Ramai orang yang kat luar sana yang mungkin beli portable hard disk, kemudian bila dah rosak, dia beli yang baru dan take it as a lost semua data yang ada dalam tu. Hard disk ni sebenarnya susah nak rosak, melainkan kau campak atas konkrit. Memang frust bila kau ada hard disk, kau sambungkan dan kemudian dia tak jumpa apa2....not detecting atau USB error. Itu sebenarnya memerlukan satu solusi yang agak simple tapi memerlukan kau keluar modal sikit la.
Ini hard disk aku. Problem dia adalah dia takleh detect. Cucuk dekat USB port tak menyala. Kau perlu keluarkan hard disk tu dari casing dia dan kebanyakan casing ni (aku punya kaler hitam ada sticker angry bird tu) dibuat supaya tak mudah dibukak. Screwless punya build. Jadi kau ambik ajelah apa2 alat yang boleh buat kau pry keluar casing dia tu. Jangan kasar sangat.
Bahan2 yang diperlukan hanyalah sebatang screw driver kecik ni. Kau boleh pakai screw driver lain tapi aku takut kau rosakkan bunga screw tu masa memusing jadi pilihlah saiz yang sesuai.
Bila kau bukak hard disk tu, dia mesti letak dalam cage camni dan hard disk tu diskru ke cage tu. Tanggalkan dulu skru tu sebelum kau mengamuk tak tentu hala.
Ta da! Ini hard disk yang dah selamat dikeluarkan. Ada dua jenis hard disk, satu dipanggil 3.5 inch hard disk, hard disk standard dalam komputer dan 2.5 inch hard disk, standard size untuk laptop punya hard disk. Kau nak tau mana satu kau punya, kau tengok saiz. Lagi satu, hard disk 3.5 ni, memerlukan external power source.
Macam aku punya, 2.5 inch HD, tak perlu power source sebab power datang direct dari USB.
Ini kotak hard disk baru aku beli. Ada banyak jenis dari yang murah dan design buruk, harga RM20 hingga ke Rm140 yang jenis ada shock absorption. Bila kau nak beli casing dia, ada dua benda kau kena tau...saiz hard disk, 2.5 inci atau 3.5 inci hard disk? Dan lagi satu, speed USB port kau.
Sayang sebenarnya kalau kau punya laptop/pc support USB 3.0 tapi kau tak take advantage benda tu sebab transfer speed dia jauh berbeza. Kau kena pastikan yang laptop/pc kau ada dulu port tu dulu sebelum kau beli USB 3.0 ni. Nak tau dia senang aje. USB port dia kaler biru. Kalau hitam tu bukan.
Oh terlupa, lagi satu...hard disk kau jenis apa. IDE atau SATA. Sekarang ni semua dah pakai SATA rasanya. Jika kau still pakai IDE, kau memang handal.
Aku beli USB3.0 seperti gambar di atas sebab itu aje design hard disk yang aku boleh terima. Mahal sikit. Dalam RM60.
Bukak skru dia. Pastikan kau bukak yang belah ada port USB sebab dua2 side casing tu boleh dibukak.
Selepas skru dibukak dan sedikit tarik menarik berlaku, kau akan dapat keluarkan SATA port. Selalunya, bila masalah hard disk tak dapat dijumpai, inilah dia penyebabnya.
Benda nilah sebenarnya yang akan mentransferkan data dari connection SATA kepada USB dan disalurkan kepada laptop/pc kau. Benda ni jugakla yang salurkan power ke hard disk kau.
Jadi sekarang ni casing dia tinggal lohong kosong menunggu untuk dimasukkan hard disk tadi.
Slotkan hard disk ke dalam casing kosong tersebut. Mungkin sedikit force diperlukan untuk memasukkannya. Tolak dengan berhati2. Jangan terlalu kasar.
Barang PC sekarang bukan macam dulu. Kalau kau salah cucuk, itu maknanya kau buat kerja melulu. Nak tau alignment dia, ikut aje saiz port benda tu, ada satu port data, lagi satu port power. Cucuk benda ni dekat hard disk. Usah hiraukan gambar ni yang sedikit confusing,
Sekarang skru balik SATA port tadi dan pastikan dua2 skru dah dipasangkan, karang tertanggal SATA port tu masa tengah jalan ke, tak ke naya.
Sambungkan kabel dan cucuk kembali ke laptop/pc. Tat ta dang dang!
Nota - untuk orang2 yang nak menjimatkan kos dan tak nak beli external hard disk mahal2, anda boleh beli hard disk sendiri dan beli casing sendiri dan gunakan cara yang sama seperti yang ditunjukkan untuk menjadikan hard disk anda portable.
Dan ingat, semua hard disk portable adalah hard disk mekanikal biasa aje. Melainkan kos menggunakan flash memory dah turun, aku rasa teknologi ni akan still kekal untuk 3 tahun lagi, tapi setakat ni, bajetnya terlalu besar untuk orang Malaysia.
25 ulasan:
mana orang first?
aku guna HDD samsung P3 Portable External Drive tapi tak boleh detect sama macam kes kau. macam mana nak remove cover untuk HDD ini? susahlah. takut terosakkan komponen lain.
Star
Tolong buatkan utk aku?aku bayar.Sayang data dlm tu. If salavageable la.
Star
Takde tools,skill dan confidence utk buat.Paling penting,malas haha
Salam mantot.
Apa punca hdd x boleh baca? Aku ada masalah jugak macam kau punya hdd. Last2 aku kopak dan sekarang hdd ak bogel tak ada cover. Aku buntu nak apakan lagi dah. Bila sambung ke komputer, hdd boleh running dan ada bunyi 'tick'. Toshiba 2.5inc 500gb.
ni depends jugak sbb penah jmp harddisk baru yg manufacturer buat bg interface micro usb 2 terus ke harddisk tanpa sata bridge or ide bridge
Kalo ade bunyi tick tick tick tu sila cari kain kapan utk hdd tersebut. Arwah baik orangnye..
cuba story sikit..
ni cerita 10 tahun lepas. hard disk pc aku kong ada bunyi tick tick tick. aku cari kat internet, ada orang cakap kalau nak selamatkan bungkus hard disk tu dalam apa2 pembalut kering lepas tu masukkan hard disk tu dalam freezer peti ais. biarkan selama beberapa hari lepas tu keluarkan dan cucuk terus kat cpu, nanti dia akan detect balik hard disk tu. aku dah try dan gagal. sampai sekarang aku masih tak percaya hard disk mekanikal yang dah ada bunyi tick tick tick takkan boleh recover balik melainkan kau hantar kat recovery center yang makan kos beribu2.
Yea betul HHD memang susah nak rosak. Kalau tak detect tu biasanye casing tu yg rosak. Just tukar baru jea. Hihih.
aku nye kes kejap detect kejap tak.
Nak sampai masa ke tuh? =.=
1. kalau dia bunyi tick2 tu, tu tandanya dia dah nak KO
2. kalau dia sekejap detect sekejap tak detect, boleh tukar casing lain sebab itu selalunya problem dgn sata bridge dia aje
ak punye samsung kaler merah. bila connect dkt laptop, kuar bunyi detact dkt computer tp smpai sudah berpusing loading data. bila buka my computer, xde pun storage utk HDD tu. adakah kes ini sama mcm tutorial atau boleh bungkus n tanam T______T
Kalo dh ada bunyi tu ada peluang tak nk retrive data, br jd hari ni
Dh tukar casing tp tap x detect jgk,,lmpu d hard disk nyala mcm bnde tu brfungsi
Huhu
Dh tkar casing pn ttap x detect,,tp hard disk tu lmpu nyala n bnyi cm brfungsi,
Dh tkar casing pn ttap x detect,,tp hard disk tu lmpu nyala n bnyi cm brfungsi,
Saya pakai transcend anti shock 1tb.. saya punya hardisk tak boleh nak detect la kat laptop.. hmm pelik sebb nak kata jatuh, tak jatuh pun.. hmm boleh tak tolong baiki? baru je berlaku niðŸ˜
Saya nak repair hard Disk Toshiba 1tb..
Problem :-
1.Bila Cucuk,Hanya Keluar Lampu..
2.Tiada Bunyi Clicking
3.Kadang2 Lampu Biru,Kadang2 Lampu Putih..
Tolong hubungi saya di syahazelqisya@gmail.com
Kat mna ad jual kotak hard disc baru?
Kt mna ad jual kotak hard disc?
Assalamu'alaikum. Hard disk saye,usb connector die tu dah tercabut, yg lubang cucuk tu. Macam mne nak repair ekk. Kene tukar casing jugak ke. Mohon balas segera..terima kasih
External hard disk x leh detect kt laptop sendiri, tempat lain boleh tapi x leh buka kene format, sayang data dlm tu hmm
Salam.Sy punya pun jadi mcm tu. dah tau jawapan dia tak?
My 1tb seagate. tak boleh detect di laptop. but still keluar lampu. so how?
Masalah sy juga sama. Usb da tcabut. Sdih gile. Banyak bnda penting time stdy kat dlm tu. Da 3thun tak on. Tkut dta smua hlang. Nak hntar warenty pon takut ciz nnti abis hlang smua data saya. Bole bg tips tak. Tq sgt2
Catat Ulasan