Februari 29, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang 09 : Abah Terpaksa Jadi Matured Bila Kau Keluar dan Tengok Dunia

Tiap2 hari bila aku hantar anak aku dekat pengasuh dia, aku akan ingat balik apa aku buat dengan dia semalam tu. Contohnya semalam...aku peluk anak aku sambil menari2. Bantai aje la lagu apa pun tak kisah sebenarnya. Yang penting ikut kajian, melodi memainkan peranan yang agak penting dalam pembesaran anak-anak.

Jadi aku pun menyanyi la sambil melangkah-langkah macam orang gila meroyan dalam rumah nak suruh dia tidur. Anak aku diam aje. Aku takde idea nak nyanyi lagu apa lagi waktu tu sebab baru aje balik kerja dan aku agak penat meredah traffic jam, aku nyanyikan aje la lagu Justin Bieber. Aku rasa aku mampu menghafal lagu Justin Bieber tu lepas tah berapa puluh kali dengar. Catchy memang catchy...sedap tu tak.

"Ba ba ba ba..." Anak aku ikut menyanyi. Aku jadi agak down. Selama ni bila aku nyanyi lagu-lagu yang aku dengar, tak pernah pun dia ikut sama. Jadi, pagi tadi, aku hantar anak aku dengan wife aku. Dalam kepala aku teringat la detik bila aku menyanyi lagu Justin Bieber tu dengan dia.

Jadual aku sekarang ni membuatkan aku bangun tidur,tengok anak aku sejam dua dan kemudian hantar dia gi pengasuh. Bila aku balik dah senja jadi anak aku dah mula nak tidur. Aku tak suka kehidupan camtu. Aku rasa ramai golongan bapak kat luar sana yang keluar kerja anak tidur,balik kerja anak tidur. Macam takde terlibat sangat dengan pembesaran anak.

Jadi tiap2 kali aku hantar dia kat pengasuh tu dan tengok muka dia senyap masa kitorang nak beredar, aku selalu fikir "apa sebenarnya yang anak aku fikir masa tu?"

Adakah dia fikir "nak ikut!nak ikut!" atau "Pengasuh ni garang abah!Tak nak duduk sini!" atau sekadar "hehehe..bebas..bebas.."

Tiap2 hari bila aku ada kat ofis, aku akan ingat anak aku,duduk kat rumah pengasuh sambil fikir, adakah dia tengah menunggu aku balik ambik dia? Balik dan main dengan dia?

Sebab benda yang aku paling tak suka adalah menunggu.

Dan aku percaya dalam badan anak aku ada banyak perangai aku yang aku tak berapa hope dia warisi.Makan kuat. Tidur buas. Badan bersemangat. Nak semua benda cepat. Suka kena manjakan. Suka menyanyi dengar lagu Justin Bieber tu mesti dia dapat dari mak dia. Aku rock.

Aku takkan tau apa yang anak aku fikirkan sekarang...tapi sekurang-kurangnya aku wish aku tak terlepas milestone-milestone penting dalam hidup dia. Sebab selama ni aku terhuyung-hayang, tapi bila aku pegang dia masa umur dia 5 minit, benda pertama yang aku fikir adalah "Oh shit....boleh ke aku jaga dia ni sampai besar?"

Kalau kelahiran anak aku adalah moment di mana aku terpaksa jadi "matang" sikit..aku benar2 harap aku tak terlepas detik anak aku membesar nak mencapai taraf matured tu.

Februari 28, 2012

Kemaluan Wanita Terdedah Yang Sering Dipandang Normal


Adakah lurah dada wanita bukan salah satu daripada
organ yang boleh dikategorikan sebagai kemaluan?

Februari 27, 2012

Mamu Penang Mengamuk Habis Semua Cina Lari dan Melayu Pun Terpelihara





Lepas puas mengamuk sakan ni, pastilah orang2 ni akan balik
dan berkaraoke kerana karaoke adalah budaya UMNO yang paling diorang minat.
Lagu yang wajib dinyanyikan ketika sesi karaoke UMNO adalah lagu "Combi Combi Abang Sayang" atau "Abang Mamu Gatai Nak Menikah Dua."


..........



Jangan simpan duit dekat BSN.

Februari 26, 2012

Berita Paling Menghiburkan Aku Semalam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Dalam majlis yang diadakan di Perhimpunan Raksasa Perpaduan Gayong PSSPGM di Kompleks Sukan Kriss Modenas di Gurun, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah utama pertubuhan itu yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama.

Februari 24, 2012

Awkward Agama : Salam SATU Malaysia








Ibu Ibu,Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,Engkau hiburkan selalu,

Ibu Ibu,Engkaulah ratu hatiku....