Malam ni aku hanya nak merungut.Minyak naik lagi.Gula pun naik.Aku harap esok kerajaan tak keluar statement kenaikan gula untuk jaga kesihatan rakyat.First sekali,mari kita baca satu statistik yang Pemuda PEKEMBER (UMNO dlm BM) keluarkan nak menyokong betapa hebatnya kerajaan BN ni mengangani masalah kemiskinan.
(link)
Kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan seperti berikut :
Tahun - Peratus (%)
1970 - 52.4
1988 - 17.3
1990 - 16.5
1999 - 7.5
- Kadar kemiskinan luar bandar berkurangan daripada 12.4 peratus pada 1999 kepada 11.4 peratus pada 2002.Kadar kemiskinan bandar berkurangan daripada 3.4 peratus pada 1999 kepada 2.0 peratus pada 2002.
- Di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar kemiskinan yang paling tinggi. Pada 2002, masing-masing mencatat 12.4 peratus dan 10.7 peratus.
.....................
Orait.Memang drastik betul perubahan yang dilakukan oleh kerajaan BN siap sempat kutuk Kelantan lagi.Aku ucapkan terima kasih lah Barisan Nasional! Aku tak tau macam mana diorang dapat statistik ni dan apa syarat yang di guna pakai untuk mentakrifkan golongan mana yang dianggap miskin ni. Mungkin diorang ambik purata pendapatan isi rumah bawah RM700 sebagai golongan miskin.
Cuba tanya mak bapak anda,macam mana kehidupan diorang zaman dulu?
Apa yang diorang akan cakap aku rasa sama lah macam apa aku dengar,satu masa dulu walaupun gaji ratus2 aje untuk pegawai kerajaan ni,tapi hidup diorang sebenarnya agak selesa.Tak struggle dan tak perlu buat 2 3 kerja untuk tampung sara hidup.Cuba kira berapa ramai adik beradik anda?Aku rasa majoriti orang kita dulu2 suka anak ramai dan diorang hidup selesa boleh tampung keluarga.Tapi kita sekarang ni...pernah ke anda tanya kawan2 anda yang dah ada anak berapa perbelanjaan nak membesarkan seorang anak.Sebab tu kot sekarang ni jumlah anggota dalam family makin berkurangan?Semua takut nak ada family besar sebab takut tak mampu nak tanggung.
Mungkin statistik yang ditunjukkan Pemuda PEKEMBER tu "betul"...tapi satu statistik yang diorang tak pernah tunjuk adalah parity atau jurang antara orang miskin dan orang middle income telah makin mengecil.Maksud aku,sekarang ni makin ramai orang middle income yang besar kemungkinannya akan jatuh jadi miskin satu hari nanti.Purchasing power kita makin kurang.
Berapa percent anda spend gaji anda untuk pergi kerja?Pernah kira?
Terasa berbaloi ke pergi kerja untuk pergi kerja?Sebab tu ke ramai gi kerja naik motor?
Ada sesuatu yang tak betul mengenai taraf ekonomi golongan middle income di Malaysia sekarang ni.Terlalu ramai orang yang spend 10% ke 20% daripada gaji diorang semata-mata untuk pergi kerja.Itu belum dikira 30% untuk perbelanjaan pinjaman kereta yang bercukai tahap orang kaya.Selebihnya akan digunakan untuk belanja harian dan kegunaan keluarga.
Mana nak cekau saving?Bagaimana orang yang middle income mahu improve taraf hidup mereka jika setiap bulan duit mereka cukup2 untuk belanja?Aku sure masih ramai lagi pasangan suami isteri yang kadang2 mengharapkan pinjaman mak bapak dalam membantu meredakan masalah kewangan, sebab, ramai yang terdesak.
Kualiti hidup kita makin lama makin tiada,luput.Semua orang sekarang ni,hidup dan masanya untuk kerja.Bagaimana kita nak lahirkan generasi yang baik untuk masa depan kalau anak-anak zaman sekarang dapat jumpa mak bapaknya sejam dua aje sebelum waktu tidur?
Ini adalah satu benda yang aku harap kerajaan boleh bagi perhatian.Kualiti hidup kita makin lama makin teruk.Mungkin dari segi prasarana dan kemudahan,Malaysia makin bagus tapi rakyat kita makin lama makin lupa macam mana nak jadi "orang" sebab terlalu ramai yang jadi "robot" di ofis,untuk memastikan diorang boleh survive.Tak guna letak statistik,nombor atau angka yang mengkagumkan kalau hakikatnya,tak ramai rakyat Malaysia yang mampu nikmati hidup diorang.
Minyak dah naik.Gula pun dah naik.Kata negara boleh bankrap menjelang 2019.Kenapa suruh rakyat berjimat kalau kerajaan sendiri tak mampu nak berjimat?Basic rules of reducing deficit adalah melakukan saving dan invest.Tarik investor luar bukak industri.Membina sesuatu yang tak pasti worthwhile investment atau tidak? Ini perkara bangang.Kalau dah tau negara nak bankrap.....yang kau nak buat Menara 100 tingkat tu apa kejadahnya?Mana rasional kau kat situ?Alih-alih,rakyat jugak yang akan dibebankan macam hari ni.Benda yang naik akan naik dan tak turun2,kecuali bila time nak pilihanraya.
Kita boleh merdeka satu masa dulu,aku juga harap satu hari nanti aku merdeka dari BN.Aku dah tak nampak apa2 yang baik lagi pasal Kerajaan BN.Semua masalah, solution diorang adalah membebankan orang ramai.Pada aku,kerajaan sekarang adalah kerajaan yang langsung tak rasional dan boleh kata TAHAP DELUDED..syok sendiri punya kerajaan.
PS - Sebelum ada orang kata "kau tak suka Malaysia,kau gi la duk negara lain!" kat aku,nak bagitau dulu,anak Najib pun kerja kat UK.Buat apa kerja Malaysia?Payah! Teruk!