Jun 30, 2009

Selamat Bertemu Kembali!

Ahah,sorilah.Lama aku menghilang,baru sekarang ni aku ada masa sikit nak menulis.Banyak benda nak kena setelkan dan baru dalam minggu ni aku boleh rilek goyang kaki.Hehehe,rasa agak bahagia sikit.

Bila difikir-fikir balik,kehidupan kat Malaysia ni seolah-olah memaksa semua jadi hamba masa dan duit.Terkejar sana,terkejar sini,sampai kadang-kadang kita lupa pasal orang tersayang atau family yang sepatutnya kita sayangi gila babi.

Aku selalu terfikir pasal benda ni lepas baca pasal member aku cerita dia duduk kat Norway dan tiap2 hari Ahad,semua pusat membeli belah WAJIB tutup untuk menggalakkan family keluar berjalan-jalan,bersantai-santai untuk menggalakkan terpupuknya keharmonian hidup.Ye lah,kita baca dalam majalah,dalam paper,kes cerai,gaduh merata-rata.Adakah itu salah satu akibat yang berlaku bila suami isteri kena mementingkan kerjaya berbanding kehidupan mereka sendiri.

Aku bagi contoh,seorang member aku yang sudah berkahwin.Isteri dia bekerja kat GOmbakdan dia kerja dekat Putrajaya.Tiap2 hari wife dia akan balik lambat dan dia akan balik on time.Jadi bila malam menjelang tiba,si suami ni akan merasakan ada timbul sifat2 horny dan ingin bermanja dengan isteri.Tapi isteri kata,dia penat,dia nak rehat.Nak tak nak terpaksa la tahan dulu walaupun dalam hati dah macam Gunung berapi nak meletus.

Mula2,boleh tahan,lepas tu terasa perasaan salahkan isteri yang balik lambat.Lama2 mula terfikir nak ringan2 dengan perempuan lain.Haha,aku bukan sexist,cuma ini cerita yang aku dengar dan aku ceritakan kat sini.Kita hidup di Malaysia seolah2 hidup untuk bekerja.Untuk mengejar duit. Sampai kadang2 kita terlupa ada orang yang tunggu kita balik. Aku pun mengalami perasaan yang sama,kadang2 sampai awek aku...eh tunang aku kena maki sebab kacau aku buat kerja.

Oh,untuk beberapa bulan akan datang,janganlah muntah kalau artikel2 aku lebih berunsur kepada kekeluargaan dan kebapaan,hahahaha.Hidayah menyeru,aku ikutkan aje.Mungkin lepas ni update2 porno akan berkurangan,ada dua sebab,satu,aku dah matured sikit dan dua,industri porno Malaysia dah semakin berkurang.Serius shit,berkurang.Yang ada dalam circle pengedar2 ponro Melayu sekarang ni hanyalah rehash porno2 lama.Yang baru?Tak banyak dah. (Jangan tanya mana sumber aku).Jadi,sorilah kepada 300+ orang yang setiap hari mencari porno tapi tersesat masuk ke blog maki hamun ini.

Berbalik kepada cerita kejar duit tadi,aku keluar dengan tunang aku makan dekat Putrajaya tempohari.Jadi turunlah dekat food court bawah Masjid Putrajaya tu,aku tak tau nama dia.Ingat nak minum aje,aku pun duduk la dekat kedai nasi campur kat situ,ingat nak tolong Melayu sebab yang jual tu Melayu.Mintak air tin Kickapoo dengan air mineral.

Pakcik tu kira la.Total dua benda tu,RM5.50.Nak terberak aku kat situ lepas pakcik tu tunjuk cash register.Aku ambik resit,aku tengok air mineral Rm2,air tin RM3,service charge 50 sen.SERVICE CHARGE 10% UNTUK APA?Untuk ambikkan air tin dari peti ais dan bagi kat aku?Straw aku kena ambik sendiri pulak tu,tin tu aku kena bukak sendiriMana servis nya?Ke ni Government punya tax tapi taruk situ service charge ni,hehehe...

Nak marah kat sape aku pun tak tau.Kat Pakcik tu ke yang CEKIK DARAH gila atau kepada tuan punya tempat yang sewa kedainya CEKIK DARAH penduduk Putrajaya dan pelancong atau kepada penduduk Putrajaya yang tak sedar diorang di CEKIK DARAH.Nak aje aku pulangkan balik air tin tu beli kat kedai buku hujung tepi jamban tu. Adik tunang aku datang,order NASIK GORENG KAMPUNG kena bayar Rm9.90.Dia student jadi duit tak cukup terpaksa la pau kakak dia.Aku tengok takde la best mana nasik goreng tu,cuma ada karipap aje sebijik.Makan la dia dengan muka tak puas hati sebab dapat nasik goreng kampung biasa tapi harga macam hotel punya rate.

Tapi sebab semangat Melayu punya pasal aku tahan aje la dan komplen dalam ni.Kutuk belakang2 cukup la.Aku memang suka tolong orang Melayu yang bijak berniaga camni untung besar.Kepada pembaca2 sekalian khasnya penduduk Putrajaya,aku suggest korang pegi try makan situ.Nasi goreng dia takde la sedap luar biasa pun,air tin dia pun RM3.Tapi yang penting,kita mesti pastikan orang Melayu untung besar.

Yeeha!

Jun 21, 2009

Oh Indahnya Dunia Satu Masa Dulu



Diambil daripada Dokumen Rasmi Kerajaan Malaysia mengenai Peristiwa Memali satu masa dulu.Aku tengah buat research sebab aku ada projek pasal benda ni.

Jun 20, 2009

Aku Ingin Memberi Sumbangan Kepada Penduduk Manek Urai


Kepada mana-mana sekolah yang berada di dalam kawasan Manek Urai yang memerlukan perkhidmatan membuat website rasmi sekolah,aku dengan ini menawarkan perkhidmatan aku secara percuma dengan syarat-syarat di bawah :

1. Aku berharap didirikan tugu peringatan aku dekat pintu masuk sekolah diperbuat daripada ukiran batu berskala 1:1.Maknanya ketinggian tugu tu sama tinggi dengan aku.

2. Aku mintak jasa baik pihak Guru Besar sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak2 media khasnya yang popular mengenai jasa baik aku itu.

3. Aku mohon agar Cikgu perempuan paling lawa dekat sekolah tu diperkenalkan dengan aku,mesti pakai tudung.

Itu aje syarat-syarat aku.
Ingat,aku buat semua benda ni free.Takyah bayar apa-apa,sesen pun takyah keluar.

Muhyiddin Yassin Pun Boleh Masuk Syurga Kerana Kebajikannya Memberi Kerusi Roda

Undi BN boleh masuk syurga juga

KUALA KRAI 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Muhyiddin hadiah kerusi roda

KUALA KRAI 19 Jun - Sejak lima tahun lalu, Yusoff Awang, 76, sukar untuk membawa isterinya Rogayah Samad, 75, yang terlantar akibat lumpuh untuk ke hospital mendapatkan rawatan atau mengambil angin di luar rumah.

Dulu dia menggunakan basikal tuanya yang disediakan palang khas untuk membawa isterinya yang uzur kerana sakit tua keluar rumah, namun basikal itu sudah rosak.

Hari ini pasangan itu ternyata begitu gembira dan terharu apabila tanpa diduga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menziarahi mereka di Kampung Sungai Sok, Manek Urai dekat sini hari ini.

Selain bertanyakan khabar kehidupan seharian, pemimpin negara itu menghulurkan sumbangan peribadi di samping sebuah kerusi roda.

"Saya tak sangka hari ini ada orang besar datang ke rumah saya dan memberi sumbangan. Sejak saya tinggal di sini belum pernah ada sesiapa yang beri sumbangan.

"Selepas ini tidak perlu lagi angkat isteri saya sebab kerusi roda ini sudah ada untuk digunakan. Saya ucapkan terima kasih dan syukur dengan pemberian ini," kata Yusoff.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran hari ini meluangkan masa kira-kira setengah jam di rumah pasangan warga emas itu untuk meninjau kehidupan masyarakat setempat dengan lebih dekat.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Manek Urai turut diiringi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.


Apa benda ni?Takkan la bila ada pilihanraya baru nak bagi bantuan?Bukankah kau KERAJAAN dan tugas kerajaan adalah tahu kewujudan orang2 susah dan bantu diorang.Itu sudah memang kerja anda,bukan?.Pada pandangan aku,makhluk yang berbuat kebaikan dan kemudian menghebahkannya adalah golongan orang2 yang angkuh...dan kononnya nak menunjukkan kerajaan PAS lemah.

Masuk syurga asalkan undi mana2 parti?Dah memang kepercayaan orang Islam,kita akan masuk syurga kan?Tapi berapa lama nak kena duduk dulu kat neraka tu yang kita tak tau lagi.Apa benda yang kau mengarut nak kaitkan pilih parti dengan masuk syurga ni oi?

Pakcik yang dapat kerusi roda mesti bersyukur gila sebab pilihanraya tu dah jadi satu nikmat kepada dia.Masalahnya,kerajaan akan menunjukkan kepada "mereka-mereka yang buta" itu sumbangan kerajaan.Itu bukan sumbangan!

5 tahun dia merana,alih2 bila ada pilihanraya baru ada bantuan dihulur.Kalau takde pilihanraya kecik apa nasib dia?Mana bantuan kerajaan negeri?Kalau kerajaan negeri tak mampu tolong,apa yang kerajaan pusat buat?

Itu memang tanggungjawab anda.Kenapa kerajaan Malaysia hanya berbakti pada masa yang menguntungkan mereka aje?

Sila jawab penyokong tegar kerajaan?Aku tulis benda ni bukan ikut semangat pembangkang ke apa.Benda camni,fikir pakai common sense aje.

Dan ingat..bila aku kata pasal KERAJAAN MALAYSIA..itu adalah gabungan semua kerajaan yang memerintah negeri2.

Jun 18, 2009

Apa Yang Utusan Nak Capai Dengan Berita-Berita Bodoh Macam Ni?

Perpecahan Melayu teruk
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.


Pelihara semangat perpaduan
LEDANG 14 Jun - Masyarakat berbilang kaum di negeri Johor disaran untuk terus memelihara semangat perpaduan yang dinikmati sejak dahulu hingga kini bagi membolehkan keamanan terus terjamin.Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman berkata, persefahaman yang telah diwujudkan antara kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini perlu dikekalkan bagi memastikan Johor terus memacu kemajuan.

Menteri Besar turut mengingatkan semua anggota masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir pihak yang cuba membawa perubahan di negara ini secara radikal tanpa menghormati keharmonian masyarakat."Sama ada berasal dari kampung atau ladang, kesusahan hidup kita dahulu telah pun diatasi dan kita kini menjalani kehidupan yang lebih baik.Lebih penting, kita sudah menerima antara satu sama lain dengan penuh rasa hormat dan percaya antara satu sama lain," katanya.Sementara itu, pada majlis berkenaan, Abdul Ghani turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 daripada kerajaan negeri bagi membantu menampung kos pembinaan pintu gerbang Kuil Subramaniar serta memperluaskan dewan serbaguna kuil berkenaan.Menurut beliau, komitmen kerajaan bukan sekadar membantu pembinaan masjid-masjid, malah memelihara kepentingan kaum lain yang memerlukan kuil dan tokong.


Jangan khuatir perpaduan Melayu
PETALING JAYA 13 Jun – Rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama tidak harus khuatir dengan cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah baik untuk kestabilan negara.Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata,perpaduan antara dua parti Melayu yang terbesar di negara ini tidak akan mengancam kaum-kaum lain."Sejarah negara ini membuktikan bahawa apabila kaum Melayu bersatu dan mentadbir negara ini, mereka akan menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira kaum dan ajaran agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat PJS8 di sini hari ini.


Melayu di ambang perpecahan
ALOR SETAR 11 Jun - Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang "kacau bilau".

"Kepimpinan baru negara memperkenalkan gagasan '1Malaysia' dengan matlamat utama mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Perpaduan tidak mudah dicapai tanpa menekankan kepada nilai-nilai budaya.

"Keberanian baru orang bukan Melayu akhir-akhir ini sudah tidak terbendung dan penentangan berterusan tanpa tindakan akan hanya membawa kemusnahan kepada negara," katanya.Beliau berkata, seluruh pemimpin dan lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati dasar-dasar nasional khususnya perlembagaan dan Rukun Negara selain faktor geografi dan demografi serta sifat-sifat negara bangsa untuk mencapai impian 1Malaysia.


Jangan biar peristiwa 13 Mei berulang
PADANG BESAR 10 Jun - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei 1969 agar peristiwa hitam yang berlaku akibat salah faham kaum itu tidak berulang.Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, peristiwa terburuk perselisihan kaum itu wajar menjadi teladan kepada semua pihak terutama masyarakat majmuk hari ini.Katanya, golongan muda perlu menjadikan peristiwa tersebut sebagai teladan hidup dan berusaha keras agar ia tidak akan berlaku kali kedua.

"Pakatan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang memerdekakan negara pada 1957 mestilah dikekalkan. Kini, kita semua hidup dalam serba senang di tanah air sendiri."

Beliau membuat peringatan itu kepada rakyat ketika berucap merasmikan program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Seri Aman di sini malam tadi.Sehubungan itu, Md. Isa meminta rakyat agar jangan sesekali terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mahu mencetuskan konfrantasi kaum kerana pihak berkenaan memiliki kepentingan politik tersendiri.Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis mengajak rakyat supaya sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sekian lama terbukti menjaga kepentingan rakyat seluruh negara.

"Sekarang macam-macam usaha parti tertentu kononnya mereka adalah pakatan yang baik. Ketahuilah bahawa parti pakatan yang terbukti baik di Malaysia adalah BN.Ini bermakna rakyat seluruh Malaysia mesti mendahulukan BN di setiap negeri.Jadi, kenalah kita kembalikan pentadbiran di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kepada BN,"tegasnya.

Pada majlis itu juga, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan bernilai kira-kira RM3,000 dari Unit Khidmat Penyayang Perlis kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan miskin.Bantuan itu adalah makanan harian dan tuala kepada 30 keluarga miskin dan empat kerusi roda kepada orang kurang upaya (OKU).Para penerima terdiri daripada Melayu, India, Cina dan Siam.


YA ALLAH...BODOHNYA BERITA-BERITA YANG DITULIS OLEH AKHBAR NASIONAL MALAYSIA.PIHAK APA?SIAPA YANG NAK PECAH BELAHKAN MELAYU?SEBAB ORANG TAK SOKONG UMNO JADI MELAYU PECAH?HABIS BERITA AJE MESTI ADA BAGI BANTUAN DEKAT SEMUA KAUM.INGAT RAKYAT NI MANGKUK KE?DAH LA AYAT TU ADA YANG BERBUNYI UGUTAN...

DAH LAMA DAH AKU PERHATI BERITA-BERITA UTUSAN NI MAKIN HARI MAKIN MENGARUT.ARTIKEL TAKDE NAMA PENULIS PUN BOLEH SIARKAN.TAH AMBIK KAT BLOG MANA TAH.