Disember 18, 2009

Seorang Raksasa + Anak Itik


Haha,malam terakhir aku sebagai seorang bujang aku habiskan dengan lepak dengan member aku kat Cyberjaya dari pukul 7 sampai pukul 12 malam berbincang pasal "Dilemma Orang Melayu : Perjuangan Bangsa atau Kepesatan Pembangunan","Ke Mana Arah Telekom Malaysia" dan sedikit raptai "Bagaimana Nak Menjalani Akad Nikah" bersama member aku yang baru dapat anak kembar.

Oh,maaf la kepada korang,aku lambat nak inform.
Aku nak kahwin hari ni,esok kenduri (Sabtu).Sori aku tak jemput,tapi kenduri bukan belah aku.Kang aku jemput orang kata pandai2 sendiri lak kang.Kenduri belah aku?Nanti2 lambat sket.Adik aku nak bersalin seminggu dua ni,bagi dia setel dulu.Dapat lagi sorang anak buah,Insya Allah.

Aku takut jugak sebenarnya.Rasa diri seperti melalui satu transition yang ganjil.Perasaan ni takleh aku nak gambarkan.Takut sebab nak kena lalui akad nikah.Tapi hepi sebab aku akan ada HOUSEMATE PEMPUAN yang SAH (dan aku boleh buat "macam-macam" dengan dia,hehehe)

Lama aku tunggu.Bercinta lama gila.8 tahun.

Hari tu,aku gi jumpa member aku,dia nak bagi kad kawin dia.Aku tanya dia,"Kau kawin dengan sapa?" "Dengan awek aku yang tu la.Yang mana lagi.." jawab dia."Hang dengan dia dah lama kan?" tanya aku.

"6 tahun.." jawab dia. Lepas tu dia sambung,"Hang pun sama la macam aku.Jumpak sorang,sorang tu ja la hang jaga.Carik lain pun buat apa,sampai bila nak carik pompuan yang perfect untuk hang."

"Hehehe..." aku gelak2.

Banyak gila benda yang tunang aku suka yang aku menyampah.Aku cukup tak suka kena kacau masa aku buat kerja takpun masa aku melukis.Aku bengang gila kalau dia cuba bermain2 "cuba teka apa perasaan saya sekarang ni" dengan aku.Kalau aku tengah main game dan dia call,jawab pun "Hmm","Haa..","Ok" dan sebagainya.Aku malas betul nak layan kalau dia buat2 macam cool padahal dalam hati dia harap aku pujuk.Kesimpulannya,aku tak suka cakap telefon.

Dan aku pun teruk jugak.Aku jenis cakap lepas.Aku tak jaga hati dia.Aku tak suka keluar jalan2 shopping dengan dia kemudian dia tak beli satu benda pun.Aku mudah gila emo.

Dia aje pempuan bukan muhrim yang tahan dengan aku.Takkan aku nak carik pempuan lain kalau aku dah ada seorang pempuan yang boleh tahan dengan mulut aku yang macam cilaka?Jadi,aku dah ambik keputusan.Aku nak kahwin dengan dia.Lambat ke cepat ke,baik ke bergaduh ke,hepi ke berperang besar ke,benci ke sayang,AKU NAK DIA KAHWIN DENGAN AKU!

Hehehehe.
Aku nak kahwin hari ni.Tolong doakan aku jangan kantoi masa akad.Tolong doakan aku jangan tersebut nama "Kate Beckinsale" atau "Intan Ladyana" masa akad. Lainlah kalau Kate Beckinsale tiba-tiba ada kat masjid tu dan tunang aku bagi kebenaran on the spot....

WOOOOOOOOOOHOOOOOOOOO!
AKU NAK KAHWIN!
LAMA GILA AKU TUNGGU NAK TENGOK RAMBUT DIA MACAM MANA!
TOLONGLAH KEPALA DIA ADA RAMBUT!

(Aku akan bercuti beberapa hari ni...nanti2 lah aku update)
Selamat Menyambut Awal Muharram!
Happy New Year!

42 ulasan:

The Aku berkata...

Haha...hijrah brother. hijrah pertama. :) So happy for u dude. :)

Khairi berkata...

gile psycho, saspens tang rambut aje? haih! look a lil bit down lah.

Sue Anna Joe berkata...

Semoga semua berjalan dengan lancar. Semoga bahagia ke anak cucu.
Semoga bunting pelamin. Ahahaha.
Congratulations Mantot. Have fun.

zakzak berkata...

tahniah dari jauh.
it's gonna be alright

no

it's gonna be great

tahniah sekali lagi.

:: a w e n g :: berkata...

happy for u bro. seriously. xde kias2 lawak2 gay nye statement nih. ikhlas yo. Moga lebih murah rezki & panjang umur. Cool gile kawin awal muharam ;). gw doakan lu bahagia sampai dunia & akhirat bro. salam.

faheypairan berkata...

tah-ni-ah.

hitam berkata...

hah hah. selamat bernikah. selamat beromen dengan halal.

'AQILAH berkata...

hehehe congratz!!!!

Aslina berkata...

congrats~~!!!

LoveShak berkata...

LOL... bestnye! Bertuah dia dapat suami macam ko...aku ngan bf aku dah 7 thn berkapel..dia pun mcm ko jugak la...cuma aku yang kaki game..kalau dia sms aku tgh DOTA ke, dia kol ke, memang aku balas hhmmm hmmm..balas sms mmg tak la... lol

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

wohoho... cold feet syndrome.

pelik laa tot. kawan aku nak bertunang ari tu pon lepak cyberjaya gak ngan aku. tapi die bukan nak kawen, so kekdah die lain sikit ngan ko.

lagi satu, perangai ko pon lebih kurang gak cam aku. cuma mungkin ko hensem sikit, takpun poket lebih. so tak sama gak ngan kekdah aku.

tapi ape2 hal bro, aku nak bagi lirik lagu neh utk didedikasikan kat hang.



suhaimi mior hassan - bila isteriku tertawa

Aku sering dilanda kerinduan
Pada keamanan pada kedamaian
Namun semua gelora
Hilang entah di mana
Apabila isteriku tertawa
Aku risau memikirkan harga rumah
Makin melambung tinggi
Langsung tiada batasnya
Namun segala risau
Terus hilang ke mana saja
Apabila isteriku tertawa
Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala duka
Aku sering memohon pada Dia
Agar aku dan isteri sentiasa bersama
Kerna semua derita hilang entah ke mana
Apabila isteriku tertawa



~kalo botak, terimalah seadanya. tak pun ko tutup kepala die dgn mop aje~

kyo_9 berkata...

pergh.. dah nk 'g' dulu daa brader nih.. ape2 pon congrats~

KePOchi LaTTe berkata...

semoga semuanya selamat ya...tahniah...ni satu penghijrahan yang besar..patut dijadikan sebagai contoh ni... 8)

AbdullahUmar berkata...

ko x penah letak gmbor ko kt sini kn tot...

budak cumel berkata...

hahaha...ape la kamu ni..x kan la die botak kot..ish2...
selamat pengantin baru:))

kalau boleh upload la ckit gmbar majlis.....
tahniah ye...

gaban berkata...

seronok la malam kau tot!
8 tahun tu lama giler..
x macam sesetengah orang kapel setahun pun dah nampak macam2
selamat kahwin dan tahun baru hijrah jugak untuk kau..haha

kechik berkata...

Alhamdulillah...tanhiah bro!
semuga semuanya berjalan lancar(^_^)

Myth berkata...

alhamdulillah...8tahun bukan sekejap tu.
Yup, aku agree..kalau nk cari orang yang betul2 sempurna, cukup sempurna ke kita untuk dia?

Lebih baik kita cari yang leh saling melengkapi.

(naik katil bagi salam dulu...biar ada pendahuluan, jgn gelojoh..8tahun leh tahan, brapa minit je kot...)

nik berkata...

tahniah bro!
all the best hehe...

Mohd Hanafiah berkata...

congratz!!
ur a very lucky man.

8 tahun ko xpnh tgk rmbut die? mantap gak iman ko.huhu..

Nuri berkata...

tahniah ! ^_^

suka dia ye.. ^_^

afiqsiddhartha berkata...

Indah gila.selamat membelai rambut bini.

MK berkata...

waaaa~~~~ tahniah mantot! aku tumpang hepi buat ko (honestly) ^_^

Lu-tepi sikit berkata...

waa
bro mantot nak kawen dah

Selamat Pengantin Baharu
(BM skang gune baharu dah...)

balqissy berkata...

whow! congrats bro ;)

Tanpa Nama berkata...

tahniah..dah sempurna separuh dr agama =)

cepatlah hapdet blog..jgn lupa kasi upload gambor kawin..x sabar nk tgk *_*

Unknown berkata...

semoga jodoh ko n minnie berkekalan selama2nya..ameen...
pastikan ko tak tertangkap dan diletakkan dalam segment local porn industry..wahhahahaha

sepol utusan berkata...

congratz bro...

ephol berkata...

Tot...

Selamat Pengantin Baharu dari aku, pembaca setia blog ko...

Jgn gopoh2... steadyyyy...

-ephol-

mantul berkata...

Tahniah..semlmnye ko bujang, pastu skrg ni dh jd laki org. Jaga bini ngan keluarga akan dtg baik2 yea..
alhamdulilah kami sume tumpang gembira!

gary berkata...

berdebar dan sexcited! hhahahah

selamat maju jaya. :)

sudah sempurna separuh daripada iman anda. selamat pengantin baru.

Amak berkata...

kalau berani upload la gamba.

Lady D berkata...

selamat pengantin baru
moga kekal selama2 nya

yup!
kalo berani upload la gambar!!!!
hahahaa!

Unknown berkata...

selamat pengantin baru..moga kekal hingga hujung nyawa...

mArc berkata...

wow...penantian 8 thn berakhir ngan brapa minit..puas...ahaks

Selamat pengantin baru.

Aku tak sabar nk dengar cite n panduan ko pas kawin lak..wkwkwkw..

Super Nia Hana berkata...

Tahniah!!

jualasam berkata...

selamat kawen tot...

Nur Diana berkata...

Tahniah & Selamat Pengantin Baru..

Tanpa Nama berkata...

hahah..ade rambut tak?selamat pengantin baru btw..

||Aku Pemikir|| berkata...

Oit..1st time ak dtg ke blog ko...
lawak siut ko mintak dia ada RAMBUT tuh..
sumpah ak gelak terkekek-kekek..

papehal selamat pengantin baru!!

ko tgk la RAMBUT dia puas2!!
hahaha

peace bro!!

iZzAh LatheGurlz berkata...

sumpah..
ak ase bpak rugi lewt lyn blog ko nie..
(ni pon ak usha ikot blog lectrer ak..)
mmg best r..
crtn ko tu wat ak ilang tensen siot!
ak suke part ko arap wife ko ade rmbot!
nwy, even im lil bit late, i guess..
but, im still wanna wich u..
SELAMAT PENGNTIN BARU..
selamat segala2-nye... ;-)

Honeys berkata...

"LAMA GILA AKU TUNGGU NAK TENGOK RAMBUT DIA MACAM MANA!
TOLONGLAH KEPALA DIA ADA RAMBUT!"

omg, part ni mmg xbleh thn da.
n sweet too =)

Selamat Pengantin Baru yg xbape nak baru da!

p/s : haihh, im also 1 of the ppl yg lambat jumpe ur blog. ni pun sbb search psl mksd "darah manis" lol..following u now bro!