Pada malam itu, Saleha diajak oleh Jamil supaya makan malam bersama keluarganya, supaya dapat berkenal-kenalan. Ayah dan Ibu Jamil walaupun pada mulanya skeptikal untuk menerima kehadiran Saleha kerana Saleha baharu saja berkenalan dengan Jamil, tetap menerima kehadiran Saleha dengan tangan terbuka.
Ketika tiba di rumah Jamil, ibu Jamil menjemput Saleha masuk ke rumah. Jamil lalu memperkenalkan Saleha kepada semua ahli keluarganya. Adik beradik Jamil semuanya mudah mesra dengan Saleha membuatkan dirinya rasa teruja.
Sambil makan malam, mereka berbual-bual mengenai pelbagai perkara. Saleha yang merasa malu-malu makin mesra dan ibu Jamil yang pada mulanya skeptikal kini lebih yakin setelah bersua muka.
"Adik bongsu awak tu, comel la..sebijik macam you," puji Saleha. Ayah Jamil hanya mengangguk.
"Saya pasti,bila jalan2 dekat luar, mesti ramai yang ingat makcik ni kakak Jamil..." puji Saleha. Jamil menjuihkan bibir menyampah dengan style Saleha. "Eh...mana ada...ada la sekali tu..tapi itu dulu-dulu..sekarang ni tak ada la lagi.." jawab ibu Jamil sopan separa gedik.
"Awak ni! Tak habis2 dengan perangai awak tu. Parents I pun you nak sweet talk ke?" gurau Jamil sambil tangannya membaling seketul nasik kepada Saleha.
"Alah Jamil, apa salahnya? Kau tu pun bertuah ni ada jugak yang berkenan dengan kau," usik Ibu Jamil. Saleha hanya senyum mendengar keletah ibu dan anak itu. Saleha perasan ayah Jamil yang tidak banyak bersuara dari tadi hanya duduk dan menghirup kopi panas.
"...Jamil selalu cerita pasal pakcik. Tak sangka jugak dapat bertemu hari ini. Wajah pakcik dengan Jamil memang sama la...memang agaknya macam tu kot anak lelaki ni? Adik saya pun sebijik rupa dia macam ayah saya.." kata Saleha lagi, cuba memulakan bicara.
Ayah Jamil hanya mengangguk sambil senyum sipi-sipi. Memang ayahnya tak banyak cakap. Ibu Jamil mula bercerita mengenai bisnes keluarga mereka dan Saleha tekun mendengar kisah mereka.
Malam itu berlabuh pantas.
Saleha bersalaman dengan ibu Jamil. Dalam hati Saleha agar berkenanlah ibu Jamil pada dirinya. Doanya agar kali ini pertemuannya tidak sia-sia. Saleha masuk ke kereta dan melambai-lambai ke arah keluarga Jamil. Jamil menekan pedal minyak dan kereta mereka meluncur laju ke arah Keramat. Ayah Jamil berdiri di belakang isterinya yang sedang melambai-lambai mereka pergi. Dia berbisik, "yang...yang!"
Ibu Jamil berpaling ke belakang. "Apa dia sampai berbisik-bisik ni?"
Jawab ayah Jamil," Untuk mengelakkan perasaan macam yang kita rasa tadi, dah sampai masanya kita beritahu Jamil, yang dia tu anak angkat.."
"Itulah. Awkward kan tadi bang? Macam mana lah si Saleha tu boleh kata muka abang dengan Jamil sama? Kelakar la jugak...saya macam kakak Jamil la, si Ucu sama macam Jamil la. Dia takut tu, main sebut aje apa-apa yang dia fikir..." jawab isterinya berseloroh.
"Abang layan aje lah. Nak gelak pun ada. Yang tu abang diam aje!" Ketawa ayah Jamil meriuhkan suasana malam itu. "Nasib baik awak bukak cerita pasal bisnes awak, saya dah tak tahu nak tahan gelak macam mana lagi..."(Link)

16 ulasan:
neves betul saleha kakakaka
Ikut pemahaman aku tntang artikel ni, mantot seolah memperkecilkan usaha penubuhan 'baby hatch' ni.
Bagi aku penubuhan baby hatch ni x salah. Fungsinya sama la mcm pusat serenti, tp penubuhan pusat serenti x de lak org bising.
Yang salahnya, tubuhkan baby hatch tp kerajaan masih biarkan majalah/video 'porno' berleluasa dlm masyakarat, perkahwinan disusahkan, pendidikan agama diringankan dsb
Ade 2 kemungkinan boleh berlaku kalau lg byk baby hatch wujud...
1) berkurangan kes pembuangan bayi
2) makin Ramai org akan buat maksiat..sbb mereka tahu.. Ade tempt untuk letak kkn bayi kalau terpregnnt
setiap benda tu biasa la ada pro and cons nye. tapi orang kita ni biasanya lagi banyak pk yang -ve kalu ade mana2 pihak buat sumthing untuk mengatasi masalah yang sedia ada.
taunya kutuk-kutuk-kutuk + +dosa+dosa+dosa.
pdhl kalau xde orang buat tindakan pun benda tu jd bahan kutukan.
tak semua tindakan or langkah yang diambil tu boleh mnyelesaikan semua masalah. tapi still..
mcm kes baby hutch ni.
pk la dari kebaikan dan masa depan baby yang tak bersalah.
bkn dr segi org buat zina ke dosa ke apa.
hukuman Allah tak siapa boleh elak
tapi sebagai manusia siapa kita untuk menilai dan menabur kata tak pasti??
Anon.. orang buat maksiat mana ada niat nak buat anak. Walaupun tau ada tempat nak 'outsource' bayi diorang, mana diorang sanggup nak mengandung 9 bulan.
Dah tu bodoh sangat tak pakai kondom asal, dosa zina dah dapat takkan dosa buang anak pun nak. Apa pon tak boleh!
mengurangkan kes pembuangan bayi - buat baby hatch
mengurangkan kes penzinaan - perkasakan pendidikan agama sejak dari kecil, sekat pornografi kat internet, kuatkuasa hukum hudud
habis cerita
kesian jamil..smpai ke tua hidup dalam sebuah penipuan...
sedap la lepasni.. romen2 dapat anak buh kt baby hatch, romen lagi beranak, buh kt baby hatch, romen lagi dan lagi dan lagi dapat anak buh kt baby hatch.. sampai la tak tau bila dok romen dapat anak buh kt baby hatch..
ok,kelakar
Kak Mah: alang-alang romen dalam baby hatch terus.
ini la cara diorg menyelesaikan masalah. padahal menghindar lebih baik drpd mengubat(betul ke ayat nih?)
saya anak angkat, tapi bukan dari baby hatch la, mak angkat ambil dari keluarga yang susah, sekarang saya dah berumur 26 tahun, wajah dan perangai sebijik macam mak angkat..
Penyelesaian kena pada mslhnya, mcm sekarang isu yg byk ialah penzinaan & buang bayi. Jgn tackle 1 je yg lg 1 terkontang kanting.
Utk krgkn penzinaan, hukum seharusnya diperketatkan, senangnya follow yg dh ada, hudud. Ttp sblm tu knala ada didikan & asuhan yg mantap.
Utk kes bayi2 tu, baby hatch mgkn alternatif yg blh dilakukn
Utk yg dh terlajak tu, pusat pemulihan pn ada sekarang ni, cuma kna dimantapkn utk elakkan pengulangan.
Tp isu yg plg patut ditekankan yg mula2 tu la, dh pendidiknkan pn suam2, nk crite hukuman? Tu yg rmi tak takut.
mmg byk la kes anak angkat muka seiras dgn ayah/mak angkat..depan mata aku pun ada.sebijik sebijan.
Baby tak salah. Baby hatch suatu usaha murni. Pelaku zina tu salah. Tak reti nak tobat?? Byk je langkah boleh mbik sementara nk tgu kelahiran 9 bulan. Misalnya kawen trus. Ni semua sbb masyarakat duk kutuk hina. Patutla ramai yg taruk kat baby hatch dn buat kije lame. At least masyarakat support diorg hidup. Jgn jatuh hukum terus. Bg mereka peluang bertaubat tebusdosa mereka. Kalau tak jalan gak... mmg la......
-N-
Seriously Tot, aku tak rasa parents Jamil macam tu punya sinis. Jamil bukan anak angkat dan kau dah salah anggap dengan reaksi bapak dia. Kau tak ada masa Saleha pegi rumah Jamil haritu.
Aku tau cerita sebenar sebab Pak Sulong (bapak Jamil) tu kawan bapak kawan aku.
Sebenarnya si Ucu tu bukan anak Pak Sulong dengan Makcik Siti (mak Jamil). Ucu tu anak Jamil. Anak dia dengan siapa, tu aku tak tau. Bukan urusan orang luar nak amik tau. Itu hal dia sekeluarga.
Dan. Jamil sebenarnya anak Pak Sulong tapi bukan dengan Makcik Siti. Dengan perempuan lain. Yang dah bersuami.
Malam tu parents Jamil tolong dia cover line depan Saleha. Dan Makcik Siti pulak tolong cover line untuk Pak Sulong depan Jamil.
Ye, kisah keluarga Pak Sulong ni complicated sikit. Aku pun tak tau nak kesian kat sape.
Kau rasa Jamil baca tak blog kau?
Catat Ulasan