Disember 19, 2012

Dia Jual Barang-Barang Islamik, Pasti Dia Tidak Menipu Kan?

Sekarang ni kalau kau jalan mana2 pegi shopping, tengah sale. Semalam pulak, orang2 yang kerja gomen baru dapat gaji...jadi seminggu dua ni aku try jauhkan diri aku daripada shopping kompleks melainkan aku rasa nak pegi lagi Big Bad Wolf dekat Mines.

Year end sale ni memang popular untuk orang2 kita. Time ni la barang2 nak diganti, kereta model lama dijual dgn diskaun dan diganti dengan model baru, barang2 yang baru 6 bulan lepas kau baru beli tiba-tiba dah jadi outdated. Kalau nak stay up to trend memang miskin lah kau sampai bila-bila pun. Jadi aku sedaya upaya jauhkan diri aku daripada terlibat dengan trend2 ni.

Tapi...macam mana pun...aku pelik, majoriti orang kita yang shopping macam orang gila tiap2 kali ada sale ni tak perasan ke...yang sale2 dan diskaun ni sebenarnya kebanyakannya menipu semata-mata? Tak percaya? Cuba la kau buat research sendiri. Kau aim satu barang, tengok normal price dia berapa, kemudian kau gi tengok balik harga dia bila time diskaun dan sale. Mesti mencanak-canak naiknya tiba2 harga dia time sale dan kemudiannya bila diletakkan diskaun..konon2 nya kau macam beli dengan harga murah.

Aku selalu pegi satu shopping kompleks kat rumah aku, jadi aku perasan benar benda ni. Bila aku nak beli belt, harga belt tu RM19.90. Bila time sale, harga dia jadi Rm70 lebih...tapi ada 70% diskaun. WTF?

Ada satu hari, aku pegi beli comforter set brand Akemi...kebetulan pulak, esoknya baru start sale jadi aku ingat aku rugi la sebab tak dapat datang esoknya. Akak promoter tu kata kat aku, kalau beli esok lagi mahal. Dia tunjuk kat aku kalau jual time sale esoknya..harga dia lepas less 50% jadi RM132 something. Aku beli berapa? RM119.90. Aku ingat kakak tu memain....saja nak suruh aku beli time tu tapi aku sempat pegi tengok balik time sale dan betul...kalau harga masa sale lagi mahal daripada harga biasa.

Mungkin untuk sesetengah barang memang murah tapi...mana2 barang yang diorang letak depan sekali dan letak kat situ 70% sale...tapi majoritinya stok2 rejek..baju2 yang tah hapa2 dan takda sapa nak beli. Sapa nak pakai baju kotak2 macam zaman 90 an dulu atau baje kemeja yang membuatkan macam kau kerja sebagai maskot Baskin Robbins warna biru muda ada jalur2 merah?

Aku selalu sangsi dengan sale kat Malaysia ni...Yang peliknya, walaupun penipuan ni sangat obvious, tapi masyarakat kita still senyum gembira membeli belah tiap2 kali sale. Market kita ni dah jadi macam tempat clearance untuk barang2 yang tak laku. Tapi dijual dengan harga yang masih tinggi. Sebab bila ada sale, ada diskaun, majoriti kita assume BAPAK AH MURAH! Padahal kalau kau ada member2 kau yang kerja departmental store....tanyalah rahsia mega-sale ni sebenarnya. Time sale la time diorang banyak kerja...sebab kena tukar price tag nak mark up balik diskaun. Tanya aje la kalau ada....

Ada beberapa benda aje yang aku nampak berbaloi beli masa sale hujung tahun,:

1. Kereta (banyak rebate dan dapat TV dsb.)
2. Barang elektronik (diorang nak clear stock dan ganti stok baru)

Sebab barang2 ni value dia memang degrading tiap2 tahun. Tapi benda2 macam kasut dan baju ni selalunya menipu aje. Kalau sale pun, diskaun untuk barang2 yang tak laku. Barang2 baru? Diorang letak "New Arrival." Tak ada diskaun.

Akta Jualan Murah ni, sebenarnya untuk apa? Aku tak pernah lagi beli baju kat Malaysia yang aku rasa berbaloi dengan harga dia. Kemeja pun dah RM70...baju t-shirt berkolar RM40 lebih...satu2 nya tempat aku rasa berbaloi beli pakaian....adalah kedai bundle. Kadang2 kualiti baju yang kedai bundle jual adalah lebih baik berbanding barang2 yang ada dijual dekat shopping mall. Dah buruk? Lusuh? Aku boleh buang tanpa rasa rugi. Sebab aku tau dengan nilai yang aku bayar, aku dah dapat apa yang aku nak.

Mentaliti pengguna yang kita perlu ubah adalah, jangan assume sesuatu benda tu murah hanya kerana yang menjualnya kata benda tu dah murah. Kaji, compare dan selidik dahulu, simpan benda ni dalam kepala..."business is business. Mereka bukan charity." Tugas mereka adalah memastikan anda spend duit anda dengan mereka dan anda "happy with your purchase."

Itu adalah motto yang paling selalu digunapakai peniaga..happy with your purchase. Dalam business, there is no such thing as a fair trade, khasnya di Malaysia ni, di mana undang2 pengguna sangat loose dan pengguna tak ada banyak saying dalam consumer protection. Exchange warranty, return policy, defect return, kebanyakan ada tapi macam mana pun, consumer still rugi, rugi masa, rugi tenaga. Risiko perniagaan kebanyakannya dipass kepada pengguna.

Mesti akan ada satu pihak yang rugi dan selalunya, yang untung tu bukan anda lah.

Kalau ada yang buat comparison masa normal price dan sale price dengan lebih terperinci, boleh lah share kat sini. Kalau nak...sharekan la jugak dekat mana kau rasa shopping ni berbaloi dan please, jangan cakap Singapore.

ps - Cuba lah,  sekali aje, kita tetapkan ramai2, kalau ada sale...jangan pegi. Boikot ramai2 selagi barang2 yang di- diskaunkan adalah barang2 yang dah 5 tahun tapi tak laku-laku. 

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wa sokong lu mantot!!!!!!!

misz sempoi berkata...

yeah!

Tanpa Nama berkata...

Kedai bundle pon mahal

Dulu aku leh beli jeans levis rm20 la nih rm60 atau rm70

cheis.. Semua dah naik harga..

cik siti fairuz berkata...

Aku suke beli home appliances dr UK.sgt murah,robust,longlasting. Tumpang kirim kwn2
So far brg x pernah rosak..yg kelakar crk sparepart kt mesia ni lg mahal dr rege asal brg tu...ahahaha tu br sparepart.
Stakat ni xde tempat yg bebaloi nk soping kt mesia ni. Baju cotton nipis pn mahal nk mampos! Kain kapan lg tebal. migrate kang
Mantot bagus2 ko suke bli bundle je..bole bini ko tolong menabung emas.tiap tahun pg umrah

Shahada Fauzi berkata...

setuju sangat..memang harga time sale tu yg kononnya diskaun dia dah upkan dari harga sebenar..then letak diskaun nampak macam murah..padahal lagi mahal sebenarnye..

Tanpa Nama berkata...

Uniqlo camner? murah ke? tgk iklan kat paper je...

Tanpa Nama berkata...

Ada je sale yg murah. Pergi warehouse sale fos. Memg murah. Pndai cari dapat la.

Tanpa Nama berkata...

anon 5:32
selalu warehouse sale ko dpt design yg outdated or size ntah apa2 ntah

Laici berkata...

adahal kalau kau ada member2 kau yang kerja departmental store....tanyalah rahsia mega-sale ni sebenarnya. Time sale la time diorang banyak kerja...sebab kena tukar price tag nak mark up balik diskaun. Tanya aje la kalau ada....


Haha,ini betul..waktu aku kerja part time untuk jenama kasut Bonia, waktu sale utk Tahun Baru Cina, aku kena tolong cabut pelekat price lama, tukar pelekat price baru dan kemudian letak pelekat warna (kuning,biru tu) utk diskaun..

dan waktu tu jugak boss aku amk stok kasut2 yg lama2 kt gudang, pastu wat sale 70% kat depan kaunter kasut aku

Laici berkata...

adahal kalau kau ada member2 kau yang kerja departmental store....tanyalah rahsia mega-sale ni sebenarnya. Time sale la time diorang banyak kerja...sebab kena tukar price tag nak mark up balik diskaun. Tanya aje la kalau ada....


Haha,ini betul..waktu aku kerja part time untuk jenama kasut Bonia, waktu sale utk Tahun Baru Cina, aku kena tolong cabut pelekat price lama, tukar pelekat price baru dan kemudian letak pelekat warna (kuning,biru tu) utk diskaun..

dan waktu tu jugak boss aku amk stok kasut2 yg lama2 kt gudang, pastu wat sale 70% kat depan kaunter kasut aku

just azura! berkata...

susah nak suruh orang boikot sale ni. bukan sedar pun benda-benda ni semua tipu..aku pun dah lama dah tau benda ni tipu, 70% lesslah sangat, mark up harga, pastu diskaun kan..baik tak payah..

kesian orang mesia..huhuu..

Taufik berkata...

yg big bad wolf tu gila punya diskaun sampai 95%
macam mana dia buat?

Fara Abdul berkata...

lain kali tgk harga, bukan diskaun.

Mantot berkata...

Taufik!

http://www.bookxcess.com/

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas maklumat, mantot

shida idris berkata...

ada yang tipu, ada yang x time sale nieh. tapi ko kena la tau harga sebenar sebelum sale.

macam aku rajin tengok harga sbb selalu sgt pegi mid (dekat ngan rumah) so aku tau harga sebenar certain brand tu macam mng.

mantot, bundle dah mahal skrg tapi tengok material dan brandla. ko mampu haritu laki aku tengok nike geisha, harga tshirt biasa je RM1400... haha. grand kan

Aslina berkata...

Haha... Tu lah, aku pon rase store department kuar abes stok2 lama + tak laku bila time sale. Harge tinggi, tapi tulis diskaun melampau2... Aku suka belek barang2 sebelum beli... Haritu aku usya2 sandal, kasut... Dari jauh nampak cantik, bila dekat, tah apape je buruknye. Baik aku beli kat pasar malam... Dah tentu baru berkilat2 dari kat pasaraya...

plain83 berkata...

aku tngok harga, bukan diskaun..kalo aku rasa harga berbaloi ngan kualiti barang tuh, n aku bebetul bekenan, baru aku beli..hoho

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.freewebs.com/buyquetiapine]buy seroquel 200mg
[/url]Seroquel 300mg
street price seroquel 200mg
quetiazic precios
quetiapine price
where to purchase seroquel

Prince of Noob berkata...

tapi ada org cakap rugi beli kereta akhir tahun, sebab value dia lagi cepat jatuh sbb ikut tahun, bukan ikut bulan, means kalau kawan ko beli kereta rm40,000 bulan januari 2012, ko beli bulan disember 2012, elok masuk tahun 2013, value kereta ko dah boleh jatuh sehingga rm30,000 walau baru sebulan sama macam kawan ko yang dah beli 12 bulan.

Tanpa Nama berkata...

haha.. betul ..dah tertipu haritu pi beli baju anak 70% la kunun diskaun jenama poney dekat satu supermaket.. sekali pergi butik poney sekali dia jual takde diskaun harga sama dengan yg dekat supermaket "ada diskaun" tu.. huh

Tanpa Nama berkata...

Yeah betul tu Noob

value kereta ikut tahun tu yang orang bagi diskaun end year.. nih berkait rapat ngan insurans..

Korang beli kereta sila tgk manufacturing date yea.. jangan kena tipu ngan salesman kata kereta baru padahalan dah dia tiga tahun punya stok..

aswadz berkata...

aku membeli bila perlu je. baju kemeja aku beli kat zon ria je. baru rm20. jimat2. kualiti pun not bad. cuma xde choice corak baju je la. sbb kebanyakan nyer plain.

Unknown berkata...

br2 ni g JB sbb ade bengkel kena pksa pergi.. pdhal bukan xleh wat kt putrajaya.. stndrd kerajaan nk perabis peruntukan hjg thn n amik ksemptan g singapore.. sbb xde duit sy tak g so pusing2 n nmpak Kompleks Bebas Cukai di JB (kat mana jgn tnya sbb ikot GPS xhafal jln) xtau la ape yg bebas dicukaikan.. cokelat ye.. yg lain2 baik sogo lg murah.. kite dh wellknown dgn brand n price so even ltak 70% tgk harga ni hrga normal hrga asal mmg x logik.. sale utk penjual bukan pembeli..

cucoq berkata...

Hatnyai..kebanyakan barang original kat sana kat malaysia tak dak..

dan price kat mostly 20-40% lagi murah kat malaysia.. contoh wallet pierre cardin.. kat malaysia 150+

kat sana boleh dapat dlm 100-110..
pengalaman saya beli lah ni..

kat Robinson Hatnyai..

p/s - saya kawan ander kat smkak

Tanpa Nama berkata...

Hah,haritu ada sorg budak sales kat Jusco terkantoi bila aku tanya pesal apa harga asal cadar ni sampai RM700++ dan pastu bg diskaun 70% sepanjang tahun? Agaknya dia dh bengang ramai sgt org tanya camtu sekali dia ckp," Mmg harga asal dia RM100++ jer kak.Kalau tak buat diskaun diskaun mcm ni,takde org nak beli..."
Perghhh...selamba budak tu jawab.Salute sama dia.Jgn percaya ngan harga cadar sampai RM700 lebih nak nampak class sgt walhal harga dia mmg RM100++.Tak caya gilah tgk kat Jusco,sepanjang tahun sales...wakakaka

Tanpa Nama berkata...

bundle skang pun dah tak bundle. bundle skang dah jadi macam designer brand.orang yg pakai bundle boleh cite dgn penuh kebanggaan.jadi harga baju bundle skang nih pun bole tahan mahal.

tapi point post nih aku rasa penipuan yg dirasakan halal oleh peniaga2 kedai2 besar ni bila diorg buat diskaun 70%.

aku kalo year end sale ni mmg tak beli apa2 pun.sampai la baju aku dah ada koyakan sikit atau aku dah gemok, seluar tak muat baru beli.kalo perlu sgt beli baju kemeja nak pakai pegi kerja, aku akan beli baju yg new arrival, harga takde diskaun tuh.takdela syubhah sgt aku support penipuan nasional nih.-peace-

cik siti fairuz berkata...

Anon 12:10, ntah ape2 la cadar kt jusco plak tu RM700. nmpak sgt tipu kn diorg ni. Rege tu bole dpt cadar set yg high quality lg kt mark&spencer.bencik tau

Tanpa Nama berkata...

kalau dah namanya malaysia semua benda menipu adalah dibolehkan

malaysia boleh!

Tanpa Nama berkata...

pernh shopping kt jusco masa sale. amikla baju2 u anak2. 2, 3 lai baju amik yang ada pelekt ungu(tanda ada diskaun), alhamdulillah masa 2 dh kira siap2 jmlah harga semua baju 2. bila time kt kaunter n cashier 2 tag harge n jumlahnya lebih darpd yg saya kira. gabra gak masa 2 sbb minta duit kt husband cukup2 jer. dgn malu + x ckp duit, aku srh cashier 2 kira balik.
rupanya aku tlh di tipu oleh cashier mangkuk 2. selamt duit aku 30 ringgt. len kali lepas ni nak bershopping kena berhati2.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong mantot 1000%.. kenabyakan peniaga trik harga plus keluarkan stok lama n lusuh...markup rega kasik diskaun..., aku pernah borak degan timbalan menteri kat live chating 1pengguna.com. ..isu rega tipu.. apa yg common jwpan diorang. . soh tulis repot, report, report..lastly habuk pon tarak.. gomen kita sebenarnya pon takut dengan peniaga actually... tak caya.. ko pi tgk giant.. kencing kuat slogan harga terendah kononnya... apa pon malang bg aku aku terpakse beli kereta hujung tahun!!!! arghhhh... ingat value based on bulan .. arghhhhhhhhh!

Tanpa Nama berkata...

Alah Jakel pun sama, pumpang cakap diskaun mega lah apa lah. Ada ke kain yang sama mak aku beli dalam RM100+, time sale dia jual RM200 pastu cakap dah diskaun 50%. Bullshit bai Jakel. Penipu!

Tanpa Nama berkata...

Kalo nak beli barang branded murah2 selalu check website ni www.shoppingnsale.com

Cikja berkata...

penah nak beli karpet kat satu pasaraya nie, tapi pikir nak tunggu sale..6 bulan lepas tue memang sale gila2 la kononnya sampai 70%...tapi bila kira balik harganya masih sama 6 bulan lepas punya harga walaupun lepas sale..

Tanpa Nama berkata...

selain harga promosi menipu..

Kalau beli kat Jekal hati2 mereka menipu kain satu ela tak sampai 1 ela pon diaorang ukur.. Kat situ la diaorang curik..

Muslimah Melayu Terbaru 3gp berkata...

melayubertudung3gp.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

jakel memang pandai tipu..

tak percaya? cuba korang duduk kat pintu jakel tu sejam dua.. jelas lagi clear korang nampak jakel dok menipu..

situasi dia macam ni..

aku sampai terus naik atas..cari kain kat atas..dah beli dapat paper beg.. turun bawah sales person dia tengok paper beg dan cakap "oh dah beli di atas boleh dapat harga special di bawah.. kain harga rm100 boleh dapat rm60".. aku ikut jalan cuci mata.. takde yg berkenan so aku tak beli..

aku dok melangut kat depan pintu jakel tunggu mak mertua tak habis shopping lagi kat atas..

tak sampai berapa minit cousin aku sampia..masuk jalan2 tgk kain kat bhgn yg kununnya dapat discount selepas pembeliaan pertama.. cousin aku dah habis round datang kat aku.. dia cakap.. "kak.. murah la.. diorang buat sale kain rm100 jadi rm60" - penipu punya jakel..tadi kata dengan pembelian kedua baru dapat rm60.. hampeh..

kami tunggu lagi mak mertua tak habis shopping lagi kat atas.. dekat setengah jam lepas tu .. jakel buat hepi hour..dok guna pembesar suara.. "hepi hour hepi hour.. kani jenis bla bla rm60 sepasang ".. nampak? tipu lagi..

total dekat 2jam lebih aku duduk depan jakel tu.. dan 2 jam tu aku nampak pembohongan.. lepas tu aku n husband tak beli dah kain kat jakel.. huh

Tanpa Nama berkata...

oh satu lagi..masa aku beli kain buat baju nikah kat jakel

harga pakej baju perempuan free lining free kain baju melayu lelaki rm750..

aku cakap aku tak mau kain free baju melayu..tunang aku (sekarang husband) mintak kurang kaw2..dapat rm430 sekali dgn veil..

lepas tu ktorang beli kain baju melayu yang kain material bagus banyak compare to kain free.. harga 4m setelah mintak kurang kaw2 jugak dptrm320

total kitorang bayar rm750.. haha.. sales person tu terkebil2 tengok resit yg dia keluarkan sebab kitorang pulak kali ni berjaya mainkan jakel..

kalau korang tak bijak..memang la korang dapat pakej rm750 dengan free kain baju melayu kualiti hampeh tu.. haha

Tanpa Nama berkata...

Kat jakel. Kena tunggu happy hour baru beli. Maksudny. Kena tunggu berejam jam nak dpt murah. Nasib masa sy beli. Dan dan happy hour.kebanyakkan yg duk tunggu happy hour adalah pemborong kain utk dijual di pasar malam.. lg satu. Org jakel mmg mulut manis. Sama mcm org arini.. kih kih.. pembeli kena kuat semangat ok.

Ada satu ketika. Bkn hari mega sales. Cr belt kat the zon. Brand alain delon. Rm 19.++.. bila pergi hri mega sales. Belt yg sama jd rm 40.++ no dscount lagi. Gilaaaaaaaa....

Tanpa Nama berkata...

PASARAYA KU..best

Tanpa Nama berkata...

betul tu mantot. Tak pernah nak joint mana-mana sales. Tengok cadar after less 50% harga rm40 bila pergi hari biasa harga sama jer.. tak ada pun sales.. diaorg cuma naikkan kan harga pastu buat diskaun kononnya murah.

Jakel memag tipu.. Selalu sangat buat sale.. harga masa sale ngan tak sale sama je

Tanpa Nama berkata...

Kakak-kakak aku mmg boikot jakel, apa taknya harga masa offer dia lg mahal dari harga kamdar hari biasa ( x de offer) klu org tertipu dgn iklan meletup-letup jakel sah2 kena tertipu!