Mac 15, 2011

Emm..Sedapnya Lauk Hari Ini


Aku bz.
Letak gambar ni aje lah dulu.
Kau rasa photographer dia dtg sini letak nombor fon tak?

Berita Hari Ini:

Pengharaman terhadap premis perjudian di Terengganu didakwa masih lagi berkuatkuasa melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai bahagian perlesenan yang enggan namanya didedahkan itu memberitahu, pengharaman itu dikuatkuasa sejak 1999, semasa negeri itu diperintah oleh PAS.

"Kami (MBKT) tidak mengeluarkan sebarang permit (untuk premis perjudian) kepada sesiapa pun sejak PAS memerintah pada 1999 sehingga hari ini, kerana perkara itu adalah haram.

"Dan sekarang, di bawah pentadbiran BN, pengharaman itu masih lagi diteruskan kerana tidak menerima sebarang permohonan atau arahan untuk meluluskannya atau mengeluarkan permit premis perjudian kepada mereka yang berminat," katanya.

Bagaimanapun, Exco Terengganu Toh Chin Yaw berkeras bahawa pengharaman tersebut telah ditarik balik sejak BN mengambil alih kuasa daripada PAS pada 2004."Sejak BN mengambil alih, semua larangan terhadap premis hiburan seperti karaoke, kedai penjualan minuman keras, pusat snuker, konsert dan lain-lain telah ditarik balik.

"Berkaitan dengan premis perjudian, sesiapa (yang berminat) boleh memohon permit membuka premis perjudian, selagi mereka mengikut syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang," kata Toh ketika dihubungi Malaysiakini.

Mac 12, 2011

Tun Mahathir Berbicara Mengenai Islam Dan Kemudiannya....




Satu benda yang mungkin anda pelik adalah,kenapa nama dia Maizura Mahathir?Bukan ke dia lelaki tu?Tak...dia pempuan.

Dan dia anak angkat Tun Mahathir,idola ramai orang Melayu,pembenci orang putih,pejuang Islam yang gagah yang mampu membuatkan orang Yahudi menggeletar dengar namanya dan pemimpin yang sedang lantang menghentam Nik Aziz berkaitan agama sekarang ni...

Seperti aku selalu kata,pilih pemimpin,lihatlah pengaruh dia pada keluarga dia dulu,sebelum lihat pengaruh dia dekat negara.

Kredit : MiloSuam.blogspot.com

Mac 11, 2011

Awkaward Agama : Persoalan Hangat Yang Penuh Nafsu dan Noda

Bayangkan,pada satu hari,anda dengan kekasih anda sedang berdating berdua-duaan di Taman Tasik Perdana.Anda tersenyum memandang dia,dia tersenyum memandang anda,dengan tiba-tiba anda dapat merasakan gejolak nafsu yang membara wujud membuatkan anda memeluk dia.Dia pun membalas pelukan anda.Hangat....bibir tiba-tiba bertemu bibir dan jantung berdegup kencang.

Tangan mula seluk menyeluk,memberikan rangsangan yang hangat,menggentarkan perasaan.Peha yang beralas itu mula bertemu menunjukkan reaksi yang ingin dikecapi selama ini.

Ingin saja anda membuka baju anda,membuka seluar jeans dia untuk melunaskan dendam nafsu yang selama ini terpendam tapi kedengaran ada benda bergerak di dalam semak.

"Dah la jom balik..." kata anda.Anda pun pulang membawa haluan masing-masing untuk seketika, meredekan nafsu yang membara sebentar tadi.

Anda pulang ke rumah.Terus tertidur.Nyenyak anda tidur walaupun dipaut rasa bersalah sedikit dan juga rasa gementar bercampur gembira."Hihihi...aku dah dicium orang.." menyeringai anda sendirian sampai anda terlelap.

Keesokannya,anda bangun dan bukak Facebook.Kekasih anda ada mesej anda,"Ada orang tangkap video kita semalam.Sekarang dah tersebar dekat internet.Nampak muka kita jelas...apa kita nak buat ni sayang?"

Apa kita nak buat ni,sayang?

Persoalan dia; kita kena tutup aib orang.Tapi kalau kita tak tutup aib sendiri,perlu ke orang lain tutup aib kita?

ps - Ada sesiapa pernah mengalami benda tu?Zaman aku rajin mencari porno Melayu satu masa dulu,ada satu website,tiap2 hari akan ada orang update paling kurang 20 ke 30 video satu hari.Itu belum masuk video compilation macam video Air Terjun Bukit Wang,Kedah.Hish,orang Kedah!


Edit - gambar ditukar sebab "aku are sucks..."

Mac 10, 2011

Kasanova Rogol 193 Orang Cina..



193 ORANG!
193 ORANG!

Aku tak mau komen apa-apa.
Kelakar jugak la motif perogol lelaki tu,dia hutang banyak,jadi terpaksa mencuri dr mangsa.
Alang-alang dah mencuri....liwat la sekali

Kalau polis tak buat apa-apa,
hanya ada seorang aje yang boleh diharap dalam Malaysia.

Dia adalah pakar kepada kes-kes liwat.
Dia juga mampu membela nasib lelaki yang menjadi mangsa rogol.
Dia juga adalah satu-satunya PM yang mahu bertemu rakyat secara personal.
Dia juga mampu memberikan anda biasiswa walaupun anda kantoi CGPA.

Dialah...
Pembela Mangsa Liwat.



ps. - tengok video tu membuatkan aku teringat balik kpd poster ni yang aku buat satu masa dulu.
Masa tu,dia still TPM.

Dan..berita tu nampak macam tak serius pun ada gak.
"Naturally,we had sexual intercourse..."
Apa yang naturalnya?Ada ke intercourse itu melibatkan mana-mana vagina?

Mac 09, 2011

Kerajaan BN Prihatin dan Tidak Membebankan


Malam tadi aku duk baca bajet 2011 Malaysia.
Terjumpa perenggan ni.Tergelak sebentar.

Samalah jugak kalau minyak naik.
Ayat standard akan keluar "Kerajaan telah membuat kajian dan kenaikan ini
tidak akan membebankan pengguna...bla bla bla.."

Mungkin kerajaan perlu paham apa maksud "prihatin" dan "tidak membebankan"
yang lebih condong ke arah "kebajikan rakyat."