Melihat apa yang terjadi dan pelbagai reaksi yang sedang ditunjukkan oleh kerajaan khasnya pihak menteri berkaitan dengan kemahuan Chin Peng yang ingin ditanam di Malaysia, aku terfikir ;
Apa yang akan berlaku kalau Anwar Ibrahim meninggal nanti? Adakah ;
1. Akan ada front page Utusan yang tertulis "Perginya Perwira Negara" ?
2. Ataupun wajah Saiful Bukhari bersyukur sambil headline "Saya Maafkan Dia"
3. Mungkin juga akan ada gambar Anwar Ibrahim melambai sambil headlinenya "Berakhirnya Reformasi"
Tapi bila kau tengok balik tindakan dan mentaliti kerajaan ketika ini, aku tak terkejut kalau hari Anwar Ibrahim meninggal nanti, Utusan Malaysia keluar frontpage "Anwar Ibrahim Meninggal....Yahoo!" dan Menteri Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan agar Anwar Ibrahim tidak ditanam di Malaysia kerana dikhuaitiri kuburnya akan dijadikan ikon kepada pergerakan menjatuhkan kerajaan.
Kau takleh terima apa yang Chin Peng lakukan, pada aku tak ada masalah. Dia komunis, ya betul, dia bunuh itu dia bunuh ini. Terpulang kepada penilaian masing-masing....tapi........kenapa...pada Hari Ahad hari tu, aku balik melalui Jalan Lister, Kuala Pilah. Jalan itu dinamakan sedemikian sempena mengingati Martin Lister, Residen British Pertama di Negeri Sembilan.
Kau nak sesuatu dinamakan sempena nama kau, kau mesti menyumbang pada negara, betul? Persoalan aku adalah ; kenapa kadang2, aku merasakan, budaya dan cara hidup kita tidak mengajar diri kita membenci penjajah? Sedangkan, mereka tu, penjajah. Penjajah! The so called colonial masters!Walau sebesar mana pun sumbangan si Martin Lister ni, asasnya, dia penjajah, kan?
Tak pernah lagi aku nampak percubaan RTM untuk meniup semangat anti penjajah secara besar-besaran. Balik2 anti Anwar Ibrahim, anti Pembangkang, Anti Komunis dan Anti Cina DAP. Cerita pasal zaman sebelum merdeka dulu pun, yang buruk, mesti komunis aje...penjajah, seolah-olah hero.