Ogos 21, 2013

Panduan Saringan Awal Kepada Calon Penjawat Awam Supaya Tidak Kecewa Dikemudian Hari


Kalau benda macam ni pun seorang menteri try nak justifykan,
kau tak rasa malu ke kalau kau pangkah Barisan Nasional hari tu?

Ogos 20, 2013

Penyokong UMNO Tiada Seorang Pun Yang Menghadapi Masalah Membayar Pinjaman PTPTN


Terima kasih dan tahniah lah kepada mereka2 yang pangkah Barisan Nasional dan juga peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Sebab aku sure korang, ya korang, golongan yang memenuhi kriteria

a. Pangkah BN
b. Peminjam PTPTN

...tidak akan diblacklist oleh pihak bank kalau2 kau nak buat loan rumah. Sebab kita semua sedia maklum, hanya yang pangkah pembangkang sahaja yang bakal kena blacklist ni, sebab hanya penyokong Pembangkang liat nak bayar PTPTN.

Betul kan?

Betul. It's a fact penyokong BN adalah PEMBAYAR TEGAR PTPTN! Statistik ini disahkan sendiri oleh kerani PTPTN yang aku kenal, dia kata semua yang bayar PTPTPN adalah ahli kuat UMNO. Jadi, jika kerajaan melaksanakan langkah menghalang peminjam PTPTN daripada membuat pinjaman rumah dan kereta, aku cukup sokong lah.

Ini adalah satu langkah kerajaan yang cukup bagus sebab aku sure, yang akan merasai kesannya hanyalah penyokong pembangkang yang hina dan tak cukup duit, sebab tu diorang kena buat pinjaman. Penyokong kerajaan, apa perlu dirisaukan?

Kita semua sudah sedia maklum orang2 yang menyokong kerajaan adalah orang2 yang mampu beli rumah dan kereta cash. Kenapa perlu takut blacklist loan kalau duit sendiri pun poket tak mampu nak tampung?

So, biarkanlah macai2 Anwar macam aku kepanasan.
Kami bukannya suara majoriti pun.


Ogos 19, 2013

Setelah Lama Tak Berjumpa, Sepupuku Tiba-Tiba Jadi Hot Lalu Kuhulurkkan Tangan Bersalaman dan Ku Kucup Tangannya

Macam mana raya?
Ada rasa seronok?

Cuba imbau kembali time raya yang baru sudah ni. Ada tak waktunya kau berada dalam dilema? "Dilema apa kau maksudkan ni?" tanya kau. Aku selalu tulis pasal benda ni. Cuma dulu lepas aku tulis dulu, ramai kata aku tak sporting. Aku, masih lagi tiap2 kali raya, dalam dilema. Dilema bersalam dengan orang yang tak patut aku salam. Aku harap kau pun sama lepas ni.

Mungkin pada kau benda ni kecik, takde masalah, takde perlu dirisaukan. Even dalam agama sendiri dah kata, kalau terpaksa, sambut aje la salam...tapi, berapa lama lagi nak kena sambut? Kau ada menghadapi dilema tu? Aku rasa yang lelaki ni, lebih ramai menghadapi dilema macam mana nak salam dengan sepupu yang tiba2 jadi hot.

Takkanlah orang kita susah benar nak paham, sepupu laki dengan pempuan, takleh salam. Menantu dengan adik beradik mertua lain jantina takleh salam. Susah benar ke nak paham?Ataupun, dalam keadaan macam ni, ikatan kekeluargaan tu dah oevrwrite hukum yang sepatutnya digunapakai?

Ye lah, kadang2 ada sesetengah family sepupu sepapat ni diadah jadi rapat sangat sehinggakan dah jadi macam adik beradik. Jadi abang sepupu dah dianggap macam abang sendiri, mak bapak si gadis ni pulak yang mengarahkan anak gadis gi salam bukan mahram dia.

Kau ada alami dilema tu masa raya hari tu?

Kalau kau ada menghadapi dilema time nak bersalam-salaman ni, satu cara yang aku perasan berjaya setakat ni, adalah dengan tak hulur tangan dulu. Tak kiralah apa cara sekalipun. Kemudian kau tunduk hormat macam orang Jepun..sambil cakap "HAIT!"

Insya Allah raya tahun depan takde dah orang nak salam dengan kau.

Seriously, benda ni memang payah nak diperbetulkan. It will take time. Tapi kita harus start somewhere. Once kau dah terasa ada dilema dalam diri kau nak bersalam-salaman dengan sepupu2 kau tu adalah satu permulaan yang bagus. Pepatah orang Melayu mengatakan, yang tua ni banyak pengalamannya. Tapi dalam bab, aku rasa, kita tinggalkanlah budaya melayu ni yang merepek, kuno dan salah.

Kalau mak bapak kau tegur kau sebab tak bersalam-salaman ni...kau tegur diorang balik. Sebab kadang2, untuk certain situation, untuk buat benda betul, kita kena buat benda yang semua orang katakanlah salah. Tegur mak bapak kau kalau diorang tak sedar yang benda tu salah. Kemudian tegur lah lagi sapa2 lagi, atuk kau ke, nenek kau ke, makcik kau ke, kalau ada yang sound kau sebab tak nak salam "adik-beradik" kau.

Baru rock! Sebelum ada orang "ini semua benda kecik! Mantot, kau aje yang lebih2 pasal benda ni!" Aku nak jelaskan, kau salah. Yang ada rasa dilema, aku ucapkan, tahniah!

Ogos 15, 2013

Mari Cek Kalau Ada Abang, Adik,Abah Atau Boifren Anda Yang Hardgay!

Semenjak dua tiga tahun lepas, kalau kau perasan lah, wujud satu desakan oleh masyarakat dunia untuk "menghalalkan" pasangan sama sejenis. Benda ni jadi makin lantang bila Obama sendiri menyatakan sokongan dia (secara tak terbuka) yang menunjukkan,  dia liberal, cool dan ok dengan orang gay.

Sebab itu jugak lah bila kau layan kebanyakan filem English, ada dimasukkan unsur2 gay dan lesbian ni dalam kebanyakan cerita diorang. Itu termasuklah juga tekanan masyarakat diorang yang membuatkan orang2 gay ni disanjung dan dianggap cool...macam Neil Patrick Harris.

Bila orang putih buat, takde la pelik sangat tapi bila filem Hindustan buat sekali, benda tu jadi pelik lak pada aku. Aku tak tau apa tajuk filem tu tapi sinopsis dia lebih kurang ada dua lelaki, housemate, dapat housemate perempuan...sebab diorang mengaku diorang gay. Padahal, dua2 tu straight. Jom kita cek apa agama dua pelakon tu.....

Unsur pondan dan gay ni sebenarnya dah banyak ditayangkan dalam negara kita. Antaranya watak Sam dalam sitkom "2+1" dan watak Moon dan Dee dalam siri "Jangan Ketawa." Tapi bila masuk bab gay ni, aku jadi geli sikit...sebab aku meremang tengok lelaki tough pakai singlet dan seluar ketat....mungkin aku pun ada sikit2 hidden gay attribute.

Kalau kau bukak mata kau luas2....ramai gila gay kat Malaysia ni. Mungkin diorang wannabe Gay tapi kalau dah nak menjadi wannabe gay, ter-jadi gay betul2 karang, hahaha. Berak pun senang. Ramai betul sekarang dan kebanyakannya dah makin open menunjukkan yang diorang tu gay. Melayu? Ramai!

Kenapa aku menulis pasal benda ni?

Aku tak sure kenapa.

Aku rasa berpunca daripada ramai betul gay yang aku menyampah tengok dekat Facebook aku. Atau mungkin juga sebab ada seorang gay yang aku kenal, setiap hari kerja dia post pasal bersyukurnya dia dapat hidup dekat bumi Tuhan ni tapi malam2 dok tadah mulut nak blowjob orang lain. Takut Tuhan masa2 tertentu aje.

Dan di sini lah problemnya. Makin lama tekanan masyarakat dunia yang ingin menghalalkan gay dan lesbian ni, auranya akan sampai kat Malaysia. Waktu itu, ada kemungkinan kalau kau tak sapot gay dan lesbian ni, kau akan dipandang serong...sebab kau tak cool. Dunia sekarang ni mementingkan orang2 yang cool dengan semua benda walaupun salah benda tu.

Jadi, aku nak korang bukak Google sekarang.
Search "Abnormal is Normal."

Kemudian kalau kau jumpa abang kau ke, adik kau ke, abah kau ke, boifren kau ke, kau datang sini balik dan berterima kasih dengan aku. Siapa rasa geli nak tengok, ingat, dia tidak cool. Tak macam Obama, Neil Patrick Harris, Ellen De Generes atau dua tiga orang selebriti Melayu.

Persoalan aku kepada anda hari ini;

1. Perlukah kita peduli seseorang itu gay atau tidak sebelum kita sanjung atau minat dia?

2. Adakah aku berperangai buruk kalau aku tak anggap seorang gay Melayu tu kawan aku?

3. Kalau kau ada kawan gay dan lesbian dan kau cool dengan benda tu biasa/normal, itu maknanya kau accept diorang camtu. Boleh ke kita anggap benda tu normal?

4. Sebagai orang Islam, bolehkah kita membenci gay? Kalau kita benci gay, macam mana kau nak mendekati golongan gay ni kan? Tu lah polemik dakwah ni..

ps- thank you kepada kawan aku sebab share link gay Melayu tu. Banyak lagi....cuma aku tak sanggup nak browse. Diorang bukan privatekan pun sebab gay cool dan siapa yang tak suka, kuno dan primitif.


Ogos 14, 2013

Mak dan Ayah Anda Berikan Anda Kemudahan Internet Supaya Lelaki Lain Enjoy Ghairah Tengok Anda

Kau pernah pikir tak apa jadi dengan gambar-gambar kau yang kau letak kat Facebook? Soalan ini aku tujukan khas untuk kaum wanita....Ada pernah tak kau fikir ke mana perginya gambar kau? Kalau kau tak tau, mari aku terangkan kat sini apa selalunya terjadi dengan gambar kau.

1. Ada jenis mamat pervert yang jenis simpan gambar gadis-gadis Melayu yang hot dalam PC dia untuk dijadikan bahan tatapan.

2. Ada jenis mamat pervert yang jenis simpan gambar gadis-gadis Melayu yang hot dalam PC dia untuk dijadikan bahan lancapan. Nampak perbezaan dengan point nombor satu?

3. Ada juga yang sekadar saja suka-suka share gambar kau supaya lelaki2 gersang di internet ni judge kau. Judge muka, judge pinggang. Sudah pastilah mereka juga akan judge figure kau. Selalunya terjadi di forum2.

4. Bila dah share dekat forum, mesti yang akan mintak link akaun Facebook kau, jadi kau akan dapat stalker Facebook.

5. Ada jugak spesis lelaki yang create blog atau akaun Twitter dan dia akan compilekan gambar2 korang dalam akaun dia tu supaya mudah lelaki2 lain dapat tengok kecantikan kau. Antaranya adalah...ah, aku tak nak bagi, kau carik sendiri.

Basically selalunya, itulah yang berlaku. Semua itu bergantung kepada wajah kau. First sekali, spesis2 ni akan tengok wajah dulu. Wajah cun? Diorang akan mintak gambar tak bertudung. Dah post gambar tak bertudung, diorang akan mintak gambar seksi...selalunya gambar seksi yang ada, adalah gambar minah yang baru bangun tidur pakai short atas katil dengan muka mamai kononnya...seksi la.

Yang aku pelik, macam mana diorang ni boleh dapat gambar kau?

Kau ni ;

1. Bodoh sangat ke sampai gambar kau pakai short atas katil kau post supaya ramai orang tengok?

2. Gila sangat publisiti ke sampaikan kau rasa diri kau best sebab ramai lelaki jadikan kau bahan onani?

3. Memang serba-serbi baghal sampaikan kau sendiri tak dapat fikir consequence yang mungkin berlaku dengan kau?

.....................

Seolah-olah bila ada aje permintaan lelaki2 gersang ni nak tengok gambar gadis Melayu, ada aje la sumber dia. Kau nak gambar macam mana? Gambar pakai baju kebaya tapi peha nampak? Ada! Gambar pakai baju kurung tapi duduk terkangkang? Ada. Bila ada permintaan mesti ada supply oleh gadis2 Melayu yang rela. AKU TAK PAHAM KENAPA!Sekarang ni, geng2 ni tengah compile gambar2 awek Melayu yang hot pakai baju raya.

Yang aku pelik, dia boleh dapat gambar pakai baju raya...dia jugak boleh dapat gambar kau tunjuk peha dan kaki kau masa raya. Apa kejadahnya kau cuba lakukan wahai gadis?

Sedarlah, satu2 nya benda yang jelas lelaki2 gersang ni selalu buat adalah mereka anggap gadis2 ni sebagai object for lust. Sedap ditengok, bagi komen, bagi markah, komen cantik ke tidak. Yang mana tak cantik, diorang kutuk, yang mana tak berdada hebat dikatanya airport. Kau suka dipandang macam tu? Kalau kau suka, teruskan share gambar2 kau, dah alang2, share gambar bogel terus tapi censoredkan la mana yang tak patut. Nak tangkap gambar blue pun, kita kena jaga adab budaya orang timur, hahaha.

Tapi kepada yang takut dan gambar dia dah terlepas, aku nasihatkan, baik stop. Stop share gambar kau tak kiralah gambar kau tutup aurat sekalipun...sebab imaginasi lelaki ni ganas,  dapat tengok muka pun kadang2 boleh orgasm sebab imaginasi dah tampung macam mana rupa bentuk badan kau.

Macam mana aku boleh tau benda ni?

Sebab satu masa dulu, aku sama aje macam diorang. Bukan setakat aku aje. Yang sekeliling aku pun sama jugak. Cuma, dulu, tak sesenang sekarang. Perempuan muda zaman sekarang ni, makin banyak cara nak jual badan yang terdedah, makin ramai lah yang harganya jatuh jualan murah.