April 21, 2015

Berapa Nilai Hidup Kau Selama Sejam?

Affordability.

Keboleh mampuan seseorang membeli sesuatu bergantung kepada kuasa membeli seseorang. Dulu aku komplen kata air Secret Recipe bapak ah mahal, ada la sorang dua yang sound aku balik kata "kalau tak mampu, jangan minum situ...

Kau nampak tak apa yang kapitalis dah buat kat kita?

Kita sebagai pekerja dan juga consumer tak bersatu, sebab pada kita perjuangan menegakkan taraf hidup golongan pekerja, adalah perjuangan individu.

"Kau miskin sebab kau malas, aku rajin jadi aku kaya. Jadi tak usah lah kau komplen barang situ mahal sini mahal...itu semua berpunca dari sikap kau yang malas!

What the hell punya pemikiran camtu?

Kalau dah air RM8 satu gelas, kau masih lagi kata itu affordable? Kau nak tau, hari tu Starbucks keluarkan air kopi 4 dollar dekat US dan mereka kata itu kopi overprice. ITU ORANG USA! 4 DOLLAR KOPI = OVERPRICE = NOT WORTH IT.

Kita?
Berapa limit overprice kita?
Nampaknya sangat tinggi.

Kereta 40 ribu = AFFORDABLE
Motor 250cc RM20 ribu = AFFORDABLE
Air Kopi Secawan RM16 = AFFORDABLE

Apa kuasa membeli kita tinggi sangat ke sebenarnya atau kita dah terlalu terbiasa dengan barang2 overprice sehinggakan kita dah push value overprice kita sangatlah tinggi?

Aku cukup pelik dengan situasi ni.
Hebat sangat ke kuasa membeli kita atau majoriti orang Melayu ni terlalu taksub dengan pepatah "biar papa asal bergaya"?

Yang lebih memelikkan aku, kita value sesuatu barang itu yang nilainya tinggi affordable, tetapi apabila bercerita pasal gaji, dengan tiba-tiba MAJORITI ORANG DECLARE DIRI MEREKA MURAH.

Kalau aku gi kat kau, tanya kau nak kerja dengan aku dan gaji aku adalah dua ketul ayam goreng sejam, mesti ramai yang akan rasa terhina dengan tawaran aku tu.

Tapi bila kau ditawarkan gaji RM4.80 sejam, kau nak pulak.

Padahal, value gaji yang aku bagi, sebenarnya jauh lagi tinggi dari nilai RM4.80 yang kau dapat tu, betul? (jangan fikir terlalu realistik, aku bagi contoh aje ni)

Dan itulah dia masalah dia sebenarnya.

Nilai KAU sebagai pekerja jauh lebih murah dari harga barangan di pasaran. Nilai HIDUP KAU selama sejam, kau declare sangat murah sehinggakan walaupun kau dah kerja, walaupun kau ada sumber income.....kau tak cukup untuk tampung perbelanjaan.

(Aku tak cakap kau membazir.|)

Aku tau memang ada orang kat luar sana yang berkeluarga dan hidup memang struggle sebab diorang tak ada kelulusan, tak ada skill special, tapi mereka sanggup buat kerja2 general ni.

Cuma masalahnya, bila majikan sendiri valuekan pekerja lagi murah dari dua ketul ayam goreng dan pekerja sendiri tak sedar perkara itu atau sedar tapi terpaksa, kesedaran untuk memberontak tu perlu dipupuk.

Sebab kapitalis ni ingat mereka2 ni yang run syarikat depa, padahal sebenarnya hangpa ni lah yang duk bagi dia untung bulan2.

Hang nak nampak CEO nak bancuh simen? Hang nak tengok COO KFC jadi cashier dan lap meja makan?

Kalau hang nak tengok hang kena berani. Sebab depa pun berani dah tekan korang semua dengan gaji minima sangat minima.

Dan dari situlah kita boleh tengok ke arah mana Kerajaan akan sokong. Kerajaan boleh gebang kata dia sayang rakyat lah, cinta rakyatlah, rakyat didahulukan....

Tapi bila golongan pekerja bangun bersatu lawan kapitalis-kapitalis ni dan tuntut hak mereka yang selama ni divalue lebih murah dari ayam goreng, kau akan tau Kerajaan ni macam mana sebenarnya. Kalau kau nampak makin banyak lambakan pekerja asing, kau paham lah siapa pendokong kuat kapitalis.

Kau takkan tau selagi kau setuju nilai hidup kau sejam jauh lebih murah berbanding dua ketul ayam goreng, satu set Happy Meal,hidangan lengkap nasi goreng ayam dan air teh o ais dan macam-macam lagilah.

Syarikat ada sebab tuannya.
Syarikat berjalan sebab pekerjanya.

Ubahlah.
Bangunlah golongan pekerja.

Berapa lama lagi kau nak lena dalam penipuan walhal tiap2 hari, kau sebenarnya tak dapat tidur, sebab nak buat dua kerja punya pasal?

Kalau kau tak nak bangun jugak, ingat ayat aku ni ;

Aku mungkin tak mampu beli dua ketul ayam goreng tetapi aku tau, aku mampu hire kau kerja dengan aku selama sejam masak ayam goreng beberapa belas ketul untuk aku, sebab pada aku, kau sebagai pekerja, lebih affordable dan value for money pada aku.

Apakah benda yang paling value for money dalam Malaysia?
Pekerja.

Sangat affordable.'

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nilai kau disisi Tuhan kau berapa agaknya?

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

jangan tanya org anom..ko nilai x diri ko sendri tu

lkjhgfdsa berkata...

Bila usul naik gaji, sorang MP pun tak membantah.

Baik pembangkang, kerajaan apetah lagi, kan?

Yang terkontang-kanting membanting tulang si marhaen jugak, yang gajinya tak naik-naik dari dulu sampai sekarang...

Tanpa Nama berkata...

Kalau gaji tak naik...
Jgn la sokong barang naik!

Susah la...

Dari dulu lagi kompem naik!
Kau pilih jugak!
Rasakan!

Tanpa Nama berkata...

Pergh tot...
Lame siot nk tungu atikel ko..
Mane ko g lame myepi?
-Buluh

Mat Lan berkata...

Haha...

Aku ingat aku sorang je yg tgu...

Lucy S. berkata...

This article has a "realistic" ring to it, for me. Because some people decided to turn a blind eye when things like this happened, like they're "pasrah", "berserah". When some people speak up based on experience or reality, of course these people will be labelled. Seems that Malaysia doesn't offer freedom of speech any more. Everything you speak out comes with a price i.e, "If you don't like it here, then go live your life in another country." What kind of mentality is that? If it is that easy to leave this country, I know a lot of people will gladly do so.

Malaysians are in the state of oppression, and the funny and sad part is, a lot of us don't realize it yet.

Warm regards from Kulim.

si tenang berkata...

assalamualaikum.

saya baru je jadi penjawat awam. gred S17.
skim S ni untuk kumpulan sosial...bekerja ngan orang (to be spesific-juvenile)..keje ikut shift (pagi, petang, malam).
buat masa ni, Alhamdulillah rase xde nak komplen pasal gaji ke apa setakat ni. dan buat masa ni, boleh adapt ngan keje shift tu sbb masih bujang.
gred 17, gaji xde banyak mana. atas kita nak adjust ngan perbelanjaan sendiri. kene tau bersyukur. kalau x bersyukur, mmg gaji RM30k pon takkan pnah cukup.
dan cara kita zahirkan syukur pun dgn jalankan tanggungjawab dalam tugas dengan ikhlas dan betul. tak perlu banyak komplen.

btw, saya tak sokong kerajaan yg memerintah sekarang. huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Adik, tahniah kerana berjaya mendapat pekerjaan tetap yang dapat menampung kehidupan bujang adik. Ini bukan soal bersyukur atau tidak, bersyukur bukan bermaksud rela ditindas. Disebabkan rasa syukur tidak bertempat ini la golongan-golongan kapitalis ini "rela" menindas golongan-golongan pekerja tidak bernasib baik ini. Jika hendak perjuangkan sesuatu seperti ini, sila letak diri adik dalam kasut pekerja-pekerja ini atau lebih mudah letak diri adik sebagai pekerja Gred-1 Kerajaan. Mungkin adik akan lebih faham apa yang dituliskan mantot. Ohh..saya juga kerja kerajaan, dan sepatotnya kita lagi jelas akan kesusahan golongan pekerja ini. Sebab kita juga yang akan jadi penggerak yang akan membela mereka2 ini terumanya adik yang banyak bersemuka secara terus dengan golongan-golongan ini.

zer berkata...

Setuju ngan ko tot..kelas pekerja kt malaysia ni x bersatu.yg duk bising2 cume level menengah bawahan ke bawah.bile dh upgrade ke menengah atas,dh selesa mula la belagak mcm yg ko kata tu.ckp org malas, x berusaha lebih..ramai yg mcm tu tot.frust aku..kite bising2,pertikai jgn untuk diri sdr je.tp untuk sedara2,mgkn adik beradik kite atau anak2 kita mase hadapan.kite senang x semesti waris2 kite pun akan senang mcm kite.

Unknown berkata...

ni betul2 brainstorming, artikel bagus