Rahmat mendengar radio.
Dalam kesibukan jalan raya yang sesak, radio adalah peneman dia dikala hiruk pikuk kota membuatkan dia selalu pulang lewat.
"So, Doctor, as a specialist in parents and child communication, what can you tell our listener, the findings of your past 2 years research?" tanya DJ Radio.
"Well, for a start, the best parents are the one who don't mind spending for their children." Doktor tersebut menerangkan.
Rahmat senyum.
Tiap-tiap bulan bermacam-macam benda dia beli untuk kedua-dua anaknya. Isterinya juga setuju, setiap ibu bapa tidak sepatutnya kedekut mengeluarkan belanja untuk anak mereka.
Mereka berdua pernah mendengar ceramah seorang Ustaz popular.
"Ibu bapa yang kedekut dengan anak ni la yang teruk," kata Ustaz tersebut.
Rahmat lega. Pengorbanannya selama ini berbaloi. Apa saja yang anaknya mahu, mereka berikan. Ipad? PS4? Kereta mainan berenjin? Patung Frozen? Semuanya dapat. Sekolah yang terbaik? Sudah. Makanan yang terbaik? Sudah.
"Oh, sorry, let me rephrase that.." kata Doktor tersebut dalam radio.
"The best parents are the one who dont mind spending their time for their children."
Senyum Rahmat mula hilang.
Kesesakan trafik semakin rasa menghimpit dirinya.
Telefon Rahmat berbunyi.
Mesej masuk dari isterinya.
"Darling, I baru sampai rumah. Big boss suruh meeting jugak, Maghrib baru habis. Atan dan Arlina dah tertidur dengan bibik. You dekat mana? Lambat lg ke hari ni?"

3 ulasan:
ok hari ni nak balik awal nak main dengan anak2.
Well one of the reasons kita kurang masa dengan anak2 is because we are trapped in this cycle called rat race.
Kenapa kita ke sekolah? Untuk dapatkan pelajaran. Kenapa kita perlu dapatkan pelajaran? Untuk dapat kerja yang bagus. Kenapa kita perlu dapat kerja yang bagus? Supaya kita dapat hantar anak2 ke sekolah. And the cycle continues (credit to The Amazing World of Gumball, yang aku tonton ngan anak2).
Terbaik la Mantot... Cerkon (Cerita kontot) yang pendek tapi padat dan pedas. Huehuehuehue.
Catat Ulasan