Julai 11, 2014

Awkward Agama : Posting Gambar Mayat Ngeri Bertaburan Ini Adalah Bukti Kebencian Ku Kepada Israel

1. Aku tengok sekarang ni ramai betul orang Malaysia yang concern dengan isu Palestine.

2. Bagus, bagus.

3. Ni kalau ada yang nak pegi berjihad kat sana Kerajaan kita bagi ke tak?

4. Kepada yang tak mampu nak pegi berjihad, jomlah kita sama2 berjihad dalam hati aje.

5. Tapi masalahnya aku tengok ramai betul yang berjihad dalam Facebook.

6. Berjihad dalam Facebook ni kalau tak kena gaya memang menampakkan yang kau sebenarnya poyo gila ah.

7. Contohnya, orang2 yang kononnya nak melahirkan social awareness dengan share gambar mayat orang Palestine.

8. Aku ulang lagi sekali sebab dah banyak kali aku sebut, "kalau kau tak suka orang share gambar mayat kau eksiden" kau pun perlu stop berhenti share gambar mayat orang lain.

9. Tu bukan jihad. Tu jahat.

10. Sebab kau berlaku jahat dekat arwah.

11. Baru tadi dah tersebar gambar mayat perempuan kena bom tengah makan nasik dan dagingnya bertaburan atas lantai.

12. Daging dia. Bukan lauk daging.

13. Come on Melayu. Tolonglah berhenti "berjihad" camtu.

14. Kau nak menyebarkan kebencian kepada Israel? Bagus. Tapi bukan itu caranya.

15. Cara yang lebih sesuai adalah kau angkat tangan kau dari keyboard, kau tadah tangan, kau doa "Ya Allah Ya Tuhanku, jatuhkanlah bala ke atas mereka2 yang tidak memurnikan bumi-Mu."

16. Kemudian sambung doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan lah diri aku dari keinginan untuk mengongsi gambar mayat kerana itu adalah satu kezaliman ke atas makhluk Mu."

17. Kemudian sambung lagi, "Ya Allah Ya Tuhanku, oleh kerana aku tidak mampu berjihad di sana, terimalah jihad dalam hati aku ni. Aku benci mereka yang menzalimi orang lain tak kiralah mereka Islam atau tidak.."

18. Lepas tu tolonglah stop share gambar mayat lagi wahai Melayu yang beragama Islam.

19. KIta sibuk suruh minah tutup aurat tapi kenapa kita share badan orang yang dah berkecai?

20. Dah tak mampu nak berfikir lagi ke orang Melayu yang beragama Islam ni?

21. Kalau kau degil jugak, sila wasiatkan cepat2 dekat saudara terdekat kau, "tolong post gambar aku dekat Facebook lepas aku mati, tak kiralah aku mati kemalangan atau mati atas katil aku, dalam pelbagai angle, kerana aku mahu dapat Like sebagai bekalan ke alam barzakh."

56 ulasan:

Aiin Aini berkata...

Mantap

Yus berkata...

Kali ni kau spot on, mantot

Tanpa Nama berkata...

perlu juga disiarkan gambar2 menyayat hati itu di fb supaya semua umat islam alert dengan apa yg berlaku di palestine. kalau ada gambar, rasa sayu dan simpati itu akan bertambah.

Tanpa Nama berkata...

Ntah la diorang ni, galak sangat share gambar mayat, bukan apa, takut terbuka aib mayat jer.

FH berkata...

Setuju.Aku pun tak faham kenapa macam tu.

Suria Lekatlekitgurl berkata...

kadang2 bukan simpati @ prihatin sangat pun tapi lebih kepada nak perhatian jer orang2 camtu. Ada jugak yang jenis ikut bontot.. orang share dia share.. orang boikot dia boikot

aku berkata...

aku pun ngeri dan sedih tgk gamabr2 mayat yang berkecai tu. tapi kalau mcm gambar mayat baby yang suci murni tu, terasa nak tgk berkali2.

btw, kalau aku share video atau gambar yang tak melibatkan mayat..aku kira berjihad tak mantot?

social awareness..tp tkde gambar mayat..cptlah mantot..aku tunggu ni. mcm gambar dorg bom bangunan ke...

De La Rocha berkata...

Mazhab setan mane la yg ko ikut ni Mantot oi. First of all org yg mule2 upload gmbr2 tu ialah 1st liner kt Gaza mcm Gaza Tv News. Then org lain share sb diorg ade kwn2 especially non Muslims yg x follow page tu. Yg share tu sb they want to show to their non Muslim friends what really happen in Gaza yg mainstream media x tnjk. Bkn nk aib kn org yg sudah pergi.

Ko nk tnjk yg ko ni brbeza dr org lain but to me you are just one of those typical Malay ass holes. Shalom Mantot Zionist.

Tanpa Nama berkata...

pos graphic pictures DALAM DOS YANG KECIL, boleh menimbulkan kesedaran.Tapi percayalah, kalau dah tiap2 hari dihidangkan gambar2 mengeri tu, manusia akan jadi desensitise dengan perkara2 yg ngeri. In the end, it becomes normal.

Menimbulkan kesedaran dengan memanipulasikan emosi tak kekal. Kena faham dan memerangi dengan ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Jika kita share. .kita x kan tahu.. klu org lain x share. .kita x kan tahu.. ada keadaan2 yg perlu kita share agar mata dan fikiran kita terbuka. Dr gambar2 tu lah timbulnye rs kasih sayang kita. .rs simpati.. agak2 klu kita x dpt gambar tu sbb x de org share gara2 mengikut kebijakan ini, agak2 ada x org nak berdoa????. Klu awak dh ada kat palestine lain cerita..ni kita kat malaysia.. dr gambar tu lah yg boleh siatkan hati kita utk berdoa.

paket wisata bromo berkata...

Aku pun tak tega tengok mayat yang di share-share macam tu,, miris rasanya..

Tanpa Nama berkata...

mantot, dalam hal ni mesti ko ckp camni sbb takut famili si mati shahid ni diaibakan.

ko rasa diorang ni malu ke tunjuk jenazah kelurga diorang mati shahid? lagi bangga adala. sbb nak tunjuk yg diorang ni mmg mati shahid di jalan ALLAH. bukan mati eksiden, bunuh diri.

fikir2kan kenapa jenazah mati shahid tak perlu dimandikan/ disembahyangkan. sbb darah mereka bukti mati di jalan ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

orang yang marah kat mantot kata takpe tunjuk gambar macam ni untuk bagi simpati n kasih syg ni, mesti lps ni bukak posa tambahnasik 2 3 kali. pfffttttt....

Tanpa Nama berkata...

apa kata awak mulakan dulu supaya menjadi Melayu Muslim yg baik.

Bermula dgn menukar grafik di bahagian atas website awak ni?

Sbg org Melayu yg terkenal dgn adab sopan, saya pasti gambar seperti itu adalah tidak sopan & mencerminkan nilai-nilai murni seorang Muslim.

Tanpa Nama berkata...

apa punya badigol nak banding orang mati syahid dengan sebar aib orang mati eksiden

banyak sangat cursing hati jadi kelam

Tanpa Nama berkata...

Hai, saya JO dari Nepal.

Saya suka sama laki2 Melayu.

Pleez cal saya : 0122-816971

Tanpa Nama berkata...

Phm2la orang skrng,selagi takde bukti kasar tentang apa yg terjadi di palestin maka orang takkan percaya. Mahu tdk maw kita kena bagi nmpk scale kezaliman yg telah berlaku di bumi gaza.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik!! Salute

Tanpa Nama berkata...

ak ase pemahaman kau ni lain dr pemahamn rmai2 orang. yes bagus, sbb nampak la kau ni rare. tp kalau kta xshare kezaliman yang berlaku sebenarnya ke atas palestine camane dunia nk tau. cam ak. fb ak ad yg ak friend ngn foreuigner. pendapt ak bila dorang bc at least dorang tau the truth. da la media asing da jadi hamba yahudi. sume media dorang kuasai. so then, we should be the who spread the truth. maaf lah ye. ni pendapat ak la..

Tanpa Nama berkata...

Camtu post gambar bendera je.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju tak elok sebarkan gambar kematian yg boleh mengaibkan si mati. Tapi kene berhati-hati bile kasik pendapat berlandaskan logik akal.

Bagaimana cara agaknya nak kasik kesedaran yang memberi impak semaksima mungkin kepada ummah kalau bukan dengan menggambarkan keadaan sebenar? Takkan nak tulis artikel je? Takkan nak letak gambar2 letupan je?

Bukan sekadar nak membangkitkan kebencian kepada Zionist, tapi dalam mase yang sama menggalakkan kite nih utk berdoa, utk melakukan ape yang terdaya seperti boikot etc dalam melemahkan seterusnya mematahkan kekejaman Zionist.

Aku setuju, sebelum ko menegur orang lain, ada baiknya ko mulekan dulu ngan meremovekan gambar header ko yg membuatkan orang rasa x selesa. Nampak? Ko sendiri pun tau orang leh terkesan ngan gambar ko tu, apetah lagi gambar kekejaman Zionist.

Ape alasan sekalipun gambar header ko tu, ko cube letak analogi yg same ke atas gambar2 kekejaman Zionist.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha....mantot letak otak kt mana wehy....
Syahid dgn mati accident jugak ko nak bandingkan...poyo betul ko ni...

Bagi aku kalo tgk pic2 mayat2 syahid tula aku lg rs nk berdoa...doa ni x kira masa..time tgh jd keyboard warrior pon bole doa..even nk masuk n keluar tandas pon doa....

Sebelum berkata2 sila mantapkan pengetahuan ilmu di dada dulu hokey...

lkjhgfdsa berkata...

Beza kan Palestine Solidarity UK https://www.facebook.com/palestinesolidarityuk?fref=ts

dengan Aman Palestin Malaysia.

Aku like page yang the latter.

Sekali lagi aku nak share kat sini ye Mantot:
http://saifulislam.com/2013/04/schadenfreude-menikmati-paparan-tragedi/

Yang tu bukan calang2 orang yg tulis eh, Ustaz Hasrizal.

Khir berkata...

Lame gak tgk post ko ni.

Post kali ni mmg keyboard warrior.

Kalu xsebar gamba, boleh xko btul2 phm ape jd?

keje hang kritik ja.

malas la ak nk citer panjang.

ye. ak melayu malas.

Tanpa Nama berkata...

exactly.
Kalau nak share, sharelah facts vs. myth pasal konflik dan penindasan ni.Especially Untuk kawan2 bukan Muslim yg ingat ini ialah konflik agama, Muslim vs Jews, walhal ni ialah penindasan tak kira agama, ada mat saleh journalists dan activists pun mati dibom zionis. Opps.. rupanya masih ramai jugak melayu islam yg percaya macam tu....

Tanpa Nama berkata...

Kau tak berebut mintak loan bank rakyat nk kawin.kau tak berandam,berselfeee berpelamin,kau boleh je kenduri laksa dr nasik minyak,tp malang famili kau tak bagi,kau x suka tanya...bila nk kawin pd kawan bujang kau,kau tak suka troll lucah dgn member.dan kau seorang dr 100 melayu.betul.jaga aib jenazah sama juga mcm jaga aib dia masa dia masih hidup.

Tanpa Nama berkata...

Kita ni jauh Wahabi yg kaya Dan dekat pun buat dek je. Tula is I neraka puak2 Tu bila Islam ditindas puak2 Tu yg kaya bust pekak je mcm dia ingat diorang main mercun. Moga Allah yg hukum puak2 yg pekak tu

Tanpa Nama berkata...

duduk bawah tempurung mmg lah mcm tu

kunun2 jenis rebel la ni
pendapat melawan arus
lancio

ko tahu tak mcm mane media barat mainkan sentimen tunjukkan kecederaan tak seberapa pihak israel tp caption mcm dah putus kepala?
semata2 utk tarik simpati dunia?

it's propaganda at it's best

dan kau, bodoh.
simply.

xXx berkata...

haha...mantot cucuk sikit, ramai dah sentap...typical.
melayu mudah sentap!

Tanpa Nama berkata...

http://www.beloya2u.com/2014/07/usah-malu-dengan-kematian-kerana-dia.html

Tanpa Nama berkata...

Setuju xXx...

Tanpa Nama berkata...

Sentap untuk melayu yang malas berfikir..

De La Rocha berkata...

Mintak maaf encik. Aku dr mgu lepas dh ilang slera mkn mengenangkan saudara2 kite yg trkorban di Gaza saat ni. Bdn aku ni pn dh susut 1 kg dh dlm 1 mgu ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua....selain berdoa kepada ALLAH SWT, kita boleh menderma wang ringgit atau tenaga ke Palestine. In Shaa Allah mendapat ganjaran pahala.

Tanpa Nama berkata...

setuju

Tanpa Nama berkata...

jika d pandang dr segi negatif maka negatif la ia mantot....jika positif maka positif la ia....benda2 bgitu x mau share..tp kalau benda yg x befaedah..meriah timeline kan....fikir dlu sebelum nak ckp bgitu mantot!

speedrider berkata...

Banyaknya Meleis sentapppppp

Wan Nurul berkata...

Halo stupid..if kite tak share gambar .dunia xkan tau.. aku sndr pun tak tau teruk sampai mcm tu.. bangang

Tanpa Nama berkata...

Mati shahid n mati eksiden berbeza. Lebih byk kita lihat saudara2 kita mati shahid lebih kusyuk doa kita kpd Allah..alangkah bagusnya klu aku pun dapat shahid mcm mereka.....klu tk tgk kita tk blh bygkan penderitaan saudara kita...hancur badan mereka...mereka shahid di sisi Allah. Kita?...

Tanpa Nama berkata...

ha ah ni first time aku pon rasa pendapat yang bangang dan konon2 nak lari dari main stream. ada ke sama mayat accident dengan syahid
no 2: tak ada gambar lain diaorang nak letak sebab apa yang berlaku keadaannya macam tu. Itu sajian dan pandangan hari2.
no 3: selama ni israel dok tutup media2 x bagi lepas gambar2 macam tu la sebab tu ramai yang bodo siap sokong kata israel jadi mangsa. wth
no 4; dah kau nak suruh berdoa je? ok berdoa je la. tak payah post kat blog dah. kau nak create social awareness kan. kau doa je leww

ok this time memang very frustrating dan actually aku terkejut gak benda ni bole come from montot mantot? watever

Tanpa Nama berkata...

lagi bangang..apa masalah post gamba org mati bodo. ko tu yg bodo xpasal2 jihad dlm hati.xberani perang tu ckp jela.nk control org plak nk post ikut tekak kau. bangang. mayat je kot.apa masalah iman,jihad dan mayat?haha..kau plak lebih tau org jihad dlm hati da mcm tuhan dah ko ni. dlm hati pun ko boleh tau. dia baya internet dia bodo yg ko sibuk2 tu apehal. hahah.. gua mmg suka troll org menyebok mcm ni walaupun gua xsuka org post pasal gaza. tp lu ternyata lebih ngong.

Tanpa Nama berkata...

kau pun sama tot. stop condeming n judging people. g tadah doa xperlu hbiskn masa duk dgn pc wat blog entry yg merapu. like i said ko ni byk masa terluang.

Fairoos Hanafi berkata...

Ramai orang igt mcm tu.. tp bro kita umat Islam kita patut percaya pada hadis nabi tentang.. orang yahudi dan nasara tidak akan pernah senang dengan Islam. Sebenarnya konflik agama ni bkn dr zaman kita je bro... tunjang permasalahan ini mmg agama... diotang tak suka nabi kita Muhammad s.a.w

Tanpa Nama berkata...

Perlu share to educate. .to inform..untuk cakna hati saudara Islam yg diperlakukan seperti binatang oleh Yahudi Zionis...ke nak jadi media mcm BBC disogok dengan kenyataan palsu? Yang di bom rakyat Palestin..yg dikesiankan Yahudi Zionis...

Tanpa Nama berkata...

Tak salah pun kalu benda tu dtgkan keinsafan kat org. Kira syer bkn niat nk aibkan mayat, tp nk tunjuk KT dunia kezaliman yahudi laknatullah membunuh ank2 n orang tua yg tak bersalah dgn bukti bergambar. Dan tak di nafikan 1 picture will describe everything n has their own miracle. What's wrong with that?? Seandainya itu boleh jadi keinsafan untuk yang lain apa salhnya..just my 20 cents opinion

Tanpa Nama berkata...

Like

Tanpa Nama berkata...

I dont think so... Sy sangkal idea ini...

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha anon2 13hb yg komen berapi kat atas ni...dah baca belum latest entry mantot?

Kalau dah komen berapi tebako pastu baru nak baca, skrg nyesal tak bila dpt tau korg ni sakit jiwa dan sebenarnya psycho? Nyesal tak sbb taktau hukum tapi rilek je kata org bodo bangang ngok sbb tak ikut arus mainstream? Ketahuilah bahawa korang ni sbnrnya lagi menyedihkan...

Semoga korang boleh mati syahid dalam memperjuangkan hak penyebaran gambar mayat kekejaman zionis kat social media.

Tanpa Nama berkata...

Serius admin bodoh,
Kalau Allah nak angkat martabat org dia sayang, sampai kemati martabat dia naik lagi2 yg mati syahid.
Kalau Allah nak tutp aib org dia sayang, sampai ke mati org tu tak diheboh2kan.
Tulis jgn pakai logik akal pala je.

Marc Jue berkata...

gambar tu sbg bukti kekejaman israel, bukan gmbar suka2 nk upload utk dptkan like. Jgn berfikiran cetek & guna logik akal sahaja wahai admin. Sbg contoh kau ade kanser & memerlukan bantuan. Kau bandingkan stakat tulis "sy ada penyakit kanser sila hulurkan bantuan" dgn gambar kau sedang sakit + ayat tu. Mane lebih efektif? Konsep sama je. Gambar2 tu utk org islam @ bukan islam buka mata tentang kekejaman israel, nk pergi tlg xmampu skurang2 ade tindakan. Nk contoh lg, kau xde duit kau nk angkat tangan doa je kat Allah mohon bantuan ke tanpa USAHA?? Istighfar byk2 ye, akal manusia ni terbatas klau guna logik akal kau sndiri xkemana.

Tanpa Nama berkata...

Baik delete jer post yg ko tulis ni, kalau rasa diri tu tak nak dimaki ngan org.

Nayanconi berkata...

How stupid people nowdays. Bergantung pada gambar aje. Itu memang dasar melayu pemalas. Orang share kau pun tak nak kalah juga. Please laa, without gambar pun kita boleh raised awareness kot.Banyakkan laa membaca, nescaya kamu semua akan faham pada semua benda. Jaga laa aib si mati.

Nurizan Ahmad berkata...

mendoakan hidayat tersebar seluruh alam adalah yang terbaik..peace no war

Tanpa Nama berkata...

Pehh..Tiz Zaqyah share cursingmalay. Jeles siot.

Tanpa Nama berkata...

Share gambar daging berkecai, aku unfriend. Bongok..

Tanpa Nama berkata...

cite pasal jihad syahid bagai..tapi bila org lain tak sependapat dgn kite ckp bodoh bangang ass hole dll. dlm bulan ramadhan pula.