut.


...............


Nota kaki : M ada ke orang yang pemikiran dia lebih kurang macam apa yang berlaku dalam cerita ni? Entahlah. 

Jika dia masih mencari jawapannya kepada soalan2 di atas tu, aku sendiri tak tahu apa nak jawab jika ditanyakan benda2 camtu dan aku tak nak jawab dengan jawapan cliche "Sebab Allah suruh" kerana tak semua orang nak terima jawapan camtu.

Kepada mereka2 yang memang ada terfikir persoalan yang aku kisahkan di atas, cariklah jawapan dia dengan orang yang lebih tahu. Kau lebih tahu diri kau.  Allah lebih tahu diri kau berbanding diri kau sendiri...tapi itu bukan lesen untuk kau deny hak Allah dengan alasan "Allah lebih tahu. Allah Maha Mengasihani. Ini antara aku dengan Allah..."

Aku harap kau jangan surrender agama dan diri kau sebelum kau carik jawapan dia. 

Oktober 23, 2014

Bila Rasanya Akan Ada Blog Gosip Ulama dan Ahli Agama?

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan pandangan Ustaz Asri Zainal Abidin pasal isu berkaitan pertukaran mazhab yang orang2 pemegang anjing sharekan hari tu. Apatah lagi bila ramai yang ambik pandangan dia membabi buta pasal status anjing dalam Islam tanpa mengambil kira pandangan majoriti masyarakat.

Dah la dia main sebut ulama' macam anjing membuatkan aku wondering siapa dia maksudkan. Tapi aku tau kalau aku tulis pasal tu, mesti kau akan tanya aku apa pandangan aku pasal video klip mirip Ustaz Azhar Idrus tu.

Nantilah.

Walaubagaimanapun, berita paling penting pada aku hari ini adalah ini;


Gila kau.
Aku wish aku Jep Sepahtu. 

.............................

Ruangan iklan. 
Sila klik untuk maklumat lanjut.



Oktober 21, 2014

Selepas Pegang Anjing, Zurina Merasakan Hidupnya Berubah Serta-Merta

So, sekarang ini sudah jelas dan terbukti, Ustaz yang dijemput untuk menjadi panel bab2 agama dalam acara "I Want to Touch A Dog" sudahpun menyatakan dengan jelas yang peserta dilarang sama sekali menyentuh anjing-anjing yang ada tanpa sebarang sebab...

........tetapi, gadis bertudung, mak-mak bertudung, anak2 kecik bertudung, bapa melayu urban, mak melayu urban yang menjadi peserta tetap degil dan menyentuh dan membelai...kerana

1. itu education pada diorang
2. anjing2 tersebut comel lote belaka!

Basically, tak sampailah education yang hendak disampaikan tu lah, kan?

Balik rumah, gelabah tengok respon Jabatan Agama..terus declare diri dia ikut mazhab Maliki, punyalah lega diorang ni nampak Asri Zainal Abidin setuju dengan pandangan diorang dan habis diorang share sorang tu punya pandangan merata2 nak menunjukkan apa yang diorang buat tak salah.

Dah terlanjur.

Takyahlah desperate sangat nak share apa yang Asri tu kata. Baik kau share apa yang Ustaz yang dijemput tu kata...kan?


Panel yang kau jemput tu pun dah kata dekat korang semua apa sempadannya acara tu...tapi entahlah kenapa...masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Aku rasa aku tau kenapa...sebab dari awal lagi dah ada poll nak kira berapa orang yang datang nak pegang...ramai..500 lebih orang. Tiba2 hari event pulak Ustaz jemputan kata takleh pegang...potong stim bai! "Ni Ustaz mana ni? Dia kata dia sokong event tapi dia tak bagi pegang pulak? Eeeeee..geramnya tengok rottweiler tu, rasa nak cium2!"

.............

Ruangan iklan.

Promosi khas Tupperware hanya untuk bulan Oktober.
Klik untuk ketahui sendiri tawaran hebat ini.

Iklankan perniagaan anda di sini serendah RM50 sehari. 
Hubungi ultramantot@yahoo.com.my

................


Yang Ustaz pesan..dilupakan.
Yang diorang dengar?

Approval dari orang non Muslim memuji tindakan mulia diorang ni. Diorang lagi prefer dengar orang non Muslim ajar diorang macam mana nak jadi Muslim. Come on Melayu. Kau sedar tak bila isu ni jadi hangat, banyak gila orang non Muslim kutuk badan agama kita? Dan kau pun join sekali mengiyakan....sebab kau dah terlanjur gamaknya.

Ramai yang scoff bila ada orang kata event tu merosakkan akidah...
Kau dah diberitahu dan kau dah dilarang...tapi kau buat jugak.

Camne tu?



Oktober 20, 2014

"I Want to Touch A Dog" dan Melayu Mesra Anjing











Ini screen capture aku kena tiaw dengan diorang pada 26 September tempohari.

Aku tak takut anjing yang ada Tuan dia. Aku takut anjing liar dan anjing ganas yang merayau atas jalan..apatah lagi kalau sekumpulan anjing. Jadi, kalau lepas ni kau nak buat event dan kembangkan idea ni, aku rasa itu haluan yang kau perlu pilih.

Tukar event tu jadi "I Want to Touch Stray and Wild Dogs."

Nak gak aku tengok mak bapak bawak anak dia cuba pegang anjing yang tengah menyalak tak tentu hala. Mesti kelakar dan banyak adegan pergaduhan manusia dengan anjing berlaku.

Sekarang ni isu pasal event ni pun dah kecoh. Untuk mengelakkan sebarang salah paham sebab aku tengok ramai yang kata event tu dapat kelulusan MAIS jadi tak bertentangan dengan agama, aku mintak tolong, postkan surat kelulusan MAIS tu biar semua orang tengok sendiri dan nilaikan apa respon MAIS mengenai event ni.

Tunjuk macam mana MAIS punya justifikasi yang benda tu education jadi dibolehkan orang Islam untuk pegang anjing pada hari tersebut. Kalau doktor perubatan veterinar belajar pasal ilmu kedoktoran, dia akan pegang anjing dan babi...tapi itu memang betul untuk education. Dia grad, dia keluar jadi doktor. Jadi keperluan tu ada kerana ada kemungkinan nanti2 dia perlu treat babi dan anjing.

Sebab sekarang ni JAKIM kata lain. Even Mufti Selangor pun kata lain.
Mintak tolong postkan ye.



Ruangan Iklan. Promosi khas untuk wanita di luar sana yang inginkan kelainan.


Oktober 17, 2014

Anak Yatim di Hutan Di Susukan Tapi Anak Sendiri Di Rumah Kelaparan

Aku suka tengok ramai orang Melayu membuat amalan charity, mulakan campaign untuk tolong orang yang tak berkemampuan dan macam-macam lagi. Ramai yang mulakan awareness campaign sebagai permulaan, tolong create awareness mengenai sesuatu isu dengan harapan akan ada orang peduli....jadi apa yang aku akan tulis ni, kau tolonglah baca dengan hati terbuka.

............

Aku suka carik gaduh dengan orang, seperti pergaduhan paling legend aku dengan golongan mak-mak breastfeeding depan kolam KLCC sambil lensa kamera tangkap gambar diorang breastfeeding...sebab aku percaya benda tu betul.
.
Orang kita ni, kadang2 terlalu taksub nak buat campaign sehinggakan diorang akan justify macam2 untuk halalkan apa yang dia buat. Seperti pesta menyambut Halloween yang diadakan di Alamanda Putrajaya tahun lepas atau Pertandingan Si Comel Manja dengan budak2 digalakkan pakai baju ala2 orang dewasa dan menari depan orang ramai.

Aku tak tau lah apa nak jadi dengan bangsa kita....kita mudah benar petik hujah sana sini, petik hadis sana sini...dan kemudiannya gunakan peluru2 tu untuk bang balik orang2 macam aku, detractor benda2 "kebaikan" ni.

Masalahnya.....kenapa bila kau memerlukan agama, baru kau carik agama? Ini soalan yang aku tujukan kepada pengamal2 event dan charity yang try justify apa cause yang dia cuba anjurkan gunakan agama...tapi diri sendiri tak lengkap agama secara terang-terangan.

Kau cuba justify something...gunakan agama....tapi kau tak tutup aurat. Kau cuba justify yang budak2 Melayu ni boleh join Valentine sebab benda tu sebenarnya tak salah pun dari segi agama, ada hadis kata boleh, ada hujah kata tak apa, tapi kau sendiri pakai short nampak lutut masa berhujah.

Apa masalah kau sebenarnya?

Kalau kau betul2 nak gunakan agama untuk justify apa yang kau buat, kenapa kau tak justifykan permintaan agama kau dulu?

Apa hujah kau kalau kau tak tutup aurat? Bila bab tutup aurat, pandai pulak dia mengelat..."ini antara aku dengan Tuhan, tunggu dapat hidayah" dan bermacam lagi la ayat yang dikeluarkan. Tapi nak justify gadis Melayu boleh ke tidak jadi model hijabista? Pergh...bermacam hujah, hadis dan kenyataan ulama' dia pergi carik nak pastikan dia betul.

Yang basicnya, tak jaga.

Itu lah dia penyakit masyarakat kita. KIta selalu kejar benda yang advance. Berebut nak buat charity...berebut nak create awareness pasal something, berebut nak tolong orang lain....tapi diri sendiri tak terjaga.

Anak terbiar kat rumah orang gaji jaga. Suami makan apa yang dia beli kat kedai. Isteri jaga anak 4 orang seorang diri kat rumah sebab laki sibuk nak tolong orang lain. Sanggup upah orang lain jalankan tanggungjawab sendiri sebagai ibu bapa supaya dia boleh tolong sekumpulan anak yatim membaca.

Cilaka kan ayat last tu?
Tapi betul.

Sebab kalau kau terpaksa tinggalkan benda yang wajib dan memang dah jatuh dalam tanggungjawab kau hanya semata2 kau nak gi tolong create awareness pasal Islam dan masyarakat....priority kau sebenarnya dah crooked. Apa-apa hal pun, hirarki tanggungjawab kita amat jelas;

a. Lelaki kena pentingkan mak dia dari isteri
b. Perempuan kena pentingkan suami dan anak-anak dia
c. Mak bapak kena pentingkan anak-anak
d. Anak-anak kena pentingkan mak bapak
e. Yang paling penting....kau kena jaga diri kau sendiri terlebih dahulu

Bila dah clear benda basic2, barulah kejar yang extra ni.
Back to basic.

Kita kena kembali ke asal dalam banyak perkara. Budaya kita sekarang ni, kalau kau sebut pasal bulan Ramadhan...apa yang kau terbayang dulu? Sama ada nak raya, nak terawikh dan betapa peritnya nak puasa nanti.Apa yang wajib? Puasa. Berapa orang berani angkat tangan dan mengaku yang tiap2 kali Ramadhan datang...benda dia paling excited, adalah nak berpuasa?

Aku perasan, datang aje bulan Ramadhan...ramai yang share pasal Terawikh aje.....(sampai sekarang aku tak dapat lagi respon pasal kesahihan fadhilat Terawih dari JAKIM yang aku email dulu)

Mata duk nampak yang sunat aje.

Join konvoi sempena "Save Gaza" tapi bini kelam kabut kat rumah sorang diri jaga anak2 hingga tak cukup tangan. Benda baik...tapi mana kepentingannya?


Rauangan iklan.Promosi hebat khas untuk anda.

..................

Mungkin ramai yang rasa, jika duduk rumah, dia agak terkongkong, especially perempuan.

Sebab tu aku tengok ramai yang cuba buat charity bermacam2 dengan harapan dapat sumbang something kepada masyarakat. Tapi aku mintak la tolong dulu, evaluate dulu kau punya tanggungjawab, adakah benda tu dah tertunai? Adakah anak2 kau akan rugi jika dia tak dapat spend masa dengan kau? Fikirkan apa yang kau lost masa kau pegi charity tu.

Jika ada benda yang kau lost tu sebahagian dari tanggungjawab kau, kau kena la organize balik priority kau.

Dan lastly, kepada mana2 individu yang cuba justify apa yang dia nak buat gunakan hujah agama apabila ada kritikan muncul, tapi diri sendiri terang2 tak mampu nak ikut apa yang wajib....tolonglah berhenti gunakan agama untuk "betulkan" apa yang kau cuba perjuangkan.

Islam ni simple aje sistem larangan dia.

Ada benda kau kena buat. Benda wajib. Ada benda kau jangan buat. Benda haram. Ada benda yang dikategorikan dekat tengah2 dua tu. Yang sunat, makruh dan lain-lain. Penuhi lah yang wajib dulu sebelum kejar yang sunat tu.  Itu aje. Tapi ramai sekarang ni golongan yang kejar benda sunat...tapi yang wajib pun fail.

Apa cerita?

Dah la yang wajib tu pun dia pecahkan dua kategori..."ni wajib yang kena buat, ini wajib yang suka hati dia nak ikut."

Oktober 16, 2014

Sampai Sekarang Muzik Nasyid Masih Lagi Berada di Takuk Yang Sama

Oleh kerana rumah aku tak ada Astro dan hanya ada HyppTV, hiburan yang ada faedah untuk aku pasang supaya anak aku boleh tengok tak berapa banyak choice. Aku selalu pasang channel EC Inspirasi tu, tapi bila aku perasan anak aku mula headbanging masa tengok Love Me Butch keluar, aku risau sikit la pasal kesihatan dia. Doktor kata kepala budak2 ni tak berapa elok kalau banyak shock...

Nak bukak RTM? HAHAHAHA. Nak bukak TV3 bagi anak2 aku jadi penggemar drama yang digarap dari novel-novel? Tak dapat bai. Nak bukak TV9? Kalau anak kau suka telenovela, boleh la...telenovela yang ditayangkan kat Malaysia ni aku tak pastilah kenapa tapi nampaknya macam gred D punya telenovela.

Yang tinggal?
Channel "Hikmah" dan "TV Al-Hijrah."

Aku suka apa yang channel Hikmah tu sampaikan cuma sayangnya kualiti siaran dia macam stuck zaman 80 an. Once kau dah biasa tengok rancangan beresolusi HD, kurang dari tu memang sakit mata tengok. TV Al-Hijrah feveret aku la....tapi aku tak tau lah kenapa anak aku sekarang ni takut tengok kartun2 kat situ. Especially satu show nama Minuscule.

Oleh kerana aku nak kurangkan anak aku headbanging, kadang2 saja aje la aku pasang lagu2 yang dimainkan kedua-dua channel tu. Aku ok aje part zikir tapi aku cukup anti lagu nasyid yang ada.

Zaman kegemilangan lagu nasyid dulu, especially zaman Arqam hidup dulu2, waktu tu banyak nasyid yang agak cool. Lagu pun boleh lah dikatakan ok...ada kreativiti dan ada seni dia. Tapi bila start satu zaman (aku rasa dalam awal 2000) lagu nasyid terus jadi lame, lame and lamer.

Lagu nasyid stuck dekat satu style yang aku tengok tak boleh nak jual lagi dah dekat golongan muda. Especially remaja yang llebih selesa dengan muzik barat mainstream atau underground. Even aku sendiri takleh nak masuk dengan lagu2 nasyid baru sekarang ni sebab melodi, instrumentation dan arrangement dia dari dulu sampai sekarang macam tu.

Template dia;
1. Lirik mesti tak ada seni2 dia. Tak main bunga2 ayat, mesti semua straight to the point. Pendengar takyah berfikir sangat.

2. Kalau lagu nasyid budak2...mesti dengan nyanyian cara harmoni yang dah outdated dan dengan pakaian yang menunjukkan ada orang lain kontrol imej diorang. Pergerakan dalam video pun macam sebuah koreografi yang tidak ada hujung pangkal.

3. Muzik mesti menggunakan keyboard dan synthesizer. Aku rasa diorang buat ni sebab nak save cost hire musician.

........

Ada satu video yang aku cukup aku suka dalam TV Al-Hijrah. "Selawat Badar" yang dinyanyikan oleh seorang lelaki bernama Zulkarnain Mat Nor. 

Aku respek kau sebab dengan video kau tu, anak aku boleh hafal selawat badar. Yang paling penting, aku appreciate gila kau punya skill gitar. Moga kau dikurniakan banyak pahala dan selamat dunia dan akhirat.

.......

Nasyid di Malaysia ni satu masa dulu sangat top. Tapi pada tahun 2014, jika kau search nasyid2 terbaru yang ada, kebanyakannya masih lagi cuba mengembalikan irama nasyid yang pernah popular satu masa dulu dan cuba dijual zaman sekarang. Itu, pada aku, susah nak market sebab budak2 yang tak berapa mintak dengan lagu nasyid....takkan beli. Kalau nak jual mesej agama dalam lagu, kan ke lagi sampai penyampaiannya kalau yang dengar tu tak berapa pedulik pasal agama sangat?

Jika aku pelanggannya, aku takkan beli untuk anak2 aku. Sebab utamanya....aku tak berapa dapat accept lagu irama padang pasir ni, melainkan M.Nasir yang buat lagu tu. Sebab lain, seperti aku dah katakan...nasyid dah jadi lame sebab tak ada perubahan dilakukan.

Oleh itu, aku merasa amat gembira bila tengok TV Al-Hijrah hari tu ada satu movement bernama Caravan of Praise yang cuba mengenengahkan lagu2 ala-ala indie tapi berunsurkan Islamik. Macam apa yang aku cuba buat sekarang ni, cuma muzik aku, aku dengar sorang2 syok sendiri.

Jadi kepada ramai2 yang rasa irama nasyid padang pasir lame dan perlu perubahan identiti, datanglah beramai2 ke Kuala Lumpur Readers and Writers Festival 2014 di Dataran Merdeka, Sabtu ni. Ada jualan buku, ada persembahan dan bermacam2 lagi acara.

Kalau kau jumpa aku kat Dataran, tegur aku aa. Sebenarnya ada benda yang aku nak buat hari tu tapi nampaknya perancangan tak menjadi, kerana masa tak mengizinkan.

Kalau ada yang nak ajak aku baca syair beramai2 pun boleh.
Membaca syair depan orang ramai, adalah satu benda yang memerlukan keberanian yang tinggi.



Oktober 15, 2014

Lusa Ni Ada Kemungkinan Ke Kiamat?


Kalaulah kau tau, Kiamat akan bermula lagi 2 hari dari hari ini,
 apa yang kau akan lakukan?

Yang jelas, apa yang kau akan buat,
tak sama dengan rutin harian kau sekarang.

Kau akan ubah rutin hidup kau bermula pada saat kau tau,
2 hari lagi nak Kiamat.

Betul kan?

Yang pengkid berlesbian, terus pakai tudung insaf.
Yang tak bertudung insaf.
Yang gay terus berenti jadi gay dan start join ceramah.
Yang couple terus ajak pasangan gi nikah cepat2.
Yang minum arak terus taubat.
Yang sibuk kejar duit duduk solat sunat.

Yang pasti, lusa ni boleh jadi tarikh Kiamat.
Kita tak tau. Boleh jadi.


Oktober 14, 2014

Surat Terbuka Kepada Aidil Zafuan Abdul Razak. Kalau Rita Rudaini Nak Baca Pun Boleh.


Assalamualaikum Saudara Aidil Zafuan, player bolasepak negara yang jadi idola ramai gadis dan budak-budak.

Tujuan saya menulis surat ini adalah kerana aya dah tahap menyampah dengan apa yang berlaku antara anda dan bekas isteri anda iaitu Rita Rudaini. Saya tak nak masuk campur langsung atas apa yang terjadi sebab selama ni hanya tersebar dekat blog gosip, tetapi apabila suratkhabar kita mula memaparkan berita2 bodoh seperti ini;




......untuk tatapan khalayak ramai, saya ingin menyuarakan kebimbangan saya terhadap apa yang berlaku. Dah berapa lama dah kes ni berlanjutan? Tak boleh ke berenti bergaduh dan setel senyap2? Kenapa perlu jaja cerita personal kepada public? Trial tengah berjalan dekat mahkamah...tapi nampaknya mahkamah aje tak cukup, mahkamah Instagram pun nak kena run trial sekali.

Saya faham status anda sebagai pemain bolasepak negara dan bekas isteri anda pulak seorang pelakon tetapi apa yang berlaku tidak boleh sepatutnya disalahkan ke atas wartawan semata2 kerana, anda dan bekas isteri anda juga seolah-olah nak orang ramai tahu apa yang terjadi melalui penyebaran gosip di media sosial.

Media sosial adalah di mana kita sepatutnya berkongsi maklumat, pandangan dan pendapat tetapi entahlah mengapa, masyarakat kita suka menggunakan media sosial sebagai medan meluahkan perasaan peribadi. Status anda sebagai pemain bolasepak sepatutnya menunjukkan yang anda sepatutnya wujudkan sempadan diantara perkara yang personal dan perkara yang public dengan orang lain, dalam media sosial.

Contohnya, nak share gambar boot bola koyak dalam media sosial? Share la. Nak share pandangan anda yang nak membuktikan bekas isteri anda buruk gila perangainya? Kenapa nak share? Apa yang anda dapat? Kepuasan nak memalukan? Nak membersihkan nama? Aku berikan satu senario...jika selepas ni ada rasa nak memalukan lagi bekas isteri dekat media sosial, stop! Jangan share dulu.

Keluar rumah, pegi dekat shopping kompleks yang ramai orang. Cakap dekat tiap2 orang yang kau jumpa;

"Salam, saya Aidil Zafuan, player bolasepak negara. Bekas isteri saya, Rita Rudaini buruk perangainya. Harap maklum"

Ulang benda tu dekat tiap2 orang yang kau jumpa. Sanggup buat apa yang kau hebahkan dekat media social in real life face to face?

Kalau tak sanggup tolong lah, hentikanlah berenti jaja kes perceraian anda dekat media sosial ni. Gi mahkamah, balik rumah, tengok TV. Ada wartawan tanya apa2, jawab "Saya sedih atas apa yang berlaku dan saya hormatkan maruah Rita, jadi saya terpaksa minta maaf dan jawab semua pertanyaan anda dengan no komen...kami dah berpisah. Itu aje yang anda perlu tahu."

Encik Aidil, tak payah nak tulis dalam Instagram pun pasal Tuhan tahu...sebab Tuhan memang dah tau..kalau betul percaya jumpa dekat Akhirat, percayakan benda tu 100%. Dekat Akhirat nanti kita tau la sama-sama,ye?

Akhirnya ; Kenapa aku tak tulis surat kepada Rita Rudaini? Dia perempuan, dia emosional. Kau lelaki. Player bola NEGARA pulak tu. Hensem. Body six pack. Berapa pun income kau, aku tak peduli tapi be a man la. Protect maruah mak anak2 kau, walaupun dia bekas isteri kau.

Harap dapat berentilah membuka aib masing2 dalam media sosial. Kau nak gaduh, maki, kata dia macam-macam dan sebagainya takkan mengubah yang dia tu mak kepada anak-anak kau dan sampai kau mati, kau akan still ada hubungan dengan dia melalui anak2 kau.

Terima kasih.

ps - Yang ramai sangat mengekploitasi kes cerai orang ni kenapa? Kerajaan perlu keluarkan akta, tiap2 wartawan yang suka tulis pasal kes cerai orang, bila ada benda buruk jadi dekat dia, ada syarat wajib tayang dalam TV.

Oktober 13, 2014

Tolong Berani Bangun Lawan Majikan Kau Jika Dia Tak Ikut Undang-Undang

Semalam, satu malam aku membaca teks pembentangan Bajet 2015. 

Kalau kau baca, kau still akan nampak yang kita punya bajet is still a capitalist oriented economy dan nampaknya sistem tu still takkan diubah sampai bila-bila (sampai kiamat?).

Even kerajaan sendiri bahagikan bajet diorang kepada dua; iaitu bajet untuk capital dan bajet untuk people. Kau boleh baca sendiri benda ni kalau kau berminat nak tau ke arah mana kerajaan akan pacu ekonomi negara.

Dan tolong jelas, dalam bab ni, aku bercakap mengenai Good Capitalist dan bukan Bad Capitalist.

Aku orang biasa jadi aku assume majoriti kita, adalah orang2 yang tertakluk bawah bajet untuk people. Kau mesti dah tau apa yang diperuntukkan kepada orang2 macam kita, seperti kenaikan BR1M, bonus untuk kakitangan awam dan lain2. Tak kiralah kau sokong BN atau kau sokong Pakatan, aku jelaskan kat sini, aku akan refer kita semua sebagai KITA hari ni.

Kalau kau boleh beli nombor plet ratusan ribu, kau bukan sebahagian dari kita ni.
Tolong baca artikel lain ye?

Aku agak kecewa selepas membaca bajet kerajaan untuk 2015. Sebab nampaknya kerajaan akan terus lebih mementingkan pihak kapital berbanding kita sebab kau pun tau, kita bukannya sumbang banyak mana pun duit untuk kempen pilihanraya diorang.

Apa yang diberi kepada kita hanya BR1M yang akan dibayar secara dua kali (BUKAN SEKALI AA!), bonus untuk kakitangan awam (sebagai pengganti BR1M) dan beberapa insentif lain yang memang akan dapat terus ke tangan kita, tapi nampaknya akan terus dinyahkan oleh inflasi tiruan yang bakal hadir selepas pengurangan subsidi minyak dan inflasi yang akan wujud selepas GST dilaksanakan.

Ada beberapa bajet yang dikeluarkan yang aku berminat nak ambik peduli seperti dana untuk industri kreatif. Aku ucapkan terima kasih kepada PM kerana ingin meramaikan lagi penggiat industri kreatif tetapi the core question remain;

"Kenapa ramai graduate industri kreatif habis belajar, kerja sekejap, kemudian keluar dari bidang kreatif?" Kawan2 sehidup semati aku, dalam 15 orang...yang still buat benda kreatif, adalah 3 orang. PM ku, berapa juta pun kau inject dekat industri kreatif ni, selagi masalah asas dia tak solve, selagi tu la duit kapital tu takkan menghasilkan long term prospect yang diharapkan.

Apa masalah asas itu?

Kurangnya protection kepada pihak pekerja dan undang2 buruh yang agak pro majikan, khasnya dalam bidang swasta. Industri kreatif banyak bertunjangkan bisnes swasta, betul? Tapi kita jangan fokus hanya kepada industri kreatif, cuba kita fokus kepada keseluruhan industri swasta. Adakah pekerja mendapat perlindungan dan benefit yang secukupnya jika majikan cuba mengambil kesempatan ke atas mereka?

Kau boleh jawab sendiri benda ni kalau kau kerja swasta. Tanya diri kau, jika kau langgar kontrak, apa kau kena? Jika majikan kau langgar kontrak dan akta, apa dia kena?

Kau pun tau macam mana keadaannya kan? We are a group of frustrated worker yang tau dirinya dicabuli tapi tidak mahu berbuat apa2 kerana takut hilang sumber mata pencarian. (Kalau kau tak, tolong duduk diam2 dan jangan cakap aku silap, kerana ramai yang di luar sana yang mengalami masalah ni)

Aku pernah kerja satu tempat dulu. Ada sorang budak, baru grad, gaji dia Rm1300. Lepas konfem, majikan bagi dia Rm1500. Dia tolak. Dia mintak Rm1400. Kenapa? Sebab bila gaji dia dah mencapai Rm1500, dia takleh claim overtime dan overtime kitorang waktu tu, MAK AIH memang rasa menyirap aje.

Aku gaji waktu tu Rm2200, tapi setiap hari aku kerja untuk 2 hari. Setiap hari aku kerja 16 jam. Apa aku dapat? Nothing. Hujung bulan gaji aku Rm2200....tak tolak EPF lagi. Tapi budak2 industri kreatif, kitorang diam, sebab ini passion kitorang. Jadi kitorang teruskan kerja. Ada yang tahan aje la sebab dah berapa interview dia pegi tak dapat2, ada yang sampai tak jumpa anak bini hari2. Merungut setiap hari? Memang. Menyirap? Memang.

Tapi kitorang ada choice? Ada.
JANGAN STAY DEKAT INDUSTRI KREATIF!

Dan itulah yang aku buat. Aku masuk education. Kawan aku berenti kerja sendiri buat karikatur. Ada yang pergi kerja bank. Ada yang last aku dengar buat MLM. Passion yang ada terpaksa dikorbankan untuk dapat income.

Sebab agak tak adil jika kerja jalan tetapi kitorang seolah2 dipaksa untuk overtime secara percuma. That is the core problem! That is the core problem of the whole private sector. Staff terlalu mudah untuk ditekan kerana persaingan yang terlalu kuat. Akhirnya cycle tu akan repeat...aku bagi contoh industri kreatif balik...kerja 3-4 tahun..frust. Tukar bidang lain takpun start company sendiri. Ganti dengan fresh grad. Last2 injection capital kerajaan tak menampakkan hasil sebab industri dah hilang pengalaman orang2 yang dah ada pengalaman.

Mungkin kerana itu kita terkebelakang berbanding Indonesia dan Thailand dalam bab industri kreatif, industri automotif, industri pendidikan dan bermacam industri lain? Ada kawan kerja Proton? Tanya dia sendiri apa aku tulis ni.

Perdana Menteri ku...aku, personally, nak sokong kau. Aku tau kau orang baik. Muka kau bukan muka orang jahat. Bangsawan, yes, jahat, tak...tapi aku percaya ada beberapa langkah yang perlu diperkenalkan oleh pihak kerajaan supaya tipped the balance a bit, bagi some soft of protection kepada orang2 yang nak kerja makan gaji, especially sektor swasta...public sector aku dengar kau gred apa pun, overtime berbayar RM50 sampai pukul 9 malam? Betulkan aku kalau aku salah.

Skim gaji minima is a start. Tapi RM900? Tak ramai kan yang tau gaji minima kita ikut jam adalah Rm4.33 seminggu dan Sabah/Sarawak Rm3.85. Rm4.33 SEN SEJAM! Kau nak beli nasik pun sangkut dalam keadaan sekarang ni dan mulai tahun 2012, pekerja yang mempunyai gaji RM2000 dan ke bawah layak dilindungi oleh Akta Kerja 1955. Sebelum tu, hanya gaji Rm1500 ke bawah.

Yang paling penting kau kena tau dan sedar, undang2 pekerja kita ada dua...gaji bawah Rm2000, mereka tertakluk bawah Akta Kerja 1955 dan mereka bergaji atas Rm2000, mereka tertakluk bawah Seksyen 69B.

Apa bezanya?
Tah lah. Aku pun tak berapa clear...tapi yang jelas;

a. Kau tak sepatutnya kerja lebih 48 jam seminggu
b. Kau tak sepatutnya kerja lebih 10 jam sehari
c. Majikan yang menyuruh kau kerja overtime PERLU membayar overtime jika kau tertakluk bawah Akta Kerja 1955.

Itu undang2!

Berapa banyak company berani langgar? Berapa ramai yang berani suarakan benda ni? Berapa ramai yang dah suarakan tapi tak dapat apa-apa dan kemudiannya kena carik kerja lain sebab dia dah bawak company dia kerja ke mahkamah dan company dia ugut nak kenakan tindakan?

Tolong clarify betul2 dengan orang ramai pasal Akta Kerja 1955 dan Seksyen 69B ni. Itu polisi yang akan membantu kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah. Bukannya sekadar bagi duit, bagi beras, bagi topi, bagi teh serbuk. Updatekan akta. Protect pekerja, Protect orang bawahan. Jaga kebajikan diorang. Pastikan jika pekerja PERLU bekerja, mereka dapat something dari situ sebab bila kau diperlukan kerja, banyak sebenarnya yang kau dah tinggalkan. Masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri, masa untuk berehat...

Aku dah melalui satu zaman di mana aku kerja untuk 2 hari dalam 1 hari dan aku dapat nothing. Mungkin itu kot yang mendorong aku anti BN kuat-kuat sebab bila aku baca undang2 pekerja, memang ada undang2 tu, tapi aku tak tau kenapa bila aku ajak ramai2 gi report, diorang takut. Aku pun tak gi report sebab aku tak nak diorang kena apa2 (kawan2 aku) dan aku decide untuk cabut lari.

Kat mana protection untuk orang camtu? Kenapa orang kita takut nak buat aduan jika majikan take advantage? Thats the biggest hurdle yang kerajaan perlu galakkan orang kita pecahkan.

Kerajaan boleh mulakan kempen, sedarkan orang ramai mengenai undang2 pekerja yang sebenarnya ada, tapi entahlah...mungkin orang kita ramai sebenarnya dah jadi mangsa sistem kapitalis dan lebih rela ditekan, diperah dan diperguna...asalkan mereka dapat gaji hujung bulan. Mungkin mereka tau pasal undang2 tu tapi ramai tak berani tampil ceritakan masalah kerana pada mereka...kerajaan melalui kementerian dan agensi  tak akan berpihak kepada mereka?

Setelkan core problem ni sebab umumkanlah bajet hebat gah macam mana pun akronimnya, kalau pekerja masih lagi takut nak suarakan hak mereka....itu hanya menunjukkan akta yang kerajaan buat tak mencapai sasarannya.

Kikis imej tu jika Barisan Nasional nak terus dapat mandat memerintah kerana aku percaya, generasi aku dan bawah aku, adalah orang2 yang sangat frustrated dengan etika kerja di Malaysia yang seolah2 majikan boleh buat apa2 yang dia suka. Itu imej Barisan Nasional pada mata anak muda. Sangat capitalist friendly.

Budak2 dalam industri kreatif? Lagilah frustrated, kan?
Especially golongan perempuan.

Nak dapat kerja dalam industri kreatif pun susah sebab majikan tau, korang nanti takleh stayback office lama, haha,  tu tak kira yang dah awal2 risau kau mengandung. Waktu interview, cubalah kau tanya, ada overtime ke tidak kalau kena stayback...tengoklah dia punya spin macam mana.

Negara kena la accept yang satu hari nanti orang kita yang level pekerja akan bangun dan demands right diorang. Sekarang ni still tak ramai tapi generasi bawah aku pasti akan melawan sebab aku tengok diorang ni berani dan aku tak rasa yang kerajaan sekarang mampu provide apa saja demand diorang ni satu hari nanti dalam bab kebajikan pekerja selagi ekonomi kita terlalu capitalist oriented.

Sampai sekarang ni masih lagi ada majikan yang tak naikkan gaji pekerja kepada gaji minima. Salah siapa? Yang aku pasti bukan salah pekerja jika dia tak dapat gaji berkadar dengan gaji minima sebab itu bukan tanggungjawab dia..

GST punya iklan hari2 boleh main kat TV, apa salahnya keluarkan iklan pasal hak pekerja kat TV? Ceritakan kepada orang ramai betul2 apa hak diorang. Website memang ada...tapi, buktinya still ada kat sini, kan?

Hak pekerja kat Malaysia masih tahap cap ayam tapi lagi 5 tahun, kita nak capai taraf negara maju cum berpendapatan tinggi. Macam mana benda tu tak seiring? Pekerja negara maju adalah pekerja yang tak takut nak suarakan hak mereka tapi kita masih lagi takut nak buat aduan kalau majikan tak bayar overtime.

Bersediakah kita?
Bersediakah kerajaan?

Bersediakah kita, pergi buat aduan tuntut hak kita jika kita rasa majikan kita merogol, mencabul dan melapah kita?

ps - Jangan suruh aku jadi majikan dulu baru paham masalah macam mana. Kalau kau nak jadi majikan dan kau tak boleh ikut undang2, jangan jadi majikan.


Oktober 10, 2014

Kisah Akhir Zaman 01 : You Are Not My Mother!

Zarif membuka matanya.

Dia masih lagi rasa kepenatan semalam. Kepala dia berpusing, berpinar-pinar. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia sampai ke rumah dan macam mana dia sampai ke rumah.

Zarif melihat ada gadis disebelahnya. Gadis itu terbaring tanpa berpakaian seurat benang pun. "Gadis Melayu akhir zaman, mudah benar jadi peneman," fikir Zarif. Nama gadis itu sendiri dia tak pasti.

"Mungkin Lina, Rina barangkali? Atau Tina? Tak mungkin Tina, zaman sekarang orang tak bagi lagi nama anak dia Tina, mungkinkah Gina? Yang aku pasti hujungnya Na," Zarif mengelamun.

Na berdengkur perlahan. Zarif langsung tak ada rasa memandang gadis tersebut lalu dia bingkas bangun, memakai seluar, menggosok gigi, mencuci muka dan turun ke bawah menuruni tangga. Suara televisyen jelas kedengaran berita yang sedang membicarakan perihal kawasan sekitar Mekah yang telah dibom oleh militan-militan tidak dikenali.

"Morning Daddy!" sapa Zarif. "Morning my son!" Encik Rahman menjeling anaknya tapi mata tidak lepas dari surat khabar digital yang tertera dalam ipadnya.

"So, how is last night?" tanya Encik Rahman.

"Ok aje Daddy, tapi client tu demanding sangat lah," keluh Zarif.

"It's okay la, daddy dah kenal lama dia, I knew the owner pretty well so hopefully negotiation kita will be going smoothly," jelas Encik Rahman.

"And, Zarif....I see you bawah balik Sharina semalam, you must be doing something good kan? Chill up lah," pujuk Encik Rahman.

"SHARINA! I forgot her name dad!" Zarif menepuk dahi.

"Selamat pagi!" Jeffrey melangkah keluar sambil menatang satu jag berisi air milo panas. "Zarif, you are the man!" Jefreey memuji kehandalan Zarif.

Zarif tarik muka. Dia langsung tak suka lelaki itu ada di rumahnya.

"Another thing Zarif...just a reminder, next time, if you nak bawak balik girls home, inform us first ok!" Jeffrey menuangkan air ke cawan.

Zarif mendengus. Dia cukup menyampah dengan pondan tua itu.

"Hey shut up ok! You are not my mother!" jerkah Zarif.

"Zariff....calm down..." pesan Encik Rahman.

"Merosakkan mood orang aje pagi-pagi ni!" Zarif berbisik dengan kuat.

"Zarif, you pun tau me dengan Uncle Jeffrey is already planning to get married next year...... so either way, dia akan jadi you punya mother," pujuk Encik Rahman dengan lembut.

"....." Zarif diam.

Dia tau ayahnya mahu mengahwini Uncle Jeffrey selepas menunggu hampir 3 tahun kebenaran pernikahan sama jenis dibenarkan kerajaan Malaysia. Ayahnya pun sudah lama menduda selepas bercerai dengan ibunya, dalam satu perceraian yang amat kronik akibatnya berbelas tahun dulu, membuatkan Encik Rahman berikrar dia tidak akan mengahwini lagi mana-mana wanita di dunia.

Encik Rahman bangun. Dia memegang bahu Zarif.

"Zarif, I've been alone for how long? 12 years, 13 years...." kata Encik Rahman sambil memandang Zarif. "You know what I have gone through before, kan?"

Zarif mengangguk.

"You know how long I waited for this?" tanya Encik Rahman. Zarif diam. Dia tau ayahnya dan Uncle Jeffrey dah berkenalan lebih 8 tahun, bercinta lebih 7 tahun.

Jeffrey hanya diam memandang lelaki yang dicintainya itu memujuk bakal anak tirinya.

"Hi! Morning!" Sharina menuruni tangga dengan memakai robe mandi Zarif.

"Morning Atina," sapa Zarif.

"Hey! SHARINA LA!" jelas Sharina.

"Yeah..whatever," kata Zarif melangkah pergi. Encik Rahman pening kepala. Peluang bisnes dengan ayah Sharina, hartawan hartanah terkenal Malaysia, nampaknya hanya tinggal rangka.

Oktober 09, 2014

Benci Agama 200%, Benci Agama Ketat-Ketat

1. Kebelakangan ni aku tengok, penentangan kepada agama seolah-olah agak open, secara halus.

2. Yang sedih selalunya dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Kita tak sedar....tapi slow2 sebenarnya, kita diajak menjauhi golongan agama melalui pelbagai perkara yang berlaku sekarang ni...kau tak sedar ke yang negara kita makin lama makin ke arah "liberalisasi mentaliti" ?

3. Kalau kau sedar, sebenarnya amat mudah untuk buat orang Melayu benci dengan orang yang jaga agama dia atau particular pasal agama.

4. Plankan satu konsert. Anjurkan konsert "future music." Kalau kau tak tau apa itu future music, tu lagu yang bunyi techno, dush dush dush, nit nit nit...

5. Muzik yang disyorkan supaya kau makan pil dulu sebelum layan.

6. Iklankan pasal konsert tu. Hebohkan. Pastikan orang Melayu turut serta. Pastikan orang Melayu NAK pegi.

7. Secara automatiknya akan bangkit golongan2 penegak agama berserban, berkopiah ni yang akan bangun bantah benda tu.

8. Kau boleh kutuk diorang ni kuno atau lapuk atau ketinggalan zaman, tapi diorang ni buat apa yang kita sepatutnya buat, sebab kita tak buat benda tu.

9. Bila diorang bangun bantah, yang selalunya vokal bangun membantah...dalam media sosial...Melayu. Melayu yang bajet dia futuristik.

10. Dari situ akan wujud pengaruh yang agak berjaya setakat ini yang memisahkan golongan agama dengan orang biasa macam aku dengan kau.

11. Sampai satu masa, bila dah tak ada lagi orang yang bangun berani bantah benda2 lagha dan maksiat ni, apa nak jadi dengan anak2 kau?

12. Diorang akan fedap. Sebab diorang ni akan nampak yang masyarakat dah mula memulaukan diorang.

13. Tak suka contoh konsert aku? Kau boleh letak Festival Oktoberfest yang selama ni tak pernah ada kat sini, tiba2 pulak boleh diadakan.

14. Kau yang Melayu yang bangun mengutuk orang2 agama yang membantah ni kenapa?

15. Aku percaya dalam diri kau still ada sikit iman dan aku percaya yang kau tau apa yang diorang bantah tu betul.

16. Tapi mungkin sebab kau terlalu kejar keseronokan, kau suppress iman kau.

17. Padahal dalam diri kau, KAU TAU KAU SALAH DAN KAU TAK SEPATUTNYA BUAT BENDA MAKSIAT TU.

18. Aku rasa semua orang Islam sedar bila dia buat maksiat.

19. Sebab kalau dia tak sedar, dia tak Islam.

20. Itu beza kita dengan penganut agama lain dan kau sepatutnya cukup bangga dengan hakikat tu.

21. Cuma sayangnya rasa bangga tu tak kau praktikkan.

22. Malah kau tekan dalam2 lagi gemuruh gelabah hati kau tu dengan cuba melogikkan dan memodenkan Islam cara dunia sekarang.

23. "Apa salahnya aku pergi rave? Aku solat lima waktu?"

24. "Kau siapa nak judge2 aku kaki berzina? Syurga neraka Tuhan yang tentukan la. Kau tau tak ada cerita pasal pelacur yang bagi makan anjing dan dia masuk syurga sebab tu..kau nampak tak macam mana kasihnya Tuhan walaupun orang tu hina?"

25. Aku dah boring dengar orang berhujah halalkan benda tak elok dengan kisah pelacur bagi makan anjing tu.

26. Sebab kalau kau nak ambik kisah tu sebagai alasan nak menghalalkan semua benda salah yang kau buat, cubalah kau buat sesuatu yang menghina Islam secara terbuka.

27. Contohnya, kau Islam tapi kau pijak Al-Quran.

28. Tangkap gambar dan post dekat Facebook kau...kemudian bila kau kena kritik, kau jajalah cerita "Tuhan itu Maha Adil, Dia boleh bagi PELACUR masuk syurga! Bukannya kau yang tentukan syurga neraka, dosa pahala!"

29. Ya, memang bukan kita yang tentukan syurga neraka, dosa pahala.

30. Tapi, bukan ke kita dah diajar, macam mana nak ke syurga?

31. Macam mana pulak orang zaman sekarang boleh berharap dia akan ke syurga DAN dia boleh langgar semua larangan Islam yang menghalang dia ke syurga, hanya kerana dia percaya Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Pengasih....

32. Takkanlah hanya sebab kau pegang Allah SWT itu Maha Memaafkan kau nak gunakan itu sebagai alasan kau buat maksiat?

33. Sedap gila kau hidup boleh buat maksiat, kemudian kau anggap Allah SWT tu Maha Pemaaf jadi siapa2 yang tegur kau buat maksiat can shut the hell up...

34. Apa guna ada Kitab, Hadis dan Fatwa?

35. Bercakap pasal fatwa, aku tengok ramai jugak yang pandang fatwa ni seolah2 benda main2.

36. Kau cuba ingat balik, bila zaman kau belajar dulu, cikgu kau cakap, lecturer kau cakap, kau dengar atau tidak?

37. Kenapa tak nak dengar fatwa? "Sebab kalau tak ikut fatwa tak berdosa," kata ramai orang.

38. Adakah kerana fatwa itu ilmu percuma? Atau masyarakat kita dah sampai satu tahap di mana bila bercakap pasal bab-bab agama, diorang lebih prefer supaya "if it is about religion, it is up to me and God only yeah? Dont be busy busy body please."

39. Mungkin kita boleh buat yuran akses satu fatwa Rm5 untuk rujuk fatwa baru orang betul2 hargai fatwa tu.

40. Kita sangat menghargai benda yang kita kena bayar, kan? Kelas agama banyak gila free tapi yang tiket beratus2 hanya semata untuk tengok DJ tekan laptop jugak yang dia nak pegi.

41. Tapi bila Ustaz kenakan bayaran untuk bagi kelas...dia marah pulak.

42. Tu yang pelik tu. Tudung Rm300? Beratur nak beli. Ustaz mintak kutip derma masa ceramah? Ustaz tu mata duitan la oi!

43. Cuba Google "Ustaz Mata Duitan" tengok gambar siapa keluar.

44. Kebelakangan ni kita diajak supaya "memoderatekan Islam." Jangan jadi terlalu extremist. Kena man-man. Kena slow-slow....

45. Masalahnya, senyap2 kita diajar...dalam Islam tak sepatutnya ada "paksaan langsung berlaku"  kerana Islam adalah agama yang "cantik dan sempurna serta lemah lembut ajarannya" dan jika perlu dipaksa, ia berlawanan dengan ajaran Islam.

46. That is wrong. Kau sedar tak jarum2 halus tu sedang dicucuk oleh pihak2 yang tersembunyi?

47. Meh sini aku nak tengok kau larang anak kau berzina tanpa sebarang paksaan.

Oktober 08, 2014

Puisi dan Lagu : "Cinta"



Cinta kamu dirusuk, merodok hati ini,
Ia datang, ia pergi, sesuka angin sakti

Umpama arus yang deras, akalku kan dicantas
Cinta kamu, merubah hati ini.

Kasih kamu, menusuk, menukar jiwa dingin,
Engkau datang, jangan lari, tinggal aku tersepit.

Aku mudah terpedaya, ada masa ku diguna,
Cinta kamu, membaiki diri ini.

Aku tumpu yang buruk saja, buat aku jadi gila,
Tapi bila engkau tiada, lidah ku rasa pahitnya.

Cinta kita apa halanya, apa dituju kita bersama,
Mata kamu, cerahkan jiwa ini.

Mari kita, bina keluarga, penuh hidup riang ketawa,
Ada menangis, ada mencuka, turun naik cartanya.

Bila masuk dalam pusara, harap bertemu dalam syurga,
Kerna cintamu, selamatkan jiwa ini.




Oktober 04, 2014

Aku Sebenarnya Bersetuju Dengan "Kenaikan Harga Minyak" Asalkan...

Aku tau memang semua orang marah dengan pengurangan subsidi cum kenaikan harga minyak 20 sen. Memang membebankan kita. Tapi ada beberapa perkara yang aku rasa Menteri kita tak berapa kompeten sangat untuk explain. Aku tak tau kenapa....tapi rasanya diorang boleh explain benda ni...dan kalau diorang explain, aku rasa orang takkan marah sangat.

Tapi kerajaan kita akhirnya mengambil keputusan melakukan announcement membabi buta dan mintak DATUK "KALAU AYAM MAHAL JANGAN BELI AYAM" cuba explain...itulah yang akhirnya membuatkan kerajaan nampak tak kompeten dan orang marah.

Ok...ni apa yang aku paham.

1. Pengurangan subsidi dilakukan kerana kerajaan nak kurangkan kebergantungan kita kepada subsidi.

2. Aku rasa, rough calculation aku, kerajaan akan save dalam 5-7 billion setahun hanya dengan potong 20 sen tu. Cuma, ke mana peginya berbilion tu yang kita selalu tertanya.

3. Aku meramalkan, ini semua dilakukan secara mengejut kerana - harga minyak turun.

4. Waktu terbaik untuk potong subsidi sebenarnya adalah apabila harga minyak dunia turun. Sebab....minyak yang kita guna, kita import, kan? Harga minyak yang kita import tengah murah, jadi pemotongan subsidi akan memberi impak yang paling efektif.

5. Kerajaan boleh ambil langkah yang lebih elok seperti ANNOUNCE AWAL2 SIKIT! Yang kau clear embargo announcement pengumuman 6.15 petang dan kenaikan harga minyak 12.00 tengah malam tu yang membuat orang marah dengan kerajaan.

6. Jadi, the bigger picture yang aku rasa ramai tak nampak ; harga minyak akan terus naik kerana subsidi akan dikurangkan. Kenapa?

7. Sebab........kerajaan kita target nak jual minyak ron 95 menggunakan harga market on the long term...maskudnya, no subsidy AT ALL.

8. Tapi kerajaan tak boleh potong subsidi sekelip mata camtu aje, teruk nanti inflasi naik...so diorang potong sikit2.

9. Semua ni akan jadi sesuatu yang positif kepada kita semua JIKA berlaku beberapa pengumuman penting dalam pembentangan Bajet 2015 nanti.

10. Kau perlu tengok ke mana duit penjimatan subsidi tu pergi. Aku forecast....BR1M akan diteruskan dan dinaikkan nilainya...DAN kadar pendapatan penerima BR1M akan diringankan lagi...yakni, pendapatan isi rumah RM4500 -RM5000 pun mungkin dapat. Ini ramalan aa!

11. Ini cara kerajaan nak offset kenaikan harga minyak cum pengurangan subsidi.

12. Yang paling pahit nak diterima, kau kena belajar terima yang sebenarnya...kenaikan harga minyak kita ni sebenarnya bukan kenaikan pun...tapi memang betul, pengurangan subsidi.

13. Kita hanya boleh kata "harga minyak naik JIKA harga minyak kita dijual ikut market price." Jelas?

14. Selagi ada subsidi...harga minyak tak naik-naik sebenarnya.

15. Ada beberapa faktor yang mungkin membenefitkan kita atau merugikan kita...harga minyak nanti boleh naik turun. Jadi kita boleh ada masa rugi ada masa turun. Tahun berapa kita akan capai level market price tu, aku tak sure lah. Tapi kalau setahun kurang subsidi 20 sen, market price sekarang lebih kurang RM2.70.....jadi around 2017 mungkin kita boleh bebas subsidi...

16. So, kenaikan harga barang....itu yang merisaukan, kan?

17. Aku cuba cakap dengan sangat lembut dan sangat halus........aku rasa, GST akan membantu dalam hal ni..

18. Sebab GST akan bagi kerajaan satu mekanisme yang membolehkan diorang pantau atau even control price barangan dari level manufacturer sampailah ke level end consumer.

19. Kalau kerajaan nak control lah....

20.  Cuma negara kita ni selalunya bila bercerita pasal sistem memang hebat. Tapi pelaksanaannya? Yang penting pelaksananya?

21. Kita tunggu dan lihat pembentangan Bajet nanti.

22. Kenapa kadar inflasi di negara kita tak sepadan dengan nilai yang naik pada market? Itu adalah misteri yang aku tengah cuba fahami sekarang ni.

23. Sebab zaman Dr.Mahathir dulu, dia aim inflasi sifar. Tapi bila kau baca pasal ekonomi, inflasi sebenarnya adalah sesuatu yang baik kepada ekonomi sesebuah negara. Aku masih lagi cuba belajar pasal ni...

24. Sayangnya, kenaikan gaji kau, selalunya tak offset kadar inflasi kan? Apatah lagi nak offset "inflasi tiruan" yang dikawal oleh corporations2 besar nak ambik untung lebih.

25. Kau tau apa tandanya tu?

Oktober 02, 2014

5 Langkah Rakyat Miskin Boleh Ambil Agar Dapat Hidup Dalam Negara Berpendapatan Tinggi

1. Mudahkan perkahwinan

Kau perlu paham, belanja perkahwinan besar..kerana kau aim besar. Kalau kau aim kenduri simple, belanja kau pun Insya Allah kecik. Ni first step yang cukup besar jika kita dapat ubah mentaliti bertempur tengok siapa punya kenduri lagi grand ni. Hantaran tu....kalau boleh, berpada-pada lah. Macam mana nak bantu masyarakat khasnya lelaki kalau kau komplen kos hidup tinggi tapi kau berdegil jugak nak hantaran tinggi. Akhirnya mentaliti tu tak membawa kepada mana2 pembaikan langsung. Dah la susah...kemudian disusahkan lagi. Anak khalwat, marah.

2. Ajar anak-anak masak

Skill paling utama untuk survival. Semua orang kena tau masak sebab bila kau tak ada duit banyak, kau perlu tau masak. Aku dah pernah tulis pasal benda ni dulu. Kau jugak boleh tengok dekat channel EC Inspirasi/Youtube ada program "Dapur Bujang" di mana kita diajar macam mana nak masak 2 lauk dengan total kos tak lebih RM10.

3. Potong unnecessary things yang berbayar

Jika kau rasa TV Satelit adalah satu TV yang bullshit, penuh dengan siaran ulangan dan program yang dia buat in house sampah...kenapa kau masih lagi melanggan TV Satelit?

Potong aje. Bila benda tu ada, memang kita takut nak tak adakan perkhidmatan tu tapi bila kau dah potong, kau akan sedar...why the hell i need to pay for my television programme that i cant control what i want to see? Perkiraan mudah...satu tahun, kau akan save RM480 kalau kau tak subscribe TV berbayar ni. RM480! Itu yang minimum channel.

4. Berhenti merokok

Rokok turun harga, minyak naik harga. Seolah2 nak menggalakkan orang merokok pulak kan?

Aku perokok tegar. Aku merokok dari umur aku 14 tahun. Aku pernah kena gantung sekolah sebab kena tangkap pasal rokok dan mak aku memandang aku dengan penuh hina sekali bila aku dicutikan pihak sekolah selama 2 minggu tu. Aku cakap kat kau, benda yang paling berbaloi yang aku buat adalah berenti hisap rokok secara cold turkey method.

Berapa aku spend rokok sehari? Rm10 sehari hanya untuk rokok (pada waktu tu). Sebulan RM300. Setahun?RM3600 aku spend hanya untuk rokok. Aku cakap betul....aku perokok tegar satu masa dulu. Rm3600 setahun. Gila kaya aku dulu.

5. Banyakkan spend masa dekat rumah

Apa yang aku perasan, kalau aku bawak keluarga aku jalan keluar rumah, mesti akan spend bodoh2 RM50. Mesti. Itu minima habis la tu.

Average kita makan untuk seorang sekarang ni dah cecah Rm12. Aku tak tau siapa yang buat market survey dan buat recommendation "air teh o ais harganya RM4.50 dan orang akan beli jugak" atau "air suam harganya RM1 dan orang akan beli jugak jika kita letakkan signboard jangan bawa masuk makanan atau minuman luar ke dalam restoran kami."

Sebab yang merungut pasal minyak naik ni ramai, yang merungut pasal kos sara hidup tinggi ni pun ramai....TAPI MASALAHNYA, yang jadi customer benda2 yang pricing dia ridiculous ni pun ramai.

Kalau kau jumpa orang England, kau tanya la dia nak ke tak dia beli kereta "50,000 pound" mesti dia akan jawab "must be a supercar mate! Bloody hell expensive!"  Set lunch 12 pound sekali makan? "What's in the God's name are you eating mate? Lobster?" Minum kopi Starbucks untuk 15 pound? "Holy Mary! What kind of coffee is that? The best coffee in the world?"

Tapi kita, kereta 50 ribu murah. Rm12 sekali makan normal. Kopi Starbucks 15 ringgit tu standard. Kau paham tak apa aku tulis ni? Kalau kau convertkan pound tu kepada ringgit memang la nampak mahal,  tapi itu menunjukkan kau tak paham apa aku tulis ni.

Keluar rumah adalah sesuatu yang menakutkan, apatah lagi bila kau dah berkeluarga. Dan trend ni nampaknya takkan stop sebegitu saja sebab kita, entahlah kenapa, sayang benar dengan sistem ekonomi pro kapitalis ini.

Oktober 01, 2014

"Aku Nak Isteri Yang Berkulit Sawo Matang" Kata Ramai Lelaki

Aku jarang tengok TV. Sekarang ni lagilah jarang, memandangkan aku dah potong Astro.

Sebab tengok TV selalu menampakkan kebodohan society kita, kita adalah society yang terlalu terkejar-kejar untuk jadi sama macam template yang pihak lain sediakan.

Beli kereta ini. Beli barang ini. Pakai baju ini. Pakai seluar ini. Jadi macam dia ni. Jangan jadi macam diri sendiri. Tolong rasa malu kalau kau cuba jadi diri sendiri.

Dalam TV banyak benda camtu. Sebab dalam TV banyak iklan. Iklan....adalah alat yang sangat bahaya jika orang yang mengawal penghasilan iklan itu jahat. Sebab dia mampu corakkan society jadi macam dia nak. Untuk orang2 yang gullible, memang mudah sebenarnya diorang terjerumus. Apatah lagi kalau kena provoke dengan iklan.

Kau pernah tengok iklan ubat gigi? Kalau kau perasan, sebenarnya semua orang yang berus gigi dalam iklan ubat gigi, langsung tak letak ubat gigi. Sebab tu diorang nampak kemas dan bersih masa memberus gigi. Tapi otak kita takkan perasan benda camtu sebab kita dijaja dengan imej yang kita nak nampak. Membuatkan kita jadi apa yang kita nak jadi. Padahal, itu sebenarnya apa yang mereka nak kita jadi.

Pengiklanan boleh heret kau ke neraka. Serius. Aku nasib baik kerja buat iklan dua hari aje. Sebab iklan banyak jual something yang fake untuk entice consumerism.

Golongan yang paling aku kesiankan? Orang kulit hitam, especially perempuan berkulit gelap. Diorang ni memang easy target mana-mana produk.

Kau cuba bukak TV dan kau tengok berapa banyak iklan yang mengatakan kulit hitam tak elok. Kulit gelap ni perlu dicerahkan. Jika kau dapat jadi cerah sikit pun berbanding kulit kau sekarang, Insya Allah akan ada lelaki yang tangkap cintan dengan kau.

Jahat sebenarnya mesej tu. JAHAT GILA."Cerahkan lah kulit anda yang gelap! Belilah produk kami. Malulah anda jika anda berkulit gelap."

Yang cantik? Yang putih. Yang putih kemerah-merahan. Yang buruk? Yang hitam kemerah-merahan.  Itulah hebatnya kuasa marketing dekat society kita. Ramai gadis di luar sana benci dengan diri sendiri hanya kerana kulit dia gelap.

Buang aje lah Fair and Lovely tu dik. Lagi baik kulit kau gelap dan kau sayang diri sendiri, daripada menghabiskan sejam sehari sapu losyen pencerahan hanya semata2 nak rasa diri lebih konfiden. Itu semua effect placebo aje. Effect kosmetik. Kecantikan kulit ni luaran aje.

Tuhan bagi kulit kau gelap? Belajarlah sayangi diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Jangan terikut dengan penjual2 produk ni. Game diorang mudah, sebarkan mesej kulit gelap itu huduh, sebarkan mesej lelaki suka perempuan berkulit cerah. Laki perempuan semua terikut..hasilnya? Kau pun tau.

Jangan malu dengan muka sendiri tapi janganlah sampai jadi orang yang tak tau malu,ye?
Yakin lah sikit dengan kurniaan Tuhan dekat kau.

Kalau kau nak jugak tuduh aku tak paham perasaan perempuan, kau anggaplah kulit kau yang gelap tu sebagai rahmat dekat kau, sebab kau dikurniakan perasaan malu yang lebih tebal berbanding gadis2 Melayu lain yang berkulit cerah tapi duk jual muka sendiri dekat media so-sial sebab dia rasa diri dia cantik gila.

Orang hati busuk kata kau buruk, tak usah lah kau dengar.