Julai 09, 2012

4 Persoalan Mengenai Baju Mandi dan Underwear

Aku selalu tertanya-tanya dan terbayang dalam diri sendiri...

1. Kalaulah aku pegi berenang dekat swimming pool dengan memakai swimming trunk versi spender, aku akan berasa amat malu sekali dan sure segan nak mati. Bagaimanakah perasaannya berada di khalayak ramai dengan hanya memakai swimming trunk atau bagi perempuan, berbikini? Adakah tidak ada langsung wujud perasaan segan sebab bila2 masa macam2 boleh "terkeluar" ?

2. Bagaimanakah untuk mendapatkan keberanian sebegitu rupa? Apakah persediaan yang perlu dilakukan? Adakah aku perlu mulakan dengan membiasakan diri berjalan di public dengan memakai sleeveless?

3. Dalam seni fotografi, kenapa perempuan berbikini two piece itu normal dan dianggap satu bentuk foto biasa tapi perempuan yang hanya memakai bra dan seluar dalam biasa dianggap lucah atau sensual?

4. Kenapa tidak ada mufti yang mengeluarkan komen mengenai gambar yang aku sertakan di atas yang kerap kali terpampang di mana2 shopping kompleks?

Julai 06, 2012

Awkward Agama : Jangan Di Minum Air Terlarang Itu Wahai Rakyat!


Mana lagi untung? 

1. Arak dijual secara terbuka di pasaraya.

2. Arak hanya boleh dijual dikedai2 makan Cina dan pub.

3. Arak? Tak boleh masuk Malaysia langsung.

Takde siapa yang larang kau beli arak dan minum arak. Paling kuat sekali...ada signboard "Arak Haram Di Sisi Islam." Tapi, kenapa bila kau kena tangkap minum arak, kau kena bayar denda?  

Kalau pemerintah letakkan di bahu orang ramai pilihan sama ada nak atau tidak minum arak, kenapa pemerintah hukum anda kalau anda ditangkap minum arak? Apa role pemerintah kita sebenarnya?




Julai 05, 2012

Car Review : Perodua Myvi Part 01

Kenapa ramai beli Perodua Myvi? Itu satu persoalan yang selalu bermain kat kepala aku. Kenapa ramai orang Malaysia beli Perodua Myvi?


Adakah sebab kereta tu cantik? Aku tak rasa sebab tu. Rupa dia macam katak mencangkung. Sebab dia murah? Lagilah tak. Harga Myvi adalah harga kereta premium di oversea...tapi "murah" di Malaysia. Kalau kau tanya orang negara maju nak ke tak dia beli kereta harga 50 ribu, mesti diorang kata "you are buying a luxury car there, mate?"

Aku tak rasa ramai orang beli Myvi sebab dia suka Myvi. Aku rasa ramai orang beli Myvi sebab dia terpaksa beli Myvi. Sebab apa? Sebab choice lain yang tak setara wujud perasaan gentar nak beli. Waktu aku nak beli kereta dulu, aku survey 5 bijik. Myvi, Saga, Persona, Savvy dan Hyundai i10. Oleh kerana aku adalah antara golongan minoriti yang lututnya akan tersangkut dekat dashboard dan gear bila duduk tempat driver...aku terpaksa tolak Savvy dan i10. Persona juga mempunya masalah yang sama di mana bila aku duduk, kaki aku terkena dekat central dashboard yang membuatkan sekarang ini aku lega sikit sebab bila aku bawak Persona, aku terpaksa tarik kaki aku daripada resting camtu aje membuatkan aku lenguh.

Jadi tinggal dua choice aje aku ada..Myvi..atau Saga.

Kebetulan pulak, ada member aku, pakai Saga. Banyak jugak problemnya (ini Saga baru model lama sebelum facelift) Jadi..choice aku hanyalah Myvi.

Aku...terpaksa beli Myvi. Kalau nak beli kereta 75 ribu ke atas, aku tak mampu sebab aku akan kena bayar installment rumah. Satu benda yang aku suka dengan Myvi adalah barang2 dalam tu dah dekat 3 tahun...tak pernah buat problem langsung...dan tempat duduk pemandu dia agak besar. Kaki aku tak kena dashboard.

Tapi apa yang sangat2 obviousnya mengenai Perodua Myvi ini adalah...kereta ini sebenarnya direka untuk orang perempuan...atau lelaki yang bersaiz kenit. Seat dia SANGAT2 tak supportive untuk orang bersaiz agak besar. Even armrest driver juga diletakkan sangat2 rendah membuatkan kalau nak drive rilek2, aku tak boleh nak letak tangan kanan aku atas armrest sebab dia ke bawah sangat.

Sebelum aku kutuk, aku ulang lagi sekali, Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat reliable.

Tapi masalahnya, itu aje lah good trait Perodua Myvi. Reliable. Tapi jiwa kereta dia tak ada. Perodua Myvi adalah sebuah kereta yang sangat2 basic dan sangat2 boring. Kalau nak compare...kita comparekan lah M.Nasir dan Eddie Hamid. M.Nasir buat lagu sekali-sekala..sedap, layan dan bakal kekal evergreen sebab punya jiwa. Eddie Hamid buat banyak gila lagu dan lagu2 dia popular (dan pada aku sedap) tapi lagu tu kurang soul yang nak jadikan lagu dia jadi lagu evergreen.

Lagu Eddie Hamid = Perodua Myvi. Popular, semua orang suka, semua orang mampu beli, tapi ada sedikit perasaan cheesy yang membuatkan orang tak berapa ambik serius sangat. 

Esok, aku sambung lagi tulisan ni sebab aku ada kerja nak buat. Untuk hari ini, persoalan aku adalah...adakah kau beli Myvi sebab kau suka atau kau beli Myvi sebab kau terpaksa?Persoalan kedua aku adalah, kenapa dekat Malaysia ramai orang beli Proton tampal Mitsubishi dan beli Perodua tampal Toyota?  

Julai 03, 2012

Ramai Mahasiswa Melayu Baligh Paksa



Aku dah tulis panjang2 lepas tu aku tak tau hilang mana tulisan aku. Ni la masalahnya menaip menggunakan "smart tv unofficial" ni. Takpelah. Esok aje la aku tulis. Aku nak cat rumah. Ciow. Esok, topik bersambung daripada topik aku semalam.

Julai 02, 2012

10 Model Kereta Terbaik Dengan Harga Bawah RM55 Ribu Yang Perlu Anda Miliki Mengikut CNN

1. Dodge Dart RM50,638.09 

2. Hyundai Veloster RM54,769.55

3. Fiat 500 RM49,070.99

4. Mazda 3 RM48,121.22

5. Chevrolet Sonic RM48,121.22

6. Ford Fiesta RM41,789.48

7. Honda Fit  RM48,232.03

8. Kia Soul RM44,005.59

9. Scion iQ RM48,327.01

10. Volkswagen Jetta RM49,118.47

....................

Kereta terbaik di Malaysia bawah RM55,000.




TERBAIK!