Disember 05, 2012

Ustaz Ajar Agama Tapi Habis Kelas Dating Dengan Tunang Pegang-Pegang Tangan

Jujurnya, aku takut nak post apa yang kau akan baca hari ni. Kenapa aku takut? Bacalah. Tapi sebab aku fikir, kenapa aku perlu takut, aku bukannya nak menyesatkan orang ramai, aku teruskan niat asal aku nak jadikan hari ni sebagai ending kepada 2 post aku semalam.

Kita semua dah jelas dan maklum, kita duduk dalam sebuah negara yang majoritinya Islam, sama ada daripada cara hidup atau hanya sekadar Islam dalam rekod. Wallahuallam lah. Negara ini pula pemimpinnya juga Islam majoritinya..untuk reflect society yang ada. Kita dah ada structure, pemimpin itu tugas dia apa, pemimpin ini tugas dia apa, jawatan yang dia pegang dan sebagainyalah.

Bagaimana pulak kalau ada di kalangan pemimpin kita, dilantik jadi orang paling tinggi dalam agama Islam, penghulu kepada semua orang Melayu yang Islam...tapi dia sebenarnya hanya Islam, atas dasar rekod. Dia kena jadi pemimpin agama, kerana keturunan dia? Bukan kelayakan dia.

Kalau kau diberi tanggungjawab untuk buat rumah, kau kena tau macam mana nak susun batu bata. Tapi macam mana seseorang itu boleh diangkat jadi pemimpin agama kepada sesebuah masyarakat, walhal..dia sendiri tidak suka nak mengamalkan tanggungjawab yang datang dengan title pemimpin agama tu.

Ingat mudah nak jadi pemimpin agama? Samalah jugak besar tanggungjawab seorang Ustaz supaya pastikan apa yang dia ajar betul, pemimpin agama juga mempunyai peranan untuk pastikan apa saja yang dia buat, menepati syariat agama yang dia pimpin. Dia aperlu bertanggungjawab terhadap diri dia dan dia juga perlu bertanggungjawab kepada masyarakat dia dalam bab2 agama ni.

Tapi, kau nilaikan lah sendiri pemimpin2 kita. Ada yang baik, ada yang tak baik. Kenapa yang tak baik ni pun diberikan kuasa ke atas benda2 berkaitan agama?Kalau pemimpin yang dikatakan ajar anak layan porno, mesti akan ada orang biasa yang dimpimpinnya sama2 merasakan.."oh wow, dia boleh buat kenapa aku tak boleh buat?"

Ini adalah sebab utama kenapa masalah orang Melayu takkan selesai. Orang Melayu suka angkat pemimpin ikut keturunannya dan beri mereka tanggungjawab yang tah dia nak atau tidak pikul, layak atau tidak untuk dipikulnya.

But here is the biggest problem.

Takkan ada orang dari golongan bijak pandai agama yang berani tentang pemimpin2 ini walaupun sudah terang lagi bersuluh ada yang openly lawan agama yang dia pegang dan dia ketuai. Sampai bila imunity dalam bab agama ni perlu dipelihara? Aku rasa sebab tu bangsa lain gelak, tengok orang Melayu yang Islam sekarang.

Tiap2 Jumaat kau tadah tangan doakan Sultan kau selamat sejahtera panjang umur dan sebagainya. Tapi berapa ramai Tok Imam atau Khatib yang berani doakan Sultan mereka supaya dapat hidayah? Aku tak pernah lagi dengar Khatib doakan Sultan dapat hidayah. Sebab dalam masyarakat Melayu sekarang, mendoakan Sultan supaya dapat hidayah, seolah-olah satu tindakan menghina Sultan itu sendiri.  Sebab dia ketua agama kan? Kita punya mentaliti, hidayah ni untuk orang yang jahil, yang sesat sahaja kan?

Kau hanya pohon hidayah diturunkan kepada diri sendiri kalau kau rasa diri kau ni jahil, kau pohon hidayah pada orang lain kalau kau rasa orang tu ada yang tak betulnya.

Dan di sini, aku nyatakan pendirian aku. Aku rasa, masalah orang Melayu dalam bab2 agama ni datangnya dari punca asal dia. Pemimpin agama Islam yang dilantik untuk jadi Ketua Orang Melayu Islam, keistimewaan itu datang daripada keturunan. Bukan daripada kelayakan. Perlukah kuasa sebagai Ketua Agama Islam ini tidak jatuh secara automatik ke atas individu yang ingin dilantik?

Mungkin boleh. Mungkin itu sistem yang boleh dirombak, berikan pilihan...sama ada mahu jadi Pemimpin Melayu Islam atau Pemimpin Melayu sahaja. Gila? Mungkin aku gila.

Kadang2 dalam sesetengah situasi dalam hidup orang Melayu, akan wujud benda yang Allah tak marah dan Allah tak larang, tapi kita takut nak buat, larang atau tegur, walaupun kita tau benda tu akan menjurus kepada kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat. Tapi kita takut. Mengakibatkan kita boleh nampak banyak part2 agama yang di-skewed, diputar belitkan untuk memenuhi keperluan seseorang yang berkuasa dalam masyarakat kita.

Kenapa tidak wujud sesebuah badan yang duduknya jauh lebih atas untuk pantau golongan2 Ketua Agama kita ni dan berani tegur golongan Ketua Agama Islam di negara kita ni dalam bab peribadi yang bercanggah dengan nilai agamanya. Sanggup jadi ketua perlu terima bebannya  dan kita semua tau, hidup orang Islam penuh dengan benda2 yang kongkong kita.

Kesannya, kerana itulah dalam hidup majoriti masyarakat, kita Melayu dulu, baru Islam.

19 ulasan:

muslimah berkata...

btol saya setuju dengan entry hari ini...
ketua agama sepatot nye org yg betol2 layak...

azhar berkata...

Pertamanya, dulu2, do'a selepas solat Jumaat, ada negeri yang berdo'a lebih kurang pasal "...menentang musuh dan penderhaka". Saya terfikir tiap kali siapa musuh siapa penderhaka. Biasa penderhaka nie dikaitkan orang Melayu dan Sultan or pemerintah, kan? Persoalan musuh takpelah, kita faham.

Maksudnya di do'akan dan diaminkan selepas solat Jumaat atas orang Islam lain yang tidak selari dengan Sultan atau pemerintah?

Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, saya membuat komplen kepada seorang Tuan Haji dan Alhamdulillah sekarang sudah diganti dengan frasa yang lain.

Keduanya, ada benda yang Tot sebut ada diamalkan suatu parti yang bukan pemerintah di sini. In shaa Allah, selayaknya dibuktikan jika berkuasa nanti.

ujaine alto berkata...

Shit.. Aku tak pernah dan tak akan mengamin "syaitan" selangor..

Tanpa Nama berkata...

Aku selalu cakap dekat kawan2 aku, "kau tau kenapa sultan negeri tutt panjang umur? Dah tiap hari kita nyanyi (lagu negeri) supaya Allah panjangkan umur dia"

Hmm maafkan aku, tapi aku pernah dengar bahawa nabi pernah pesan nak pilih pemimpin berdasarkan kelayakan bukan keturunan. Tengoklah impak dia bila kita tak buat apa nabi suruh.

Tanpa Nama berkata...

''dan kita semua tau, hidup orang Islam penuh dengan benda2 yang kongkong kita.''

Kenapa kenyataan kau seolah-olah kau menganggap Islam itu terhad?
Kau sendiri dah salah faham tentang Islam.

Agama Islam tak mengongkong, semua itu adalah panduan untuk kebaikan. Adakah tutup aurat itu pun mengongkong juga? Itu utk melindungi kaum wanita. Aku tau kau akan jawab balik, aku tak da pun komen pasal aurat. Tapi aspek aurat pun termasuk dalam aspek kenyataan kau umum kau tu.

Masyarakat barat tak terkongkong? Mereka bukan tak terkongkong tapi bebas tanpa panduan.

Jangan hentam aku balik Mantot, cuba terima teguran dari orang lain. Aku silent reader blog kau dari dulu lagi and blog kau antara feveret aku tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok kau bongkak dan tak mau terima teguran and kritikan dari pengkomen2 di sini. Allah akan tegur kita dan salah satu caranya melalui teguran dari orang lain.

Tanpa Nama berkata...

DOSA HILANG KERANA TAUBAT PAHALA HILANG KERANA RIAK.jgn tulis seolah2 ko la yg plg bagus dlm dunia.seme org salah ko jela yg betul.org macam ni mmg ade masalah mental yg serius.mkn byk nasihat org makin bykla kekurangan diri die yg nampak.org mcm ni prof muhaya ckp ialah org yg tak bahagia ngn diri die.sebab tu hanya nampak kekurangan org jek.kurang diri sendirik tak nampak,sebab tula jugak komen pembaca yg ok sebenarnye pon dihentam jugak.kalo org hentam die,die marah pulak.saranan aku.BENTI TULIS BLOG G MASUK SEKOLAH AGAMA SKANG JUGAK!da pandai baru TULIS TOPIK KEAGAMAAN DLM BLOG KO NI BALIK.ni tak.ILMU TARAK SEMBANG JE LEBEH!!!!!!!!!!!!

broken_nigina berkata...

orang malaysia,sokong atas tiket islam dalam ic dah memadai.

Prince of Noob berkata...

islam pertama, baru melayu! marilah kita sama2 mendoakan agar semua pemimpin melayu mendapat hidayah dan memperkasakan islam

Tanpa Nama berkata...

anon December 5, 2012 9:32:00 PM GMT+08:00, kita tegur, tegur beradab. ada betul jugak apa dia tulis. ada betul jugak apa kau cakap. tp dari cara kau komen, macam kau je yang mental. sekadar menegur. :)

plain83 berkata...

aku harap dlm masa terdekat ni para agamawan negara akan mendapat hidayah utk menegur para big bos big bos negara dan menyedarkan kaum mereka bahawa ada SUPER BIG BOS yg maha mengetahui lagi maha melihat yg berkuasa ke atas sekelian alam ^^

punchdrunk lovesick berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
punchdrunk lovesick berkata...

Anonymous December 5, 2012 9:32:00 PM GMT+08:00

perg!!! ayat...dr ko kutuk si mantot ni baek ko p kutuk pemimpin yg konon2nya islam..bnyk gak faedah!!!

berkata...

Ini delicate subject. Aku faham kenapa kau takut nak tulis pasal ni.

Yep. Malaysia majoritinya Muslim. Tapi sebahagian besar darinya (kalau bukan majoriti) cuma cultural Muslim.

It's nice to know that dalam khalayak ramai pasca DEB yang masih setia dengan monarki/oligarki secara paksa ni ada juga closet republican ya. Hehe.

Aku setuju yang each person should stand on his own personal merit dan bukan hanya bergantung atas nama keluarga untuk survive. Aku tak percaya dengan divine right dan aku tak suka brown noser.

Kalau kau ada imaginasi (dan ada sedikit pengetahuan sejarah & perlembagaan), boleh bayangkan tak apa akan jadi kalau title Ketua Agama tu dilucutkan? That's what essentially keeping them around all these years after merdeka. You strip them off that, they'll have nothing else. They don't really have any authority on anything. It'll prove to be an existential problem for them. Kan?

Seronok sebenarnya kalau kau study kedudukan monarchs di seluruh dunia selepas perang dunia kedua. Those that survived, why are they still around and what purpose do they serve now and for those that didn't make it, what happened to them.

c berkata...

rilek la semua orang oii.
nampaknya korang yg tak boleh nak terima teguran mantot.

aku tak nampak pun dia riak ke, berlagak ke, ikut suka tulis pasal agama ke.

banyak point dia yg betul. dia cuma bicara soal agama yang nyata lagi bersuluh. korang yg byk slh faham ni.

kalau kata betul la mantot ni RIAK sekalipun...at least dia sampaikan benda yg betul. yg betul sila la terima.

please. amik yg positif sudah.

setakat ni aku faham je apa yang mantot sampaikan. fikir baik-baik sudah lah.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedare, kalau diikutkan frasa blk ke punca asalnya bukanlah pemimpin/ketua yg dilantik, ttp pemimpin bagaimana yg dilantik. Mslhnya di Malaysia adalah kerana ketua agama drpd institusi diraja, sepatutnya dh tau diri tu pewaris ketua agama dibekalkan la dgn ilmu yg cukup, ni sebaliknya.

Mereka ni ada penasihat agama sendiri, cuma tak tau fungsinya digunakan @ tak. Kalau tak nak sistem raja as ketua agama ditukar tarbiah la golongan raja ni sebaiknya.

Selingan, psn imam syafie kpd muridnya utk menjadi alim yg baik, (lbh krg maksudnya) jadilah ulama yg dicari pemimpin bkn ulama mencari pemimpin.

Unknown berkata...

riak? sy tak nmpak pun mantot riak. entry yg ni sy setuju dgn mantot.. nilai pemimpin yg baik salah satu ketakwaannya pd Allah.. nk salahkan sistem pun xboleh dah wellknown semua kerabat ni akan jadi penasihat agama.. betolla.. mcmmn nk advise klu xdibekalkn ilmu.. inisiatif mcmmn nk mntapkn kerohanian diorg ni? tgk sultan kelntan ok jerk.. ntahla.. nk salahkan kemewahan diorg? sy pun x berani. tp sy nkkan pemimpin yg bekal ilmu akhiratnya mantap..

Fara Abdul berkata...

'Kenapa tidak wujud sesebuah badan yang duduknya jauh lebih atas untuk pantau golongan2 Ketua Agama kita ni dan berani tegur golongan Ketua Agama Islam di negara kita ni dalam bab peribadi yang bercanggah dengan nilai agamanya.'

sapa pulak nak pantau badan pemantau ni kalau dia teratas?

kenapa melayu x keluar dari mentaliti gembala? (herd mentality, sorry for bad translation) bab agama pun mau ada ketua jugak ke? nak tunggu ketua agama tentukan apa yg nak dipercayai, apa yg boleh/ x boleh etc. Tuhan kamu ketua agama atau Allah?

azhar berkata...

Ketua Agama tu cuma mentadbir. Menentu hala tuju agar x terpesong. Dan dia ada tuan penasihat. Nabi juga Ketua Agama kan kita nie khalifah. Literally semua orang khalifah siapa yang nak mendengar siapa? Justeru dilantik seorang sebagai ketua untuk mentadbir.
Di dalam organisasi spt PAS klu x silap, ada Mursyidul Am di atas daripada Dewan Ulama. Jgn pulak tanya siapa pulak nk monitor si tuan Mursyidul Am nie? Ilmu dia yg letak dia di atas tu.
Untuk selingan, sy nk letak hierarki 'ilmu sy x ingat kdudukan tp ustaz di bawah sekali, atasnya ada tuan mufti, Mursyidul Am dan Tuan Syeikh. Mungkin ada yg tertinggal, mohon saudara lain tambahkan.
Kesimpulannya, sebab kita manusia, manusia jugaklah jadi Ketua Agama. Cuma bezanya ada Ketua Agama kerana 'ilmu, ada yg kerana keturunan. Ketua Agama kerana keturunan sebab sistem manusia yg ciptakan. Sistem Allah? Fikir tentang Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang xtahu mbaca mnulis tu Allah angkatkan mjadi Rasul dan mjadi Ketua Agama dan segala Ketua lagi kmudiannya.

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak takut sgt lah.. bkn brilliant pun artikel kau ni. kau je yang perasan. mumbling2 macam mak nenek.

ingat dgn bebel poyo2 kau ni.. masuk perkataan english satu dua.. bajet high level dah la all your thoughts? piiiigidah!