Disember 08, 2009

Panduan dan Langkah-Langkah Awal Untuk Membolehkan Anda Bergelar Suami


Sori,lama aku menghilang lagi.Aku masih lagi dibeban dengan pelbagai benda.Nak membaca pun tak sempat.Politik pun aku tak ikut.Apa jadi dengan Nik Aziz aku tak paham.Yang aku tau,Akhil Hayy masih kontroversi.Itupun sebab nampak muka depan Harian Metro.Hari ni,aku nak menulis sesuatu yang bermakna yang aku harap sekurang-kurang dapat membantu.Sebab aku buat benda ni pun membuta tuli aje.Tanya member sket2,tanya pegawai sket2..kelam kabut gak aku.Tapi,dah setel dah semua.Tunggu masa aje nak konfemkan.Benda yang aku nak cerita hari ini adalah mengenai:

Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

.............

Step Unofficial

1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.

2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.

3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.

4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.

Step Protokol dan Undang-Undang

Sekarang masuk protokol2 dan borang2.Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.Ada sebabnya.Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.

1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.

2. Pegi Klinik Kesihatan Kerajaan.Buat saringan HIV.Benda ni valid 3 bulan aje.Ada sesetengah tempat kena buat appointment.Biasanya HIV test ni dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis pukul 2 sampai 4.30 petang.First come first serve basis.Datang awal sebab test kit tu limited quantity.

2. Jika anda menetap di daerah berlainan dengan alamat IC anda,pergi ke Jabatan Agama negeri anda dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan anda menerima "Borang Pengesahan Pemastautin." Isi borang itu selengkap mungkin.Tips : Jika anda tidak pasti bila dan dimana anda akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu."Takpe",kata brader Jabatan Agama hari tu,belah lelaki tak kisah sangat.

3. Jika anda seorang perantau,macam aku,anda KENA pergi carik penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim anda.Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

4. Selepas semua borang sudah pun diisi,bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan anda.Jika anda tak kenal siapa,pastikan anda tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal.Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang anda valid.Dia pun akan cop jugak.Jika tempat anda takde jurunikah (macam kes aku),pegi ke Jabatan Agama Daerah anda.Kat situ ada jurunikah.Macam Selangor,aku kena bawak dua orang saksi yakni member aku untuk sain borang tu depan Pegawai Jab.Agama.Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.

5. Surat Akuan Bujang perlu disediakan.Pegi jumpa dengan Human Resource Dept. tempat anda bekerja dan cakap "Saya bujang,saya nak surat yang mengesahkan saya bujang sebab saya dah nak kahwin.Nasib baik ada orang nak kawin dengan saya" dan HR Dept. akan faham lah apa yang kena disediakan.

..........

Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri anda dan hantar semua benda tadi tu.Kalau KL dengan Selangor,pagi hantar,petang dah boleh ambik balik.Apa yang anda dapat selepas semua usaha keras anda tadi?

Sepucuk surat yang membenarkan anda untuk berkahwin.Itu yang paling penting.Kerja berat kiranya dah setel.Tinggal sisa-sisa kerja aje sket lagi.Ingat!Surat ni ada expired date.Kalau Selangor,mesti kahwin dalam 3 bulan lepas surat tu keluar.Tempat lain aku tak tau.

Dah dapat surat tu,protokol untuk pihak lelaki dah setel dan konsentret untuk majlis kahwin.

.............

Step-Step Terakhir

1. Pegi kedai gambar dan cakap nak buat gambar lesen tapi ANDA DIMESTIKAN memakai SONGKOK!Kopiah,serban,tarbus atau helmet tidak dibenarkan.Wajib ada 5 keping.

2. Dah ambik gambar,fotostat semua borang yang ada 4 keping.1 salinan untuk anda simpan.Semua yang original dan 3 salinan tadi bagilah dekat pihak perempuan.

Kenapa kena bagi yang original?Lain negeri,lain requirement,kalau tiba2 Jabatan Agama negeri bakal isteri anda nak tengok yang original,pihak perempuan ada dan boleh tunjuk.Takyah nak mintak2 dengan anda.Mana tau anda orang Pahang dan gelfren anda orang Sarawak,payah jugak nak menghantar dokumen2 tu.

Bagi jugak gambar anda bersongkok kepada pihak perempuan.Kedai gambar buat 8 keping minimum,jadi 3 keping lebih adalah untuk simpanan peribadi bakal isteri anda atau bakal mak mertua anda.

Step Penutup

Setel semua benda protokol,tibalah masanya untuk anda menghitung hari.Adakah ada aku terlupa sesuatu?Oh!Step terakhir yang anda perlu ambil dan PALING PENTING SEKALI....

1.Pegi berurut.Dan bila aku tulis pegi berurut,urut betul2.Bukan pegi mana-mana pusat Spa dan kena "urut" dengan amoi.

2. Revise balik doa dan surah2.Manalah tau Tok Kadi tanya.

3. Jaga diri baik-baik.

Harap benda ni membantu anda.Orang selalu heboh pasal baju,pelamin,dulang hantaran....tak ramai yang tunjuk ajar pasal benda ni.


34 ulasan:

zakzak berkata...

thanks mantot!
panduan yg sangat berguna.
tapi aku nikah lambat lagi hehe.

all the best to you guys

'AQILAH berkata...

baru ku tahu step nyer...lecehnyer...

Myth berkata...

haha abang mantot nk kawen....

Sang Penulis berkata...

thanks bro..

ateeka amer berkata...

laki kalau nak kahwen da takyah gi kursus. baca jek la blog ni. haha

Nazirul berkata...

tq!good info.

Azrul Hisham berkata...

good info...thanks... :D

Puppet Koyak berkata...

tiba-tiba aku rasa macam taknak kawen dah.
haha..
anyway, nice info bro.;p

mantul berkata...

erm..tot, satu lagi step ko lupe nk bgtau mse kat undang2 ngan protokol tu..pastikan pegawai Jabatan Agama tersebut mempunyai TAULIAH..lebih2 lagi kat S'gor tu, takot JAIS kejor lak..huhuuhu! Yeay..tot dh nak kawen!!

Blood Seeker berkata...

"......berbadan seksi macam kerengga."

hahaha betul

Tanpa Nama berkata...

mahaiiii..gila complicated nk kawen..pttlah ramai yg lg suke buat maksiat dr kawen..sape nk jawab..haishhh

kalau tak penuh dgn birokrasi bkn kerajaan MALAYSIA la namanya o_0

-J- berkata...

kerengga seksi ke???
hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Mamtot ko lupa satu cameraman untuk merakam dan mengabadikan kenangan indah ko. Sila hubungi Adan di Cahaya Lensa Kreatif 019-6915732 hehehe iklan skit ko tak marah kan mantot. Kalo ko nak aku bagi diskaun ;)

faheypairan berkata...

mmg bergune.
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

tq bang...
walaupun calon tade lagi...
heh...

yem berkata...

n9 amik masa bape lame nak siap kad ic kawen tot? tengganu amik setahun.negeri2 lain kalo tak silap aku sebulan je.

Xora berkata...

saya copy paste post ni nak masuk dalam blog saya, dan saya bagi credit kat kamu ye? hal2 borang serah kat lelaki, hal2 majlis serah kat perempuan :)

iskandar oslo berkata...

Yem,

Johor 3 bulan gak la... kalau tak silap aku...

Tot,

Selamat kawin... Kad jemputan jgn lupa upload kat thesaint... aku tau aku tak dapat dtg, ko jelah honeymoon kat tmpt aku...

Aezad Yusuf berkata...

walauweh.. byk giler step.. detail abes.. best2.. bley pas kat kawan2..

Mantot berkata...

nak copy paste,ambik la.bagus gak sebar2 kan.kalau gi tanya jabatan agama,diorang cakap benda tu macam mudah gila.

bendanya mmg mudah tapi adalah masalah tu nanti.tok penghulu sakit ke,jurunikah bz nak menikah lain ke.mcm tempat aku,ada dua ketua kampung,satu org BN,satu org Pakatan.

yem,
negeri sembilan ambik masa sebulan nak siap benda tu.

kamdak,
ko sponsor aku gi norway,ok ke?

nak copy,copy aje.takyah mintak permission.mmg tak byk rujukan pasal benda ni

iLOVEspeed berkata...

thanks for the info. confirmed then, i am never gonna get married.

freaking lengthy procedures!

Tanpa Nama berkata...

surat akuan bujang tu laki je ke kena buat?kalo pompuan kena gak?

kalo student yg tak keja lg,kat mana pulak nk dpt surat akuan bujang tu?

neway thanx a lot for the tips.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

muahaha... tips2 yg sungguh berguna dan sempat diselitkan lawak. mmg best kalo nak di-copy paste neh...

takyah le, insya-Allah aku letak link blog ko neh je nanti. dan aku juga akan kembali ke entri ini bile rase2 dah sampai seru nanti.

suka ayat ko yg last tu...

mohdsejuk berkata...

hahahaha

ramai jugak orang bujang baca blog ni...

aslina berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aslina berkata...

haa...serious...first time aku bace tips gini...bagos weh...rasa nak copy-paste letak kat blog...tapi macam takleh blah plak sebab aku bukan lelaki...hahaha...

aku link je pegi ke post ko yang ni orait tak? boleh la ye...boleh la...boleh laa...

xora berkata...

Tot, saya nak tambah. tak tau la nanti kamu terlibat ke tak, tapi kawan saya kata, pengantin kena bagi upah (RM RM) kepada tok kadi dan saksi lepas akad nikah. ko jangan bagi rokok sebatang pulak kat tok kadi!

Mantot berkata...

mmg kene bagi upah.tapi upah tu dah ditetapkan Jabatan Agama.Nak bagi lebih bagi la.sila rujuk jabatan agama berapa upah kadi ngan saksi.

lupa lagi satu benda,sila sediakan mas kahwin sebab benda tu WAJIB!mas kahwin ikut negeri lain2.

yem berkata...

Jurunikah tu mmg kene baya.yang saksi tu, ikut pangantin la nak bg ke tak.courtesy.

Le Chevalier berkata...

kenapala aku baca post ni...haha. malas la nk pikir pasal kawen ni, nk buat permit kerja sebab nk kerja kt saudi pun tak terbuat lagi ni...pening dibuetnyer

buruh berkata...

mantot,
kau dah urut belom?
ajak aku sekali.

yem berkata...

jom ke lavender..mengimbau kenangan lalu lalalala mantot jgn delete comment aku ahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

hiv test tu valid 6 bulan la..

Tanpa Nama berkata...

abang tot...ada orang plagiat entry nih tanpa bagi credit to cursingmalay.blogspot.com..

http://blogyangbosan.blogspot.com/2010/01/anda-mau-kawen-tp-step-x-clear.html

tapi jangan la marah2 dia..niat baik kot....