Disember 31, 2010

Benda Basic Yang Kerajaan Perlu Ubah Sebelum Buat Projek MRT Yang Mega Super Duper

Aku pergi kerja hari-hari mesti lalu highway.

Sebagai seorang pengguna highway yang "terpaksa," kemudahan penggunaan Smart Tag atau Touch n Go sangat banyak menjimatkan masa aku.Tanyalah mana-mana orang yang setiap hari kena ulang alik Tol Batu 3 Shah Alam macam mana membuang masa nak beratur dan bayar tol secara tunai setiap hari.Aku pun pakai Smart Tag sekali-sekala,selalunya aku malas nak reload jadi Smart Tag aku akan terbiar keseorangan.Tapi,aku admit la Smart Tag agak menjimatkan masa aku.

Tapi...kadang-kadang,ada sesetengah persimpangan yang tak sesuai untuk guna Smart Tag sebab selalunya,lorong Smart Tag mesti kat belah kanan sekali.Jadi,kalau aku nak balik rumah dari KL,aku terpaksa melalui satu Tol ni.Kalau aku pakai Smart Tag,aku kena himpit kanan.Masalahnya,lepas tol tu,exit rumah aku.


Exit yang aku lalu tu,agak lain sket sbb selalunya,kalau penunggang motor keluar dari laluan motor,diorang kena turun ke bwh,keluar dr highway sekejap dan masuk balik highway dari simpang empat bawah flyover.Exit aku ni,laluan motor kena terus masuk highway balik sebab bawah tu,diorang tak boleh nak terus jadi penunggang motor akan himpit2 nak masuk balik.

Apa yang akan menyusahkan semua orang adalah apabila ada kereta yang menggunakan Smart Tag dan kemudiannya diorang kena terus cilok laju-laju ke kiri sebab nak keluar exit.Bila trafik dah dibentukkan macam tu,akan berlaku criss crossing antara pemandu kereta yang bayar tunai,penunggang motor dan punca masalah,pemandu yang datang dari kanan terus terpaksa ke kiri.Aku tak pernah lagi nampak orang kena langgar tapi aku selalu nampak orang nak kena langgar,khasnya penunggang motorsikal.

Tiap2 plaza tol,kita ada banyak toll booth ni tapi kenapa lorong Smart Tag atau Touch n Go diletakkan di kanan sekali jika dah nampak depan mata ada exit untuk pengguna keluar highway?Kalau di Tol PLUS Kajang (keluar ke Bangi,Cyberjaya,Putrajaya),boleh diletakkan satu toll booth cash di belah kanan sekali untuk orang yang bayar cash nak ke Putrajaya,kenapa ditempat2 lain pengguna Smart Tag masih perlu mencilok ke kiri selaju mungkin sebab takut terlepas exit yang jaraknya dari tol selalunya kurang 500 meter?

Remedy after accidents adalah satu bentuk bad management.Nak tunggu ada orang mati dulu ke baru  masalah ni dikaji?Baru tadi,lagi sekali aku nampak motor kena himpit sebab ada kereta nak masuk exit lepas pakai Smart Tag.

Disember 29, 2010

The Crossbow Cannibal and The C4 Killer

Aku selalu terfikir,apa benda sebenarnya yang mempengaruhi perangai seseorang tu.Maksud aku,dari segi saintifik atau dari segil psikologi semasa pembesaran.Yang mana lagi kuat?Bila baca paper ke,tengok TV ke,kadang-kadang seolah-olah tak percaya kes-kes yang berlaku,seolah-olah manusia tu kadang-kadang takde akal.Kat UK baru-baru ni,seorang pembunuh yang digelar Crossbow Cannibal telah pun berjaya ditangkap,itupun selepas dia berjaya membunuh beberapa orang mangsa yang semuanya adalah pelacur-pelacur.

Jika dilihat,sebenarnya Crossbow Cannibal ni adalah seorang yang normal.Belajar tinggi (sedang buat PHD),ada kerja tetap dan boleh dikatakan jauh lebih hebat berbanding orang-orang normal..tapi macam mana dia "terjadi" mcm tu?Modus operandi Crossbow Cannbila ni mudah,dia akan bunuh mangsa dengan crossbow...dan kemudiannya dia akan makan daging mangsa dia...uwekk!Itupun diketahui lepas family mangsa mintak dia mayat anak diorang dan apa yang dia mampu bagi hanyalah cebisan-cebisan organ dan daging yang dia tak makan.

Pejamlah sekejap mata kejap kalau ada yang mengatakan dia ni sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat sebab dia bunuh pelacur...tapi aku berharap benar agar dapat faham apa yang drive dia untuk buat benda camtu.

Kadang-kadang aku terfikir apakah sebenarnya yang push seseorang untuk break dinding limit humanity tolerance dia.Jika seseorang itu habis sekolah dan kemudiannya dia berhijrah ke KL,lalu jadi perompak,dia takde rasa bersalah ke bila dia merompak?Bukan semua perompak semulia "John Q" kan?

Crossbow Cannibal adalah seorang yang normal tapi,dia mempunyai obession mengenai serial killer dan zaman kecil dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah lepas penceraian ibu bapa.Siap ada akaun MySpace.Tapi dia makan daging orang.Fucked up hidup macam mana pun,apa faktor yang mampu buat seseorang tu sanggup makan daging orang?Mak bapak bercerai ke,family berpceah ke,kena dera ke,,apa faktor yang mampu buat anda sanggup bunuh orang lain,dengan crossbow ke,dengan C4 ke..Mana lagi kejam?Bunuh orang atas kemahuan sendiri atau bunuh orang atas arahan orang lain?Hehehe.

Macam mana ada orang boleh tergamak buat camtu?

Disember 28, 2010

Rais Yatim And The Cakap Tak Serupa Bikin 01


Kita bukak TV,keluar kempen government,suruh rakyat berbahasa,bersopan dengan orang lain.Macam mana boleh jaga budaya kalau orang yang tugas dia promote budaya takde budaya?

Tak salah nak tegur...tapi anda menteri...
Tengah pressure ke skrg ni?Nampak cam menggelabah aje?

Disember 27, 2010

Bahagian 04 - Kurangnya Lelaki Berkualiti Membuatkan Gadis Makin Desperate

Zaman sekarang ni,bilangan perempuan dah jauh berbanding lelaki.Nisbahnya agak tak balance.Bila aku tengok website sekolah-sekolah,boleh nampak la perbezaan tu agak ketara.Tak tau la sebab apa.

Dekat ofis aku dulu pun camtu.Lelaki punyalah sket membuatkan staff2 lelaki ni agak diperlukan sebab bila deal dengan work2 student yang berkotak-kotak,cikgu2 pempuan ni "tak larat" nak angkat.(kalau dah tau berat,suruh hantar dalam CD dah la,suruh print buat apa?) Tak ramai staff lelaki membuatkan komoditi lelaki di ofis aku dulu,pekerja am dalam semua benda.

Adakah golongan hawa juga menyedari hakikat ini?

Pasti diorang sedar masalah ni.Satu masalah paling ditakuti bila terjadinya nisbah perbezaan lelaki dan wanita dalam komuniti adalah kurangnya lelaki2 bujang yang berkualiti untuk dijadikan suami,sebab selalunya lelaki2 yang berkualiti (macam aku) mesti dah kahwin.Bila dah jadi camtu...mesti akan timbul masalah ni.Korang mesti pernah dengar masalah ni...perempuan bujang try tekel suami orang.Aku tak faham perempuan macam ni.Bila tak kena kat batang hidung sendiri,punyalah galak try tekel laki orang.Tapi cuba orang tekel suami dia bila dia dah kahwin nanti?Mau dia kejar dengan parang...

Aku tak boleh nak bagi explanations atau description kenapa makin ramai perempuan bujang suka try usha lelaki dah kahwin.Adakah sebab lelaki dah kahwin ni dah "stabil" minda dia?Atau perempuan tu rasa thrill sebab cuba dapatkan "suami orang" jadi cabaran dia jauh lebih seronok berbanding try tekel lelaki bujang?Aku tak faham.

Masalahnya.....makin ramai perempuan yang macam tu.MAKIN RAMAI!Setakat nak serah tubuh ke,picit sana-sini,geli-geli,takde hal.Dalam kes2 yang aku tau,perempuan tu yang offer.Tak tau la aku sama ada perempuan tu dah dikhatankan ke tidak....mungkin sebab belum kot yang jadi gedik semacam...Nak kata kejar duit pun....takde la sangat.

Jika semua benda ni terjadi sebab kurangnya lelaki bujang yang berkualiti....adakah boleh aku gunakan alasan ni untuk kahwin empat? Aku sekadar nak bertanya sebab kat sini ramai pembaca perempuan,kenapa ada yang nak carik suami orang?Sebab kami ni adorable ke?Aku tak mampu nak tulis panjang-panjang sebab aku tak pernah kena benda ni,tapi....benda2 ni banyak terjadi sekeliling aku dan aku sangat pelik dengan benda ni.Aku ingat dalam diri perempuan ada silent agreement antara semua perempuan,"suami orang,off limits."

Disember 25, 2010

Kita Memerlukan Mass Railway Transit Kerana First Lady Malaysia Adalah Seorang Yang Mass

Aku agak hepi bila membaca pasal projek MRT yang diusulkan baru-baru ni sebab projek tu akan menghubungkan kebanyakan bandar-bandar kat KL dan Selangor ni.Walaupun ada pihak yang mendakwa projek tu adalah sebagai hadiah tender untuk Sultan Perak..eh,ehem..ehem anak Sultan Perak sebab dia layak (atau hadiah sebab Sultan benarkan kerajaan Perak diambik alih tempohari) tapi biarlah...projek MRT ni agak bagus dan beenfit dia kepada orang ramai agak besar.Kalau buat betul-betul,faedah dia akan orang nampak jugak...Ni adalah gambaran kasar macam mana projek tu akan menghubungkan bandar-bandar sekitar Lembah Klang ni.(aku tak tau siapa yg buat gambar ni)


Aku tak sure macam mana diorang nak namakan sistem tu nanti jadi setakat ni apa yang aku paham,MRT ni akan dibahagikan ikut line-line dia.Kalau tengok gambarajah di atas,line hitam bulat tu adalah kawasan di tengah-tengah bandar KL dan mungkin sistem tu akan sentiasa berpusing-pusing untuk memastikan orang ramai dapat dihantar ke sana ke mari secepat mungkin.

Apa yang membimbangkan aku,bukan pasal planning ni,aku rasa plan yang bakal dilaksanakan ni nanti agak baik dan besar kemungkinan sangat berkesan dalam membantu mengurangkan kepadatan kenderaan di Kuala Lumpur.Apa yang aku bimbangkan,bila diorang terlalu fokus kepada pembinaan MRT ni,sistem pengangkutan dalam bandar tu dilupakan.Maksud aku,feeder bus.

Pada aku,takde point kita bina MRT panjang-panjang kalau masalah yang sama macam sekarang ni masih lagi timbul;

1. Walaupun anda naik LRT,anda masih lagi perlu memandu kereta ke stesyen LRT terdekat.
2. Bila dah memandu kereta,masalah kesesakan tu akan masih berterusan.
3. Keluar naik kereta untuk ke LRT,kereta terpaksa ditinggalkan di parking lot berdekatan LRT.Duit parking perlu dibayar.
4. Kemudahan pengangkutan bas masih belum cukup lengkap dan baik untuk seseorang itu pergi ke stesyen LRT menaiki bas.

Contohnya;Aku duduk Cheras.CHERAS!Bukan Salak Tinggi.Bukan Pulau Meranti.Dalam beberapa bulan lepas,aku kena pegi PWTC sebab ada Education Fair.Depan rumah aku ada bus stop.Aku nak naik LRT sebab aku malas drive ke situ.Aku ada 2 option;

a. Tunggu bas depan rumah aku.Naik bas,berenti depan Leisure Mall.Tukar naik feeder bus untuk ke Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

b. Naik kereta,pegi Putrajaya Sentral.Park kereta kat situ (free).Naik ERL,sampai Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

Aku pilih option B.Sebab apa?Sebab kalau nak tunggu bas,besar kemungkinan aku akan menghabiskan 2 jam tercongok dekat bus stop sebab aku perlu naik 2 bas.Aku cukup tak suka menunggu.Aku ada option yang lagi senang,drive kereta ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan naik LRT dari situ tapi aku tak sanggup nak bayar parking mahal-mahal dan aku agak risau nak biar kereta dekat situ.

Pengalaman naik bas dan tube kat London membuatkan aku pernah rasa macam mana berbezanya level diorang dengan kita.Dari rumah,aku perlu berjalan sejauh 200 meter sahaja ke main road dan kemudian aku boleh pilih bus stop mana nak tunggu sebab semua bus stop dekat-dekat..siap berbumbung (Malaysia punyalah panas tapi ada bus stop yang hanya ada sign board shj).Dekat tiap2 bus stop ada tertera map laluan bas,tube dan tram jadi kalau ragu-ragu,check aje.Kau takkan sesat di London asalkan kau tau kau duduk zone mana dan line mana yang masuk rumah kau.

Jadi,apa situasi sempurna yang aku harapkan?

Aku harap kerajaan aim high untuk projek ni..target all out convenience untuk masa depan.Biar orang mampu keluar rumah dengan berjalan kaki,tunggu bas paling lama pun 10 minit dan bas akan shuttle kan penumpang ke stesyen MRT berdekatan.Diharapkan agar orang ramai tak perlu drive kereta LANGSUNG untuk ke stesyen MRT berdekatan dan tak perlu dibuka ruangan parking di sekeliling stesyen MRT ni.Bila perlu parking dibina,kos akan meningkat,sama ada dipihak kerajaan mahupun pihak pengguna sendiri.

Tapi bila dilihat kat Putrajaya,agak gagal sebenarnya pengangkutan awam di situ.Bila kita perlu membina sebuah bangunan khas semata-mata untuk Park and Ride,itu tandanya sistem pengangkutan awam Putrajaya masih lagi lemah sebab orang ramai masih lagi perlu drive keluar dan parking kereta untuk naik ERL.Itu kisah Putrajaya,sebuah bandar yang dikhabarkan diplan dengan sebegitu rapi dan teliti pembinaannya.Sebab apa orang masih perlu drive keluar rumah jika Putrajaya adalah wajah bandar terancang Malaysia pada masa depan?

Aku mintak kerajaan sedar,orang ramai tak nak berjalan jauh nak ke bus stop dan orang ramai tak suka menunggu lama.Aim high!Projek ini bukan sekadar untuk membina MRT.Projek ini juga perlu dijadikan titik tolak memperbetulkan semua benda yang tak betul mengenai sistem pengangkutan awam di negara kita.

Buatlah sebaik mungkin sampai rakyat yang tak berkenderaan tidak mengeluh untuk ke mana-mana, mungkin sampai satu tahap di mana warga Lembah Klang boleh berkata.."Buat apa naik kereta?Naik MRT lagi senang!"Cuma diharapkan agar kerajaan boleh membendung dasar penswastaan tu supaya sistem pengakutan awam akan kekal affordable untuk semua orang. Bila nak buat perjanjian..jangan buat perjanjian bangang.

p.s - Sorilah.Aku takde idea nak taruk tajuk.Itu je yang aku terfikir bila terbayang perkataan "mass"