Julai 17, 2014

Kenapa Masyarakat Kita Ramai Target Bersara Umur 55 Tahun?

Coming Out of the Closet Chapter 3

Hari ni aku dah berumur 33 tahun.

Bila ditengok2 balik, aku boleh rasa banyak perubahan dekat hidup aku yang selama ni aku tak jangka. Dikenang balik sepuluh tahun sudah, aku masih lagi budak2 yang berimpian besar nak produce kartun sendiri untuk jadi legend macam idola aku, kartunis Ujang.

Tapi masa membentuk hidup kau dan jalan yang kau nak pilih, selalunya akan bersimpang siur dan ada masanya, kau akan sesat. Zaman aku sesat adalah bila umur aku 19 ke 23 tahun, bila masa aku sendiri tak tahu apa hala tuju aku waktu tu. Aku banyak main dan aku baru nak kenal dunia.

Waktu tu, aku memang takde tujuan langsung, fokus memang tah ke mana.

Kemudian tah mana datang semangat, aku straighten out kan hidup aku. Aku habiskan belajar aku yang bertangguh (sekali kau dah rasa duit gaji, kau jadi malas nak belajar) dan akhirnya aku dapat jugak la buat kartun. Bukan kartun aku sendiri tapi kartun orang lain. Tak lama kemudian hidup jadi tunggang terbalik lagi, siap tak ada gaji beberapa bulan, makan megi tiap2 hari dan jadi hamba sahaya untuk sebuah company bumiputera yang memang nak productivity staff FOC tapi nak production MANTAP.

Aku lari semua tu, jadi cikgu. Kemudian aku berenti jadi cikgu. Aku buat event, buat video corporate, kemudian jadi cikgu balik.

Aku suka jadi cikgu.

Tapi aku tak suka tempat aku jadi cikgu. Dan aku rasa 7 tahun aku kat sana, achievement yang aku dapat, hanyalah achievement dalam tu aje, padahal, untuk sebuah institusi education, sinergi kau dengan "educator-educator" lain dan institusi pendidikan lain amatlah penting. Benda tu amat obvious bila aku kerja dekat tempat lain dalam tempoh 7 tahun tu. Aku kerja satu learning center, mengajar budak2 Cina pasal animasi dan aku mengajar satu kolej lain, mengajar budak2 Melayu yang aku cukup bangga tengok apa yang diorang buat sekarang.

Aku cukup jaki tengok apa yang student aku dah gapai. Sebab diorang tak ada kekangan. Aku dah 28 plus-plus ni lebih mencari kestabilan. Orang baya aku, diorang fikir "asalkan ada kerja, walaupun dia tak suka kerja tu." Dan aku wish student2 aku terus maintain berani dan jangan terperangkap dengan jaringan "mesti kena stabil" ni....

Aku wish for something bigger dan aku sedar, hidup kita ni sekejap aje. Berapa lama lagi aku nak tahan dengan sesuatu yang aku tak suka hanya kerana tempat tu bagi aku buat sesuatu yang aku suka?

Masyarakat kita, bila berbicara pasal kerja, sangatlah old fashioned. Golongan veteran akan saran supaya kau kejar stability. Sebab itu ramai yang diajak masuk kerja gomen. Kau nak pandang rendah golongan orang camtu? Apa yang nak dimalukan masuk kerja gomen? Orang kita selalu kata ramai yang terpaksa masuk kerja gomen atau terpaksa jadi cikgu, hanya kerana dia not good enough untuk private sector...Aku rasa orang camtu sebenarnya dengki dia tak dapat kerja gomen atau jadi cikgu.

Sekarang, aku dekat crossroad.

Aku nak start all over again. Pada umur aku 33 tahun, aku nak belajar balik something new sebab sekarang aku ada masa nak buat tu. Bila kau dah kerja, kau dah kahwin dan kau dah sibuk, masa untuk kau get new knowledge memang agak terbatas jadi kau akan harungi hidup gunakan apa yang kau dah tau sebab itu cukup untuk kau survive.

Motivation untuk gain something new tu dah kurang sebab kau dah rasa selesa. Lama jugak aku rasa camtu sehinggalah hujung tahun lepas bila mana student2 aku tanya aku soalan2 yang sama yang aku dah dengar sepanjang 6 tahun dan ada flicker yang menyatakan," Tot, what the shit are you doing? Kau nak ke pandang balik benda ni masa umur kau 60 tahun dan nampak hidup kau hari2 adalah buat benda yang sama?"

Aku selalu dibebani persoalan camtu dalam hidup aku. Mungkin sebab tu rambut aku makin lama dah menyerupai George Clooney punya warna. Aku ada lah beberapa plan yang aku nak try buat. Gagal pun gagallah. At least puas hati. Kalau berjaya, baguslah.

Tahun ni buat pertama kalinya, besday aku ikut kedua2 kalendar Hijrah dan Masihi dekat2 jaraknya. Kalau ikut kalkulator, aku lahir sama ada 14-16 Ramadhan tahun 1401 Hijrah. Jadi sempena hari kelahiran aku yang ke 33 tahun ikut kalendar masihi atau 34 ikut kalendar Hijrah, aku bagi kau semua, tanya aku apa2 soalan yang kau nak, asalkan soalan tu senonoh. Aku try jawab semua soalan yang kau tuliskan.

Lastly, aku dah rasa expiry date untuk aku terus menulis kat sini makin dekat.

36 ulasan:

Unknown berkata...

Jangan stop menulis. Aku baca blog kau sejak zaman u. Skrg umur aku 24. Aku rebel, aku perlukan golongan macam kau. Sebab satunya penulisan kau lebih sama dengan apa aku rasa -kesnya aku ni tak reti menulis je. Pastu semua manusia typical minded perlu disedarkan. Sila menulis hingga akhir hayat.

noor berkata...

Dari 2006 lagi saya tertanya-tanya nama sebenar Mantot. Dari zaman spm hingga dah ada anak 1 persoalan tu belum terjawab lagi.

Tanpa Nama berkata...

Mantot aku suke bile kau menulis pasal life. Knape? Sbb life kita ni kene reformat untuk detach daripd persepsi org kite. Dan kau dh bagi aku satu inspiration mcm mana nk reformat life aku.

Jgn berhenti menulis, kerana dlm penulisan kau ada unsur dakwah yg a few understood

Heart

Tanpa Nama berkata...

tolong jangan berenti menulis...

nak tengok gambo boleh?

Tanpa Nama berkata...

Drp,
RYSMHP.
Dah lama X tinggal comment...Please jgn stop blog nih...sbb Cursing Malay buatkan saya rasa normal utk berfikir secara waras.
Soalan: Boleh saya tahu nama penuh En. Mantot?

Tanpa Nama berkata...

En Mantot,
Teruskan menulis kerana anda pandai menulis dan ianya memberi inspirasi kepada org lain.

Apa yang kau rasai, aku rasai. Bezanya, kau 10 tahun lebih muda dan telah buat keputusan untuk mengejar impian. Aku? Seperti yg kau huraikan, masih selesa dgn safety net walaupun kerja ni tak mendatangkan kepuasan bagiku.

Kerja yang mungkin aku puas (dlm perkiraan aku) hanya menawarkan separuh dari apa yang bawa pulang hari ini. Anak 5, bini sorang, bukan perkara sebarangan nak mencuba2 rezeki di tempat lain.

Soalan aku: -
1. Berbaloikah mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru?
2. Aku rasa nak menceburkan diri dengan kerja amal, aku rasa membantu orang adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan. Tapi, orang kata "dengan kerja kau sekarang, bantuan kewangan kau adalah lebih bermakna dari tulang 4 kerat kau dlm kerja amal". Apakah komen kau?

Ini time aku anonymous

-belacak-

koocai berkata...

Mantot, aku dah lama baca blog ko sejak zaman aku asasi lg.aku mendewasa melalui artikel2 ko sampaila sekarang aku tengah amik master..tak pernah aku terasa nk komen pun, tapi kali ni dari ayat expiry date ko tu buat aku trasa nak komen..

tot,
bagaimana nak memilih jalan yang ko yakin kalau ko akan jatuh sekalipun ko takkan menyesal sebab pilih jalan tu?
menyesal or tak menyesal dgn jalan yg dipilih ni ko rasa subjective ke tak?
'live life to the fullest' ni satu keadaan in denial ttg kesengsaraan hidup sendiri or sememangnya kita mmg perlu hidup sebegitu (to the fullest)?


lastly, sebelum ko nk expired-kan diri dari menulis, aku nk ucapkan terima kasih mantot untuk semua nasihat2, pencerahan, perkongsian ilmu, dan segala benda baik2 yang ko kongsikan selama ni. aku doakan hidup ko dan keluarga ko sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..

Fariqhimovic berkata...

Encik Mantot adalah sumber salah satu sumber inspirasi saya.

Kadang-kadang seribu satu persoalan bermain dalam benak fikiran ini diterjemahkan dalam bentuk ayat oleh Encik Mantot,mohon teruskan menulis.

Kita Serupa berkata...

Tot,

Aku baru 22 tapi aku dah rasa apa yg kau rasa sekarang. Aku tak puas dengan kerja rutin aku. Aku nak keluar drpd comfort zone.

Aku dah kira-kira nak stop degree aku and bukak bisnes. And sama jugak macam kau, aku taktau sama ada aku akan berjaya atau tak. Tapi, lebih baik gagal buat benda yg kita suka drpd gagal buat benda yg kita tak suka kan?

Anyway, aku dah jadi pembaca setia blog ni dah 5 tahun. Keep it up!

Soalan aku: Kau ada terpikir tak apa akan jadi kalau kata kau gagal? Atau kau sebenarnya optimis all the way through yg kau akan berjaya?

Rompa berkata...

Bila nak jamming dgn aku? Main lagu rilek2 sudah..

Tanpa Nama berkata...

may the year bring countless happiness and endless joy to you mantot happy birthday!

~Ati_Hime~ berkata...

Tot, kalau kau berhenti menulis, mana lagi aku nak cari blog2 orang sebaya aku dengan kau dekat dalam alam maya ni? Budak2 baya aku semua dah ada kehiddupan sendiri, aku saja yang baru nak mula zaman universiti balik ambil degree lepas 7 tahun kerja. Belajar dengan budak2 10 tahun muda dari aku..hahahaa..Aku terlepas rakan sebaya aku untuk terus sambung degree lepas habis diploma dulu. Terpaksa kerja. What I am trying to say is that your blog has keep my sanity in check amidst this crazy world. Tapi apa saja kau nak buat, do your best and good luck! You have my support!

zer berkata...

salam tot,

dua soalan je.
1. awat nk brenti menulis?
2. nama ko ape tot.

aku jantan tot, tp masa keje cyberjaya dulu & mkn kt bus station tu aku survey2 jgk org gemok mcm ko describe kt blog ko ni.hehe

Tanpa Nama berkata...

Soalan-Currently, apa sumber kewangan kau untuk menanggung isteri & anak2?

lkjhgfdsa berkata...

Heheheh kalo korang download lagu yg Mantot bagi itu hari korang akan tau nama Mantot. So persoalan pasal nama dah terjawap. Aku baca blog ni since 2009 kot. Baru tahun ni aku dpt tau nama Mantot.

Takpenting pun nama. Yang penting isi.

Kenapa ko nak berenti tulis Mantot. Sedih ar gini.

hikari berkata...

en mantot mengajar di sekolah mana? sebab saya nak suruh anak saya belajar di kelas en. mantot sekian mekasih.

Tanpa Nama berkata...

mantot, it makes me feel somewhat like wrong inside kalau aku pikir dalam2 macam cara kau fikir ni... macam salah je nak pikir camtu sebab takdak orang pikir sama mcm aku, mcm kau lah jugak.. kau kan kind ofoverthinker smpai mcm nak putus urat pala nak pikir, pemikiran kritis, logik dan type yg berpijak di bumi yg nyata.. kan? aku rasa tersiksa jugak ah sometimes cuz takdak org yang nak sokong aku dgn pemikiran aku ni..kwn2 aku pun asyik nak bangkang aku je.. penat doe..dah mcm kosong hidup aku..dh mcm hidup dlm dunia asing dh... kalau kau lah mantot, tak rasa bosan ke takdak orang sokong wlau sbenarnya kau didlm kebenaran?? aku dah penat dh org asyik nak cantas2 aku ni cm aku ni tak pernah nya nak betul....

Tanpa Nama berkata...

salam alaik mantot :-)

kenapa nak kene berhenti ni? alaa mantot, tak rock aa. aku paham kau nak bgi full commitment untuk target kau tu tapi takkan lah sampai nak berhenti? xleh ke walau sebulan satu post ke? dua bulan satu post ke, hatta tiga bulan satu post sekalipun, xper mantot, asalkan kau tak tinggal terus dunia blogging ni.. i know what starts will ends tapi takkan xbole kut?

Tanpa Nama berkata...

Tot, apasal blog hang ni x mesra android mcm dulu?

plain83 berkata...

Salam Mantot ^^

Aku takmo tanya apa2 soklan, cuma aku nak wish "Happy Birthday, and all the best" kat ang ^^

#Respect other people's choices.

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot,

Aku kerja kat cyberjaya. Hehe... Arap2 dpt lepak ngan ko leh kongsi idea n pengalaman.

Btw, slamat hari jadi. Hakikat nya, kita semakin tua.

Masa lepas adalah benda yang paling jauh dan xbleh nk adjust dah. Masa yng ada nie lah yang kita nk pulun betul².

-Gegancung.

1C2J3U4M5M berkata...

aku nak join ko buat animasi!!!
aku nak upgrade animasi kat malaysia ni setaraf anime!

Tanpa Nama berkata...

anon lkjhgfdsa :) yup, sapa yg donlod lagu mantot, masuk iTunes, dia auto keluar nama penuh mantot. pastu ko stalk la dia kat tweeter dan profile2 yg kuar kat google tu. ahaha. hensem orgnya. hihi. *happybday I.I *his initials.

-phateh leqiu- berkata...

en. Mantot.....janganlah berhenti..setakat 33..umur tu...seriusly.....apa yang ko tulis...semua membuat sel sel otak aku berhubung...walaupun aku tak minum susu si wardina tu...susah aku nak cari penulisan macam ko...rasa rasa yang boleh sampai tahap ko pun macam blog buasir otak. Tapi tot...
ko punya jujur...dan realiti nya...tiap benda ko tulis...sama macam apa yang aku nak tulis...tinggal aku ni pemalas nak taip...hahaha...tapi bila tengok blog ko...kira dah wakil diri aku la tuk tulis apa yang aku pikir.......tak ramai yang berpikiran macam ko... yang len tulis blog sekadar melepas batuk di kahak......anyway...selamat menempuh alam 33-40...aku baru nak masuk alam 30..ahak...

Tanpa Nama berkata...

walau macammane pon, ko takkan maju ke depan sbb fikir risiko & ko kena tanggung anakbini. tabahkan hati dan maintain la dgn kerja ko skrg smpai pencen dan tua. ajar anak2 ko supaya kejar impian dulu sblum kahwin. biar mereka realisasikan impian ko.

ni sebenarnya sbgai peringatan utk aku gak :-(

Tanpa Nama berkata...

aku pn ade cita2 aku jgak. tp sampai skang xtercapai. mungkin otak aku lembab xmacam orang lain. tp aku akan berusaha sampai berjaya.

Laici berkata...

kah kah,tot takkan nak stop menulis kot..aku baca tulisan ko dari zaman ko tulis pasal local porn industries waktu ko bujang sampai la ko dah kahwin ada anak

camy berkata...

man tot man ya, man kentot bawah tayar, tayarnya pancit, perutnya buncit

Tanpa Nama berkata...

Kau ujud sebab kau menulis. Tapi kalau kau dah buat keputusan untuk berhenti menulis nanti, aku hormat keputusan kau dan terima kasih sebab kongsi pemikiran dan kisah hidup kau. Banyak aku belajar dari Cursing Malay :)

Tanpa Nama berkata...

bravo..bravo

Tanpa Nama berkata...

bini kau baca ke post2 kau ni tot?

Totol berkata...

Slm. Happy birthday mate. Semoga diberkati dan dirahmati Allah. Chasing a dream is like chasing shadow caused you'll will forever chasing a new one. Love what you have not what you want. Bersyukur atas apa yang ko ada dan apa yang ko takda. Teruskan kerja baik ko ni dan cubalah capai impian ko dalam persekitaran ko kalu tak adjust impian ko tu. Byk2 solat hajat... istikarah utk dapat panduan yg esa.

Tanpa Nama berkata...

pelar sekolah: alaaa x jawap ponggg

Tanpa Nama berkata...

aku tau kenapa ko nak stop. takde pulangan, btol tak? semua blogger yg berenti ckp camtu. baru aku tau yg ko ni sama je mcm blogger lain, bertuhankan duit je.

ko kena stat layan blog Cursing Malay ni sbg satu hadiah kepada rakyat marhaen bak kata John Green.

theFaiz berkata...

33 - the smashing pumpkins. teruskan menulis. Antara fav blogger aku.

nazrul ali berkata...

ko orang jawa ke mantot?