Julai 21, 2014

Q&A : Seperti Yang Dijanjikan, Aku Jawab Soalan Kau Bersempena 33 Tahun Aku Hidup

noor said...
Dari 2006 lagi saya tertanya-tanya nama sebenar Mantot. Dari zaman spm hingga dah ada anak 1 persoalan tu belum terjawab lagi.

Drp RYSMHP.
Dah lama X tinggal comment...Please jgn stop blog nih...sbb Cursing Malay buatkan saya rasa normal utk berfikir secara waras. Soalan: Boleh saya tahu nama penuh En. Mantot?


Nama aku Irmanyadi Idris.  Aku bukan orang Indonesia walaupun nama aku macam nama orang sana. Sampai sekarang still ada orang yang takleh nak pronounce nama aku betul2.

.............

Soalan aku: -
1. Berbaloikah mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru?
2. Aku rasa nak menceburkan diri dengan kerja amal, aku rasa membantu orang adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan. Tapi, orang kata "dengan kerja kau sekarang, bantuan kewangan kau adalah lebih bermakna dari tulang 4 kerat kau dlm kerja amal". Apakah komen kau?


1. Aku tak tau. Aku pernah cuba jual nasik goreng kat kedai, jual nasik lemak, buat kartun, buat video, jadi cikgu.....tapi benda paling berbaloi aku rasa aku buat, adalah tidak makan gaji dengan orang. Kau tak percaya, kau cuba masak nasi goreng ke, letak kat kedai runcit, buat kuih, letak kat kedai orang. Feeling dia lain....sebab kau tau itu 100% bergantung dengan effort kau. Start slow. Aku stop buat sebab dah ramai sangat pulak yang letak tempat aku letak nasi aku.

2. Huh? Boleh ke camtu? Gi carik tempat lain. Ada banyak lagi tempat lain, macam Teach for The Needs yang memerlukan volunteer untuk mengajar budak2 yang memerlukan kasih sayang ni.


..................

tot,
bagaimana nak memilih jalan yang ko yakin kalau ko akan jatuh sekalipun ko takkan menyesal sebab pilih jalan tu? menyesal or tak menyesal dgn jalan yg dipilih ni ko rasa subjective ke tak? 'live life to the fullest' ni satu keadaan in denial ttg kesengsaraan hidup sendiri or sememangnya kita mmg perlu hidup sebegitu (to the fullest)?


Hidup kita bukannya lama. Berapa kali anak kau umur dia setahun 8 bulan 17 hari? Sehari aje dalam seumur hidup dia. Tiap2 kali kau tinggalkan family kau untuk pergi kerja, anak2 kau bukannya berenti membesar.

Dan kau akan missed banyak benda.

Jika kau nak missed moment nak tengok anak2 kau membesar, pastikan yang kau missed moment2 tuuntuk sesuatu yang worth it. Untuk aku, pilihan aku waktu tu ada dua, anak atau selubungi diri dengan serabut kepala dengan masalah orang lain untuk dapat gaji hujung bulan.

Aku tak suka losing control barangkali. Bila kita dependant kepada orang lain untuk financial source kita, apa akan jadi kat kita bila dia dah tak nak teruskan bisnes dia?

.................


Soalan aku: Kau ada terpikir tak apa akan jadi kalau kata kau gagal? Atau kau sebenarnya optimis all the way through yg kau akan berjaya?

Aku tak optimist. Tak ada orang boleh predict future.

Tapi kalau dulu2 aku takut gagal, Tiz Zaqyah dan Felixia Yeap takkan share apa aku tulis, betul? Kau nak tau berapa lama aku nak beranikan diri tulis benda2 camni? 2 tahun aku mundar mandir. Sebab waktu tu, ramai yang kutuk kerajaan tapi tak ada orang yang berani persoalkan adat2 orang Melayu yang karut openly.

Itu tak masuk lagi share lagu aku dekat member bandmate aku. Punyalah lama aku simpan lagu aku dari 2004 dan aku teruskan kerjaya suka2 aku sebagai seorang drummer yang hanya tau main gitar untuk lagu Nirvana sahaja.

...........

Rompa said...
Bila nak jamming dgn aku? Main lagu rilek2 sudah

Jom.

..............

zer said...
salam tot,

dua soalan je.
1. awat nk brenti menulis?
2. nama ko ape tot.

aku jantan tot, tp masa keje cyberjaya dulu & mkn kt bus station tu aku survey2 jgk org gemok mcm ko describe kt blog ko ni.hehe

Nama aku ada kat atas.

Aku nak berenti sebab aku nak memberikan tumpuan kepada penghasilan karya2 lain yang bukan berbentuk tulisan semata2. Anak aku suka main game, tapi banyak game yang aku tengok tak sesuai sangat untuk dia sebab ada unsur2 yang aku tak suka.

Jadi sekarang ni, aku tengah revise balik knowledge HTML aku nak update ke HTML5, aku nak revise aku punya programming language aku dari C++ ke C# dan aku nak belajar buat game guna Unity engine.

Kesimpulan dia, aku nak lari dari cabang yang aku buat selama ni dan kembali kepada aku masa aku zaman student dulu. Aku dah serik buat video sebab kebanyakan client yang aku dapat, dia ingat tukar benda dalam video sama macam tukar perkataan dalam Microsoft Word. Especially benda2 yang melibatkan core aku, 3D animation.

Aku rasa kita pernah berjumpa. Kau la kot yang stare aku masa aku makan sorang2 tu?
Aku ingat gay mana.

................

Soalan-Currently, apa sumber kewangan kau untuk menanggung isteri & anak2?

Tak ada. Aku guna saving aku. Aku gamble ni.

................

lkjhgfdsa said...
Heheheh kalo korang download lagu yg Mantot bagi itu hari korang akan tau nama Mantot. So persoalan pasal nama dah terjawap. Aku baca blog ni since 2009 kot. Baru tahun ni aku dpt tau nama Mantot.

Takpenting pun nama. Yang penting isi.

Kenapa ko nak berenti tulis Mantot. Sedih ar gini.

Itu lah. Aku sengaja sebenarnya bagi lagu aku untuk tujuan tu dengan harapan agar ada wartawan Melodi datang rumah aku dan menemubual aku dengan soalan "dari mana Encik Irman dapat inspirasi untuk menulis semua lagu2 yang AMAT SEDAP ni? Oh ya, ada juga desas desus yang mengatakan artis kita, Heliza Helmi, juga adalah seorang peminat lagu2 Encik Irman."

Tiap2 malam, aku berdoa agar Tuhan membuka hati pintu Heliza Helmi untuk menerima aku sekurang2 nya sebagai pembancuh air dia.


.................


en mantot mengajar di sekolah mana? sebab saya nak suruh anak saya belajar di kelas en. mantot sekian mekasih.

Kalau aku bukak kelas visual effects dan 3D Modelling, kau nak hantar anak kau belajar dengan aku tak? Bidang animasi dan visual effects kat Malaysia ni sebenarnya bagus tapi tah la kenapa, tak sukses2 dari dulu dan kita terus dihidangkan dengan animasi sub par melepaskan batuk ditangga.

Jika anak kau minat bidang ni, bagitau la dia. Tapi tak free aa.
Aku kena keluar modal beli projektor.

.................

salam alaik mantot :-)

kenapa nak kene berhenti ni? alaa mantot, tak rock aa. aku paham kau nak bgi full commitment untuk target kau tu tapi takkan lah sampai nak berhenti? xleh ke walau sebulan satu post ke? dua bulan satu post ke, hatta tiga bulan satu post sekalipun, xper mantot, asalkan kau tak tinggal terus dunia blogging ni.. i know what starts will ends tapi takkan xbole kut?

Aku try. Aku akan try!

.................


Tot, apasal blog hang ni x mesra android mcm dulu?

Aku tukar template dia. Aku dah betulkan dah.

..............

1C2J3U4M5M said...
aku nak join ko buat animasi!!!
aku nak upgrade animasi kat malaysia ni setaraf anime!

Jom!

...............


bini kau baca ke post2 kau ni tot?

Baca.

...........

aku tau kenapa ko nak stop. takde pulangan, btol tak? semua blogger yg berenti ckp camtu. baru aku tau yg ko ni sama je mcm blogger lain, bertuhankan duit je.

ko kena stat layan blog Cursing Malay ni sbg satu hadiah kepada rakyat marhaen bak kata John Green.

Siapa John Green?
Apa kau tulis ni?

Bercerita mengenai pulangan, ya, memang ada orang menulis untuk jana income. Tapi kau pun tau jika seseorang itu menulis untuk income, kau boleh kenal tulisan dia dan blog dia macam mana. Mesti ada unsur2 self promotion yang hebat dan menampilkan wajah penulis dari angle yang menampakkan wajah penulis seolah2 tidak ada double chin langsung.

Aku menulis sebab ini yang aku boleh buat. Aku rancang nak berhenti sebab.....aku nak menulis menggunakan lagu, hahaha.

"Tapi, suara kau tak sedap Tot?"

Ah. Peduli apa aku.

................

Anonymous said... tolong jangan berenti menulis...
nak tengok gambo boleh?

Belum lagi buat masa sekarang. Kau tunggu aku pegi gym, nanti aku selfie masa badan aku berpeluh dan muscle aku flex. Barulah sensasi.

Kenapa semua orang yang gemuk, bila dah kurus, dia nak tayang body dia dengan pakai baju2 ketat? Kalau macam tu, lagi elok dia gemuk, kan?

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih krn sudi menjawab soalan2.
Kebetulan nama anak sulong saya Irman Aramy...pun ramai rakan taulan sdara mara spupu spapat kata: "Apsal mcm nama org Indon?".
Apapun,teruskan impian anda En. Irman..."apa nak jd...akan terjadi,hujan pasti berhenti).
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

salam mantot, aku nama aku khairil. aku baca blog ko x lama, dari tahun 2010.. sesambil ko nak meneruskan diri untuk sara hidup diri dan keluarga, jangan la berenti menulis. hehe..

baca pasal entry ni, ko cakap pasal self employment, sekarang ni aku keje makan gaji je, keje programmer, baca pasal pendapat ko tu.. buat aku terfikir jugak.. rasa nak berenti.. dah 5 tahun jadi web developer, dan aku missed byk bende bila aku keluar dari rumah ke opis. aku nak bukak kompeni sendiri, tapi itu lah.. takde rezeki lagi..

haha.. tah ape aku mengomel.. tapi jangan berenti menulis mantot..

Tanpa Nama berkata...

peljr sekolah: hihihi..akhirnya jawap ponggg..ala menyesal xtanya..bukak lagi tk kaunter :D semoga mantot terus berjaya dan bahagiaaa

Tanpa Nama berkata...

Ala tot jangan ah berhenti dulu, ataupun kalau malas sangat nak tulis buat ah entry berkala. Sebulan sekali pun dah okay, baru ekslusif buat orang tertunggu-tunggu. Aku dah baca blog kau bertahun dah, banyak tulisan kau buat aku berfikir jauh, walaupun time kau start tulis blog dulu banyak benda merapu but at the same time aku gelak macam haram juga bila entry tu lawak ahaha.


Tapi kalau kau tetap juga dengan pendirian kau tu, aku nak ucapkan selamat maju jaya tot, sukses sentiasa dan dirahmati Allah sekeluarga.

Unknown berkata...

Hensem jugak orangnya (lepas stalk gambar guna nama kat google).

Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk kau mencapai misi kau.

Mantot, brp bulan kau punya reserve boleh tahan?

Nerzhul berkata...

susah nak cari blog yang sedap dibaca sekarang. macam blog ni. anyway good luck mantot!

onlajer berkata...

oh dah letak nama rupanya, biar gua google jap

Tanpa Nama berkata...

waaaa...akhirnya setelah lbh 2 tahun baca blog ko..aku dpt tgk gak muka sebenar ko tot..heehe..hensem orgnya..jgn benti tulis tot..hr2 aku usha blog ko..

Tanpa Nama berkata...

Tol tol...cite lu byk berkait ngn hidup wa..n wa yakin ape yg lu tulis ni la malaysia n melayu khususnya...so.. Wa harap lu teruskn blogging ni....wa bace blog lu dr 2010...

hikari berkata...

sangat truthful en mantot. terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. appreciated! BTW anak aku kecik lagi. sebaya anak2 kau je tu.. hehe..

just dont stop writing.

Tanpa Nama berkata...

haha, aku rasa bila ko beritahu nama betul ko lagi hebat ko nanti. macam tony stark yg ngaku dia tu iron man.

so please don't stop writing. internet is the prime media now. your words will move the nation.

Tanpa Nama berkata...

Ko budak sbp ler.,,patut pon...

noor berkata...

mantot, setiap kali saya gi giant kuala pilah, selalu terfikir adakah mantot lalu di sebelahku? atau mantot tengah makan kat kedai air kelapa janda? kalau boleh describe sikit physical features pun bagus. teringin nak mintak signature.

Tanpa Nama berkata...

peljr sekolah: aaaaa aku dh goggle nama kau. n hensem weyhhh!!! serious komen jujur ni..patutlah anak comel.mesti ikut ayah dia. lepas nengok muka xkisah la ko pervert kew tak :P kahkahkah
cuma aku puji muka eh bkn sore :D

Yeay yeahh hepi..mcm dulu ade gak aku baca blog misteri penulis lelaki, sekali lastly pemilik blogger misteri tu tunjuk muka serious xhensem xramai dh baca macam dulu2 time orng xkenal muka die mcm mana..

tp xyah la tunjuk muka ti mne tau kene tangkp :(

soalan aku nak tanya sngt: ko berani tak kahwin lagi??

theFaiz berkata...

33 - the smashing pumpkins. teruskan menulis. Dunia melayu perlu penulis mcm ko. Kasi sedar sket kat diorang tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam... sbb dah bg nama, so boleh la tgk gambo kat FB...

boleh add butang "follow" tak kat FB? sbb tanak add as friend... thanks...

zir berkata...

Tahun lepas aku nekad berhenti kerja sebab aku rasa kerja aku takde fungsi. duduk saja, kadang ada kerja, kadang buat-buat ada kerja. tiap2 bulan aku rasa aku makan gaji buta dan aku semakin tak happy. Bila akhirnya ada perasaan kuat push aku berhenti kerja sebab aku tak selesa kerja terlalu rapat dengan suami orang. Aku hidup dengan saving dengan sikit income freelance sbb aku tak dapat kerja lain. Sekarang aku mula rasa terdesak sbb bapak selalu merungut aku tak dapat tolong keluarga (financially).

Tanpa Nama berkata...

Oh patutlah kau cakap muka kau macam jason segel.huehuehue.btw confirm tu ka sbb aku ingat muka anak kau yang comey tu.btw dont ever stop writing,I ve been following your blog since high school till now(3rd sem in U).Hope you will reconsider it bro!(y)

Nayanconi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mantot berkata...

ada ke kata aku bawak Kriss aje.

Nayanconi berkata...

pehhhh... rupanya mantot ni lecturer aku masa dekat College dulu. hai sir! memandangkan nak raya ni saya nak mintak maaf dekat sir sebab kitaorang selalu kutuk sir dekat belakang. dulu sir masuk class bawak helmet full face, lepas tu kitaorang bahan dekat belakang cakap sir pakai motor kriss je. Jasa mu dikenang! Good Luck.

nazrul ali berkata...

woi mantot, apasal nak berenti tulis ni..janganlah berenti terus..dapat sebulan sekali pun ok..kalau ko takde, sapa nak tegur budak2 kita yg makin korup mindanya nih?

zer berkata...

tq tot balas soalan.aku pun dh tendered surat berenti.betul ko cakap.buat apa pening kepala pikir masalah org.tak berbaloi..keluar awal pagi, balik lewat ptg.akhir bulan dapat gaji.gaji je naik tp aku rase hidup tak berkembang.aku nak buat menda yang aku minat pulak.memang dapat reaksi negatif dari semua orang,ada yang suruh buat bisnes sambil kerja dulu la, bisnes tak macam yang aku imagine la dan macam macam reaksi. mak aku sorang je bagi sokongan dan aku harap restu mak aku tu jadi pemangkin perubahan yang aku nk buat.

anyway,tq lg sekali tot.blog ko ni memang jadi inspirasi.rugi kt aku kalau ko brenti menulis.


Tanpa Nama berkata...

John Green tu penulis fiksyen YA yang tengah popular sekarang, The Fault in Our Stars. Ada terjemahannya dalam BM oleh Buku Fixi, Tertulis di Bintang-Bintang tajuknya.

typo berkata...

tot, aku paling suka ayat2 penutup entry ko...memang terbaik!

Unknown berkata...

Tot.. aku dh lama xmsk blog ni since dh tukau tmpat keje.. n aku yakin diorg pon tgh view ko pnya blog skrg..
pape pon tot, gud luck. Aku yakin keputusan ko buat ni ko dh abis pk.. jgn rsau kitorg tunggu new episode of mantot lpas haluan br ko stabil...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.