Julai 02, 2014

Single of The Week : The Oldest Fling

19 haribulan Jun hari tu besday anak aku yang ke 3. Bila fikir balik, pergh agak menakutkan sebenarnya sebab;

1. Anak kau besar membuktikan kau makin tua
2. Dah 3 tahun anak aku, pada aku itu satu kejayaan besar

Sebab masa aku belum kahwin, ada beberapa benda yang aku cukup risau;

a. Aku takut terpatahkan anggota badan anak aku
b. Aku takut aku tak dapat jadi bapak
c. Aku takut aku terterajang bini aku

Aku rasa semua lelaki camtu kot. Melainkan dia memang jenis tolong mak dia dari kecik jaga adik dia. Aku tak pernah dapat training semua tu, jadi dengan anak first sekali, aku terpaksa mengakui, lepas dia dua bulan lebih, baru aku berani dukung dia. Nak azankan pun aku terkial2...first time rasa, lembik lagi badan dia. Lepas aku azankan dia, lepas tu langsung aku tak dukung dia lagi dah, sehinggalah aku rasa konfiden badan dia dah kuat sikit.

Dengan adik dia, aku rasa keberanian tu dah ada. Lagipun, adik dia perempuan. Lain duh feeling dia seorang bapak tengok anak2 dia. Kau tengok anak laki, kau nampak macam mana rupanya dia yang kau nak dia jadi...tapi bila tengok anak perempuan, kau nampak....

......kebahagiaan.

Susah nak digambarkan. Kau kahwin kau rasa sendirilah camna.

Untuk meraikan harijadi anak aku ke tiga, aku nak bagi korang lagu aku free. Memandangkan lagu ni antara lagu yang aku sayang tapi aku rasa dia tak matching dengan lagu2 aku yang lain, aku releasekan aje la secara free. Satu lagu ditujukan kepada anak aku dan satu lagu lagi lagu Melayu first yang aku rakam suka2 sebab aku nak dengar suara aku nyanyi lagu Melayu camne.

Perlu diingatkan, aku suka muzik aku bising tapi ada 3 lagu akustik yang aku rasa semua orang boleh dengar. Jangan tanya aku apa maksud lagu aku.

Sokonglah industri muzik tempatan.
Downloadlah yang original. (Link)


15 ulasan:

aku berkata...

ala..apsal suara ko tak sedap ni?
nyesal donlod. hikhik...

Mantot berkata...

haha, terima kasih

Ayu azmir berkata...

singgah sini... seronok bila tengok mereka membesarkan...

Tanpa Nama berkata...

suara grunge

Tanpa Nama berkata...

aku baca blog ni dr ko bujang sekarang anak ko dah umur tiga tahun . aku je yg tak kahwin2 lagi ni.

Tanpa Nama berkata...

Sedap gak sore lu... Leh lawan creed ni... Hahah

Tanpa Nama berkata...

lagu melayu tu aku suka, duk ulang2 dengar walaupun ada yg sumbang. ahaha. not bad..not bad.

eddeved berkata...

Salam,

anak aku dah masuk empat tahun dah.

aku:

i) tak pernah tolong mak aku buat kerja.
ii) tak pernah buat kerja buruh kat rumah masa belum kawin.
iii) tak pernah selalu kemas rumah.

tapi bila aku dah ada anak:

i) aku pantang tgk bini aku kemas rumah, aku larang, sebab itu kerja aku.
ii) dari anak aku umur sehari sampai laa umur nak empat tahun dia punya pampers,mandi,cuci baju semua aku buat.
iii)aku tak pernah sepak terajang anak aku walaupun ramai orang kata aku biasa sepak terajang anak aku.

dan hasilnya:

i) anak aku sangat hormat dengan aku.
ii) kalau dia nak apa-apa dia mesti cari aku.
iii) dia tak pernah mintak apa-apa dengan mak dia, semua benda dia mintak kat aku.

sebabnya kenapa lepas kawin aku buat semua;

i) sebab dia anak aku
ii)sebab manusia ada tanggungjawab dia tak akan sia-siakan tanggungjawab dia.
iii) sebab aku sayang bini aku lebih dari mak aku, mak aku benci aku ha ha ha!

Sekian.




Lokie Graysean berkata...

Nice....suare boleh tahan,cume tune music tu kuat sgt...bru igt nk buat ulit tido.hahaha

Helen berkata...

oh kau tak boleh menyanyi rupanya. maaf salah, boleh menyanyi, tapi tak sedap di dengar.

nazirah abdullah berkata...

haha. sebijik macam husben saya. tapi paling dia takmau pulak, basuh yak-yak anak2. Sanggup buat benda lain selain basuh busuk2 ni. hihi.

http://qissmemummyhealthy.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

pljr sekolah: best gak soree mantot ;)

Tanpa Nama berkata...

plajr sekolah again:
mantot pleasee describe perasaan ko bila nengok anak perempuan acamner..aku nak tau perasn ayah aku bila nampak aku :) plezzzzzzzzzzzzzzzzz



Anonymous said...
aku baca blog ni dr ko bujang sekarang anak ko dah umur tiga tahun . aku je yg tak kahwin2 lagi ni.

kepada anon diatas;
---> mari

Tanpa Nama berkata...

gabba gabba

Tanpa Nama berkata...

aku xpuas dego. macam ko xkluorkan segale perasaan yang ko pendam.