September 08, 2014

3 Golongan Mak-Bapak Yang Kaya Merangkap Promoter Produk Yang First Time Parents Perlu Jauhi Jauh-Jauh

First time parents memang selalunya akan mengalami satu fasa di mana kau akan tanya semua orang adakah langkah yang kau ambil tu betul atau tidak. Salah satu yang selalu ditanya adalah berkaitan peralatan baby. Kau takleh nak tanya atuk nenek dia sebab zaman diorang dah lain, jadi kau akan tanya orang sekeliling kau.

Orang sekeliling kau tu pulak banyak pulak pandangan dia tapi majoritinya yang aku perhati dan baca, adalah golongan mak bapak yang banyak duit dan suka rekemen barangan branded yang ridiculous harganya. Kau borak dan tanya dengan diorang ni, seolah2 kau membaca sebuah majalah yang penuh dengan iklan barangan baby yang branded dan penuh dengan recommendation yang pada dia, terbaik.....sebab dia dah beli barang tu.

Aku tak tau la kenapa penyakit "kalau dah beli barang mahal, mesti ada rasa nak rekemen kepada semua orang" sangat menular dikalangan orang kita, jadi, aku cuba nak menyelamatkan kau daripada terjebak dengan orang camtu yakni "unpaid voluntarily marketing agent."

Bila kau borak dengan diorang, rasa macam kau borak dengan salesman/saleswoman brand yang dia suka. Itu petanda awal dia.


1. Golongan mak bapak promoter baju mahal

"Kenala beli branded sebab material dia bagus bla bla bla. Nanti anak kau naik rashes. Lagipun material baju murah ni tak sama dengan yang branded ni..."

Aku tak nak kau terpedaya dengan diorang ni, jadi aku cakap jujur kat kau, kau cariklah baju paling murah dan paling comel yang kau jumpa. Sebab baju2 yang kau beli takkan boleh pakai lebih lama dari 6 bulan maksimum melainkan dia dah capai umur 2 tahun.

Kalau kau dah survey berapa harga baju anak mesti kau akan menggeletar ketakutan...so, nasihat aku, based on pengalaman aku, kau kontrol dulu perasaan nak hias anak comel2 tu sebab kau akan buang beratus2 duit kau. Beli apa yang perlu. Asal ada baju jalan satu dua dah la. Kau pun tau berapa harga gaun baby umur bawah 1 tahun berapa.

Aku rekemen : kau beli aje baju lelaki untuk semua anak kau sampailah umur dua tahun. Satu, baju lelaki lebih sopan berbanding baju budak perempuan. Dua, baju budak laki lagi murah.

2. Branded Stroller Un-Official Salesperson

"Kalau kau pakai stroller murah, anak kau panas. Lagipun kita tak tau material dia betul ke tak sesuai. Kalau yang mahal, dia punya padded span tu selesa. Lagipun banyak compartment nak letak barang, ada tray dan macam2 lagi la.."

Aku tak tau kenapa aku merasakan ada antara parents yang menjadikan stroller anak sebagai satu simbol status dia dalam masyarakat. Kau nak kenal orang ni senang aje, kau tanya dia stroller mana yang elok untuk anak kau.

Dia akan jawab McLaren atau apa2 brand yang harga dia cecah seribu atau lebih seribu. Aku sebagai seorang bapa cheapskate, aku habaq hang....kau ada nampak brand SweetCherry yang nampak cikai dan harga kadang2 tak sampai dua ratus? Itu dah ok. Kau nak brand local? Ada brand MyDear. Yang tu lagi elok cuma design dia agak out sket.

Jangan buang duit untuk stroller anak kau sebab kau perlu ingat, kau tidak menggunakan stroller anak untuk tunjuk kau bagus. Siapa terasa, dia terasa.

Aku rekemen : kau beli aje stroller yang kau rasa ok dan buang dalam kepala kau yang anak kau akan lebih selesa dengan stroller beribu2 ringgit sebab.....stroller, semua sama aje. Kalau selesa sangat, yang kau pegi pasang kipas dekat anak kau dalam stroller mahal tu kenapa? Bukan ke stroller mahal ada air cond?

3. Penjual Botol Mahal Kerana Dia Mahu The Best For Your Child Too

"Hey, apa pulak nak bagi botol murah? Kita sendiri tak tau apa material dia buat, tah2 ada BPA? Kenapa kedekut sangat nak beli botol branded yang terjamin kualitinya ni?"

Samalah seperti biasa, kalau kau jumpa golongan mak bapak banyak duit ni.,..dia akan pesan suruh beli Avent...brand import tu. Buatan Holland! Atau Tommie Tippie! Atau NUK!

Dalam bab botol, teknik kau sepatutnya camni. Start dari yang paling murah kemudian kau work your way up. Kau beli botol yang Rm6 satu, kau bagi anak kau. Tengok dia nak tak. Kalau dia tak nak, beli yang Rm10. Tak nak jugak? Upgrade yang Rm12.

Jika ada mak bapak yang rekemen beli botol mahal ni sebab "ia bagus dan kau sepatutnya nak yang terbaik untuk anak kau" just mintak tolong diorang belikan untuk anak kau.

Aku rekemen : botol Anakku...satu plastik ada 3 botol, Rm12. Puting silicone biasa 4 ringgit dapat 3. Tak perlu puting latex atau fancy2 ni. Botol pun takyah carik yang "imported" atau "branded" ni. Just carik yang bpa free.

..........

Jadi, apa kesimpulan yang kau boleh dapat hari ini?

Kadang2 ada sesetengah orang, oleh kerana terlalu mementingkan material, mereka tidak sedar mereka jadi materialistik.

Esok, kita kaji lagi satu golongan lain yang aku sure lebih seronok untuk dibincangkan. Pastikan kau kembali jika kau terasa dengan artikel ini kerana aku sure, esok kau mesti maki hamun aku.

Sekian terima kasih.

September 05, 2014

Awkward Agama : Bak Sini Bini Kau Bagi Aku Peluk

Dari dulu lagi aku tak dapat memahami satu benda.

Benda ni kau boleh tengok dekat dalam media kita. Aku bercakap mengenai "macam mana seorang yang kau kahwini, kau boleh biarkan dia berpeluk dengan orang lain yang bukan kau?"
Ini semua perkara-perkara yang kita boleh nampak jadi dekat pelakon. Penyanyi rasanya kurang, melainkan diorang berduet dan ada "memerlukan" peluk-peluk pinggang.

Aku cukup tak faham macam mana seseorang itu boleh terima kau punya jodoh, boleh pegang dan bermesra dengan orang lain, boleh peluk-peluk berpimpin tangan dengan orang yang bukannya mahram dia pun.

AKU TAK PAHAM KENAPA KAU BOLEH ACCEPT BENDA TU?

Aku sebagai seorang lelaki pun panas aje hati kalau aku bayangkan ada orang lain peluk bini aku. Itu baru bayangkan. Belum lagi masuk alasan "perlu dipeluk untuk mencari rezeki yang halal" macam ramai pelakon kita buat.

Nak jadi pelakon, kenala bersedia memeluk atau dipeluk pelakon lain.

Baru fikirkan aje dah menyirap kepala aku, ini pulak kalau benda tu dah la betul-betul terjadi dan yang paling ajaibnya, dia boleh bagi satu Malaysia tengok pasangan dia bermesra dengan orang lain....dan bangga kalau pasangan dia dapat award atas "kerja mencari rezeki" yang dia lakukan tu.

AKU TAK PAHAM MACAM MANA KAU BOLEH ACCEPT BENDA TU!

Macam ada something wrong dengan kau, kalau kau boleh bagi bini kau, suami kau, pegang-pegang dengan orang lain. Macam aku boleh peluk bini kawan-kawan aku atau aku bagi kawan2 aku peluk bini aku. Itu tanda kau dah gila la kan kalau kau dah mampu terima benda camtu?

Kau tau apa penyebab mentaliti camni?

Kita mengasingkan bab professional dan bab personal.

Seperti yang dinasihatkan oleh seorang lelaki Morocco kepada kawan aku dan kawan aku sampaikan dekat aku..."kau ada berapa hati? Kau ada berapa akal? Mana logiknya seseorang manusia itu boleh asingkan hal professional dan hal personal dalam hidup dia?"

Tak logik.

Sebab bila kau asingkan benda tu, kau dah buang satu benda paling penting, spirituality kau. Kau takkan sukses kalau kau bukan seorang personality yang baik dan kau tak akan ada disiplin akhlak yang baik jika kau tak professional.

Bila kau asingkan dua2 part tu, kau sebenarnya buang kau punya sempadan diri.

Tapi masyarakat kita digalakkan untuk asingkan benda tu. Work life asing. Personal life asing. Memang ada part kita kena asingkan, macam seorang cikgu yang sedang PMS tak sepatutnya maki kelas dia tanpa sebab atau seorang engineer tak sepatutnya rosakkan machine drilling dekat laut hanya kerana bini dia tak bagi apa yang dia nak sebelum dia bertolak ke offfshore.

Masalahnya, bila kau asingkan benda tu, kau bukan normal lagi dah.

Jadilah kau golongan macam "suami aku peluk-peluk untuk berlakon, dalam drama, boleh. Tapi jangan peluk laki aku depan aku aa!"

Aku rasa orang yang dapat terima suami atau isteri dia perlu bermesra dengan orang lain, atas dasar professionalisme...adalah orang2 yang sebenarnya mentally tak betul.  Mulut aje cakap sayang laki, sayang bini...tapi....realitinya, professionalism mengatasi rasa sayang dia ke atas jodoh dia.

So, macam mana aku nak dapat jawapan pasal "wabak" ni?

Aku perlu melaluinya sendiri la kot. Mungkin aku perlu peluk perempuan lain, rekod dalam video dan tunjuk dekat bini aku. Kalau bini aku marah, itu maknanya dia peduli. Kalau dia suruh buat lagi video camtu....mungkin dah tiba masanya aku perlu ambik kelas lakonan dan cuba nasib sebagai pelakon.

Hopefully isteri aku tak marah dan faham, ini semua hal professional dan aku, takkan arouse langsung, kalau berlakon adegan ranjang dalam filem.

September 04, 2014

Cerpen Masyarakat : Ayah, Daughter dan Eddie Vedder

Maliki menaip-naip di komputernya sambil mendengar lagu "Daughter" dendangan Pearl Jam bermain. Dalam kepalanya sayu memandangkan tidak banyak lagu sebegitu ditulis pada zaman moden ini. Jiwa "rock and roll" sudah dikuasai oleh penyanyi-penyanyi seperti Taylor Swift atau yang lebih menaikkan darahnya, bila dia dapat tahu penyanyi bernama Lorde kini boleh dikategorikan sebagai muzik "rock."

"Don't call me daughter, not fit to...the picture kept will remind me.." Suara kasar Eddie Vedder mengalunkan lagu membuat Maliki terbuai-buai sambil mulutnya mengikut rentak lagu.

"Abah....Ina tak boleh tidur la.."

Maliki berpusing memandang anaknya. Maliki senyum melihat rambut anaknya yang agak bergulung-gulung yang diwarisi dari rambutnya. Orang kata rambut dreadlock free.

"Mak dengan Sin dah tidur ke?" tanya Maliki, mahu tahu sama ada Izana dan Hussin, anak ke dua mereka sudah terlelap.

"Dah bah.." jawab Ina. "Hussin tadi dia tak bagi Ina peluk mak," rungut Ina. Maliki mengangguk. Dia dah faham benar "perang dingin" yang berlaku antara kedua-dua anaknya yang selalu berebutkan ibunya.

"Abah buat apa tu bah?" tanya Ina lalu melangkah masuk ke bilik Maliki, sebuah pejabat mini lengkap dengan komputer dan sistem teater rumah sebagai tarikan utamanya. "Ni ha, abah tengah siapkan slide untuk pakai esok. Esok abah ada presentation besar Na," jawab Maliki. Ina mengangguk konon faham.

Ina melangkah lalu memanjat riba Maliki. Maliki sedar Ina memang lebih rapat dengannya berbanding Hussin. Apatah lagi semenjak Hussin ada. Kadang-kadang mahu juga terpacul ayat "Ina anak ayah" dari mulut Maliki ketika dia sangat bahagia tapi dikawal sebaik mungkin takut Hussin terasa hati. Dia cuba sedaya upaya berlaku adil agar tidak ada gejala "siapa pilihan aku" berlaku.

Tapi hatinya terpaksa mengakui, Hasnah Zarina memang manja dengannya.

"Abah abah! Esok kita pergi jalan-jalan nak tak?" tanya Ina.

"Nak pergi mana?" tanya Maliki sambil tangannya terus menekan butang tetikus.

"Kita pergi beli patung Frozen, nak tak?" tanya Ina berhasrat besar. Maliki diam sebentar. Bulan tersebut dia memang sesak sedikit memandangkan insurans kereta perlu diselesaikan. Lagu "Daughter" tadi masih lagi bermain tapi sudah diperlahankan. Maliki melakukan sedikit kira-kira dalam otaknya. Almaklumlah, barang permainan kanak-kanak sekarang ni, harganya paling kurang sama dengan gaji sehari pekerja am di merata tempat.

"Kita pergi hujung minggu ni ye," jawab Maliki. "Ok!" sahut Ina girang. Ina tiba-tiba menguap besar.

"Tutup mulut tu....nanti syaitan masuk.." pesan Maliki. Ina sengih. Matanya kuyu nak terlelap. "Abah, sedap la lagu ni...siapa nyanyi?"

"Pearl Jam..." jawab Maliki.

"Macam jam yang kita makan tu ke bah?" tanya Ina ikhlas.

"Haha, taklah..." Maliki mendukung Ina yang rasanya semakin berat kerana badannya sudah hampir terlelap. Maliki bangun mengangkat Ina lalu mula melangkah ke bilik tidur mereka. Ina yang baru sahaja 4 tahun masih lagi tidur bersama-sama mereka untuk sementara kerana ida takut anaknya itu rasa diabaikan selepas ada adik kecil.

Lampu berwarna kuning bercahaya melimpah keluar dari pintu bilik mereka. Maliki memulas tombol pintu sambil mendukung Ina sebelah tangan. Nampak anaknya Hussin sedang memeluk lengan isterinya. Botol susunya sudah habis diteguk dan masih lagi digigit oleh mulutnya.  Maliki senyum.

Barulah dia perasan, Ina sedang berbaring di sebelah ibunya sambil memeluk ibunya dari belakang.

"Don't call me daughter, not fit to be...sedap lagu Pearl Jam tu kan abah....."  Ina yang berada dalam pangkuannya berbisik perlahan.

Pandai pulak Ina berbahasa Inggeris tiba-tiba.

September 03, 2014

Balada Pantun : Aku, Drama Islamik Moden dan Ustazah Mee Segera


Bukak TV hari-hari,
Aku nampak benda sama,
Semua orang Melayu kini,
Galak berlakon drama agama.

Tajuk drama mesti Islamik
Yang free hair pun jadi hijabista
Tapi kadang-kadang aku pun pelik
Laki perempuan rapat bersama

Yang lelakinya dijadikan alim
Yang perempuan dituliskan baik
Skrip ditulis "Drama Muslim"
Tapi hasilnya banyak bertaik

Atas katil bermanja-manja
Konon dah kahwin jadi tak apa
Kepala hotak kau la gila
Dalam drama mana boleh kira

Si lelaki mulut sebut "ingat Tuhan"
Si wanita asyik ingatkan "kuasa Tuhan"
Kau bukannya laki bini pun setan!
Apahal berjalan nak pimpin2 tangan?

Itulah dia drama Islamik kita
Nak buat pahala terbuat dosa
Habis shooting "ARGH RIMASNYA!"
Tudung tanggal tah ke mana

Tah hapa la kita ni
Orang kita ni taksub sangat
Asal "Islamik" semua jadi
Tak peduli dah pasal aurat

Satu persoalan tak ada ubatnya
Dari dulu lagi aku bertanya-tanya
"Drama Islamik" ni tak ada kisah lain ka?
Balik-balik drama bertemakan cinta

Drama Islamik, bertemakan cinta
Asal Islamik, semua cuba suka.
Sebab tu la kot Ustazah Ekspress bercambah
Gejala "Aku Islamik" excited berhijrah

September 02, 2014

Cucu Anda Bertanya," Atuk! Atuk! Kenapa Ada Kaabah Dekat Las Vegas?"

One of Islam’s most revered holy sites – the tomb of the Prophet Mohamed – could be destroyed and his body removed to an anonymous grave under plans which threaten to spark discord across the Muslim world.

The controversial proposals are part of a consultation document by a leading Saudi academic which has been circulated among the supervisors of al-Masjid al-Nabawi mosque in Medina, where the remains of the Prophet are housed under the Green Dome, visited by millions of pilgrims and venerated as Islam’s second-holiest site. The formal custodian of the mosque is Saudi Arabia’s ageing monarch King Abdullah.

The plans, brought to light by another Saudi academic who has exposed and criticised the destruction of holy places and artefacts in Mecca – the holiest site in the Muslim world – call for the destruction of chambers around the Prophet’s grave which are particularly venerated by Shia Muslims.

The 61-page document also calls for the removal of Mohamed’s remains to the nearby al-Baqi cemetery, where they would be interred anonymously.

There is no suggestion that any decision has been taken to act upon the plans. The Saudi government has in the past insisted that it treats any changes to Islam’s holiest sites with “the utmost seriousness”

Al-Nabawi mosque around the tomb has been expanded by generations of Arabian rulers, particularly the Ottomans. It includes hand-painted calligraphy documenting details of the Prophet’s life and his family. Dr Alawi said the plans also call for these to be destroyed as well as the Green Dome which covers the Prophet’s tomb.

The Prophet is venerated by both branches of Islam, Sunni and Shia. The strict Wahhabi sect is a branch of the Sunni faith, however, and removing the Prophet could further inflame tensions between the two groups .

The current  crisis in Iraq has been blamed on the Shia former Prime Minister Nouri al-Maliki’s sectarianism, which alienated the Sunni, leading to the uprising. Isis, also known as Islamic State, which holds swathes of Iraq and Syria, and which murdered the American journalist James Foley, is a Sunni organisation.

Mainstream Sunni Muslims would be just as aghast at any desecration of the tomb as the Shia, Dr Alawi said.

The Independent has previously revealed how the multibillion-pound expansion of the Grand Mosque has, according to the Washington-based Gulf Institute, led to the destruction of up to 95 per cent of Mecca’s millennium-old buildings. They have been replaced with luxury  hotels, apartments and  shopping malls.

King Abdullah has appointed the prominent Wahhabi cleric and imam of the Grand Mosque, Abdul Rahman al-Sudais, to oversee the expansion project – necessary to cope with the huge number of pilgrims who now visit each year.

Dr Alawi says the consultation document for the al-Nabawi mosque in Medina, by the leading Saudi academic Dr Ali bin Abdulaziz al-Shabal of Imam Muhammad ibn Saud Islamic University in Riyadh, has been circulated to the Committee of the Presidency of the Two Mosques.

Several pages of the consultation document have just been published in the presidency’s journal. They call for the destruction of the rooms surrounding the tomb – used by the Prophet’s wives and daughters, and venerated by the Shia because of their association with his youngest daughter, Fatima.

The document also calls for the Green Dome, which covers the tomb and these living quarters, to be removed, and the ultimate removal of the Prophet’s body to a nearby cemetery.

The al-Baqi cemetery already contains the bodies of many of the Prophet’s family, including his father who was removed there in the 1970s, Dr Alawi said. In 1924 all the grave markers were removed, so pilgrims would not know who was buried there, and so be unable to pray to them.

“The Prophet would be anonymous,” Dr  Alawi added. “Everything around the Prophet’s mosque has already been destroyed. It is surrounded by bulldozers. Once they’ve removed everything they can move towards the mosque. The imam is likely to say there is a need to expand the mosque and do it that way, while the world’s eyes are on Iraq and Syria. The Prophet Mohamed’s grave is venerated by the mainstream Sunni, who would never do it. It is just as important for the Shia too, who venerate the Prophet’s daughter, Fatima.

“I’m sure there will be shock across the Muslim world at these revelations. It will cause outrage.”

The Independent was unable to contact the Saudi Arabian embassy, but it said in a statement last year: “The development of the Holy Mosque of Makkah al-Mukarramah [Mecca] is an extremely important subject and one which the Kingdom of Saudi Arabia, in its capacity as custodian of the two holy mosques, takes with the utmost seriousness. This role is at the heart of the principles upon which Saudi Arabia is founded.”

.................

Aku share dulu. Ini berita semua datang dari UK dan media Eropah. Mungkin ini propaganda. So, berhati2.

Tapi memandangkan Mekah sendiri sudah jadi satu tempat yang membeza2 kan faktor kewangan sesama Islam sendiri sama ada dia mampu atau tidak, padahal Mekah adalah tempat di mana semua orang Islam sama darjat...kau buat la konklusi sendiri.

Apa salah satu tanda kiamat? Orang berebut bina bangunan tinggi.  Kat mana kau boleh nampak tanda tu?

Sebelah Kaabah. Hahaha. Aku takut betul satu hari nanti, anak cucu kita takleh bezakan Kaabah dengan Las Vegas.