April 30, 2015

Lawatan Amin ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Berakhir Dengan Tragedi Kepada UMNO, Harapnya

1. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur diadakan sebagai usaha membentuk masyarakat membaca di negara kita.

2. Majoriti penjual adalah penerbit buku syarikat Melayu. Jika kau jalan di sana kau akan nampak, ada 4 kategori penerbit yang ada; penerbit buku agama, buku karya independent,buku sekolah, penerbitan buku-buku novel dan yang makin ramai, penerbitan oleh manusia yang ajar orang macam mana nak jadi jutawan, padahal dia pun jual buku sebab nak jadi jutawab.

3. Macam biasalah orang kita, sebab permintaan banyak, jadi banyaklah dipamerkan buku-buku novel bertaraf sampah yang bakal disadurkan menjadi drama atau filem. Sampah tu macam mana? Macam rajah di bawah.



4. Aku tak berapa gemar ke Pesta Buku sebab aku tak nampak beza antara beli masa biasa dengan beli masa Pesta Buku. Pesta Buku ni pada aku lebih kepada peluang promosi kepada audiens baru oleh penerbit. Harga, kebanyakannya, secara rambang, aku tak nampak bargain buy. Bargain buy kena tunggu Big Bad Wolf.

5. Cuma ada satu bendalah yang aku kecil hati dengan pemilik venue bangunan PWTC ni. Aku tak rasa ini arahan penganjur.

6. Jika kau ke sana dengan keluarga, budak-budak akan mudah lapar. Diorang nampak apa yang ada, diorang akan mintak. Kau paham lah budak-budak macam mana.

7. Tempat makan kat situ, ada lah beberapa opsyen. Yang murah, penjual makanan jalanan dekat tepi benteng yang datang dengan lori. Kat situ ada la bermacam jenis makanan yang dijual. Tapi yang mengecewakan aku, ada pak guard siap tunggu tak bagi orang yang beli makanan dari luar, bawak masuk makanan tu ke dalam.

8. Aku dah try. Aku pegang dua cucuk fishball, buat selamba jalan dan aku kena tegur "makanan luar tak boleh dibawa masuk." Takpe, aku boleh paham lagi alasan dia. Aku paham bisnes punya keputusan kenapa benda tu dikuatkuasakan.

9. Jadi, kalau kau duduk kat luar, kau akan nampaklah berderet-deret orang tua, muda, duduk atas lantai, sambil makan, minum. Macam dekat kem pelarian mana tah. Aku pun sama la. Kelam kabut habiskan makanan sebab nak kejar masa.

10. Takpe, aku paham. Kau nak orang beli makanan kat dalam. Atau mungkin kau concern pasal makanan dan minuman tumpah atas buku. Takpe-takpe.

11. Masalahnya, bila kau pegi beli makanan dan minuman kat dalam tu, yang dijual dikaunter pertanyaan PWTC, harganya mak aih, punyalah cekik darah. Air segelas, RM3. Sandwich, RM4. Dengan RM7, jika aku seorang ayah, aku boleh bagi dua orang anak aku makan dengan makanan yang aku beli dari luar...tapi kalau dah tak dibenarkan bawak masuk, nak tak nak, kena la jugak beli dari dalam.

12. Aku pergi sorang jadi aku tak menghadapi dilema tu tapi aku nampak Cikgu bawak budak sekolah rombongan. Budak-budak duduk aje la tepi dinding sebab semua tak mampu nak makan. Kau cubala bayangkan kalau dia datang bawak RM20 nak beli buku, RM7 dah habis untuk makan sahaja, apa sangatla yang budak-budak tu boleh beli?

13. Nak makan kat restoran dalam tu? Ayah kau berak emas ke?

14. Sedikit sebanyak pada aku, ini mencacatkan idea Pesta Buku itu sendiri, kerana Pesta Buku itu sendiri adalah acara untuk orang ramai, tapi apabila di dalamnya, hanya orang-orang yang mampu dapat makan dan minum di dalam bangunan.

15. Yang tak mampu? Sila duduk di luar. Makan dekat tepi jalan atas lantai. Ramai la jugak mak bapak yang nampaknya datang dari kampung berdirila diorang sambil jinjing plastik berisi keropok lekor sambil tunggu anak makan.

16. Segregasi masyarakat yang berlaku secara tidak sengaja. (atau sengaja? Wallahuallam)

17. Yang paling menyedihkan aku, segregasi ini berlaku dalam Bangunan yang dikenali ramai sebagai Bangunan UMNO, simbol UMNO, ikon UMNO.

18. Aku tak nampak apa bezanya makanan yang dijual oleh staff PWTC dalam bangunan tu sehinggakan perlu cekik leher dan darah pengunjung. Ia sama seperti makanan pasar malam cuma penjualnya pakai baju uniform dan duduk dekat meja bertatahkan granit.

19. Aku harap benar agar harga makanan dan minuman dalam bangunan PWTC dapat diturunkan sempena Pesta Buku ni. Allah, seminggu lebih aje. Habis Pesta Buku ni kau nak jual balik sandwich bangang RM12 juallah.

20. Kalau tak dapat nak turunkan, jadi, kenapa dihalang makanan dan minuman dari luar dari dibawa masuk?

21. Masa Pesta Buku 1Malaysia hujung tahun lepas, tak ada pula larangan tersebut dilakukan pada pintu masuk. Aku selamba aje bawak masuk dua tiga plastik siap bawak air jagung kaler kuning terang sambil ronda-ronda situ.

22. Mungkin waktu tersebut, pihak empunya premis tak buka jualan makanan dan minuman?

23. Aku memang sakit sikit hati ni kalau nampak depan mata satu keluarga yang nampak susah, dihalang dari masuk hanya sebab anak dia pegang air dalam cawan plastik.

24. Mungkin nak mengekalkan prestij "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur"...ye lah...ANTARABANGSA.....acara antarabangsa ni!

25. Kalaulah aku ajak orang boikot makanan dalam tu, apa tah rasanya diorang ni. Mesti management PWTC akan salahkan Cina. Tapi roti sebuku tak sampai RM3. Telur sebijik 40 sen. Mana mai sandwich telur RM4 dalam bangunan UMNO ni woi?

26. Harapnya, kalau budak2 sekolah dapat tugasan buat karangan lepas gi Pesta Buku ni, tolonglah tulis "Saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempohari. Situ makanannya mahal-mahal belaka. Patutlah ayah saya tidak lagi mempercayai kerajaan punya janji. "

27. Mungkin itulah yang cuba semai UMNO ni. Yang ada duit, duduk dalam air cond, makan atas meja. Yang cheapskate, miskin, papa, duduk tepi longkang, atas lantai untuk makan.

28. "They should learn and know their places, " bak kata orang putih.


April 27, 2015

Ibu Bapa Kaya Duit Tapi Tidak Kaya Masa Buat Apa Sebenarnya?

Rahmat mendengar radio.

Dalam kesibukan jalan raya yang sesak, radio adalah peneman dia dikala hiruk pikuk kota membuatkan dia selalu pulang lewat.

"So, Doctor, as a specialist in parents and child communication, what can you tell our listener, the findings of your past 2 years research?" tanya DJ Radio.

"Well, for a start, the best parents are the one who don't mind spending for their children." Doktor tersebut menerangkan.

Rahmat senyum.

Tiap-tiap bulan bermacam-macam benda dia beli untuk kedua-dua anaknya. Isterinya juga setuju, setiap ibu bapa tidak sepatutnya kedekut mengeluarkan belanja untuk anak mereka.

Mereka berdua pernah mendengar ceramah seorang Ustaz popular.

"Ibu bapa yang kedekut dengan anak ni la yang teruk," kata Ustaz tersebut.

Rahmat lega. Pengorbanannya selama ini berbaloi. Apa saja yang anaknya mahu, mereka berikan. Ipad? PS4? Kereta mainan berenjin? Patung Frozen? Semuanya dapat. Sekolah yang terbaik? Sudah. Makanan yang terbaik? Sudah.

"Oh, sorry, let me rephrase that.." kata Doktor tersebut dalam radio.

"The best parents are the one who dont mind spending their time for their children."

Senyum Rahmat mula hilang.

Kesesakan trafik semakin rasa menghimpit dirinya.

Telefon Rahmat berbunyi.

Mesej masuk dari isterinya.

"Darling, I baru sampai rumah. Big boss suruh meeting jugak, Maghrib baru habis. Atan dan Arlina dah tertidur dengan bibik. You dekat mana? Lambat lg ke hari ni?"

April 21, 2015

Berapa Nilai Hidup Kau Selama Sejam?

Affordability.

Keboleh mampuan seseorang membeli sesuatu bergantung kepada kuasa membeli seseorang. Dulu aku komplen kata air Secret Recipe bapak ah mahal, ada la sorang dua yang sound aku balik kata "kalau tak mampu, jangan minum situ...

Kau nampak tak apa yang kapitalis dah buat kat kita?

Kita sebagai pekerja dan juga consumer tak bersatu, sebab pada kita perjuangan menegakkan taraf hidup golongan pekerja, adalah perjuangan individu.

"Kau miskin sebab kau malas, aku rajin jadi aku kaya. Jadi tak usah lah kau komplen barang situ mahal sini mahal...itu semua berpunca dari sikap kau yang malas!

What the hell punya pemikiran camtu?

Kalau dah air RM8 satu gelas, kau masih lagi kata itu affordable? Kau nak tau, hari tu Starbucks keluarkan air kopi 4 dollar dekat US dan mereka kata itu kopi overprice. ITU ORANG USA! 4 DOLLAR KOPI = OVERPRICE = NOT WORTH IT.

Kita?
Berapa limit overprice kita?
Nampaknya sangat tinggi.

Kereta 40 ribu = AFFORDABLE
Motor 250cc RM20 ribu = AFFORDABLE
Air Kopi Secawan RM16 = AFFORDABLE

Apa kuasa membeli kita tinggi sangat ke sebenarnya atau kita dah terlalu terbiasa dengan barang2 overprice sehinggakan kita dah push value overprice kita sangatlah tinggi?

Aku cukup pelik dengan situasi ni.
Hebat sangat ke kuasa membeli kita atau majoriti orang Melayu ni terlalu taksub dengan pepatah "biar papa asal bergaya"?

Yang lebih memelikkan aku, kita value sesuatu barang itu yang nilainya tinggi affordable, tetapi apabila bercerita pasal gaji, dengan tiba-tiba MAJORITI ORANG DECLARE DIRI MEREKA MURAH.

Kalau aku gi kat kau, tanya kau nak kerja dengan aku dan gaji aku adalah dua ketul ayam goreng sejam, mesti ramai yang akan rasa terhina dengan tawaran aku tu.

Tapi bila kau ditawarkan gaji RM4.80 sejam, kau nak pulak.

Padahal, value gaji yang aku bagi, sebenarnya jauh lagi tinggi dari nilai RM4.80 yang kau dapat tu, betul? (jangan fikir terlalu realistik, aku bagi contoh aje ni)

Dan itulah dia masalah dia sebenarnya.

Nilai KAU sebagai pekerja jauh lebih murah dari harga barangan di pasaran. Nilai HIDUP KAU selama sejam, kau declare sangat murah sehinggakan walaupun kau dah kerja, walaupun kau ada sumber income.....kau tak cukup untuk tampung perbelanjaan.

(Aku tak cakap kau membazir.|)

Aku tau memang ada orang kat luar sana yang berkeluarga dan hidup memang struggle sebab diorang tak ada kelulusan, tak ada skill special, tapi mereka sanggup buat kerja2 general ni.

Cuma masalahnya, bila majikan sendiri valuekan pekerja lagi murah dari dua ketul ayam goreng dan pekerja sendiri tak sedar perkara itu atau sedar tapi terpaksa, kesedaran untuk memberontak tu perlu dipupuk.

Sebab kapitalis ni ingat mereka2 ni yang run syarikat depa, padahal sebenarnya hangpa ni lah yang duk bagi dia untung bulan2.

Hang nak nampak CEO nak bancuh simen? Hang nak tengok COO KFC jadi cashier dan lap meja makan?

Kalau hang nak tengok hang kena berani. Sebab depa pun berani dah tekan korang semua dengan gaji minima sangat minima.

Dan dari situlah kita boleh tengok ke arah mana Kerajaan akan sokong. Kerajaan boleh gebang kata dia sayang rakyat lah, cinta rakyatlah, rakyat didahulukan....

Tapi bila golongan pekerja bangun bersatu lawan kapitalis-kapitalis ni dan tuntut hak mereka yang selama ni divalue lebih murah dari ayam goreng, kau akan tau Kerajaan ni macam mana sebenarnya. Kalau kau nampak makin banyak lambakan pekerja asing, kau paham lah siapa pendokong kuat kapitalis.

Kau takkan tau selagi kau setuju nilai hidup kau sejam jauh lebih murah berbanding dua ketul ayam goreng, satu set Happy Meal,hidangan lengkap nasi goreng ayam dan air teh o ais dan macam-macam lagilah.

Syarikat ada sebab tuannya.
Syarikat berjalan sebab pekerjanya.

Ubahlah.
Bangunlah golongan pekerja.

Berapa lama lagi kau nak lena dalam penipuan walhal tiap2 hari, kau sebenarnya tak dapat tidur, sebab nak buat dua kerja punya pasal?

Kalau kau tak nak bangun jugak, ingat ayat aku ni ;

Aku mungkin tak mampu beli dua ketul ayam goreng tetapi aku tau, aku mampu hire kau kerja dengan aku selama sejam masak ayam goreng beberapa belas ketul untuk aku, sebab pada aku, kau sebagai pekerja, lebih affordable dan value for money pada aku.

Apakah benda yang paling value for money dalam Malaysia?
Pekerja.

Sangat affordable.'

Mac 31, 2015

Tahap Manakah Kesedaran Kau Mengenai Benda-Benda Seperti Pendidikan Sivik?


1. Lihat gambar di atas betul-betul.

2. Apa yang jelas kelihatan, sampah kelihatan dibuang.

3. Memang pelik sebenarnya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.

4. Mana ada papan tanda "Dilarang Membuang Sampah" di situlah akan dibuang sampah.

5. Orang Malaysia selalu bising mengenai kualiti hidup yang mereka harapkan tak dipenuhi.

6. Yang disalahkan, pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana sahaja pihak yang boleh dipersalahkan.

7. Yang tak salah? Dia.

8. Apa lagi kau nampak dalam gambar tu?

9. Sampah memang terang-terang dibuang merata depan papan tanda. Apa lagi?

10. Tempat letak kereta dah jadi tempat letak sampah.

11. Sampah diikat dengan tidak kemas dan sudahpun terburai isinya. Tunggu anjing datang sepahkan aje.

12. Yang akan kemas adalah pekerja pendatang asing. Apa lagi?

13. Papan tanda Majlis Perbandaran ditampal dengan sticker along. Apa lagi?

14. Ada pili bomba kat situ. Jika berlaku kebakaran, pihak bomba kena buang sampah dulu sebelum dapat memadamkan api. Nak lagi teruk, pili bomba habis ditutup sampah.

15. Ada lagi tak? Apa lagi kesalahan yang berlaku?

16. Kau nampak belah kanan tu ada bangunan kecik.

17. Tu tempat pengumpulan sampah.

18. Aku ambil gambar ni dekat satu area belah2 Kinrara.

19. Kalau macam ni lah perangai nak jadi negara maju....tak payahlah jadi negara maju.

20. Pemahaman pasal civic minded society pun fail ada hati nak jadi rakyat negara maju.

21. Eloklah kita kekal sebagai negara membangun yang punya fasiliti moden tapi rakyatnya mentaliti tahap cipan.

22. Nasib baik ada pekerja asing di Malaysia. Kita duk pandang rendah depa tapi tah depa yang duk tengok kita semacam sebab pelik kenapa orang Malaysia tak mencapai expectation diorang.

Mac 23, 2015

Terima Kasih Kerajaan PAS Kerana Membantu Masyarakat Mengenal Siapa Anti Hudud dan Siapa Pengkritik Hudud Sejati

Bravo kepada Kerajaan Kelantan!

Semua orang memang tengah hangat membincangkan mengenai isu enakmen pelaksanaan hudud yang telah diperkenalkan di Kelantan dan sedang menunggu masa untuk dibentangkan di Parlimen.

Secara dasarnya, semua orang nampak langkah ini adalah satu langkah standard parti PAS yang memang sejak mula lagi nak menegakkan negara Islam.

Walau bagaimanapun, jika kau kaji dengan teliti apa yang berlaku sebenarnya adalah satu tactical maneuver dari pihak PAS yang sangat-sangat-sangat-sangat hebat. Kita nampak hudud, tapi hudud hanya matlamat. Peneltitian kepada apa yang sebenarnya terjadi mungkin menggemparkan kau.

1. DAP menggelabah sekarang ni

Kita semua sudah sedia maklum DAP dan PAS memang bertelagah dalam selimut. Lihat sahajalah betapa menggeleparnya ahli-ahli DAP sekarang ini sehinggakan Lim Kit Siang sendiri sudah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menggambarkan, DAP lebih baik bersama dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional.

2. PKR Jadi Tak Tentu Arah

Oleh kerana perjuangan mereka nampaknya semakin hari semakin tak tentu puncanya, pemimpin2 tertinggi PKR sendiri nampaknya lebih gemar memilih untuk menyalahkan UMNO dalam hal hudud kerana mereka tak dapat nak kritik PAS secara terbuka.

Lagipun, pucuk pimpinan PKR nampaknya tak tau nak jawab apa pendirian mereka mengenai hudud ni. Nak kata Islam, memang Islam, tapi nak jaga Pakatan Rakyat punya pasal terpaksalah mereka mengeluarkan ayat2 cilok yang nak jaga Islam, tapi pada masa yang sama nak jugak jaga Pakatan Rakyat.

3. PAS dapat tahu siapa lawan dan siapa kawan dalam Pakatan Rakyat

Politik adalah satu game di mana kau cuba jual matlamat kau sebagai matlamat semua orang. Politician bermimpi untuk jadi pemimpin dan corakkan hala tuju negara. Dalam Pakatan, terlalu banyak hala tuju, terlalu banyak kepala.

Dengan menggunakan dasar keras kepala, PAS dengan selambanya pandai2 sendiri melaksanakan sesuatu yang rasanya DAP dan PKR tak nak laksanakan. Tetapi aku percaya, dalam orang PKR sendiri, ramai sebenarnya yang bersetuju dengan apa yang PAS dah jalankan ni. DAP, wallahuallam....

Nampaknya PAS dah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana dengan meletakkan pemimpin DAP dan PKR di dalam keadaan 50-50, jalan kembali berpatah balik dah tertutup buat PAS. Lagipun, aku rasa Wan Azizah dan Rafizi sendiri tak suka ditanya oleh orang ramai apa pandangan mereka tentang hudud kerana apa saja yang mereka akan jawab, jawapan mereka akan menyakitkan pihak2 yang mereka tak nak sakiti.

4. Checkmate Untuk Najib

Ini adalah antara benefit paling besar yang aku rasa PAS akan sumbangkan kepada masyarakat Islam di negara kita. Kita akan dapat belajar dekat mana pelaksanaan Islam pada pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja memperkenalkan indeks syariah dalam pentadbiran.

Dengan menggunakan isu hudud yang rasanya ramai orang dari UMNO, PAS dan PKR sokong beserta rakyat biasa macam aku ni, apa yang Najib buat lepas ni akan membogelkan diri dia tak kiralah arah mana yang dia pilih. Sokong hudud? Tu ha parti2 komponen dari Sabah dan Sarawak dah berbunyi nak keluar dari Barisan Nasional.

Tak nak sokong hudud?
Hehehe. PM ku, buatlah keputusan yang tepat.

5. PAS adalah hero orang Islam dan Melayu Yang Nak Hudud dilaksanakan

Dapat atau tidak hudud dilaksanakan di Kelantan, itu kita sebenarnya boleh tolak ke sisi. Dapat, bagus benarlah, doakan sebaiknya. Tak dapat, PAS boleh cuba lain kali. Sebab ini adalah satu pertarungan politik di mana PAS tidak akan rugi langsung.

DAP sudah jadi terlalu bongkak dalam Pakatan Rakyat. Wujud pula parti serpihan dari PAS yang lebih selesa meninggalkan old school PAS. PKR pula terumbang ambing tanpa hala tuju. Apa yang PAS boleh rugi selain daripada terkeluarnya mereka dari Pakatan Rakyat?

Tak ada apa.

Dalam situasi sekarang, lagi lama PAS duduk dalam Pakatan Rakyat lagi teruklah PAS dikerjakan oleh pihak dalam Pakatan yang mahu pengaruh PAS dilemahkan dalam Pakatan.

6. Menampakkan Betapa Crapnya Sistem Jenayah Sekarang

Aku boleh bagi kau 1001 satu sebab kenapa aku nak, tapi aku nak sangat tau kenapa kau tak nak. Aku cuma nak tanya kenapa kau tak nak? Masyarakat majmuk? Tak adil pada orang Islam? Semua negara yang amal hudud ni ekonomi dia hancur? Nanti Melayu aje yang kudung tangannya tapi Cina dengan India boleh duduk penjara dan keluar masih ada tangan?

Seorang pengarang portal media anti hudud hari ini mempersoalkan hudud dengan satu situasi ; "Jika Sani dengan Roger ditangkap mencuri, adakah adil jika hanya Sani dipotong tangannya?"

Ni Melayu yang tulis ni.

Lemahnya argument. Dia tak sedar ke dalam sistem sekarang, kau ada lawyer power, kau boleh lepas apa saja? Kau sanggup bayar denda, kau boleh buat maksiat mana kau suka. Sistem sekarang ni hanya berpaksikan duit. Siapa ada duit, dia boleh dapat perbicaraan yang lebih baik. Siapa tak ada duit, apa yang kau boleh buat kat mahkamah selain mengaku salah walaupun kau tak salah?

Kau nampak tak betapa tertutupnya masyarakat kita dalam bab hudud ni sehinggakan apa yang dia nampak dari awal adalah perkara yang tidak adil sahaja, sedangkan, dia tak nampak punca sebenar Sani perlu dipotong tangannya adalah kerana dia mencuri. Lagipun, banyak lagi faktor perlu diambil kira sebelum dia dipotong tangannya.

Macam mana kau nak cerita pasal adil atau tidak jika ada penjenayah yang memang layak dihukum? Apa dia bentuk hukuman yang adil ni? Penjara? Denda duit? Hukum gantung? Semua hukuman yang dah memang digunapakai negara kita dari zaman British?

Itu yang adil?
Seperti kisah ini;

"Gara-gara mencuri duit tabung masjid RM2, seorang penganggur dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Hadi Hamzah, 36, selepas penganggur itu mengaku bersalah. Mohd. Hadi didakwa mencuri dua keping wang kertas RM1 di Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu."

Adil benarlah undang2 sekarang ni?

Kau kena tau, dalam sistem hudud, dia boleh dimaafkan. Macam mana seorang lelaki yang mencuri dua ringgit dari masjid nak bayar RM5000 denda? Kredit kad? Pinjam mak dia? Kau nampak tak beban dia tu bertambah2 dan makin menyusahkan dia. Dia penganggur. Jadi dia tak ada sumber pendapatan. Walaupun dia mengaku salah mencuri, adakah dia jatuh dalam golongan terpaksa mencuri? Bolehkah pihak masjid memaafkan dia?

Itu possibility yang hudud boleh perkenalkan kepada sistem jenayah kita. Rasulullah dah pesan, selagi mana kau boleh maafkan yang salah...maafkan.

Kecuali mereka yang berzina.

7. Cermin Diri Sendiri

"Kenapa aku tak nak sokong hudud?"

Sebagai seorang Melayu; kenapa kau tak nak hudud dilaksanakan di Malaysia? Tolonglah jangan "negara kita belum bersedia" sebab aku akan tanya balik, macam mana kau tau negara kita dah bersedia.

At least kalau aku mati pun aku tau dalam diri aku, aku sokong hudud 100% tak ada dolak dalih. Sebab kita bukannya tau berapa lama lagi kita ada atas bumi ni. Nak ke kau mati sebagai seorang Muslim yang rasa sepanjang hidup kau, Malaysia masih lagi tak bersedia nak laksana hudud ni?

"Lepas aku mati nanti, rasanya dah bersedia dah Malaysia laksana hudud ni." Itu ayat terakhir kau. Kau pun mati. Lepas beberapa puluh tahun anak kau pun mati. Cucu kau pun mati kemudiannya. Semua generasi kau mati menunggu saat Malaysia benar-benar bersedia untuk hudud yang tak kunjung tiba.

Takkanlah kita hanya cepat2 bersiap untuk kejar sesuatu yang bawak keuntungan sahaja, seperti pepatah Inggeris menyebut "time is money, my friend" ?

Kalau kerajaan boleh buat iklan terangkan mengenai GST, rasanya molek kalau dapat dikeluarkan iklan menerangkan mengenai hudud ni dekat kaca TV kita, tak gitu  PM Najib?