Julai 09, 2010

Posting Separa Gay : Vampire Suck



Edward atau Jacob?
Aku tak suka lelaki yang tak suka berbaju.Perkataan "Lelaki" dan "Seksi" tidak patut langsung digunakan sekali dalam satu ayat..

Julai 08, 2010

Film Review : Toy Story 3

"Tot,ending dia,sedih beb!"

"Ko mesti nangis tengok ending dia.."

"Sebak aku dalam wayang,nasib baik gelap.."

Macam tu la komen-komen yang aku dapat daripada member aku bila aku tanya pasal Toy Story 3.Sebagai seorang lelaki yang agak mudah tersentuh hati dia,aku pun berazam nak tengok filem ni waktu dah tak ramai tengok dan time office hour.Kebetulan pulak ofis aku ada event apa benda tah minggu lepas jadi itu adalah peluang terbaik aku menyelinap keluar.Aku beli tiket dan combo meal pop corn large dengan air large dua disertakan sekali bekas air bergambar Buzz Lightyear,weehheeeee!

Aku masuk dan duduk dalam wayang.Tak ramai orang,nasib baik.Aku ambik seat tepi sekali sebab kaki aku tak lepas dan senang nak lari ke bilik air kalau2 air mata aku tak berenti2.

Layan punya layan punya layan,bila dah masuk klimaks cerita tiba-tiba hati aku sayu.Cilaka.Ada air mata bergenang kat mata aku.Aku peluk beg aku rapat2.Mangkuk ayun yang belakang aku duk sepak kerusi pun aku tak berani nak sound sebab aku takut dia nampak mata aku berkaca-kaca.Bila dah masuk epilog cerita,makin lama makin sedih dan sayu sebab ending dia mempunyai maksud yang mendalam...membuatkan aku terkenang balik mainan Panthro Thundercats aku yang dah hilang tah ke mana atau apa la nasib bekas air aku yang aku terlepas jatuh atas jalan dari bas sekolah masa aku darjah satu.

Tidak!Aku tidak boleh menangis.Aku tidak boleh menitiskan air mata dalam panggung wayang.Habis aje kredit filem,aku laju2 bangun dan terus berjalan pantas ke bilik air sambil mataku fokus ke arah lantai kerana aku tau,mata aku merah.Masuk bilik air cuci muka terus aku ke ofis.


Balik rumah aku terus duduk kat meja dan renung Rex atas meja aku."Rex,kalau kau mampu berkata-kata,berbicaralah dengan aku sekarang..aku janji aku takkan lupakan kau.."

Tidak mudah untuk kita melupakan zaman kanak-kanak kita bukan?

Rating : 10/10

Julai 05, 2010

World Cup Special : Christiano Ronaldo Sudah Menjadi Bapa


Mamat tak berapa hensem ni sudah pun selamat menjadi bapa tapi identiti ibunya terpaksa dirahsiakan.Diberitakan calon-calon ibu dia ni terlalu ramai sehingga susah benar nak dijangka.Apa yang menggelikan ketiak dan kaki aku adalah apabila The Sun UK cuba meneka siapa gadis yang telah dibuntingkan oleh Christiano Ronaldo tu sambil bertanyakan "bagaimana perasaan ditiduri oleh Christiano Ronaldo..?"

Ada perempuan,iaitu seorang model yang agak hot menjawab,"Jika anda ditiduri oleh lelaki paling kacak didunia dengan badan yang sungguh indah untuk dipeluk,mana-mana perempuan akan merasa bangga kerana dapat tidur dengan dia.." (Link The Sun UK - Peringatan,link ini mengandungi gambar perempuan tidak berbaju)

Persoalan untuk hari ini :

 1. Hensem sangat ke dia ni?

2. Jika anda ditawarkan untuk ditiduri oleh mana2 lelaki pilihan anda dan lelaki itu sudi,sanggupkah anda menerima tawaran itu?Cthnya;Robert Pattinson nak,anda pulak? (Malas aku tanya pasal lelaki sebab lelaki akan sentiasa nak..)

3. Adakah kaum perempuan merasakan degupan jantung bertambah kencang ketika menonton gambar ini?



4. Adakah ada di antara yang berani mengaku anda tengok bola semata-mata nak tengok lelaki bukak baju atau "bulging-bulging" di seluar pendek pemain?

Portugal suck.England suck.

Julai 02, 2010

Aku,Senior,Junior,Warden dan Hostel

Membaca mengenai budak yang meninggal kena ragging tu mengingatkan aku kepada benda-benda yang aku dengan member-member aku pernah kena dulu.Waktu aku sekolah menengah,masa aku form one,aku telah kena benda-benda camni :

1. Cuba berdiri kemudian angkatkan tangan anda menghala ke depan.Bengkokkan lutut anda sehingga lutut dan punggung sama level.Tahan macam tu 3 jam dengan tangan anda yang diluruskan tadi menampung dua biji bantal.Bantal jatuh atau ada percubaan berdiri,akan disepak dari belakang.Ini dipanggil "Enjut-steng."

2. Merangkak bawah katil dengan baju sekolah putih ramai-ramai kerana bilik tak bersih sekeliling bilik.Ini adalah hukuman "komando."

3. Buat kurang ajar dengan senior?Senior akan meletakkan tapak tangan mereka ke muka dan kemudian akan menarik jari hantu mereka laju-laju dan lepaskan.Ini digelar "starlight."

Waktu form 2 aku takde benda kena sangat sebab senior aku best kecuali ada sekali aku bergaduh dengan member aku dalam bilik dan senior aku denda kitorang cium pipi masing-masing.Hahahahaha.Waktu form 3,aku telah dibelasah oleh 5 orang senior aku sebab aku keluar malam tak mintak lesen diorang (nak buat jahat,cthnya isap rokok atau keluar malam kena mintak izin dulu).Kemudiannya aku jugak pernah lah dibelasah sebab aku terbakarkan seluar senior.Aku pekena dia balik kemudian2 dengan meludah dua tiga kali ke dalam air yang dia suruh aku ambik dari water cooler.Peluang beb nak balas dendam.Sedap aje dia minum. (Nasihat aku,jangan sekali-sekali suruh junior anda ambik air untuk anda.Aku tak pernah sekalipun suruh)

Bila naik form four,nak buat jahat pun pandai-pandai sendirila.Tapi bila bergaduh,bergaduh ramai-ramai dan takde dah main denda-denda ni.Bertumbuk dan sparring.Masa ni aku dah tak terlibat dah,aku lagi suka lepak dengan member aku dan isap rokok kongsi-kongsi atau keluar malam selalu.

Adalah beberapa kejadian lagi bila kena tampar dengan warden sebab ponteng prep class atau kena tampar masa tengah tidur sebab tak bangun subuh atau kena tampar 7 kali berturut-turut sebab kena tangkap keluar malam.Bayangkan..kau tengah tidur sedap-sedap ada orang tampar kau!Warden pulak tu!Ada keluar paper cerita tu?

Bila kenang-kenang balik,sebenarnya budaya senior membuli junior ni,pada aku,satu benda yang memorable bila benda tu tak serius sangat.Maksudnya,niat dia sekadar nak mendidik bukan nak membelasah. Dari situ aku belajar respek orang tua (senior) dan belajar macam mana nak survive sendiri.Sapa lagi nak tolong kalau bukan orang2 yang ada dalam hostel kan?

Tapi sayangnya lepas kitorang masuk form 3,sekolah asing-asingkan bilik ikut tingkatan.Positifnya di sini adalah kitorang jadi lagi rapat dengan member dan takde lagi dah kes ragging kecil-kecilan tapi negatfinya sebenarnya terlalu besar;

a. Junior tak kenal senior dan sebaliknya
b. Semangat abang adik takde
c. Bila ada hal nak setel,kau kena pegi bilik senior,lagi gerun.
d. Bergaduh antara form.

Jika kau tanya aku,kenapa budak-budak sekarang ramai macam cilaka; aku akan jawab sebab diorang tak independent.Silap sikit,mak bapak turun.Silap sikit,wartawan turun.Sampai budak tu sendiri jadi terlalu berani buat apa yang diorang suka.Manja.Baju terpakai pun tiap2 weekend hantar balik rumah suruh mak basuhkan.Kaki buli memang akan ada.Itu normal bila kita bercakap mengenai sekolah asrama tapi bila terlalu banyak langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kehidupan pelajar sekolah asrama,diorang akan jadi terkongkong.Jadi seorang yang tidak normal.

Aku rasa sekolah sepatutnya terus mengamalkan hidup campur-campur antara senior dan junior kerana ini akan memberikan tanggungjawab kepada senior yang ada supaya protect junior2 sebilik mereka dan junior pulak akan bergantung harap kepada senior-senior.Biarkanla budak-budak tu membesar secara normal.Kitorang dah la terkongkong daripada dunia luar,terkawal daripada apa yang jadi kat luar sana dan yang paling tak best,kitorang LANGSUNG tak bergaul dengan perempuan.

Tapi bila wujud kes buli sampai mati...buang dia sekolah dan masukkan dia ke sekolah pemulihan.Tak kiralah dia siapa,walaupun bapak dia pengerusi PIBG sekalipun.Sebab mana-mana budak yang buat salah memang wajib kena hukum.Tapi kat sekolah aku,aku kena gantung dua minggu sebab hisap rokok.Anak pengerusi PIBG belasah budak?

Tak kena apa-apa.Jangan pilih kasih dalam menghukum yang salah dan biarkan budak-budak tu membesar normal.

PS - Gambar sekadar hiasan.

Julai 01, 2010

Selepas 6 Bulan Berkahwin...

Aku dah kawin 6 bulan lebih.Sekejap gila masa.Sedar-sedar haritu wife aku bagitau aku,"18 hb Jun,dah 6 bulan kita kawin.Tak nak gi mana-mana ke?"Aku sebagai seoang suami yang pemalas dan lebih gemar duduk kat rumah,berkata malas la,nanti dulu.Lagipun aku busy.Busy GILA BABI waktu tu sampai la ke hujung bulan Jun.Nasib baik wife aku datang sini weekend hari tu sebab dah 2 minggu aku tak jumpa dia.

Adakah ada apa-apa perubahan pada diri aku lepas berkahwin?

Kalau aku cuba menilai diri aku sendiri,daripada segi "ke-pervetan" aku,aku tak rasa ada perubahan.Aku masih lagi gemar melihat punggung-punggung gadis atau mana-mana cleavage yang terpampang.Aku masih lagi mengagumi mana-mana awek yang lawa dengan berkata dalam hati "Ya Allah lawanya amoi itu!" dalam hati kemudian mata terus turun ke bawah leher dari muka dia.

Lihat pula dari financially,aku ada sedikit struggle sebab sebelum ni weekend aku jarang keluar tapi sekarang weekend aje aku akan keluar.Wife punya pasal TAKDE HAL beb!Dari segi pengurusan hidup pulak,sebab aku tinggal berjauhan,jadi banyak urusan-urusan makan minum dan tempat tinggal masih lagi aku setelkan sendiri.Ni semua Kerajaan punya pasal,mintak transfer takkan dapat punya tak pakai kabel2 ni.

Tapi aku sedar ada perubahan drastik dalam hidup aku.Aku tak suka tidur berseorangan.Kadang-kadang aku cuba peluk diri sendiri tapi tangan aku tak mempunyai sentuhan lembut yang aku dahagakan.

Kahwin la.Best gila.

PS - Tu bukan gambar aku.