Bila kau solat, kalau kau lelaki, kenapa kau pakai kopiah? Kenapa kau pakai songkok? Pernah tak satu masa dulu kau kena tegur atau kena marah, kalau kau tak pakai penutup kepala masa solat?
Kenapa kena pakai penutup kepala?
Tak perlu sebenarnya. Aku selalu rasa segan kalau aku gi masjid dan aku tak pakai songkok dulu2. Ada satu hari, pakcik tu siap hulur untuk aku kopiah wakaf, suruh aku pakai. Bukannya rambut aku panjang pun. Aku botak waktu tu. Pakcik tu siap sound, nak masuk masjid, elok pakai kopiah.
Samalah jugak bila dalam situasi, kenapa perempuan solat pakai telekung? Perlu ke? Tak perlu sebenarnya. Perempuan boleh solat tanpa pakai telekung. Mana ada syarat2 sah solat kau kena pakai telekung. Boleh kau solat tanpa telekung? Boleh. Telekung tak wajib! Ingat benda tu betul2.
Cuma masalahnya, kita dah jadikan benda tu satu kewajipan...kewajipan unofficial. Aku rasa selama ni aku dengan kau banyak menyusahkan diri dalam bab agama2 ni, padahal sebenarnya agama ni senang aje.
Aku, tak boleh simpan rambut panjang. Kalau rambut aku panjang, perlu ke aku pakai kopiah? Mungkin perlu sebab nak sah sujud dahi kena cecah lantai...tapi simpan rambut panjang untuk lelaki tu pun dah bahaya dah tu.
Begitulah juga seorang perempuan, dia sebenarnya boleh solat tanpa perlu risau telekung kat situ ada atau tidak, busuk atau tidak, tak perlu bawak satu beg khas nak usung telekung ke mana saja. Asalkan dia tutup aurat, dia sudah boleh solat. Tapi masyarakat kita, tak sah solat kalau tak pakai telekung. Cubalah kau solat tak pakai telekung. Pasti ada yang akan memandang pelik. "Apa kena dengan perempuan itu? Dia tu gila ke solat tak pakai telekung?"
Walaubagaimanapun, kemudahan tak bertelekung tu hanya akan berlaku kalau pemakaiannya cukup syaratlah...mungkin apa yang anda boleh buat hari ini adalah bertanya dengan diri sendiri,"kalau aku gi solat hari ni, adakah aku layak tak pakai telekung?" dan cari mana kekurangannya.
Beberapa benda pelik lain yang orang Melayu jadikan tanggapan "wajib" atau "perlu"
1. Kenduri kahwin wajib buat supaya semua orang tau.
2. Dapat anak wajib buat kenduri bercukur. Kalau tak buat malu.
3. Ustaz pakai songkok,Ustazah pakai tudung labuh. Orang biasa pakai macam biasa. Orang PAS pakai kopiah.
4.Perlu beri orang tua solat di saf depan.
5. Banyak bertanya pasal agama itu salah dan boleh sesat.
6.Tak baca surah sunat seolah-olah solat kau tak lengkap.
7. Khutbah Jumaat mesti detail dan berjela-jela penerangannya
8.Nak mendekati Tuhan tu susah dan kau perlu pelbagai ilmu yang sangat deep nak mendekati Dia.
9. Kalau solat, baca surah sunat panjang2 lebih baik berbanding surah2 pendek dan ringkas
10. Kita perlu jadi macam orang Arab untuk "lebih Islam"
dan pelbagai lagilah benda. Kalau kau tengok balik kebanyakan point dalam senarai tu, semua benda yang disuruh buat tu..memang tak salah kalau nak buat. Tapi masyarakat kita membuatkan benda tu jadi salah, kalau tak buat. Mengakibatkan sesuatu amalan jadi complicated.
ps : Dua hari lepas, sambil aku tunggu order nasi goreng aku, ada pasang TV3. Buletin Utama waktu tu. Ada cerita pasal light show dekat Korea...diorang on-off lampu ikut lagu. Kebetulan pulak lagu Gangnam Style.
Tang2 situ jugak, depan aku, 3 orang budak menari gangnam. Buat gaya kuda. Mak bapak dia, takde reaction langsung, benda tu mcm normal. Mungkin budak2 tu pun belajar drpd video klip dia kot dan kita semua sedia maklum,video klip Gangnam Style adalah video klip yang "sangat mementingkan ciri2 Islamik dan budaya Melayu."
Aku tak pernah lagi jumpa orang lelaki yang tengok video klip K-Pop sebab nak dengar lagunya, kecuali golongan pondan.
Kenapa kena pakai penutup kepala?
Tak perlu sebenarnya. Aku selalu rasa segan kalau aku gi masjid dan aku tak pakai songkok dulu2. Ada satu hari, pakcik tu siap hulur untuk aku kopiah wakaf, suruh aku pakai. Bukannya rambut aku panjang pun. Aku botak waktu tu. Pakcik tu siap sound, nak masuk masjid, elok pakai kopiah.
Samalah jugak bila dalam situasi, kenapa perempuan solat pakai telekung? Perlu ke? Tak perlu sebenarnya. Perempuan boleh solat tanpa pakai telekung. Mana ada syarat2 sah solat kau kena pakai telekung. Boleh kau solat tanpa telekung? Boleh. Telekung tak wajib! Ingat benda tu betul2.
Cuma masalahnya, kita dah jadikan benda tu satu kewajipan...kewajipan unofficial. Aku rasa selama ni aku dengan kau banyak menyusahkan diri dalam bab agama2 ni, padahal sebenarnya agama ni senang aje.
Aku, tak boleh simpan rambut panjang. Kalau rambut aku panjang, perlu ke aku pakai kopiah? Mungkin perlu sebab nak sah sujud dahi kena cecah lantai...tapi simpan rambut panjang untuk lelaki tu pun dah bahaya dah tu.
Begitulah juga seorang perempuan, dia sebenarnya boleh solat tanpa perlu risau telekung kat situ ada atau tidak, busuk atau tidak, tak perlu bawak satu beg khas nak usung telekung ke mana saja. Asalkan dia tutup aurat, dia sudah boleh solat. Tapi masyarakat kita, tak sah solat kalau tak pakai telekung. Cubalah kau solat tak pakai telekung. Pasti ada yang akan memandang pelik. "Apa kena dengan perempuan itu? Dia tu gila ke solat tak pakai telekung?"
Walaubagaimanapun, kemudahan tak bertelekung tu hanya akan berlaku kalau pemakaiannya cukup syaratlah...mungkin apa yang anda boleh buat hari ini adalah bertanya dengan diri sendiri,"kalau aku gi solat hari ni, adakah aku layak tak pakai telekung?" dan cari mana kekurangannya.
Beberapa benda pelik lain yang orang Melayu jadikan tanggapan "wajib" atau "perlu"
1. Kenduri kahwin wajib buat supaya semua orang tau.
2. Dapat anak wajib buat kenduri bercukur. Kalau tak buat malu.
3. Ustaz pakai songkok,Ustazah pakai tudung labuh. Orang biasa pakai macam biasa. Orang PAS pakai kopiah.
4.Perlu beri orang tua solat di saf depan.
5. Banyak bertanya pasal agama itu salah dan boleh sesat.
6.Tak baca surah sunat seolah-olah solat kau tak lengkap.
7. Khutbah Jumaat mesti detail dan berjela-jela penerangannya
8.Nak mendekati Tuhan tu susah dan kau perlu pelbagai ilmu yang sangat deep nak mendekati Dia.
9. Kalau solat, baca surah sunat panjang2 lebih baik berbanding surah2 pendek dan ringkas
10. Kita perlu jadi macam orang Arab untuk "lebih Islam"
dan pelbagai lagilah benda. Kalau kau tengok balik kebanyakan point dalam senarai tu, semua benda yang disuruh buat tu..memang tak salah kalau nak buat. Tapi masyarakat kita membuatkan benda tu jadi salah, kalau tak buat. Mengakibatkan sesuatu amalan jadi complicated.
......
ps : Dua hari lepas, sambil aku tunggu order nasi goreng aku, ada pasang TV3. Buletin Utama waktu tu. Ada cerita pasal light show dekat Korea...diorang on-off lampu ikut lagu. Kebetulan pulak lagu Gangnam Style.
Tang2 situ jugak, depan aku, 3 orang budak menari gangnam. Buat gaya kuda. Mak bapak dia, takde reaction langsung, benda tu mcm normal. Mungkin budak2 tu pun belajar drpd video klip dia kot dan kita semua sedia maklum,video klip Gangnam Style adalah video klip yang "sangat mementingkan ciri2 Islamik dan budaya Melayu."
Aku tak pernah lagi jumpa orang lelaki yang tengok video klip K-Pop sebab nak dengar lagunya, kecuali golongan pondan.
70 ulasan:
Suka yang no 10.
10. Kita perlu jadi macam orang Arab untuk "lebih Islam"
pernah gak terfikir benda ni sblm ni.
dulu balajar sekolah agama, ustazah ajar niat solat kena baca "Usolli Fardu..."...sambil angkat takbir niat dalam hati bahasa melayu "Sahaja aku solat fardu..."
Salah ke betul rukun solat yang aku buat selama ni Tot?
Aku rasa maybe sistem pendidikan kita yang salah...MAYBE
aku rasa ustazah kena terangkan...Allah tu kau ckp dalam bahasa apa pun, Dia paham.
tp yg aku baca, syarat sah takbir, tak kisah niat dalam bahasa apa pun...tapi bila kau angkat aje takbir sblm tangan kau jatuh atas dada..dalam hati..kau niatkan "Sahaja Aku Solat Zohor (gantila dgn solat apa masa tu).."
dalam Arabnya.."Usolli Fardhu ZUhri" tu kena ada dalam hati..
itu aje.
1. niat dulu sblm angkat takbir
2. masa tangan tengah takbir, niatkan dalam hati "Shj aku solat (nama solat)"
yg part dlm hati tu..tak perlu sampai habis,cukup setakat itu aje.
harap lebih clear
Admin, kenduri kawin itu memang wajib buat supaya semua orang tahu. ^_^ . yg tak wajib tu bersanding. maybe silap kot eh? nnt ada orang konfius .
Pemahaman yang salah tentang niat tu yang dok Allah Allah Allah.. tak boleh-boleh nak takbiratul ihram.
sebonarnye, orang melayu dah terlebih arab daripada orang arab sendiri
sampai naik segan pak arab tengok "kearaban" melayu
kenduri kahwin...ada yg kata wajib buat, ada kata sunat buat..tapi sunat yang dituntut la.elok buat...bukan wajib buat.
syarat dia
1. jangan membazir
2. jgn bezakan taraf org (VIP makan lain,orang biasa makan lain)
3. pelamin,baju,hiasan,karaoke,ada perarakanlah, semua tu sbnrnya...tak perlu
kalau kau ambik kenduri tu wajib tapi kau spend mcm org gila dan byk buang duit aje..kenduri tu sendiri dah jadi terpesong niat asalnya.
senang sbnrnya nak buat kenduri ni kalau betul2 back to basic.
kenapalah nak perlu sebut usolli... kemudian masa takbir tu kena niat dalam hati.. bila dah berdiri nak angkat takbir kira kamu sudah berniat la tu.. jangan susahkan benda agama dan janga di buat mudah kan agama.
aku bwk telekung ke hulu ke hilir sbb takut baju yg aku pakai tu kotor terkene najis ke, ape2 ke yg buleh membatalkan solat. tp agree dgn admin org kite mmg rase awkward klu xpakai telekung utk solat :)
aku bwk telekung ke hulu ke hilir sbb takut baju yg aku pakai tu kotor terkene najis ke, ape2 ke yg buleh membatalkan solat. tp agree dgn admin org kite mmg rase awkward klu xpakai telekung utk solat :)
mantot oi, sesetengah benda tu kau kena kaji balik..
kenduri kahwin memang wajib hebahkan, kalau bertunang tu je kena rahsiakan..
ada hadis sebut pasal ni
"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
~(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)
no 9 tu, takde masalah nak baca surah pendek pun...baca je kalau nak, tapi kalau nak pahala lebih, baca surah panjang...kan setiap huruf dalam surah tu dpt 10 pahala;
sabdha Rasulullah SAW:Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya
-kalau nak cakap sal agama dan mendekati tuhan,tak perlu deep,tapi perlu paham dan kaji..baik ko wat tu dulu sebelum keluarkan pendapat kau dalam blog
- kadang aku layan gak lagu & parody kt utube..tkder smpai menari2 kuda ke bagai mcm bebudak skrg ni,haha.buat malu dan cam bodoh je
aku setuju tot..
1. aku x penah buat cukur jambul anak aku lagi.dah 2 anak aku. mak aku bising giler. kwn2 aku suma buat meriah2 smpi buaian berendoi tu dihiasi seperti hutan hujan khatulistiwa. perlu ke?
2. Aku suka pakai stokin n bkn kain bila solat. di masjid kampung aku, itu adalah norm. kalu di masjid taman melawati, aku jadi psycho bila ramai sgt pompuan bajet hot tapi bersolat ni tgk.
3. kenduri kawen aku xde karaoke, xde sound system. sbb aku x sempat booking. so kenduri kawen aku sunyi, xde muzik,xde lagu iklim, xde lagu ukays. aku gembira pulak. sbb barulah org boleh berbual dan beramah mesra tanpa perlu terjerit2 nak mengatasi lagu. alunan kompang n rebana dan selawat keatas nabi menyerikan majlis aku. mak aku ckp ni kenduri org kawen ke, org mati? padahal, perlu ke karaoke?
4. Bapak aku kdg2 tukar pakai songkok hitam drpd kopiah pastu org sound dia nak carik janda muda ke? perlu ke? suka hati bapak aku la.
5. aku suka baca surah pendek je masa solat, kdg2 x baca doa iftitah pun, so solat aku plg pendek. pastu mak aku sound kau ni solat ke, tunggang tinggik je?cepat sgt ko solat. baik mak..solat yg panjang adalah solat yg berkualiti.
6. org yg pakai tudung labuh pun gatal jugak, kuat seks, kuat tgk porn. ini pengalaman aku masa belajar n pernah tgk ini semua.
7. Hari raya wajib kena beli baju baru, kena glemer.kalau x, ko miskin, x berjaya, ke kafir ke, xpun pendatang haram. waklu.
sekian.
dah x paham basic, macam2 lah benda yg x perlu dijadikan wajib.
guru2 yg mengajar pun bukan ajar sepenuhnya. dahtu, lain org lain style. jgn depend sgt dgn guru. blaja, baca, fahamkan sendiri asasnya. x faham baru tanya. bukan datang berguru kosong je.
kenduri kawin, kalau x mampu jgn dibuat. yg perlu ialah hebahan. facebook, twitter ada kan. hebah je la kt situ. nak buat iklan kt paper ke, up to u. ikut kemampuan masing2.
org melayu mmg suka buat kenduri. anak bercukur pun nak kenduri. membazir aje. kalau duit berkepuk2 xpe jugak. buat kenduri hutang keliling pinggang pun x guna.
tudung labuh kuat seks..tak salah,asalkan dia buat dgn laki dia.
amatlah dialuk-alukan sbnrnya tudung labuh tapi kuat seks.
baru laki sayang.
hahahaha
korang ni sebelum cakap kena byk belajar ilmu agama dari guru2 agma, rujuk kitab2, bukan pakai balun aja..
keseluruhannya aku paham apa si mantot ni nk sampaikan cuma ada sesetengah part tu tak berapa 'kena'.
"5. aku suka baca surah pendek je masa solat, kdg2 x baca doa iftitah pun, so solat aku plg pendek. pastu mak aku sound kau ni solat ke, tunggang tinggik je?cepat sgt ko solat. baik mak..solat yg panjang adalah solat yg berkualiti."
tahukah anda perbuatan2 sunat di dalam solat itu menutup cela/ketidaksempurnaan di dalam solat kita sebenarnya.
mcmana nak tahu solat tu tak sempurna? ok, jawapan ada tp berbentuk soalan; macamana pula nak tau solat kita sempurna dan yakin ia akan diterima oleh Allah SWT?
sekian
@Latifah
"tahukah anda perbuatan2 sunat di dalam solat itu menutup cela/ketidaksempurnaan di dalam solat kita sebenarnya."
dh kalau y part solat wajib pn kmu x sempurna ape pulak y kmu pikir y sunat tu boleh sempurnakn solat kmu 2?
wahai Laici,
btl la pe yg anda kata kan..tp, mksud "iklankan (maklumkan) perkahwinan" itu tidak lah perlu secara besar-besaran..btl juga kata Tot, perkahwinan blh di buat, tp tidak lah smpi mmbazir, hebahkan secara kecil-kecilan pn sudah mncukupi..kerana secara besar-besaran mungkin akan mendatangkan sifat pembaziran..dan pembaziran itu satu ciri2 yang amat di benci Allah s.w.t dan amat disukai oleh Syaitan..
jadi, renung2 kan lah kawan2 ku :0
P/s: Tot, laki blh berambut panjang, tetapi tidak lah panjang sehingga menyerupai perempuan. kerana Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga berambut panjang.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad rahimahullah taala : memanjangkan rambut itu adalah sunnah, seandainya kita mampu pasti kita sudah memanjangkannya. Akan tetapi hal ini perlu penjagaan dan perhatian.
Sesungguhnya sudah datang hadis-hadis sahih yang menerangkan akan sifat (model) rambut Rasulullah Alaihi as-sholatu was-sallam. Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan; Dan rambut manusia itu disukai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya.
dah kalo afdholnya pakai kopiah,tak salah ditutup kepalanya tu.
bab telekung,mesti ada reason mengapa org-org dulu solat pakai telekung dan diwarisi sehingga ke hari ni.dan yg uniknya ia bukan di mesia shj,tapi hampir seluruh nusantara..
mungkin pemakaian telekung jadi satu budaya nusantara sebab...pakaian nenek moyang kita pun asalnya tak tutup aurat?
contohnya mcm baju kebaya.
point 6 tu bagus jugak diberi tanggapan sebegitu in my point of view.
sebabnya dalam Islam kita mahukan always yang terbaik. walaupun baca surah itu sunat, tapi akan membuatkan solat kita lebih sempurna. seperti Nabi Muhammad ajar (sebaik2 contoh).
saya ada kawan yang doa iftitah tak baca tiap2 solat. walaupun sah tapi bersama2 doa iftitah ada ikrar yang agung. orang yg tidak tahu akan kebaikan sesuatu perkara tidak akan ada rasa utk merebutnya.
wallahua'alam.
f1f12003
i agree with mr. edz pasal niat solat tu...bila kita nak gi solat tu automatic kita dah berniat sebenarnya...amik sejadah angkat takbir n trus je solat.
Anon 1:29
Mmg ada imam yg ckp camtu, tp kita ni yg mengikut imam syafie mmg kena berniat setiap waktu nak dirikan solat
i agree with mr. edz pasal niat solat tu...bila kita nak gi solat tu automatic kita dah berniat sebenarnya...amik sejadah angkat takbir n trus je solat.
Ni kalau tak silap aku sah dalam mazhab Maliki (perbetulkan kalau aku salah). Tp memandangkan nusantara mengadaptasi Mazhab Syafie,maka eloklah kita berpegang kepada Mazhad Syafie,tp bukan bermakna WAJIB berpegang kepada mazhab Syafie semata2,3 mazhab yang pun soh juga.Wallahua'lam.
Pakailah telekung. Kan perfect kalau pakaian tu labuh dan longgar.
Pakailah sonkok/kopiah baru menghidupkan budaya Islam.
kekekekek..
Tak setuju ngan haizam and edz. Lafaz niat tu salah satu rukun dari 13 rukun solat. Lafaz niat ialah pengkhususan dan ikrar kita pada ALLAH untuk sembah ALLAH pada waktu yang ALLAH tetapkan. Niat yang kau maksudkan tu ialah niat untuk melakukan sesuatu, Niat buat baik dapat pahala, niat buat jahat tak dapat dosa, dah laksanakan baru dapat dosa. Ada beza kat situ.
seronok baca komen kali ni. semua keluarkan komen2 yang ada pro dan kontra nya.
jangan saling mencerca ya.
teruskan berbincang. :)
aku paham apa yg cuba disampaikan dalam main point dia.
kalo ko dah tutup aurat dengan sempurna maknanya tak perlulah pakai telekung.
tapi kalo ko perlukan telekung untuk solat maknanya ko sendiri tahu yang pakaian yang ko pakai tu tak menutup dengan sempurna.
ps: pakai serban sunnah kan? pakai kopiah tak ke?
Nabi saya berbangsa Arab... 10 sahabat yg dijamin syurga juga berbangsa Arab... So klau tak nak ikut Cara Nabi yg berbangsa Arab untuk "jadi lebih Islam" kita nak ikut sapa lagi? Ikut nabi melayu ke? Setahu aku setakat nie nabi Melayu Ayah pin... Xkan nak kena minum air kaki utk jadi lebih Islam? Ade ke bangsa2 lain yg Allah jamin syurga kat dunia lagi selain para Sahabat yg berbangsa Islam... Atau ada blogger2 yg guna akal fikiran sendiri yg telah dijamin syurga yg kita kena ikut utk jadi "lebih Islam"... Kalau kita tak mampu amalkan sunnah dlm diri kita... Xperlu kita nak hasut org supaya tidak mengamal sunnah
Aku mcm paham la apa yg Mantot cuba nak sampaikan.... iaitu tidak melebih2 sehingga menyusahkan.... tapi bc juga nasehat Mantot iaitu jgn memudah-mudahkan agama....
agama itu mudah sehingga solat pakai t-shirt dan seluar paras lutut... kalau kau dok dalam hutan dan takde pakaian lain boleh la... kalau ada pakaian yg lebih sopan dan warak maka itulah yg dituntut agama.
solat bertelekung sebab warna putih adalah lebih afdal dipakai semasa solat... tu sebab byk pak2 lebai pakai jubah putih.. sebab nak afdal tu la..
pasal solat baca yg wajib ajer... kenapa perlu baca yg sunat2? sebab nabi baca yg sunat2 tu... doa iftitah, tasbih2 dalam rukuk dan sujud, etc... kalau kau solat khauf boleh la amik yg wajib2 ajer...
Melayu lebih Arab dari arab? Arab pon banyak jenis... jenis abu jahal pon byk skrg ni....
tapi kalau arab yg menepati sunnah, apa salahnya menjadi Arab?
Salam sedare, aku rasa boleh tangkap ape yg ko nk cuba smpaikn. Kekeliruan msykt antara yg fardu, mesti & perlu. Betul, cikgu dulu mmg ajar sbgaimana yg ramai nyatakan di atas tnpa byk huraiannya.
Ttp ko msti fhm, ketika itu kita masih kecil sebaiknya dilentur dgn amalan yg betul & common spya hatinya ttp & mdh fhm. Selaras dgn peringkat umur, mnjadi tngjwb individu itulah utk bljr yg mana fardu, sunat, pendek & pjgnya amalan, yg mana afdhal. Kalau semua nk selepuk peningla.
Psl kenduri kahwen hukum asalnya sunat, blh cr dlm hadis ttp ada syarat sbgaimana yg mantot tulis tu.
Psl niat, ada slh satu mazhab (maaf sy x ingt mana satu) yg membenarkan niat sblm takbir cthnya time prgi msjd ko dh berniat nk solat zuhur. Ttp dlm mazhab syafie mmg knala berniat sewaktu takbiratul ihram. Lafaz AllahuAkbar tu ek bkn angkat tangan tu, angkat tangan tu sunat.
Kita mmg blh guna mana2 mazhab tp kna yg paling kita tahu.
Boleh tulis pasal agama, ttpi sebaiknya secara sederhana, & elakkan kekeliruan.
Wallahulam. Slh tlg betulkn.
@akunoel
Nabi dan 10 sahabat Baginda masuk syurga bkn disebabkan mereka Arab...tetap sebab mereka beriman....
ape y ditekan bukan psl x ikot sunnah...tp "imej" arab tu....contoh la....psl apa masjid kite berupa sebijik macam kt middle east(y sesuai ngan climate sana)..instead npe tidak diberi design nusantara seperti masjid negara?...pastu try apply kt org....
soalan....
Nabi Adam...Nabi Musa...Nabi Isa dll tu bangsa ape???
Nabi bersabda .. "solat lah kamu sepertimana aku solat" ... so, nabi baca doa iftitah, nabi baca surah, dan lain2 lagi perkara2 sunat yg korang rasa tak penting tu ... xde dalam quran sebut detail pasal solat seperti wuduk, jd kita kena ikut lah cara nabi bersolat ... tp kalau x buat pun takpe, tak perlu berbalah, janji cukup 13 rukun solat .. ini bkn perkara besar, imam2 mazhab dulu dah setel perkara2 ni lebih 1000 thn dulu
tapi kadang2 sume pekara tu kita kena ambil hikmahnya..disebabkan kita berpegang kpd mazhab syafiee, ianya lebih byk kpd hati2.
Rasullullah x ajar pun baca surah yassin di malam jumaat di masjid. tp ramai org kita buat. tp kalo kita pikir baik2, itu adalah salah satu cara kita nak mengajak org ramai dtg ke masjid.
sama juga dgn kenduri bercukur, tak ckp haram pun. kalau kita buat, mungkin kita akan mengeratkan silaturahim antara saudara mara yg jauh dan jiran2.
kamon.. ini bukan isu besar. isu besarnya kenapa org malas nak solat.
lagipun bukan semua kita boleh belajar dlm satu tempoh yg singkat, perlahan-lahan la. kalau pegi ceramah ugama pun Ustaz xkn ajar satu buku dlm satu kuliah. kdg2 dua tiga definisi. perlahan-lahanlah..
:)
@sang merah
Aku comment base on apa yg mantot tulis.. Dia ada tulis pasal masjid arab ke? Dia ada tulis pasal budaya middle east ke? Ko Mantot ke? Kawan Mantot ke? Mana ko tau apa yg si mantot cuba sampaikan? Ohhhh lupa plak penulisan mantot nie penuh dgn sarcasm ye... Kalau mantot tulis pasal bangsa Arab aku comment pasal bangsa Arab... Kalau dia tulis pasal Iman then aku akan comment pasal Iman.. Seriusly aku rasa ko nie mantot la.. Soalan :/ apa kena mengena Nabi Bani Israel dgn article mantot? Kita kena beriman dgn Nabi terdahulu tapi kena ikut Nabi yg terakhir.. So klau ada soalan bab agama ble post or tanya kat Ustaz2 yg ada blog... Aku nie cetek ilmu agama.. Soalan ko mcm nak menyesat kan aku je... Seriusly ko Mantot kan
mantot...
sy paham maksud awk tp awk pun tahu kan kbykn wanita tak menutup aurat dgn baik.. baju jarang tudung x cukup labuh.. stokin x pakai n pakai seluar jeans.. klu bj kurung moden plak bertabaruj.. so dats y pakai kain telekung.. bila berjubah longgar n bertudng labuh n tdk jarang n berstokin memang tak kekok nk solat terus tanpa cr kain smbhyg.
bab solat dgn niat kan Ustaz Don dh terangkan.. aishh, tak perlu niat dlm hati tu penuh ms angkat takbir tu.. shja aku solat ---- dh memadai.
menutup aurat dgn betol adalah dgn mngikut syariat xnk pakai tudung pakai guni pakai baldi pun bley asalkn menutup aurat.. yg boleh nmpak muka n tgn ikut hadis Rasulullah.
baca surah adalah sunat.. kita bc surah2 tu memuji Allah.. penghayatan kena ada.. tahu setiap zikir tika solat apa mksudnya.. ini option nk surah pndek ke pnjg.. sebaik2nya pnjg skit pun xpe x rugi pun.. bckp dgn Allah kan..
hehehe mnjadi seperti org arab tu sbb kebyknnya mengikut sunnah Rasulullah.. ingat pahala org y mnghidupkn sunnah RAsulullah di akhir zaman sperti pahala org berjihad.. sygkan RAsulullah hidupkan sunnah Rasulullah.
memang kena sentiasa mendalami ilmu Allah untk dekat Dia.. klu kita xde ilmu.. cth ilmu memntapkn solat jadinya solat kita sama dr awal baligh smpai dh tua,, tmbh ilmu utk mntapkan iman n kita yakin bila beramal soleh.n tak susah pun dekat dgn Allah yg susah nk berubah tu.
bab kenduri tu sunat.. yg wajib menghadirkn diri ke majlis tu,,
kenduri bcukur sunat same goes tu akikah.. sunat yg digalakkan.
~ xperlu jadi ustazah br nk bertudung labuh. klu tahu border n syariat islam kita mesti xpelik. masalah nya ramai yg taknak paham.
@akunoel
aku comment berdasarkan comment kamu....masjid arab tu perumpaan/kiasan....
aku paham ape y aku baca aje...macamana pemahaman aku mcm tu la aku cbe simpul kn dlm kiasan aku...mana plak part aku sebut budaya middle east?
artikel nie y aku phm die tulis psl Melayu - Tanggapan wajib dan perlu....nie ikut pemahaman aku la....tp respon dari comment kmu seolah2 berbunyi seperti Nabi dan sahabat masuk syurga sebab meraka arab.... ini petikan semula...
-So klau tak nak ikut Cara Nabi yg berbangsa Arab untuk "jadi lebih Islam" kita nak ikut sapa lagi? -Ade ke bangsa2 lain yg Allah jamin syurga kat dunia lagi selain para Sahabat yg berbangsa Islam...
seolah cam kalau kmu islam + arab maka ke syurga lah kamu.....y bangsa islam lain kena beratur amik giliran dulu kih3.....
soalan aku tu cme sbgi pembuka minda aje kih3...btw..skadar renungan tambahan...Nabi Adam mmg asal dari syurga dan die tidak berbangsa....
dan soalan terakhir kamu sama ada aku mantot atau bukan....jujur dan ikhlas nya...NO
Yang komen pung pang pung pang semuanya pkai anonymous.Komen kemain lagi..tp identity rahsia..huhu
nurulachal mamat
tau pun ramai wanita x tutup aurat dgn baik, sbb tula mantot wat entry tanya nape perlu pakai telekung,kalo dh tutup elok, dh xperlu dah pakai telekung..so sbb mereka xnak tutup dgn sempurna, maka biarla mereka pkai telekung...gitu ke cik adik manis :)
this is my new blog!do stopby ;)
http://www.rasyidahkamar.blogspot.com/
So? Anom maksudkan? Hehe.. tjwb suami diri sndiri ayah abg utk pastikan isteri diri sndiri kakak adik ank tutup aurat dgn baik. Waima sy sndiri alhamdulillah dh smpurna tutup auratnya.. tp stil sy ade telekung.. nk pakaian khas dgn wangian khas bjumpe dgn Dia di rumah..So? Salah ke? Klu sy on journey kain smbhyg dlm kete sy mmg solat terdus tnpa telekung.. xpyh susah2.. telekung x jd isu. Yg jd isu yg ms solat pkai telekung molep bukak kuar masjid x ckup kain... so sila pastikan saudara perempuan isteri or mak kakak relatif n kwn2 tutup aurat dgn sempurna... sama kita vdkwah n ajak mereka yek..
Mantot. Pakai kopiah tu memang tak wajib tapi itu sunnah, perkara yang nabi buat. Kau tak boleh cakap macam tu. Nak pakai ke tak pakai, tu terpulang. Sedangkan Nabi menggalakkan orang lelaki tutup kepala walaupun tak solat. Wallahualam.
aku sokong tang niat nak solat tu..yg kita slalu lafaz baca angkat takbir tu 'lafaz niat'. sekadar eringatan buat diri kita spy kita fokus dan x berangan msa angkat takbir.
Tapi yang paling penting, niat solat tu. kita niatkan dalam hati. itu rukunnyer. Kalo lafaz niat dh btol tapi hati merewang ingat fecebook lupa logout, tak sah gak solat
Mmmm....telekung tak perlu bila aurat dah sempurna tutup....takperlu susahkan dalam hal agama.plg afdal solat dgn pakaian yang kamu pakai..luar dan dalam solat kene tutup auratla...kalo kat rumah, kalo telekung xde pon tetap boleh solat...
Kenduri cukur jambul bukan sunat tapi harus asalkan tak membazir, niat menunjuk dan ada unsur maksiat.Bercukur itu yg sunat muakad, cukur seluruh kepala kemudian timbang rambut untuk disedekahkan dgn nilai segram rambut=segram nilai emas.Nak bercukur tak kenduri pon takpe.
Kenduri aqiqah sunat muakad.Kenduri kawen juga sunat bukan wajib.Kenduri kawen nabi, jamu kurma saje..ada plg mewah jamu kambing xsilap...maksudnya mana yg mampu jgn sampai membebankan.Silapnya org melayu, kalau x bersanding dan buat besar2an nanti takut orang mengata.Macam takde makbapak ke cth ayat yg pernah sampai ke telinga saya...kalo kenduri itu kecil, org perlekehkan...itu silapnya melayu yang mementingkan glemer dan nk mrnunjuk2...tak pk ke, abes puloh ribu tapi sbb nk menunjuk2, abes semua pahala...jd amalan sia-sia
rukun solat yg 13 tu ada tiga bahagian :
1) rukun qauli (yg melibatkan bacaan)
2) rukun fi'li (yg melibatkan perbuatan fizikal)
3) rukun qalbi (yg melibatkan lintasan dalam hati)
dalam banyak2 tu, hanya NIAT sahaja termasuk dalam rukun qalbi, kerana niat solat itu utamanya dizahirkan dalam hati tanpa ada formal perkataan mahupun susunan ayat...yang penting apa yg dilintaskan dalam hati masa nak mulakan solat
cumanya dari segi melafazkan bacaan niat tu, para ulama' tak anggap benda tu satu kesalahan...terutamanya dalam nak ajar anak-anak yg baru nak belajar solat & bahkan niat solat yg dilafazkan dapat kukuhkan niat solat yang dilafazkan secara lisat tu...
budak-budak masa nak mula belajar solat sebenarnya agak confius bila kita ckp dgn diorang "baca niat dalam hati je.." sbb diorang tak dpt nak grab idea macam mana nak lafazkan niat dalam hati..
sudahnya bacaan Al-Fatihah pun baca dalam hati ( note - baca alfatihah dalam hati tanpa sebutkan secara lisan solat dikira tak sah sebab tak menepati syarat rukun solat)
sekian :)
Betullah bak kata en. Abenawe.
Cuma ada pendapat ulama yg rukun ke 13 - tertib, itu part rukun qalbi. Mohon btlkn klau slh.
BTW, risau betul aku baca org2 yg dok bg hujah kat atas ni tanpa asas yg betul. Smpai ada yg kata lafaz niat tu rukun..takde dlm 4 mazhab yg ckp mcm tu. Keluar la hukum2 psl hebahan, kenduri semua tu.
Ada yg betul, tp klau sape yg baca dr atas ke bawah keluar mcm2 hukum sudahnya konfius org.
Tak salah berkongsi ilmu tetapi mohon sape2 yg nk ltk tu jgn main ikut ape korang amalkan, tp ikut hukum sbnrnya. Tu pyhnya kalau basic tak kukuh tp nk bercerita soal hukum. Berbincang & bertanya tu lain ek.
Wallahualam.
no.10 - teori Arabisasi..mmg agak common di kalangan maleis
aku salah seorang perempuan yang suka mengusung telekung ke sana sini kalau aku keluar kemana2..aku bawak telekung tu bukan sebab aku rasa ianya satu kewajipan, tapi aku tak yakin yang pakaian aku pakai masa keluar berjalan tu bersih untuk dibawa solat.
bayangkan kalau aku pakai kain, kadang2 tak sedar kain tu termeleret kat lantai..sama jugak kalau pakai seluar..since aku tak pakai high heels, hanya pakai sandal flat, so masalah hujung kain/seluar aku terkena lantai memang kerap berlaku..lagipun kalau ko pernah tengok telekung2 yang disediakan kat mall (tak semua mall), kebanyakannya berdaki, kepam, byk mekap2 melekat kat telekung tu..geli gila ok....
2. Dapat anak wajib buat kenduri bercukur. Kalau tak
buat malu.
Yang saya tau... sebelum 7 hari digalakkan aqiqah
dan cukur rambut, kemudian berat rambut yang
dicukur diharga kepada harga emas semasa untuk
disedekahkan. Kenduri x yah.
4.Perlu beri orang tua solat di saf depan.
Sapa cepat dia dapat... dapat saf paling depan
seharusnya dijadikan matlamat bila pegi masjid
kerana ada kelebihan2nya di sisi agama.
7. Khutbah Jumaat mesti detail dan berjela-jela
penerangannya
Panjang khutbah dan panjang sholat adalah sama,
dan mohon khatib2 ingat kewajipan sosial bahawa
kebanyakan makmum mesti kembali ke
pejabat/kerja masing2, bagilah peluang untuk
makan tengah hari selepas sholat.
IMHO : )
point ke 9 tu aku pernah dengar kalau solat dipanjangkan itu lebih baik, saidina Usman pun pernah baca surah yassin dalam satu rakaat. wallahualam
Masyarakat kita suka bercakap tanpa rujukan. Sebab tu hukum tak berapa nak faham. Memang perkara nak dibincangkan tu common tapi bila berbincang tentang agama berikan rujukan, dalil mana nak diguna pakai. Itu kelemahan umat islam kat sini. Samalah orang2 biasa sampailah ke ustaz2. Semua bagi pandangan tanpa dalil. Kalau kata benda tu haram, harus atau sunat bagi dalil sekali. Macam tu patutnya kita belajar agama. Kita buat sebab ustaz ajar macam tu. Tapi kita tak tahu dari mana dalil yang diguna pakai. Sebab tu banyak yang lemah agama. Beribadat atas dasar diajar ustaz. Tak tahu asal usul satu ibadat itu. Samalah kita kat sini pun. Bagi pandangan tak ada dalil. Pastu ramaila yang confius.
Salam,
Pakai telekung bg org perempuan tak membebankan kdg bila keluar pakai seluar, blouse tp klu pakai jubah atau baju kurung boleh je solat cuma tinggal nak pakai stokin jer... kdg kita nak jumpa org pun pakai pakaian yg kemas, bersih, cantek inikan pulak nak sembah Allah... kalau kat umah plak kdg pakai kain batek, t-shirt bila nak solat perlu guna telekung... kopiah, songkok kalau pakai lebih baik dan dapat pahala tak pakai takper... cmtu je mudah... islam itu mudah... tp org kita ttp selalu lalai... zohor 1.30 kita solat 3.45... kalu nonton TV kita rasa syg nak tinggal kalu solat pun cpt2 jer nak abiskan tu pun masa iklan... bkn org lain saya la tu... haha..
1. Memang disuruh war-warkan ni masa kawin sebab nak jauhkan fitnah yerla ko dah keluar ngan isteri ko kalau orang tak tau kang dia kata ko keluar ngan sape lagi kalau dah mesra pegang tangan etc. So mengelakan timbul fitnah. Tapi orang sekarang lom kawin dah keluar sana sini memang dah jadi fitnah selom kawin lagi..
2. ni perkara sunat takda wajib pon.. tapi sebenarnye dapat apapon rezeki bersyukur wat la sujud syukur kawin ka dapat anak ka lulus periksa ke etc.. makin banyak kita besyukur makin banyak Allah beri rezeki kat kita.. Buat kenduri jamu orang untuk menjemput rahmat.. Ko kena faham melayan tetamu menjamu orang makan besar fadhilatnya.. bukan la untuk sebab malu ke apa tapi sebab orang tak paham kenapa kita buat dan mengikut aje tu yang timbul adat kalau tak buat jadi malu.. Kena wat research dan bertanya kenapa itu dan ini dilakukan dalam masyarakat.
3. Takda la tu perception, nak ikut sunah pakai la jubah wanita pakai la macam siti aisyah dan isteri nabi pakai. Masalah bila ikut2 tanpa tahu kenapa jadi perception pon camtu la. padahal yahudi pon pakai kopiah ada ko selidik kenapa Yahudi pakai Kopiah?
4.Hormat orang tua diajar dalam islam dalam masyarakat.. orang tua biasanya banyak ilmu pon satu sebab makan garam dulu etc. tapi tak semestinya betul zaman sekarang budak2 dah jadi imam & hafiz. So kita bagi orang tua dok depan hormat dan peluang ambil pahala hehe.. kalau ko nampak pahala dok saf depan sure ramai yang berlumba2 nak dok depan. Tapi kena ingat nak duduk belakang Imam kena faham tangungjawab makmuk kot imam tersasul salah atau batal tangungjawab makmum belakang imam ganti.
5. Surat pertama diturunkan kepada Nabi Muhamad Iqra' maksudnya baca. Kalau tak tau banyak an membaca dan bertanya tetapi ikut adabnya bertanya kepada yang mengetahui jangan bertanya kepada orang jahil maka ianya akan menyesatkan. Jadi bertanya la ilmu agama kepada para ilmuan agama alim ulama. Kalau ko tanya orang kapir atau orang tak berilmu maka sesat la sebab bukan bidang dan ilmu mereka untuk menjawab soalan ko. Tu kita kena hati2 dengan siapa kita bertanya bukan tak boleh tanya.
6. Beza Sah dan lengkap :) baca wajib aje sah tapi tak lengkap. Jadi perlu baca surah dsb apa yang nabi buat. Ngaji dan belajar lagi bagi melengkap ibadah kita semakin banyak kita belajar semakin lengkap ibadah kita nak buat dan yakin. Yakin ke semua solat kita diterim Allah dapat pahala dan ganjaran yang banyak? Dalam Azan kata solat kemudian menuju kejayaan kalau kita dah solat tapi tak maju mungkin solat kita tak lengkap atau tak betul. Kalau solat boleh mencegah kemungkaran masih melakukan kemungkaran mungkin juga solat kita tak betul. Muhasabah dan periksa solat kita. Wallahualam.
7. Semingu sekali peluang untuk semua muslim berkumpul, sepatutnya diisi dengan nasihat, peringatan atau ilmu berguna secara umumnya. menjadi tangungjawab imam yang berkhutbah untuk menyelidik perkara ini tetapi bila teks dah disediakan main office headquaters imam baca je la. :) so mungkin tangungjawab main office untuk menyediakan khutbah yang bermanfaat padat dan tepat.
8. Susah atau senang cuma perasaan, apasaja susah kalau kita tak biasakan macam solat susah nak solat kalau tak biasa padahal solat hanya 5 minit aje. Susah untuk main bola kalau tak biasa tapi kalau dah biasa kacang je. Susah nak naik basikal kalau tak mahir dah mahir kacang je lepas tangan pon boleh kan.
9. Memang baca panjang lebih baik tapi lebih baik kalau faham maknanya. Percayala anda akan lebih dekat dengan tuhan kalau faham setiap apa yang anda baca dalam solat. Sama macam mengadap raja ampun tuanku? mengadap Allah, angkat takbik Alahu Akbar -> Allah maha besar. Kalau faham setiap maksud ayat itu anda akan rasa lebih kerdil. Masalah bila hanya ucap tak paham.. So nak solat baca dengan mulut faham dalam hati Insya'Allah takda masalah nak baca sepanjang mana pon.
10. Islam diturunkan kenapa Nabi Muhammad dan bahasa Arab sebagai penuturnya sebab bahasa arab bahasa yang kompleks, Silap bunyi dah lain maknanya. Al-quran suatu yang kompleks kalau belajar nahu mantik arab jadi quran itu gedung ilmu yang padat bagi sesiapa yang mahu mengkaji.
Jadi saranan saya bertanya dan selidiki la dengan betul.. supaya kita lebih carah dan terang dengan Ilmu.
Kebanyakan korang ni komen, bg pendapat hukum Islam, korang rase layak ke, ke main ikut akal je.
segelintir, semua.
Aku rs kalo pasal agama ni baik tanya, ustaz2, org alim.
jgn ikut "aku rasa la", "pandangan aku la", "aku tgk ramai org buat"...
voltron
Dalil ada dua jenis:
Dalil Naqli,
Dalil Aqli,
Dalil Naqli - Quran, Hadis
Dalil Aqli - Qias, dan Ijmak Ulamak.
Ulamak = ilmuwan, baik di bidang falsafah atau sains. jd jd bebal dgr perkataan ulamak je nampak serban.
Masalah apabila seluruh permasalahan manusia baik dari segi kebersihan, nuklear, alkohol, najis, politik, alam kubur, teori big bang, halaju buroq, segala-galanya korang tanya ustaz yang grad dalam bidang falsafah dan bahasa.
Apa fungsi Prof Madya Latip Husin yang pakar dalam bidang kimia?
Apa fungsi doktor yang tak boleh campur dalam urusan tulis fatwa berkaitan nutrisi?
Semua ni gila.
Aku nampak logik hujah mantot, dan untuk dalil detail korang sendiri kena buat studi mampus lah admin nak tepek semua dalil kat sini. blaja lah cara tulis esei ok.
Mantot tak perlukan dalil untuk buktikan dia betul, korang yang kena bawa dalil utk buktikan dia salah. Itu basic prosedur mahkamah.
Selagi nak tunggu layak baru nak tulis post macam ni, nahas la. korang sendiri tak payah baca post mcm ni. habis cerita.
Set the priority right bro..
Mantot: blog gua ada penerangan lebih radikal berkenaan topik lu ni. gua bukan cari publisiti atau cari pageviews, blog gua bodoh apa pun tak ada, tapi isi blog gua mungkin boleh bantu lu.
kalo agama tanya ustaz la, hal fizik kimia..tanya la pakar dalam bidang tu, sape suh tanya ustaz.
tp kalo kalo tny:
1. knape kita perlukan oksigen utk bernafas?
2. @knape ferit itu besi?
kt situ jawapannye, sebab itu kita harus percaya Tuhan, tiada yg terhasil dengan sendirinya tanpa kuasa Tuhan. :)
akunoel: aku nak tanya ni, islam tu bangsa ke agama? aku rasa agama yang mana mana bangsa boleh anuti. tapi aku rasa aku nak bersangka baik dan anggap kau tersilap taip dalam penuh semangat nak tulis komen.
1. Kenduri kahwin wajib buat supaya semua orang tau.
> Perlu hebahan tp mjlis skdr berserdahana
9. Kalau solat, baca surah sunat panjang2 lebih baik berbanding surah2 pendek dan ringkas
> part ni time smayang jumaat, klu imam tu bleh abes satu juzuk, bantai satu juzuk..pdhl org kat lua ngah berhujan panas...xleh considerate lgsung...kt mekah, imam ny bace surah pendek je..
kalau ko tanya pasal agama dengan logik aqal memang hancur..
Kenapa wudhuk kena basuh muka, tangan, kepala dan kaki?
kenapa tayamun cuma kena lumur muka dan tangan?
So berbalik kepada soalan montot di atas aku pon nak tanya
Kenapa ko hias rumah ngan langsir? dengan sofa? cat cantik2 dan dengan bunga kadang ada taman sekali?
Kalau ko faham kenapa ko hias rumah ko macam tu padahal rumah hanya perlu bumbung tiang diding aje kan
Dengan kebijaksanaan aqal ko tentu boleh kaitkan kenapa orang pompuan pakai telekong sedangkan sah kalau bersih pakai baju kurung bertudung..Kenapa pak iman suka baca panjang-panjang dan sebagainya. Kenapa kita baca surah panjang dari surah pendek atau baca yang wajib saja.
Semua ni common sense boleh aje wat yang wajib je :) sama macam ko boleh buat rumah ada bumbung ada tiang dinding cukup. :) Tapi puas ke?
Cuba ko buat ujikaji
sediakan jubah dengan kopiah untuk ko solat
- kemudian masuk waktu solat pertama cuba ko salat ala kadar ngan apa ko pakai asal cukup tutup aurat seluar dan tshirt je..
- kemudian masuk waktu kedua pula cuba ko lengkap bersugi ambil wudhuk pakai jubah kopiah lengkap then solat baca surah semua.
Cuba hayati dan faham apa bezanya. Ada beza tak? tahap khusuk ko? penghayatan ko?
Kenapa bayi yang baru lahir dari rahim ibunya perlu dicukur kepala didalam islam?
Kenapa bayi yang baru lahir dari rahim ibunya perlu dicukur kepala didalam islam?
Perlu tidak semestinya wajib atau musti.
banyak univeristi siap ada universiti Islam kenapa tak buat kajian beza antara bayi yang dicukur dan tidak apa effect dia? lepas itu
tu yang orang awam keliru..
Cukur kepala baby 2 sunnah nabi pada hari ke 7 sunat juga bagi nama n tahnik or org mlayu kata belah mulut tujuan cukur 2 supaya rambut yg asal keluar dr rahim dibuang kerana rambur 2 kotor x bagus...sunnah adalah sunat bkan wajib buat dpt pahala x buat xpe...kita claim nabi 2 kekasih kita kalu kekasih mesti kita ske apa yg dia buat n mesti kita nk try buat jgk...:-)
Mmg tak perlu jadi org arab utk lebih Islam..
Cuma....kalau kita berpakaian mcm org Arab..sbb Rasulullah bangsa Arab...kita niat pakaian tu sunnah Baginda....so lagi bagus lah..dpt pahala lagi.
11. Budak2 mesti kena tolak untuk solat kat blakang. tak kira la sunat ke tak.
Budak dah sunat takpe sebenarnye takda la isu sangat mazhab shafie nih amat perihatin dan berhati-hati.. tu bebudak belum baligh belum sunat (dengan alasan anu dia tak bersih) duduk saf belakang dikuatiri memutuskan saf..
Dr Asri pernah komen pasla ni kan kenapa bebudak kena asing :) memang tak perlu pon kalau ikut pemahaman dia.. tapi kalau ngaji mendalam mazhab shafie yang cukup berhati2 dan paling warak di anatra 4 mazhab dinasihatan bebudak duduk belakang.. dikuatiri memutuskan saf kurang pahala berjemaah..
Tapi orang tak ngaji kenapa dan mengapa jenis pak turut jadikan benda tu wajib.. dan musti..
sama macam mazhab imam 4 tak suruh pon ikut mereka dan bila mereka solat mereka ikut sapa jadi imam tak jadi masalah.. nak bergaduh atau keras kepala.. dalam Islam ada adab ilmu kalau kau yakin ko betul buat la tak perlu nak pertikai mazhab lain. sebab semua betul.. tapi kalau orang mengkaji mazhab mazhab shafie yang diguna pakai kat asia tengara jenis yang cukup teliti dan berhati-hati..
Tu sentuh isteri masih batal air sembayang walhal mazhab lain kata tak.. ada dalil dan sebab semua tu.. mengapa Imam shafie kata macam tu.. sape la kita nak pertikai Imam2 ni semua depa tu betul..
benda ni dah beratus tahun diterangkan pon.. cuma kita malas nak mengaji.. nak berbalah saja.
Setuju... "ISLAM YANG DIMELAYUKAN"...
Aku tambah lagi :
- Baca Al-Quran dgn sedap lebih penting dari memahami maksudnya...
- Mengenali "Hantu Raya" lebih penting daripada mengenali Allah S.W.T...
- "Solat jemaah la kat surau, tunjuk muka sikit" katanya...
Hidayah & isi hati manusia adalah ghaib... Dan tiada yang tahu tentang ghaib walaupun bertaraf Nabi... Cuma Allah S.W.T aje yang tahu... So, hentikan pemikiran "memandai-mandai" kalian... Insya Allah... Kita semua akan terima hidayah dari Allah S.W.T... Amin...
"Setahu aku setakat nie nabi Melayu Ayah pin"
Nak kata bebal kang marah pulak ko..dah ko pergi iktiraf Ayah Pin sebagai nabi apa pasal? Dia bukan nabi laa..bukan nabi!!Apa yang Mantot cuba nak sampaikan, faktor bangsa tak memainkan peranan besar untuk jadi lebih islamik..kau tak perlu jadi arab untuk jadi Islam..ko cina ke india ke, kadazan ke, asli ke, bole jer nak jadi Islam..
Aku tanya ko bab simpan jambang laa..sunnah kan? macam mana kalau seseorang tu tak simpan jambang sebab hormon bulu dia terencat..facial hair segala macam bulu laa susah nak tumbuh kat badan dia..so ko nak kata dia tak ikut sunnah la? so dia berdosa la? dia bukan umat Nabi Muhammad laa?
kau tau kenapa Baginda ada jambang? sebab Baginda berbangsa arab..bangsa arab hormon bulu kuat..bulu senang tumbuh..itu pasal Baginda menyimpan jambang dan diwartakan jambang itu sunnah..
Sunnah Nabi itu banyak didorongkan oleh faktor budaya dan geografi..mana ko dapat ikut, ko ikutlah..mana yang tak dapat tu, redha sajala..
Megah Angkasa
Assalamualaikum
Kenduri/walimatul urus is sunat muakkad - amalan yg sangat2 digalakkan.
NOT wajib ^_^
Catat Ulasan