Mac 23, 2015

Terima Kasih Kerajaan PAS Kerana Membantu Masyarakat Mengenal Siapa Anti Hudud dan Siapa Pengkritik Hudud Sejati

Bravo kepada Kerajaan Kelantan!

Semua orang memang tengah hangat membincangkan mengenai isu enakmen pelaksanaan hudud yang telah diperkenalkan di Kelantan dan sedang menunggu masa untuk dibentangkan di Parlimen.

Secara dasarnya, semua orang nampak langkah ini adalah satu langkah standard parti PAS yang memang sejak mula lagi nak menegakkan negara Islam.

Walau bagaimanapun, jika kau kaji dengan teliti apa yang berlaku sebenarnya adalah satu tactical maneuver dari pihak PAS yang sangat-sangat-sangat-sangat hebat. Kita nampak hudud, tapi hudud hanya matlamat. Peneltitian kepada apa yang sebenarnya terjadi mungkin menggemparkan kau.

1. DAP menggelabah sekarang ni

Kita semua sudah sedia maklum DAP dan PAS memang bertelagah dalam selimut. Lihat sahajalah betapa menggeleparnya ahli-ahli DAP sekarang ini sehinggakan Lim Kit Siang sendiri sudah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menggambarkan, DAP lebih baik bersama dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional.

2. PKR Jadi Tak Tentu Arah

Oleh kerana perjuangan mereka nampaknya semakin hari semakin tak tentu puncanya, pemimpin2 tertinggi PKR sendiri nampaknya lebih gemar memilih untuk menyalahkan UMNO dalam hal hudud kerana mereka tak dapat nak kritik PAS secara terbuka.

Lagipun, pucuk pimpinan PKR nampaknya tak tau nak jawab apa pendirian mereka mengenai hudud ni. Nak kata Islam, memang Islam, tapi nak jaga Pakatan Rakyat punya pasal terpaksalah mereka mengeluarkan ayat2 cilok yang nak jaga Islam, tapi pada masa yang sama nak jugak jaga Pakatan Rakyat.

3. PAS dapat tahu siapa lawan dan siapa kawan dalam Pakatan Rakyat

Politik adalah satu game di mana kau cuba jual matlamat kau sebagai matlamat semua orang. Politician bermimpi untuk jadi pemimpin dan corakkan hala tuju negara. Dalam Pakatan, terlalu banyak hala tuju, terlalu banyak kepala.

Dengan menggunakan dasar keras kepala, PAS dengan selambanya pandai2 sendiri melaksanakan sesuatu yang rasanya DAP dan PKR tak nak laksanakan. Tetapi aku percaya, dalam orang PKR sendiri, ramai sebenarnya yang bersetuju dengan apa yang PAS dah jalankan ni. DAP, wallahuallam....

Nampaknya PAS dah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana dengan meletakkan pemimpin DAP dan PKR di dalam keadaan 50-50, jalan kembali berpatah balik dah tertutup buat PAS. Lagipun, aku rasa Wan Azizah dan Rafizi sendiri tak suka ditanya oleh orang ramai apa pandangan mereka tentang hudud kerana apa saja yang mereka akan jawab, jawapan mereka akan menyakitkan pihak2 yang mereka tak nak sakiti.

4. Checkmate Untuk Najib

Ini adalah antara benefit paling besar yang aku rasa PAS akan sumbangkan kepada masyarakat Islam di negara kita. Kita akan dapat belajar dekat mana pelaksanaan Islam pada pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja memperkenalkan indeks syariah dalam pentadbiran.

Dengan menggunakan isu hudud yang rasanya ramai orang dari UMNO, PAS dan PKR sokong beserta rakyat biasa macam aku ni, apa yang Najib buat lepas ni akan membogelkan diri dia tak kiralah arah mana yang dia pilih. Sokong hudud? Tu ha parti2 komponen dari Sabah dan Sarawak dah berbunyi nak keluar dari Barisan Nasional.

Tak nak sokong hudud?
Hehehe. PM ku, buatlah keputusan yang tepat.

5. PAS adalah hero orang Islam dan Melayu Yang Nak Hudud dilaksanakan

Dapat atau tidak hudud dilaksanakan di Kelantan, itu kita sebenarnya boleh tolak ke sisi. Dapat, bagus benarlah, doakan sebaiknya. Tak dapat, PAS boleh cuba lain kali. Sebab ini adalah satu pertarungan politik di mana PAS tidak akan rugi langsung.

DAP sudah jadi terlalu bongkak dalam Pakatan Rakyat. Wujud pula parti serpihan dari PAS yang lebih selesa meninggalkan old school PAS. PKR pula terumbang ambing tanpa hala tuju. Apa yang PAS boleh rugi selain daripada terkeluarnya mereka dari Pakatan Rakyat?

Tak ada apa.

Dalam situasi sekarang, lagi lama PAS duduk dalam Pakatan Rakyat lagi teruklah PAS dikerjakan oleh pihak dalam Pakatan yang mahu pengaruh PAS dilemahkan dalam Pakatan.

6. Menampakkan Betapa Crapnya Sistem Jenayah Sekarang

Aku boleh bagi kau 1001 satu sebab kenapa aku nak, tapi aku nak sangat tau kenapa kau tak nak. Aku cuma nak tanya kenapa kau tak nak? Masyarakat majmuk? Tak adil pada orang Islam? Semua negara yang amal hudud ni ekonomi dia hancur? Nanti Melayu aje yang kudung tangannya tapi Cina dengan India boleh duduk penjara dan keluar masih ada tangan?

Seorang pengarang portal media anti hudud hari ini mempersoalkan hudud dengan satu situasi ; "Jika Sani dengan Roger ditangkap mencuri, adakah adil jika hanya Sani dipotong tangannya?"

Ni Melayu yang tulis ni.

Lemahnya argument. Dia tak sedar ke dalam sistem sekarang, kau ada lawyer power, kau boleh lepas apa saja? Kau sanggup bayar denda, kau boleh buat maksiat mana kau suka. Sistem sekarang ni hanya berpaksikan duit. Siapa ada duit, dia boleh dapat perbicaraan yang lebih baik. Siapa tak ada duit, apa yang kau boleh buat kat mahkamah selain mengaku salah walaupun kau tak salah?

Kau nampak tak betapa tertutupnya masyarakat kita dalam bab hudud ni sehinggakan apa yang dia nampak dari awal adalah perkara yang tidak adil sahaja, sedangkan, dia tak nampak punca sebenar Sani perlu dipotong tangannya adalah kerana dia mencuri. Lagipun, banyak lagi faktor perlu diambil kira sebelum dia dipotong tangannya.

Macam mana kau nak cerita pasal adil atau tidak jika ada penjenayah yang memang layak dihukum? Apa dia bentuk hukuman yang adil ni? Penjara? Denda duit? Hukum gantung? Semua hukuman yang dah memang digunapakai negara kita dari zaman British?

Itu yang adil?
Seperti kisah ini;

"Gara-gara mencuri duit tabung masjid RM2, seorang penganggur dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Hadi Hamzah, 36, selepas penganggur itu mengaku bersalah. Mohd. Hadi didakwa mencuri dua keping wang kertas RM1 di Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu."

Adil benarlah undang2 sekarang ni?

Kau kena tau, dalam sistem hudud, dia boleh dimaafkan. Macam mana seorang lelaki yang mencuri dua ringgit dari masjid nak bayar RM5000 denda? Kredit kad? Pinjam mak dia? Kau nampak tak beban dia tu bertambah2 dan makin menyusahkan dia. Dia penganggur. Jadi dia tak ada sumber pendapatan. Walaupun dia mengaku salah mencuri, adakah dia jatuh dalam golongan terpaksa mencuri? Bolehkah pihak masjid memaafkan dia?

Itu possibility yang hudud boleh perkenalkan kepada sistem jenayah kita. Rasulullah dah pesan, selagi mana kau boleh maafkan yang salah...maafkan.

Kecuali mereka yang berzina.

7. Cermin Diri Sendiri

"Kenapa aku tak nak sokong hudud?"

Sebagai seorang Melayu; kenapa kau tak nak hudud dilaksanakan di Malaysia? Tolonglah jangan "negara kita belum bersedia" sebab aku akan tanya balik, macam mana kau tau negara kita dah bersedia.

At least kalau aku mati pun aku tau dalam diri aku, aku sokong hudud 100% tak ada dolak dalih. Sebab kita bukannya tau berapa lama lagi kita ada atas bumi ni. Nak ke kau mati sebagai seorang Muslim yang rasa sepanjang hidup kau, Malaysia masih lagi tak bersedia nak laksana hudud ni?

"Lepas aku mati nanti, rasanya dah bersedia dah Malaysia laksana hudud ni." Itu ayat terakhir kau. Kau pun mati. Lepas beberapa puluh tahun anak kau pun mati. Cucu kau pun mati kemudiannya. Semua generasi kau mati menunggu saat Malaysia benar-benar bersedia untuk hudud yang tak kunjung tiba.

Takkanlah kita hanya cepat2 bersiap untuk kejar sesuatu yang bawak keuntungan sahaja, seperti pepatah Inggeris menyebut "time is money, my friend" ?

Kalau kerajaan boleh buat iklan terangkan mengenai GST, rasanya molek kalau dapat dikeluarkan iklan menerangkan mengenai hudud ni dekat kaca TV kita, tak gitu  PM Najib?



16 ulasan:

ayunidati berkata...

Ambil tahu.... tq

Tanpa Nama berkata...

Jangan tergesa2 nak ucap tahniah! Kita tanya dulu siapa yg menguasai Juridicial sehinggakan tiada bukti shoheh pun boleh memenjarakan satu hamba allah?
Kita tanya pula pemimpin pas pasal pil kuda dan barua& broker? Apa hukumnya dr sudud hudud....ke pakai hukum sekular. Apa tak perlu minta maap ke?
Siapa kah yg khianat dgn persetujuan semasa PR13 sehinggakan memenangkan pihak lawan yg sangat serasi dgn hudud?

Apakah gulungan ini nak execute hudud?

Bertambah malanglah hmm hmmm hmmmm! SIAPA YG MENGHINA ISLAM? Tangan yg nak melaksana hudud adalah tangan yg menjatuhkan maruah! Forget it if you think ameno nak support U. Its only you join them! Goodluck!

Tanpa Nama berkata...

Ye tahniah.

pasal pil kuda. ada disebut nama sape2? apsal nak terasa?

pasal barua dan broker. memang terbukti pun video print skrin golongan2 ni.

aku tak kuat agama. tapi kalau orang nak laksana hudud aku sokong dan nak membantu.

nak tunggu malaysia bersedia baru nak laksana hudud? boleh ko bgtau aku bila nk bersedia tu? apa usaha2 kerajaan skrg nak bagi rakyat paham hudud? yillekkk

-thethinker- berkata...

Tahniah PAS kerana menegakkan sebilangan hukum Kristian, mska benarlah kata kata bahawa Kristian akan bertapak Di Tanah Melayu. Hukum murtad dihukum mati ada dlm Bible, tiada dlm Quran .rujuk Deuteronomy 13:6-18New International Version (NIV)

6 If your very own brother, or your son or daughter, or the wife you love, or your closest friend secretly entices you, saying, “Let us go and worship other gods” (gods that neither you nor your ancestors have known, 7 gods of the peoples around you, whether near or far, from one end of the land to the other),8 do not yield to them or listen to them. Show them no pity. Do not spare them or shield them. 9 You must certainly put them to death. Your hand must be the first in putting them to death, and then the hands of all the people. 10 Stone them to death, because they tried to turn you away from the Lord your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. 11 Then all Israel will hear and be afraid, and no one among you will do such an evil thing again.

Dalam Quran. Surah 4 ,ayat 137 menyatakan bahawa : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar. Hukum rejam batu utk zina tiada dlm Quran tapi wujud sahih dlm bible , rujukDeuteronomy 22:23-24King James Version (KJV)

23 If a damsel that is a virgin be betrothed unto an husband, and a man find her in the city, and lie with her;

24 Then ye shall bring them both out unto the gate of that city, and ye shall stone them with stones that they die; the damsel, because she cried not, being in the city; and the man, because he hath humbled his neighbour's wife: so thou shalt put away evil from among you.

-thethinker- berkata...

Tahniah PAS kerana menegakkan sebilangan hukum Kristian, mska benarlah kata kata bahawa Kristian akan bertapak Di Tanah Melayu. Hukum murtad dihukum mati ada dlm Bible, tiada dlm Quran .rujuk Deuteronomy 13:6-18New International Version (NIV)

6 If your very own brother, or your son or daughter, or the wife you love, or your closest friend secretly entices you, saying, “Let us go and worship other gods” (gods that neither you nor your ancestors have known, 7 gods of the peoples around you, whether near or far, from one end of the land to the other),8 do not yield to them or listen to them. Show them no pity. Do not spare them or shield them. 9 You must certainly put them to death. Your hand must be the first in putting them to death, and then the hands of all the people. 10 Stone them to death, because they tried to turn you away from the Lord your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. 11 Then all Israel will hear and be afraid, and no one among you will do such an evil thing again.

Dalam Quran. Surah 4 ,ayat 137 menyatakan bahawa : Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar. Hukum rejam batu utk zina tiada dlm Quran tapi wujud sahih dlm bible , rujukDeuteronomy 22:23-24King James Version (KJV)

23 If a damsel that is a virgin be betrothed unto an husband, and a man find her in the city, and lie with her;

24 Then ye shall bring them both out unto the gate of that city, and ye shall stone them with stones that they die; the damsel, because she cried not, being in the city; and the man, because he hath humbled his neighbour's wife: so thou shalt put away evil from among you.

Unknown berkata...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [8823] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 530 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..







Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI .JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


ANGKA RITUAL: SINGAPUR 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D/



ANGKA RITUAL: CHINA 3D/4D/5D/

Totol berkata...

Slm. Thethinker.. Injil ngan Zabur tu dah obselete (betul ke eja ni). Hukum dlm kitab2 ni dah superseed oleh AlQuran. So no need to read and learn it anymore. Belajar AlQuran dan Hadis dari sumber yg betul... InsyaAllah saudara/i akan jumpa apa yang dicari. Aku sokong hudud dan akan berusaha utk memastikan ia berjalan betul. Tu tanggungjawab aku sebagai muslim. Thanks Mantot for saying out loud whats in my mind. Sama2 kita sokong hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

For muslim,

Hudud = Islam
Islam = Agama islam
Agama islam = Amalkan hudud

Apa masalah kalau kita nk beragama.
Ade pulak org leh sekat kita nk amalkan agama kita?

Tanpa Nama berkata...

Arab dogol serang Yemen.. Islam vs Islam. Melayu kena kencing 1400 tahun...

Tanpa Nama berkata...

http://www.dawn.com/news/1171994/saudi-arabia-allies-launch-air-strikes-against-houthis-in-yemen

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak akan mengundi bill hudud PUS - Ariff Sabri

http://sakmongkol.blogspot.com/2015/03/memahami-isiu-hudud-bahagian-2.html

fath berkata...

Orang melayu kena tengok balik ni cerita semerah padi.

Tanpa Nama berkata...

fath rasanya kena tgk balik tafsir quraan... x kan lah cerita semerah padi ko jadikan panduan hidup.

Tanpa Nama berkata...

Salam mantot.

aku nak ulas satu jer. kau cakap sistem sekarang lemah untuk cope jenayah yang berleluasa dimana sistem sekarang duit adalah pemudah cara. penjenayah boleh guna duit upah lawyer. aku setuju. soalan aku, adakah dengan hudud duit tak boleh diguna untuk pemudah cara sama seperti sekarang? bagi aku bukan hudud atau civil yang memastikan masyarakat dibentuk dan dikawal dengan baik, tapi perlaksanaan sistem itu adalah tunjang utama. hudud atau civil kedua-duanya hanyalah sistem. manusia yang menyelia sistem terdedah kepada baik dan buruk. ada negara laksana hukum civil menjadi sangat corrupt contoh terdekat indonesia. kau baca buku katryn bonella Hotel K dan Snowing in Bali. kau boleh tahu betapa korupnya judiciary di indonesia. tapi itu bukan justifikasi hukum civil itu corupt. kau lihat pula hukum civil di korea selatan. kawan aku selalu post tentang masyarakat di korea. kedai kedai di korea boleh tinggalkan premis tanpa attended dengan hanya notis pekerja keluar break tanpa menutup premis. dulu orang selalu cakap di mekah kan? sekarang korea pun sama. kau boleh tinggal iphone kau atas meja sambil minum minum di high street tanpa perlu bimbang kena rompak. sekarang kau lihat pula hudud di nigeria, sudan, pakistan, saudi.

lkjhgfdsa berkata...

Betul. Aku sokong anon di atas. Tak kira la sistem apa kita pakai, kalau takde kesedaran, takde kejujuran, takde ketegasan; takkan selesai masalah.

Aku ragu-ragu, adakah pelaksanaan hudud ni hanya untuk rakyat marhaen Malaysia sahaja atau merangkumi kesemua pak menteri, datuk datin, anak raja, raja, dan marhaen semua?

Aku rasa.. hmm.. hudud la macam mana pun, dengan tahap pelaksanaan yang Malaysia ada sekarang, siapa yang besar-besar tu pasti terlepas.

Tanpa Nama berkata...

salam.
apa yang dua orang atas aku ckp ni betul. sistem berubah lah mcm mane sekali pun,kalau perlaksanaan kita,orang2 yang bertanggungjawab tidak melaksanakan dengan baik,akan corrupt jugak sistem hukuman kt malaysia ni.itu aku cakap dengan logik akal,dunia-wise.
BUT,sebagai orang Islam,yang yakin dengan agama,yakin dengan Tuhan,serta Rasul-hukum hudud ni wajib mcm2 mane pun utk orang Islam.terang2an.So like the author said, better applykan daripada kita mati negara masih x apply.kalau takpun sekurang-kurangnya declare dlm hati sokong hukum ini.itu aje.