Ogos 06, 2013

White Spiritual Boy Raja Utusan Allah Smells Like Teen Spirits


Kenapa makin lama makin ramai orang yang pelik2 ni?
Raja Utusan Allah Akhiruzaman FASA 1?

Fasa 2 camne?

Kita dah ada ; 
1. Rasul Melayu
2. Raja Kerajaan Langit
3. Pemilik sebenar Lahad Datu
4. Raja Sebenar Langkasuka
5. Melayu Pembantu Kepada Maharaja Cina
6. Penjual 'air mineral' dari sarang anai-anai yang makan 22 juzuk Quran

Esok2 mungkin ada ; 

1. Assistant Malaikat
2. Rasul Kepada Parti DAP
3. Maharaja Malaysia
4. Penjaga Masa dan Waktu
5. Gadis Melayu penebus dosa


Ogos 04, 2013

Allah Pun Endorse UMNO Bro!


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.

...................


Banyak kelakar lah ini kerajaan! Bila nak keluarkan hiasan rumah bertulisan Allah, Muhammad dan UMNO satu set?

Jual RM50 Insya Allah ada orang beli. Eh, lupa, aku takleh pakai Insya Allah....sebab aku pangkah bukan UMNO. Nanti orang UMNO marah. Kau pun tau macam mana respon diorang kalau penyokong pembangkang mintak BR1M atau apa saja yang diorang ni rasa hak diorang semata-mata.

Jual RM50 surely ada orang beli.


Ogos 02, 2013

Awkward Agama : Kau Pilih Nikmat Masa Tengah Makan atau Masa Lepas Makan dan Kenyang?

Ada seorang Ustaz tengah berceramah dalam TV. Aku tak sure apa tajuk dia.Mula-mula aku buat endah tak endah aje apa Ustaz tu cakap sebab aku tak plan nak tengok pun tapi aku duduk situ, bersandar kat sofa dan layan sambil fikiran menerawang kepada benda lain.

Lalu Ustaz tu tanya dekat aku, yang tengah mengadap TV. "Siapa sini benda pasal ibadat ni, dia create dalam imaginasi dia, satu bentuk checklist atau senarai?"

Aku tersentak. "Oh, sayalah tu Ustaz!" Jawab aku dalam hati.

"Tahukah anda, apa yang anda buat tu walaupun elok tapi tak betul sepenuhnya?" Beritahu Ustaz tu macam dia tau apa aku fikir.

"Eh, apsal pulak? Betul la. Kan aku solat lima kali sehari," fikir aku. "Jadi dalam kepala ada senarai Subuh,Zohor,Asar, Maghrib, Isyak. Lepas habis aje solat, aku akan tickkan dalam kepala aku checklist achievement aku sebab aku dah fullfill solat tu.Macam hari ni (hari itu) Subuh, kosong, Zohor, OK!"

Ustaz tu pun sambung lagi,"Kita solat bukan sebab kita nak penuhi checklist tu. Kita solat sebab kita suka apa yang kita solat tu...sebab tu di luar sana, ramai yang solat tapi dia cepat2 solat sebab pada dia, solat tu adalah satu benda yang dia kena buat...tapi masalahnya pada dia, itu aje la solat ni. Sesuatu yang dia kena buat. Ramai buat tapi tak ramai yang suka buat..."

Bang bang!
Headshot tepat kepala aku.

Aku, bab solat ni, benda yang aku happy adalah bila aku berjaya tick semua lima waktu solat dalam kepala aku ni. Walaupun kadang2 ada lubang2 jugak tapi kalau satu hari dapat lima-lima, rasa bahagia habis dah. Tapi rupanya bahagia aku tu bahagia yang luaran aje. Kebahagiaan sebenar pasal solat ni datang MASA KAU TENGAH SOLAT bukan masa kau dah habis solat.

Dan aku sure korang sendiri ramai camni. Benda ibadat ni, kita buat, kita suka kalau kita dapat fullfilled perintah Dia...tapi kita tak dapat nak reach level di mana semuanya ada erti dekat kita.

Kita tengah puasa ni dan kita mesti rasa gembira dapat puasa 30 hari cukup, tapi apa sebenarnya yang kita rasa masa kita tengah puasa tu? Aku pasti tengah puasa, majoriti kita fikir, apa nak makan berbukak nanti, baju raya nanti kaler apa, malam ni tarawikh kat mana atau sempat ke tidak bersama isteri malam ni supaya sempat mandi kemudian solat Subuh.

Kita sekadar solat. Kita sekadar puasa. Sebab pada kita, amal ibadat itu adalah checklist yang perlu kita penuhi. Ibadat pada orang2 kita ni adalah satu tugasan yang kita perlu penuhi dan ramai antara kita yang gembira lepas menunaikan ibadat dan bukan ketika melaksanakannya. Sama macam kerja. Kerja, kerja, kerja...hujung bulan dapat gaji hepi. Kemudian murung balik, kerja, kerja, kerja.

Ibadah bukan kerja. Tapi ramai antara kita ni yang anggap ibadat ni kerja jadi kita lebih pentingkan hasilnya berbanding proses tu sendiri dan jelaslah dalam zaman masyarakat kita, cuba tanya apa bukti kau itu Islam? Kau boleh keluar IC, kau boleh tunjuk surat beranak, kau boleh tunjuk mak abah kau orang Islam. Tapi betul ke kau itu Islam?Islam pada mulut, semua orang boleh cakap. "Aku Islam, dia Islam, kau Islam" tapi Islam dalam kehidupan? Tak ramai orang berani mengaku.

Kerana apa? Sebab pada aku dan kau, ibadat itu, adalah kerja. Kita tak rasa seronok masa solat...tapi kita gembira lepas beri salam. Sebab kita tau kita dah penuhi sesuatu. Apa yang kita penuhi?

Majoriti orang tak makan dan minum dalam bulan Ramadhan tapi berapa orang yang betul2 puasa? Tapi macam mana pun, untuk orang2 kebanyakan macam aku ni, worst come to worst, lebih baik buat daripada tak buat. Pakailah dulu checklist dalam kepala dan berharap satu hari nanti solat itu mudah pada aku.


Ogos 01, 2013

Aku, Transformers, Kanak-Kanak Generasi 80-an dan Bapak Yang Menakutkan

Dua hari lepas, anak aku koyakkan aku punya Transformers Grimlock yang masih lagi dalam kotak dia. Pedih dan sedih gak tengok kotak dia dah terkoyak walaupun aku beli murah. Plan aku, aku nak simpan sampai dia besar sikit lagi supaya dia dapat appreciate mainan tu.

Mungkin pada kau, "eleh, mainan aje..." tapi untuk aku yang masa kecik kena gi rumah member sebab nak main Transformers, aku appreciate gila ah idea yang permainan tu boleh bertukar bentuk robot ke kereta dan kereta ke robot. Kau boleh appreciate macam mana susahnya nak perah otak cuba come out idea create permainan tu supaya dia boleh bertukar.

Sebab mak bapak aku tak berapa galakkan aku main permainan dulu jadi aku ingat pada satu hari, di suatu petang yang indah, aku buat Optimus Prime...pakai kertas. Aku try buat benda tu supaya dia boleh tukar jadi lori tapi aku x dapat pikir macam mana nak create sendi tangan dia yang boleh tarik ke belakang. Kaki senang sebab boleh pusing depan belakang aje.

Kalau kau tak paham apa aku cakap...kau kena cuba belajar mengenai sejarah Optimus Prime, pemimpin idola pertama yang memberikan impak kepada ramai kanak-kanak generasi aku. Itupun sebelum Michael Bay rosakkan semua kenangan indah aku lah dengan filem dia yang tah hapa mengarut.

Sekarang ni orang "belia" zaman generasi aku, kanak-kanak tahun 80 an dan awal 90an ni kebanyakan nya dah jadi mak bapak. Satu perbezaan yang besar yang aku nampak kalau aku compare aku dengan bapak aku yang aku sempat jumpa dia 13 tahun aje...dia, menurut ingatan aku, jauh lebih matang berbanding aku sekarang. Compare aku 30 tahun dengan dia 30 tahun, pergh jauh gila beza. Agak aku la...sebab bila aku dah sedar dan ada otak boleh pikir, aku tak pernah nampak bapak aku main Transformers dia sambil buat2 bunyi pakai mulut. Macam aku sekarang.

Semalam, sambil duduk dalam bilik, menulis something, aku pusing belakang. Tengok belakang aku dekat rak, ada satu set buku Misteri Naga, separuh buku Mutiara Naga, satu koleksi buku Dik Cerdas yang lengkap, 4 bijik Tranformers duduk dalam kotak, pelabagai benda lagi dalam bakul dan dua compartment DVD yang aku sebenarnya dah nekad nak bagi aje dekat sapa-sapa yang nak.Itu tak kira lagi majalah, buku dan dua buah majalah porno yang aku pakcik adik ipar aku bagi sebagai buah tangan dari London yang wife aku tak tau aku ada.

Bapak aku nak baca Misteri Naga?
Hahaha.

Menurut memori aku la, ada beberapa aje benda yang bapak aku buat sebagai entertainment dia. Satu, main badminton. Nombor dua, baca The Star. Nombor tiga, main chess. Nombor 4, ajar kitorang melukis.

Aku sekarang ni penuh dengan entertainment. Nak tengok apa? Semua hujung jari tinggal nak klik. Bukak TV bermacam-macam benda ada.

Ada la jugak faedahnya bila zaman sekarang ni macam tu. Dulu aku nak borak dengan bapak aku pasal Visionnaries, Voltron atau Saber Rider? Jangan harap. Tapi aku rasa lagi 5-6 tahun, kalau aku nak borak pasal benda2 yang dia suka, aku boleh layan dan siap bagi input lagi.

Tapi mak bapak generasi aku ni, rasanya dah kurang matang berbanding mak bapak zaman dahulu. Bila mak bapak sendiri dah kurang matang; exhibit A: Aku, anak-anak aku nanti pun aku akan treat dengan cara yang sesuai dengan aku, menjadikan anak aku nanti bakal menjadi mak bapak yang kurang matang berbanding aku sendiri. Paham tak apa aku tulis?

Aku cuba try jadi bapak yang garang, macam orang zaman dulu-dulu, bila dia jeling aje anak dia, bertempiaranlah anak dia lari, sebab takut. Macam aku kena. Aku, cukup takut dengan bapak aku. Sebab dia jenis panas baran, depan dia, janganlah ada terbuat silap.

Itulah benchmark aku yang aku cuba capai. Ada aku tengok ceramah dalam TV, ada orang tanya masa pebincangan pasal cerai dalam Islam, "jika seorang isteri boleh menguruskan rumah tangga seorang diri, sebab dia mampu dan memang itu tanggungjawab dia, kenapa dia perlu menahan diri dengan suami yang dia tak suka?"

Ustazah tu jawab, "suami itu perlu, sebab anak-anak kena belajar rasa takut dengan ayah."

Bila aku dengar jawapan Ustazah tu, mula2 aku ingat Ustazah ni mesti jenis belajar tak habis. Tapi kalau kau renung betul2....iya,betul cakap Ustazah tu. Anak2 memang perlu takut dengan ayah, sebab anak2 ni naturally susah nak takut dengan mak. Mak adalah penyelia, bapak adalah enforcer.

Kalau anak-anak tak takut dengan enforcer, macam mana nak pupuk disiplin dalam diri anak-anak? Budak2 ni, kalau dipupuk dibelai dengan kasih sayang 100%....itulah jadinya budak2 manja.

Cikgu rotan sikit, balik mengadu dengan mak abah. Abah gi buat report polis. Aku kena rotan sampai tersiat kulit dengan cikgu pun takde nak bagitau mak aku. Sebab aku tau, kalau arwah bapak aku ada, tangan terkoyak sikit kulit tangan tu hanyalah mainan budak2.Aku rasa budak generasi aku ni, perasaan takut dengan cikgu tu still ada tapi macam mana pun rasa takut dengan bapak tu lebih besar lagi. Kita ni, bapak-bapak zaman sekarang kurang matang ke? Sebab kita terlalu leka main permainan ke sampai imej kita jadi terlalu friendly dan tidak menakutkan?

Jadi persoalannya sekarang, kat mana aku nak sorok komik2 aku supaya aku dapat menyampaikan mesej dekat anak aku, aku garang dan dia perlu takut dengan aku, sebab aku wish anak aku respek dengan cikgu dia.

Kalau dah dengan mak bapak pun tak respek, apatah lagi dengan cikgu, kan?