Kau pernah pikir tak apa jadi dengan gambar-gambar kau yang kau letak kat Facebook? Soalan ini aku tujukan khas untuk kaum wanita....Ada pernah tak kau fikir ke mana perginya gambar kau? Kalau kau tak tau, mari aku terangkan kat sini apa selalunya terjadi dengan gambar kau.
1. Ada jenis mamat pervert yang jenis simpan gambar gadis-gadis Melayu yang hot dalam PC dia untuk dijadikan bahan tatapan.
2. Ada jenis mamat pervert yang jenis simpan gambar gadis-gadis Melayu yang hot dalam PC dia untuk dijadikan bahan lancapan. Nampak perbezaan dengan point nombor satu?
3. Ada juga yang sekadar saja suka-suka share gambar kau supaya lelaki2 gersang di internet ni judge kau. Judge muka, judge pinggang. Sudah pastilah mereka juga akan judge figure kau. Selalunya terjadi di forum2.
4. Bila dah share dekat forum, mesti yang akan mintak link akaun Facebook kau, jadi kau akan dapat stalker Facebook.
5. Ada jugak spesis lelaki yang create blog atau akaun Twitter dan dia akan compilekan gambar2 korang dalam akaun dia tu supaya mudah lelaki2 lain dapat tengok kecantikan kau. Antaranya adalah...ah, aku tak nak bagi, kau carik sendiri.
Basically selalunya, itulah yang berlaku. Semua itu bergantung kepada wajah kau. First sekali, spesis2 ni akan tengok wajah dulu. Wajah cun? Diorang akan mintak gambar tak bertudung. Dah post gambar tak bertudung, diorang akan mintak gambar seksi...selalunya gambar seksi yang ada, adalah gambar minah yang baru bangun tidur pakai short atas katil dengan muka mamai kononnya...seksi la.
Yang aku pelik, macam mana diorang ni boleh dapat gambar kau?
Kau ni ;
1. Bodoh sangat ke sampai gambar kau pakai short atas katil kau post supaya ramai orang tengok?
2. Gila sangat publisiti ke sampaikan kau rasa diri kau best sebab ramai lelaki jadikan kau bahan onani?
3. Memang serba-serbi baghal sampaikan kau sendiri tak dapat fikir consequence yang mungkin berlaku dengan kau?
.....................
Seolah-olah bila ada aje permintaan lelaki2 gersang ni nak tengok gambar gadis Melayu, ada aje la sumber dia. Kau nak gambar macam mana? Gambar pakai baju kebaya tapi peha nampak? Ada! Gambar pakai baju kurung tapi duduk terkangkang? Ada. Bila ada permintaan mesti ada supply oleh gadis2 Melayu yang rela. AKU TAK PAHAM KENAPA!Sekarang ni, geng2 ni tengah compile gambar2 awek Melayu yang hot pakai baju raya.
Yang aku pelik, dia boleh dapat gambar pakai baju raya...dia jugak boleh dapat gambar kau tunjuk peha dan kaki kau masa raya. Apa kejadahnya kau cuba lakukan wahai gadis?
Sedarlah, satu2 nya benda yang jelas lelaki2 gersang ni selalu buat adalah mereka anggap gadis2 ni sebagai object for lust. Sedap ditengok, bagi komen, bagi markah, komen cantik ke tidak. Yang mana tak cantik, diorang kutuk, yang mana tak berdada hebat dikatanya airport. Kau suka dipandang macam tu? Kalau kau suka, teruskan share gambar2 kau, dah alang2, share gambar bogel terus tapi censoredkan la mana yang tak patut. Nak tangkap gambar blue pun, kita kena jaga adab budaya orang timur, hahaha.
Tapi kepada yang takut dan gambar dia dah terlepas, aku nasihatkan, baik stop. Stop share gambar kau tak kiralah gambar kau tutup aurat sekalipun...sebab imaginasi lelaki ni ganas, dapat tengok muka pun kadang2 boleh orgasm sebab imaginasi dah tampung macam mana rupa bentuk badan kau.
Macam mana aku boleh tau benda ni?
Sebab satu masa dulu, aku sama aje macam diorang. Bukan setakat aku aje. Yang sekeliling aku pun sama jugak. Cuma, dulu, tak sesenang sekarang. Perempuan muda zaman sekarang ni, makin banyak cara nak jual badan yang terdedah, makin ramai lah yang harganya jatuh jualan murah.