Julai 25, 2014

Awkward Agama - Hanya Satu Hala Kita!



Aku tak pernah rasa perang macam mana.

Paling dekat aku pernah rasa berperang macam mana, adalah bila kena kejar dengan FRU dekat perhimpunan Bersih. Sambil berlari2 dengan mata pedih takleh nak tengok apa, aku rasa helpless.

Sebab aku tau, kalau ada anggota FRU dapat tangkap aku, aku memang lauk masa tu.

Bila bercerita pasal perhimpunan Bersih, akan wujud dua opinion, sama ada yang anggapkau kena bantai tu worth it atas nama perjuangan atau mereka2 yang anggapkau memang patut kena bantai dengan FRU, macam kisah Ustaz yang aku pernah tulis dulu.

Apa point aku sebenarnya?

Berkenaan Palestine, kita majoriti bersatu suara mengecam Zionist. Bila berkenaan apa yang terjadi dalam negara, pandangan kita jadi kabur-kabur.

Sehinggakan ada antara kita, bab nasib rakyat Palestine mereka la yang paling lantang menyuarakan pandangan diorang menggunakan keyboard mereka. tapi gembira, bila kawan sendiri kena hentam dengan FRU masa perhimpunan Bersih sebab political ideology berbeza.

Kemudian dia jugak lah yang paling laju share dan condemn orang Israel yang celebrate the bombing of Gaza macam tengah tengok firework show. Pelik bangsa Melayu ini.

Aku rasa jika pelumba basikal negara didenda atau dikenakan tindakan kerana memprotes Zionist dalam sukan Komanwel, ada baiknya, kita tarik diri dan bawak aje balik atlit2 kita dari Scotland

ps - first time aku buat lagu pakai keyboard. Bolehla basic2 nak buat composition. Kalau kau nak belajar basic buat lagu, kau belajar main keyboard, sebab lagi senang rupanya kau nak cipta melodi guna keyboard.

Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin kalau kau terasa apa aku tulis walaupun aku tak kenal kau.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya mantot

Tanpa Nama berkata...

Tot, aku rasa better kau letak lirik on screen untuk lagu 'satu' ni, baru boleh baca apa yang kau sampaikan via this song.

Sebagai seorang pakar buat visual takkan buat video slide show je bro. Hehe.

p/s: aku dengar lagu2 kau yang lain. Suara kau macam vokalis disagree lah. padu!

plamo berkata...

lain giler suara kau masa nyanyi...
salam aidilfitri

Tanpa Nama berkata...

lagu ko beat & key banyak lari. tapi suara dah mantop! selamat raya hari. zahir maaf batin...