Mac 08, 2011

Malaysia's Next Malay-Look Model

Aku ingat lagi dalam tahun 90 an camtu,ada wujud satu trend semua wajah dalam TV mesti Pan Asian dan waktu tu punyalah ramai berdebate (dalam paper la) sampai menteri pun join sekali sama ada nak keluarkan akta model iklan mesti berwajah Melayu (lebih kurang camtu la).

Masa tu memang ramai betul wajah-wajah Pan Asian ni keluar.Nama-nama yang selalu keluar dan sangat hangat waktu tu sebab kemunculan trend Pan Asian ni adalah seperti Deanna Yusoff,Nina Juren,Sofea Jane,Maria Farida dan Salleh Yaakob... (Nota : Sofea Jane,tak payah tunggu trend,bila-bila masa pun hot.)Waktu tu boleh dikatakan TV dan filem penuh dengan pelakon-pelakon yang nampak Melayu tapi nampak juga macam orang putih.Produser2 filem pun berebut lah mencari pelakon-pelakon berdarah campuran ni untuk buat filem.

Dan trend tu pun sampailah kepada orang kebanyakan macam aku kat sekolah.Waktu tu berebut budak2 mengaku diri dia Pan Asian walaupun wajahnya lebih kepada Frying Pan atau Ariel Peter Pan.Aku ingat lagi ada sorang budak sekelas aku claim muka dia mcm Badrul Muhayat.Hehehe...(kalau kau tak tau sapa Badrul Muhayat,kau belum cukup tua untuk kenal siapa Dharma Harun Al Rashid,hensem bai!)

Cuba buat ujikaji ini;
Claim diri kau darah mixed Melayu dan Europe,lihat apa reaksi orang.
Mesti diorang akan kata kau PERASAN GILA!

Orait,cuba kau tanya dia,kenapa dia kata kau perasan?

Sebab perasaan "perasan" itu datang bila kau mengaku diri kau jauh lagi superior,dalam konteks ini.Jadi secara tak langsung,bila kau claim kau berdarah mixed atau Pan Asian dan orang lain kata kau perasan,orang itu sebenarnya juga sedang meng-admit.....berwajah orang Putih adalah sesuatu yang lebih baik berbanding berwajah Melayu.

Sama jugak kalau kau kata,"aku hensem" atau "aku cun" ..
Kau sedang claim kau adalah sesuatu yang diorang rasa tak padan dgn kau (kalau kau mmg tak hensem dan cun la)

And,kita berbalik kepada persoalan asal.

Majoriti wish nak berwajah Pan Asian.
Ada yang bangga benar bila dia dikatakan Chinese Look.
Ada jugak yang claim diri dia ada darah kacukan padahal Melayu tulen,mcm aku.

Persoalan dia adalah:

1. Macam mana rupa sebenarnya orang Melayu?Adakah ini?


Pejuang Melayu tulen bang!

Ataupun ini?


Anak pemimpin Melayu paling hebat antara semua Pemimpin.

ataupun dia ni?


Mungkin jugak macam ni rupa Melayu,bercampur-campur....


Rasanya,dia ni lah paling Ultra Melayu.Tapi apsal muka dia Chinese Look?


Sekali imbas macam Kim Jong Il pun ada..



Ataupun sebenarnya ini adalah Melayu...


dan kita semua ni sebenarnya kacukan pendatang?


2, Dalam ramai2 selebriti,siapa yang kau rasa muka Melayu tulen atau dalam erti kata,mempunyai Malay-look?

Mac 07, 2011

"Jangan Kahwin Dengan Dia!Dia Suka Menonton Gay Porno!"


Benda yang paling susah dan mencabar dalam dunia ni adalah menutup rahsia seseorang.Selalunya rahsia tu akan datang apabila ada benda yang salah dilakukan.Tak banyak rahsia baik yang ada,lagi banyak yang buruk berbanding yang baik jenis-jenis rahsia ni.

Sebab itu,jika anda nak buat salah,nak buat dosa,jangan share apa yang anda dah buat dengan orang lain.Pandai buat,pandai tutup.Jangan kena tangkap,jangan sampai ada orang lain tau.

Kenapa?

Bayangkan,anda ada seorang kawan,lelaki lah katakan.Dia ni kaki tibai perempuan dan dia secara bangga menceritakan kejayaan dia mentidurkan perempuan yang tah ke berapa puluh orang.Anda dengar semua cerita dia.Anda dengar macam mana kisah dia bawak balik perempuan tu ke rumah,anda nampak dia bawak balik perempuan tah mana2 dia ambik masuk bilik.

Yang paling menyakitkan hati,anda dengar katil berbunyi..eek ook eek ook....eek ookk..eekk..eeeeeekkkkk...ahhhhh.Keluarlah dia dari bilik dia dengan memakai tuala sambil tersenyum kepada anda yang sedang menonton TV sambil isyarat "bagus" ditunjukkan.

Dan kejadian itu berulang lagi,berulang lagi,berulang lagi.Sehinggalah satu hari,kawan anda tu kata,"Dol,aku nak kahwin 6 bulan lagi.."

Anda pun menjawab,"Dengan sapa?Dengan awek yang kau bawak balik semalam ke?"

Dia jawab,"Tak,dengan tunang aku yang dah 8 tahun couple dari sekolah menengah.Gila kau nak kawin dengan awek semalam,kaki togak tu.." Pergh.Ada tunang rupanya.Anda pun mengangguk."Dol,aku nak kau jadi pengapit aku!"tanya kawan anda."Oooohh,seriously,aku nak,aku nak!"kata anda melompat kegirangan.

Sampai hari perkahwinan,anda tengok bakal isteri kekasih lama kawan anda tu."Gila kau,kerja kau tiap2 malam membelasah pempuan,bini kau carik yang tudung labuh?" tanya anda."Biasalah...biasalah.."sengih member anda,bangga.

Anda tenung bakal isteri kawan anda tu.Anda tengok dia.Hanya akan ada satu aje perasaan yang akan timbul.Rasa simpati.....Dia bakal bersuami lelaki yang horny,yang tak puas hanya dengan onani.Mesti kena rasa badan sunti.Baru dapat tenaga di siang hari.Lawa pulak tu bakal bini.

Nak aje anda jeritkan,"DIA KAKI KONGKEK PEMPUAN!JANGAN KAWIN DENGAN DIA!KAWIN DENGAN AKU!AKU VIRGIN YANG TAKDE GELFREN!"

Lagi lah simpati kalau kau tau member kau gay,tapi dia kahwin sebab nak cover dia gay.Gila kesianlah dekat isteri dia.Tapi,nak buat macam mana?There are some secrets that you shouldn't share it with anyone.Ada benda yang sepatutnya disimpan tapi dah disharekan menjadi pengetahuan beberapa orang.Dan jika anda berbuat demikian,anda sebenarnya sedang mengajak mereka bersubahat,kongsi2 dosa ramai.

Susah.
Benda tu sangat,sangat,sangat susah nak dilakukan bila kita dah tau.

Jika anda nak buat jahat,jangan,jangan,kongsi benda tu dengan orang lain.Mengajak orang lain bersubahat ni adalah satu beban yang akan ditanggung oleh anda dan kawan anda sehinggalah anda KO esok hari.

Dan aku tak nak tulis pasal perempuan yang macam tu,nanti orang kata aku "racist gender." Tapi,mesti ada jadi kan?Takyah tipu....perempuan lagi la suka share kisah2 cinta dengan kawan diorang.

Ps - tolong jangan jadikan post ini sbg tempat utk menyatakan "bertudung labuh" tak semestinya baik,pakai tudung sbb nak cover love bite....bla bla bla.At least,dia pakai tudung dan dia ada perasaan malu dan tutup "love bite" tu kalau dia ada.Kau,pegi tunjuk love bite kau kat satu dunia apa cerita?

Mac 05, 2011

Makcik,Banyak Faedah Dia Makcik!Lepas Ni Makcik Nak Pegi Pasar Tani Boleh Naik MRT

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BALAK MUNGKIN AKAN KEHILANGAN TANAH MEREKA,SEKALI LAGI

NURUL HUDA JAMALUDDIN
Rabu,16 Februari 2011,12:25:00


Kuala Lumpur : Ketika ramai sedang memandang jauh ke pelan pembangunan Sistem Mass Railway Transit (MRT) ada segelintir yang sedang menghadapi kerisauan ketika ini.

Rasa gementar,bimbang dan takut pasti sedang menyelubungi penduduk Kampung Sungai Balak di Kajang.

Berjumlah hampir 800 orang penduduk,mereka sudah pun mengalami sendiri keluasan kampung mereka di kurangkan hampir separuh semenjak tahun 2000 untuk dibangunkan projek pembangunan,manakala ada sesetengah penduduk yang telah diarahkan berpindah sebelum ini.Sekarang,akan ada yang perlu berpindah lagi kerana kawasan kampung mereka telah dipilih sebagai kawasan pembinaan depot sistem MRT.

Dalam kajian pembinaan,kawasan yang dikenalpasti kritikal adalah TTDI,Taman Suntex,Kg.Sg Sekamat dan Kg.Sg Balak.

Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada penduduk Kg.Sg.Balak kerana ini adalah kali ketiga mereka akan diarahkan berpindah.Laporan menyebut kedua-dua kampung yang disebutkan (di atas) adalah kawasan tanah rizab Melayu.

Penduduk Kg.Sg.Balak telahpun dimaklumkan mengenai pengambilan tanah mereka pada mesyuarat bersama pemaju projek pada 15 Januari 2011.Sesetengah penduduk masih belum mampu melupakan pengambilan tanah mereka sebelum ini yang pernah berlaku dua kali- pertama pada 2000 untuk pembinaan lebuhraya Cheras-Kajang dan kali kedua pada 2006 untuk lebuhraya SILK.Sesetegah keluarga terpaksa menumpang di rumah saudara atau menyewa rumah lain setelah diperintah keluar dan kehidupan mereka terjejas.Kebanyakan mereka adalah warga emas.

Antara yang terjejas adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Serai,Mohsin Fadzli yang telah mendiami kampung tersebut selama 20 tahun.Beliau berkata saguhati dan pampasan yang ditawarkan oleh pihak berwajib tidak langsung mencukupi untuk menampung kerugian yang ditanggung penduduk terlibat."Tidak adil mereka terpaksa menyerah tanah yang telah didiami berpuluh tahun dan tidak mendapat pampasan yang sepatutnya."

Pesara guru,Mohamad Yusoff Ahmad,73 tahun pula berkata dia sudah pun duduk di kampung tersebut selama 40 tahun dan telahpun sekali menyerahkan sebahagian tanah didiami pada tahun 2000 kepada projek pembangunan Lebuhraya Cheras Kajang.

"Kami (penduduk Kg.Sg.Balak) mendapat pampasan lebih kurang RM13 sekaki dan jumlahnya lebih kurang RM40,000.Saya bernasib baik kerana rumah saya tidak dirobohkan tetapi bagaimana pula mereka yang dirobohkan rumahnya?Pampasan amatlah sedikit,mana mereka nak pergi?Ini rumah kami dan kami berharap dapat duduk lama di sini dan wariskan pula rumah ini kepada anak-anak kami?"

Nota : Artikel ni aku ambik dari sini (source MalayMail) dan aku translatekan kepada BM sebab aku tak jumpa artikel ni dekat tempat lain.


...............

40 ribu, 50 ribu,rate yang biasa diorang bagi untuk orang yang diambik tanah dia atas dasar "pembangunan"... nak beli rumah lain? KAH KAH KAH KAH KAH KAH! Tanah Rizab Melayu ke Tanah Rizab Kerajaan sebenarnya ni?Kalau ambik untuk dasar pembangunan,apsal makin ramai orang Melayu masih duduk ceruk hulu tapi tepi highway ? KAH KAH KAH KAH KAH!

Ni tanah dah ambik ni jangan lupa ganti balik ya?
Nanti nak buat bullet train pulak senang!

Bacaan lanjut
Artikel Utusan Malaysia
Menilai Rizab Melayu (Blog Telanai)
Akta Rizab Melayu dan Senarai Pengambilan oleh INSTUN (fail PDF)
Mana pergi hilang tanah orang Melayu?

Mac 04, 2011

Awkward Agama : Pintalah Bantuan Dariku Seperti Mana Kau Pinta Bantuan Daripada Tuhan Mu

Katakanlah,kau terjaga lambat terlepas Subuh dan apabila kau bangun dengan tiba-tiba selama lima minit kau tak dapat menyedut oksigen di udara kerana Tuhan hukum kau sebab kau terlepas solat?Ataupun bila kau tak puasa dan bila kau nak ponteng puasa tu makanan yang kau baru beli dekat drive thru untuk ponteng puasa tu hilang macam tu aje?

Mesti tak pernah terjadi macam tu...

Aku pasti apa saja benda dan nikmat yang ada dunia ni tak pernah pun Tuhan halang kau daripada gunakan,tak kiralah kau sembah Allah,Jesus,Buddha,Dewa atau matahari sekalipun.Walaupun kau sembah matahari,kalau satu hari kau terlupa nak berdoa kepada matahari dua tiga bulan lebih,kau masih boleh mampu hidup,kau masih boleh mampu bangun dan teruskan buat kerja atau benda macam biasa.

Jadi, katakanlah,Tuhan kau adalah jenis yang hukum on the spot kalau kau tak ikut suruhan Dia. (Jangan pelik pulak kalau aku tulis macam ni,bukan aku nak kata Tuhan aku lain Tuhan kau lain tapi aku tau ada orang bukan Islam yang baca kat sini jugak).Kau tak sembah Dia sehari?Dia tarik nikmat makanan kau hari tu.Bukak peti sejuk tengok makanan semua hilang.Kau tak berdoa mintak tolong kat Dia seminggu lebih? Dia sorok sekejap kereta kau...

Mesti kau menggelabah semayang dan berdoa setiap hari.sebab takut nikmat kena tarik.Sebab kita semua takut hukuman on the spot.Berapa orang lagi takut kena belasah dengan kaki pukul berbanding kena belasah kat Akhirat nanti?

Tuhan takkan tarik nikmat yang Dia bagi on the spot. Dia takkan pilih kasih.Dia bagi udara kat semua orang.Dia takkan bagi udara bersih dekat orang Islam dan udara tercemar dekat orang yang tak percaya dengan Allah.Semua orang dapat udara yang sama kandungannya tak kiralah apa kepercayaan kau.

Dengan itu,aku jijik tengok cara Kerajaan Malaysia memerintah.Sebab diorang berlagak diorang lebih dari Tuhan.Kau pangkah BN,kau dapat bantuan.Kau tak pangkah BN.kau tak layak mintak bantuan.

Sama lah jugak macam Muhyiddin mempertikaikan calon PAS yang duduk kuarters guru sebab isteri dia seorang cikgu.Apa punya perangai?Kau ingat kau lebih dari Tuhan?Apa hak anda nak pilih kasih lebih daripada Tuhan?Isteri dia cikgu,adakah itu bukan kelayakan yang cukup untuk dia duduk di kuarters tu?Perlu ke dia duduk asing-asing sebab suami dia calon PAS?Adakah satu hari nanti akan wujud akta mana-mana suami isteri yang bekerja sebagai penjawat awam mesti sokong BN?

Yang lebih menyedihkan,orang-orang yang dizalimi tu adalah orang sama kepercayaan mereka,sama agama...sama bangsa.Tuhan tak pilih kasih sebab permainan politik Tuhan hanyalah antara Dia dengan Iblis.Sama ada anda nak sokong Iblis atau anda nak sokong Tuhan...waktu itu barulah Tuhan buat pilihan Dia. Adakah Tuhan menjadikan manusia sebagai mangsa?Tak...anda perogol bersiri sekalipun kalau anda rajin membaca buku anda akan tetap jadi lebih educated.

Tuhan itu adil.Tuhan hanya mintak kau pangkah Dia atau Iblis.Kau pangkah Iblis pun Dia tetap bagi kau macam-macam.Sebab Tuhan tak pandang bangsa-bangsa ni atau lebih khusus lagi....Tuhan takde pandang pun politik kau haluan mana.Kau baik,kau masuk Syurga,kau buruk,ke neraka lah kau sekejap...tapi kalau kau Islam,last-last kau ke Syurga jugak,kan?Gila besar ganjaran walaupun seumur hidup kat dunia ni kau adalah manusia paling buruk akhlak dia.Berapa lama kau kat neraka tak tau lah.

Tapi bila kerajaan "Islam" cuba me-nerakakan kehidupan orang yang tak sokong diorang,kau cuba tengok balik,kat Malaysia ni,siapa lagi berkuasa,Tuhan ke UMNO?

Bersyukurlah,Tuhan tidak termasuk dalam kabinet Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin berlagak 
Apa?Semua orang perlu bersyukur dengan BN?

Mac 03, 2011

Gadis Melayu + Cheongsam = HOT STUFF!

Kalau mana-mana orang luar tanya,apa keunikan Malaysia,aku rasa ramai akan jawab

a. masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam satu negara dengan baik walaupun masih ada perasaan berbangsa-bangsa tetapi perasaan racist tu dapat dibendung untuk mewujudkan kerjasama antara semua

b. kalau orang tu orang UMNO,dia jawab,bangsa berbilang kaum yang hidup dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang membuktikan BN adalah satu-satunya parti yang mampu menyeimbangkan masyarakat Malaysia,tapi Melayu mesti tetap tuan.Sebab tu ramai orang Melayu ambik PTPTN.Duit orang Melayu percuma.

Kalaulah orang putih tanya aku apa yang specialnya Malaysia ni,aku akan jawab; a. Gadis Melayu pakai cheongsam dan b, Amoi pakai baju kurungHOT! Aku tak tau kenapa bila budaya tu dicampurkan ia akan menjadi sesuatu yang sangat eksotik dan sangat hot.Awek Melayu pakai baju kurung?Biasa aje,mana-mana boleh nampak.Gadis Cina pakai cheongsam ?Hot la jugak tapi tarikan dia biasa-biasa aje.Tapi bila di-fusionkan budaya tu,macam aku sebut kat atas ni,dia jadi eksotik!

Tapi masalahnya;sekarang ni,makin banyak pulak minah2 yang cuba nak fusionkan budaya barat kepada diri diorang.Aku tak tau lah kenapa bila ada aje budak Melayu yang cuba berlagak seperti orang barat,dia akan jadi macam slut.Yes.Aku tulis slut.Ada sesuatu yang tak kena kat situ yang membuatkan gadis-gadis nampak murahan.Kaji punya kaji melalui menonton pelbagai video klip dekat Youtube,apa yang aku dapat simpulkan;Cuba bandingkan video klip group Jepun "Morning Musume" ke atau group Korea "Wondergirls" dan video klip Spice Girls ke atau mana-mana group perempuan barat.Apa beza dia?

Apa saja yang orang Barat buat nampak macam slut dan apa saja orang Asia buat nampak cute.Tengoklah sendiri apa hasil dia bila orang Melayu cuba jadi orang Barat


Kesimpulannya berdasarkan research tak berasas dan lebih kepada citarasa sendiri;
Orang Asia cute.Jangan cuba jadi slut.
Kalau tak nak pakai baju kurung,pakai cheongsam.
Kalau memilih tak nak tutup aurat,pakai cheongsam,nanti anda nampak eksotik.


EKSOTIK!