Julai 16, 2014

Siapa Sebenarnya Yang Tentukan Dia Ni Syahid Atau Tidak Ni?

1. Sekarang ni musim orang ramai "mensyahidkan" orang.

2. Orang Palestine mati? Syahid.

3. Askar Hamas mati? Woooish! Syahid jugak.

4. Siapa2 pun yang mati asalkan dia orang Palestine, syahid.

5. Aku selalu tertanya, kenapa mudah benar kita mensyahidkan orang?

6. Tu siapa punya tugas sebenarnya?

7. Aku pun tak tau la.

8. Sekarang ni ramai yang pakat mensyahidkan orang sebab clear, Palestine, Muslim...Israel, Yahudi.

9. Tapi bagaimana pulak kalau benda tu vague?

10. Contohnya, Hamas gaduh dengan Fatah...ada yang terkorban dua2 pihak.

11. Siapa syahid?

12. Atau sekumpulan ahli PAS kena bunuh dengan Kerajaan Malaysia sebab dia dituduh/memang penyebar ajaran sesat...

13. Siapa syahid?

14. Aku tak tau lah macam mana kita ni, manusia tahap cap ayam, yang kerjanya hari2 duduk depan Facebook, mempunyai kelayakan untuk mensyahidkan orang ?

15. Sedangkan, yang tau siapa syahid atau tidak adalah Dia.

16. Kau pergi berjihad pun kau tak tau sama ada jihad kau diterima atau tidak.

17. Yang kita patut buat, hanyalah kena pergi berjihad dan berharap jika mati, diterima sebagai mati syahid.

18. Tapi nampaknya ramai yang nak pergi berjihad sebab dia "nak mati. "

19. Keyword dia sebenarnya adalah "jika mati."

20. Jihad bukannya "mengejar mati."

21. Kau tengok masyarakat kita sekarang, bila dia kena rompak dekat rumah sendiri, apa dia akan buat?

22. Ikut cakap perompak dan tak timbulkan masalah. Biarkan perompak merompak dengan selesa kerana takut diri sendiri tercedera.

23. Masyarakat kita perlu sedar, kau sebenarnya mengelak jihad jika kau biar harta kau dirompak tanpa kau melawan, sebab kau takut.

24. Tak payah pegi Palestine pun tak apa. Jangan takut. Kalau kau perasan, orang yang suka membuli, dia berani buat sebab dia tak pernah kena confront.

25. Cuba kau confront. Kita kena ubah mindset fikir nak selamat ni woi.

26. Jangan sekadar sokong Palestine macam tu aje...belajarlah dari diorang. Belajar macam mana diorang lawan pencuri yang mempunyai peluru berpandu dengan batu.



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140710/je_08/Parang-perompak-makan-tuan-parah-ditetak#ixzz370yRkC3q

contoh kat Malaysia apabila perompak dilawan mangsa..

Tanpa Nama berkata...

betul tu jihad ni macam-macam
contohnya lawan nafsu,belajar,dan lain lain,tapi midset sekarang asal perang je jihad...

Tanpa Nama berkata...

klu yg bangang mcm ni xyah nk post la....org berjuang cita2 dia adalah utk mati syahid... Allah terima atau x itu urusan Allah, yg ptg kita husnu zhon dia mati syahid mati di jalan mempertahan Agama Allah...kau x baca sejarah k sebelum post ni?khalid al walid berperang pon cita2 dia untuk mati bukan jika dia mati, tp kuasa Allah x matikan dia di medan perang...baca sejarah pd zaman Nabi ramai mana yg berperang tujuannya adalah untuk mati di medan perang siap ada yg berdoa supaya mati dlm keadaan tertentu...kaji dulu sebelum post jgn main ceduk je...pemikiran yg boleh merosakkna pemikiran org lain ni bahaya...sbb akhirat kita yg tgung

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi orang bangang rasa dia cerdik.Saya setuju dengan anonymous 11:41.

xXx berkata...

anon 11:41,
tersentap ya bang?

aidi berkata...

Tu la...memandai sgt.. ilmu x cukup jgn nk memandai ye...

Tanpa Nama berkata...

kalo niat gi sana semata-mata untuk syahid rasa cam.......pelik lak.

kan bagus kalau gi sana atau apa2 pun la...kalau dapat syahid tu sangat2 bersyukur lah....tapi bukan lagi bagus kalau dapat teruskan hidup dan teruskan perjuangan ke?

Ali - baru nak baling batu....dah kena tembak...syahid.

Ahmad - tembak ngan senapang, dia elak..boleh balas tembakan dan berjaya hapuskan musuh. datang keta kebal...Ahmad bijak elak dan menyorok...dia bijak gunapakai kaedah stealth pi letak bom bawah keta kebal...keta kebal meletup....strategi yg sama Ahmad ajar pada 5-6 orang palestin..30 keta kebal meletup dengan kaedah yang sama. Alhamdulillah. Datang Apache...tembak pakai Vulcan M134, Ahmad sempat larikan diri (instead of gi tadah badan sebab nak 'mati' dalam peperangan), Ahmad menyorok, lepas Helikopter Apache tu beredar nak pi serang hospital lak, ahmad sempat lastik bom tangan masuk ke ekzos helikopter Apache tu...Apache tu meletup di udara dengan disaksikan ratusan rakyat dan menaikkan lagi semangat mereka.

Palestin tenang...Ahmad pun balik ke kampung. di Kampungnya, Ahmad ajar ilmu yang digunakan dan strategi yang bijak pada orang kampung dan cara membuat senjata, cara buat drone sendiri. selepas 5 tahun, Ahmad meninggal sebab denggi.

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.41,

You are such a typical malay. Maksud mantot, kau sapa nak letakkan seseorang tu syahid. Semua tu Allah yang tentukan. Itu isu syahid je, belum isu lain, Main pointnya ialah, orang Malaysia ni senang sangat nak jatuhkan hukum (eg. oraang ni confirm masuk syurga, orang ni confirm masuk neraka, orang ni confirm hati busuk, orang ni confirm hati murni..yang sebenarnya hanya Allah yang tahu)
Terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Satu contoh yg baik ditunjukkan oleh annon: July 16, 2014 at 11:41:00 PM GMT+8, mengata org bangang namun kelemahan sndri yg terdedah.
Stuju dgn contoh annon: July 17, 2014 at 10:19:00 AM GMT+8
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

RVSP

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar... Sedih dengan post ni. Kenapa mempersoalkan.. Janji Allah itu pasti. Memanglah hanya Allah Maha Mengetahui niat seseorang dan hanya Allah yang tahu nasib seseorang setelah mati. Tapi sebagai seorang Muslim kita mestilah bersangka baik terhadap saudara-mara kita di Gaza dan Syria yang sedang bermati-matian jaga tanah suci ke-3. Dah la kita tak mampu menolong, lepas tu kita bagi post mcm ni pula. Sedih wooo.