Kepala aku mengalami satu masalah yang teruk.Kelemumur dekat kepala aku makin lama makin tak terkawal.
Satu masa dulu aku try semua jenis syampu,daripada yang berjenama mainstream (Rejoice,Sunsilk,Pantene etc.) dan juga kepada syampu-syampu pelik yang orang akan tanya aku apasal aku pakai syampu tu (Selsun) dan syampu yang berjaya dan berkesan kepada aku hanya satu,Selsun Blue yang bertudung ungu.
Baru-baru ni Selsun dah diambik alik oleh satu syarikat lain.Selain daripada packaging yang makin kecik dan mahal (syampu ni dah memang agak mahal berbanding syampu2 lain) harga dia naik.Apa yang mengecewakan aku adalah apabila aku try syampu Selsun yang baru ni,kesan dia pada kepala aku tak sama.Kalau sebelum ni lepas basuh rambut aku rasa kesat,sekarang ni rambut aku macam biasa aje.Seolah-olah kepala aku immune dengan syampu baru tu.Dan kelemumur makin teruk.Aku cuci rambut aku sehari sekali dan hasil dia still sama (aku rotate dengan syampu Clear).
Aku malu dengan masyarakat sebab aku tau masyarakat khasnya golongan2 wanita cantik memandang serong kaum lelaki kacak yang berkelemumur.Aku adalah salah seorang golongan itu,sangat kacak dan berkelemumur.Isteri aku kata bila dia bermanja-manja dengan aku,seolah-olah seperti di Antartika.
Aku segan.Aku sudah tidak berdaya membeli 3 jenis syampu setiap bulan untuk mencuba (seperti mana aku buat satu masa dulu sebelum aku menjumpai Selsun Blue; seperti yang disyorkan oleh Brad Pitt dalam cerita Ocean Eleven)
Ada sesiapa yang ada petua untuk mengatasi masalah kelemumur?
Aku dah la suka pakai baju gelap.Aku tak suka sangat pakai baju cerah ni sebab bila basah kena hujan,aku dapat merasakan orang ramai tidak suka melihat baju aku yang transparent.




