Disember 11, 2012

Buku Untuk Menjawab Fitnah Itu Berharga RM150

Semasa Pembentangan Bajet 2013;
Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Semalam;
KUALA LUMPUR - Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini, diperkenalkan hari ini.

Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin.

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan.

Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.

"Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau," katanya.

...............

Kebetulan? Hahahah. RM150.
Hari tu dekat MPH ada bagi buku Najib...free.
Tunggu sebulan dua..Insya Allah free.
Kalau tak free...kita freekan.
Suami PM, gunalah RTM1,RTM2..
Free pun free tak payah orang bayar.
Rais Yatim pasti setuju.

Buku tu..
Dia nak jawab fitnah.
Tapi kita yang kena keluarkan RM150 pulak?

Tolong PDF dan Torrentkan buku itu!
Kemudian ramai2 download.
Dah habis download...jangan bukak file tu. Pilih file tu...kemudian,

Tekan SHIFT + DELETE.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas shift delete jgn sapa pon recover

Unknown berkata...

sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini

*wondering what kind of "perjuangan" dia dh buat? kah.. kah..!

Unknown berkata...

ramai ke yg nak beli buku dia ni? bukannya dia PM tapi laki dia..hehe

Mizz Coki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Oh, how sweeet.
Mesti nanti ada kuar cita pasal dia menabung dari kecik sampai ke tua untuk membeli cincin rega puluhan juta. terbaikkk.

plain83 berkata...

oh my...LoL

Tanpa Nama berkata...

Ni yang nk beli ni...mesti tabung letak kat rambut...hahaha...

IMA SALSUZAIMA berkata...

hurmm..sy sgt tak mengerti dgn plitik ni.asyik nak cari salah rang je.baik diam2 je.

Tanpa Nama berkata...

xpayah nk ngerti la Ima ooii,

tu mknenya ko bkn berjiwa politik, bek diam je :)

-voltron

Unknown berkata...

tutup rambut, separuh tohmahan akan hilang. plissssssssssssssss

Prince of Noob berkata...

serious aku akan beli buku rosmoh... mesti berbaloi2 dapat tahu kisah sebenar

Tanpa Nama berkata...

Ko kaya noobb....

Unknown berkata...

buku transformasi ade kek umah x tgk pun.. komik2 bntai pembangkang yg diedarkn kpd penjawat awam pun penahtgk.. buang dh sbb nnt ank baca not gud.. buku muhyidin yasin dpt free ade dlm plastik lg berserta cd. ni rosmah plak.. tnggu dpt free..
seriusly.. suka membazir duitrakyat.. sbbb cetak bkn pkai duit sndri.. duit rakyat. ade pekdah klu kerajaan beli majalah solusi bg sorg satu.. dpt pahala n ilmu. sekian

alien berkata...

164 muka = 150 hengget
nak baca sehelai cerita mengarut dia kene baya lebe kuang 90sen..
xberbaloi..

aitotyati berkata...

baik g bli buku kat Big Bad Wolf. spent rm112 Ai dapat bli 10buah buku hardcover n tebal2 (^_^)V

enon berkata...

mantot,pehal byk sgt ko pnyer iklan..annoying pulak aku rasa bile nak bukak link2 tepi kene gangguan iklan...

Tanpa Nama berkata...

rm 150??? baik beli cd koleksi dragonball, dragonball z, dragonball gt..baru rm120 ..dah terang2 cerita tipu tapi seronok imbas memori masa kanak2..

lkjhgfdsa berkata...

Enon,

Install lah AdBlock. No more iklan!