
"Aku nak jadi lebih hebat daripada Youtube," kata owner kepada
Seminute.com,seorang jejaka yang ingin namanya dirahsiakan kerana takut dikelilingi gadis-gadis dan paparazzi.
"Kau mesti biasa tengok orang letak ucapan kat Youtube,memang la seronok,memang la nampak glemer tapi takde bila kita letak ucapan atau wishes kita dekat Youtube,wish kita tu dah jadi tak personal,jadi terlalu public," aku gelarkan jejaka itu Encik X sebab payah lah kalau setiap kali nak menulis aku kena tulis "owner kepada Seminute.com."
Sambung Encik X,"Masa aku dating dulu,banyak kali aku record video untuk bagi kat awek aku tapi sayangnya awek aku kata kalau aku upload kat Youtube dia nak carik orang lain!Aku nak tunjuk dekat dia betapa aku menyayangi dia sebab almaklumlah,cinta long distance,jadi agak susah kami nak bertemu muka."
"Awek aku ajak pakai Skype tapi aku tak tau kenapa aku ni camera shy sangat...nampak webcam pun aku terus jadi kaku,tiap-tiap kali berskype dengan awek aku,awek aku ingat line tu putus-putus sebab aku terlalu statik..." jelasnya lagi.
"Itulah inspirasi aku dalam melahirkan Seminute.com ni..." ikhlas nampak hasil tulisan Encik X.
Seminute.com masih lagi mula merangkak dalam dunia video streaming,sama ada dapat atau tidak jadi seperti Youtube,kita sama-sama doakan dia berjaya tetapi apa yang aku pasti,jika anda ada ucapan-ucapan ringkas yang pendek dan padat isinya,apa kata cuba diupload di Seminute.com kerana itu adalah tujuannya.
Jika anda ada keluarga/kekasih yang sedang berjauhan dengan anda,cubalah menggunakan perkhidmatan Seminute.com kerana ;
a. servis ini percuma
b. video-video yang sudah diupload boleh dipaparkan di Facebook dan lain-lain.
c. ini adalah produk Malaysia
Dan apa yang paling menarik?Ada contest!
Seminute.com sekali lagi bermurah hati untuk menganjurkan satu lagi acara untuk para ahli. Untuk acara bulan Februari ini, kami di Seminute.com akan menganjurkan pertandingan "Rakaman Video Pendek Sudikah Awak Mengahwini Saya?"
Bagaimana ia akan dijalankan?
a. Daftar untuk menjadi ahli di Seminute.com
b. Rakam video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" anda.
c. Muatnaik video anda di Seminute.com. Mula beritahu kepada dunia tentang video anda. Video yang mendapat undian yang tertinggi akan dipilih menjadi pemenang untuk acara ini.
d. Pemenang akan berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak
RM 1000.00
..............
Apa tunggu lagi?
Mana-mana gadis yang ingin menghantar video "Sudikah Awak Mengahwini Saya?" yang ditujukan kepada aku,aku jelaskan secara ikhlas dan jujur,aku mintak maaf banyak-banyak,aku dah kahwin."Abang mintak maaf tapi abang sudah berpunya."
Kepada mana lelaki yang masih belum cukup duit hantaran tu dan belum lagi ajak kekasih anda kahwin,aku syorkan masuk pertandingan tu,kill two birds with one stone kalau nasib anda baik.Dapat setelkan proposal kahwin dan dapat duit untuk buat belanja kahwin.Kalau dah menang tu nanti,simpan duit tu elok-elok buat kahwin.
Kalau yang dah beristeri tu tapi nak gak ajak perempuan lain kahwin dengan anda,aku sangat alu-alukan dan kalau boleh sehari lepas upload video anda propose kepada "kekasih gelap" anda tu,upload la sekali video anda dibaling dengan pinggan oleh isteri anda di Seminute.com.
Link to Seminute.com
Syarat-Syarat Pertandingan