Februari 16, 2011

Rahsia Resipi Coca-Cola Terbongkar!

Resipi Coca-Cola kalau nak buat sendiri:


Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):
Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Sila baca link ni untuk maklumat lanjut.
Sila baca link ni untuk baca reaksi Amerika.

Sapa2 nak Coke 2 tin,email aku.Aku baru dapat semalam masa order pizza.
Rupanya selama ni aku,kaki togak....

Februari 14, 2011

Mampukah Anda Menterjemahkan "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" Dalam Bentuk Video?

"Aku nak jadi lebih hebat daripada Youtube," kata owner kepada Seminute.com,seorang jejaka yang ingin namanya dirahsiakan kerana takut dikelilingi gadis-gadis dan paparazzi.

"Kau mesti biasa tengok orang letak ucapan kat Youtube,memang la seronok,memang la nampak glemer tapi takde bila kita letak ucapan atau wishes kita dekat Youtube,wish kita tu dah jadi tak personal,jadi terlalu public," aku gelarkan jejaka itu Encik X sebab payah lah kalau setiap kali nak menulis aku kena tulis "owner kepada Seminute.com."

Sambung Encik X,"Masa aku dating dulu,banyak kali aku record video untuk bagi kat awek aku tapi sayangnya awek aku kata kalau aku upload kat Youtube dia nak carik orang lain!Aku nak tunjuk dekat dia betapa aku menyayangi dia sebab almaklumlah,cinta long distance,jadi agak susah kami nak bertemu muka."

"Awek aku ajak pakai Skype tapi aku tak tau kenapa aku ni camera shy sangat...nampak webcam pun aku terus jadi kaku,tiap-tiap kali berskype dengan awek aku,awek aku ingat line tu putus-putus sebab aku terlalu statik..." jelasnya lagi.

"Itulah inspirasi aku dalam melahirkan Seminute.com ni..." ikhlas nampak hasil tulisan Encik X.

Seminute.com masih lagi mula merangkak dalam dunia video streaming,sama ada dapat atau tidak jadi seperti Youtube,kita sama-sama doakan dia berjaya tetapi apa yang aku pasti,jika anda ada ucapan-ucapan ringkas yang pendek dan padat isinya,apa kata cuba diupload di Seminute.com kerana itu adalah tujuannya.

Jika anda ada keluarga/kekasih yang sedang berjauhan dengan anda,cubalah menggunakan perkhidmatan Seminute.com kerana ;

a. servis ini percuma
b. video-video yang sudah diupload boleh dipaparkan di Facebook dan lain-lain.
c. ini adalah produk Malaysia

Dan apa yang paling menarik?Ada contest!

Seminute.com sekali lagi bermurah hati untuk menganjurkan satu lagi acara untuk para ahli. Untuk acara bulan Februari ini, kami di Seminute.com akan menganjurkan pertandingan "Rakaman Video Pendek Sudikah Awak Mengahwini Saya?"

 Bagaimana ia akan dijalankan?

a. Daftar untuk menjadi ahli di Seminute.com

b. Rakam video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" anda.

 c. Muatnaik video anda di Seminute.com. Mula beritahu kepada dunia tentang video anda. Video yang mendapat undian yang tertinggi akan dipilih menjadi pemenang untuk acara ini.

d. Pemenang akan berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 1000.00

..............

Apa tunggu lagi?

Mana-mana gadis yang ingin menghantar video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" yang ditujukan kepada aku,aku jelaskan secara ikhlas dan jujur,aku mintak maaf banyak-banyak,aku dah kahwin."Abang mintak maaf tapi abang sudah berpunya."

Kepada mana lelaki yang masih belum cukup duit hantaran tu dan belum lagi ajak kekasih anda kahwin,aku syorkan masuk pertandingan tu,kill two birds with one stone kalau nasib anda baik.Dapat setelkan proposal kahwin dan dapat duit untuk buat belanja kahwin.Kalau dah menang tu nanti,simpan duit tu elok-elok buat kahwin.

Kalau yang dah beristeri tu tapi nak gak ajak perempuan lain kahwin dengan anda,aku sangat alu-alukan dan kalau boleh sehari lepas upload video anda propose kepada "kekasih gelap" anda tu,upload la sekali video anda dibaling dengan pinggan oleh isteri anda di Seminute.com.

Link to Seminute.com
Syarat-Syarat Pertandingan

Februari 11, 2011

Macam Mana Tak Syok Sendiri Kalau Orang Buat Kau Lagi Besar Daripada Ultraman




Ini bukan hasil Photoshop.
Yang atas sekali,tahun ni punya.Yang baju oren tu,tahun lepas punya.

Aku ambik dari blog lain.Siap ada video.
Punyalah sayang diorang dekat Najib.

Aku harap jugak nak buat satu,tapi Rosmah punya.
Kos mahal sket kot sebab material kena tambah.

Ni lah masalah bila ada pihak politikkan agama.
tapi kalau dia agamakan politik?
Sokong la orang tu.

Februari 10, 2011

Diskriminasi Gender : Perempuan Adalah Target Pancutan Yang Tersasar

Semua lelaki kalau ada rezeki akan kahwin satu masa nanti.

Bila dah berkahwin tu,banyaklah benda yang akan berubah dalam corak hidup kitorang tapi satu benda yang takkan berubah adalah perangai lelaki yang suka melepak sambil minum-minum.Kalau lepak ramai2 semua lelaki golongan yang baya-baya aku ni,mesti ada seorang dalam grup tu yang baru kahwin setahun dua.Dalam member2 aku pun ramai aje dah kahwin.Tinggal sorang dua aje lagi yang tak kahwin lagi.Aku suspek diorang gay.

Bila dah melepak ramai2 dan ada member yang baru kahwin,mesti akan ada keluar soalan kepada yang baru kahwin tu..."Macam mana?Dah ada hasil ke belum?Dah ada anak ke belum?"

Kalau soalan macam tu dah keluar dan jawapan dia "Ya" mesti akan ada yang tanya,"Lelaki ke pempuan?" atau "kumbang atau bunga?" atau lebih direct lagi "batang ke lubang?"Bila jawapan dia lelaki,pasti akan ada yang menyahut "WAAHHH,KAU TEMBAK KENA!TAHNIAH!TAHNIAH!"

Aku nak sangat jumpa dan tau siapa yang start pemikiran camtu.Adakah kau cuba mengatakan kalau first anak aku jantina dia pempuan,aku "tembak" tak betul?Adakah wujud keperluan untuk aku mensasarkan secara tepat ke mana hala tuju posisi badan aku ketika aku inzal untuk mendapat anak lelaki?

Adakah siapa yang start pemikiran macam tu fikir,anak perempuan sebagai anak pertama adalah hasil bidikan yang tersasar?

Payah lah macam tu kalau semua lelaki berusaha untuk tembak tepat dan mendapat pengiktirafan kawan-kawan dia yang dia "tembak kena." Macam mana nak besarkan keturunan kalau kaum hawa dianggap hasil sasaran tersasar?Adakah mak anda,kakak anda,nenek anda,cikgu wanita anda,makcik jual nasik dan Zakiah Anas adalah sasaran yang silap kalau dia anak sulung?

Aku tak tau la kalau dalam geng-geng perempuan ada jugak istilah macam tu."Wahhh Syarifah!Kau dapat anak perempuan!Tahniah!Congrat!Congrats!Kau berjaya ya mendivertkan tembakan laki kau?You go girl!"

Hehehe,geli pulak bila aku terbayang sekumpulan perempuan berbicara camtu.

Mungkin perempuan tak sedar kot benda ni berlaku sebab dialog-dialog yang aku tulis tu hanya akan terjadi bila takde kaum perempuan kat situ tapi pemikiran macam tu memang betul-betul wujud sehingga mampu membuatkan ada lelaki yang berharap sangat dapat anak lelaki sebab dia :

a. nak anak lelaki (standard la,perempuan pun lagi suka anak first dia perempuan majoritinya)
b. takut kena cop tembak tak kena kalau anak first adalah perempuan

Aku tak tau la kalau orang2 lama ni memang ada petua,nak dapat anak lelaki macam mana,anak perempuan macam mana.Mungkin memang ada tempat nak kena tembak ke,belah kiri ke kanan ke,badan kena condong sikit ke dan sebagainya.Yang aku tau pada moment saat "menembak" tu,agak payah nak berfikir angle mana nak ditembak.Tembak aje lah macam seorang askar yang tak peduli lagi pasal bekalan peluru nak habis ke tidak.Jantina apa dapat,biarlah Dia tentukan.Tembak ajelah,Dia bagi (kalau kau dah kahwin).

Kau bayangkan lah macam mana perasaan kau kau baru kahwin,tengah mencuba dan Alhamudlillah dah ada hasilnya.Bila kau duduk borak-borak ramai2 dengan member,member kau tanya kau "Ada hasil ke?" dan kau jawab "Ya..anak lelaki." Member kau pun bersorak sambil menepuk bahu kau mengucapkan syabas sebab kau "tembak" kena.

Bila dah tenang,baru kau terfikir balik yang dalam adik beradik kau, first sekali adalah kakak kau. Adakah itu menunjukkan yang abah kau tembak tak kena?Nak lagi teruk,kau ada 3 orang kakak dan kau anak last.3 kali abah kau tembak tak kena.Mesti abah kau banyak kali kena gelak dengan member dia.

Apa punya pemikiran la macam ni.Siapa yang start?

Februari 09, 2011

At Last,Seorang Ahli Parlimen Yang Cakap Benda Masuk Akal,Sayang Dia Bukan Menteri

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi."Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.