Januari 21, 2010

30 Hari Mencari Syampu

Kepala aku mengalami satu masalah yang teruk.
Kelemumur dekat kepala aku makin lama makin tak terkawal.

Satu masa dulu aku try semua jenis syampu,daripada yang berjenama mainstream (Rejoice,Sunsilk,Pantene etc.) dan juga kepada syampu-syampu pelik yang orang akan tanya aku apasal aku pakai syampu tu (Selsun) dan syampu yang berjaya dan berkesan kepada aku hanya satu,Selsun Blue yang bertudung ungu.

Baru-baru ni Selsun dah diambik alik oleh satu syarikat lain.Selain daripada packaging yang makin kecik dan mahal (syampu ni dah memang agak mahal berbanding syampu2 lain) harga dia naik.Apa yang mengecewakan aku adalah apabila aku try syampu Selsun yang baru ni,kesan dia pada kepala aku tak sama.Kalau sebelum ni lepas basuh rambut aku rasa kesat,sekarang ni rambut aku macam biasa aje.Seolah-olah kepala aku immune dengan syampu baru tu.Dan kelemumur makin teruk.Aku cuci rambut aku sehari sekali dan hasil dia still sama (aku rotate dengan syampu Clear).

Aku malu dengan masyarakat sebab aku tau masyarakat khasnya golongan2 wanita cantik memandang serong kaum lelaki kacak yang berkelemumur.Aku adalah salah seorang golongan itu,sangat kacak dan berkelemumur.Isteri aku kata bila dia bermanja-manja dengan aku,seolah-olah seperti di Antartika.

Aku segan.Aku sudah tidak berdaya membeli 3 jenis syampu setiap bulan untuk mencuba (seperti mana aku buat satu masa dulu sebelum aku menjumpai Selsun Blue; seperti yang disyorkan oleh Brad Pitt dalam cerita Ocean Eleven)

Ada sesiapa yang ada petua untuk mengatasi masalah kelemumur?
Aku dah la suka pakai baju gelap.Aku tak suka sangat pakai baju cerah ni sebab bila basah kena hujan,aku dapat merasakan orang ramai tidak suka melihat baju aku yang transparent.

Januari 19, 2010

Adakah "Raja Lawak Astro" Satu Scam SMS Yang Dihalalkan?



Aku tengok Raja Lawak hari tu,saje aje la sebab aku suka tengok pengacara dia.Lagipun aku takde benda nak tengok tunggu game Arsenal pukul 12.00.

Mula aje rancangan keluar la dua orang pengacara dia.Sorang tu memang la lawak dan seorang lagi tu macam malaun mana tah.Tak lawak sangat pun dia.Habis diorang merepek2 dalam beberapa minit keluar la ranking kedudukan undian "Bakal Raja Lawak" ni.Lepas tu terus la pengacara2 ni announce;

"Okeh,anda boleh mulakan undian anda sekarang."

Keluar la peserta2 ni cuba membuat lawak.Ada la yang kelakar...ada la jugak yang membuatkan aku dengan member aku saling pandang memandang kemudian mengeluarkan ayat "Apa ke bangang mangkuk ni punya lawak?" Ada la jugak seorang peserta yang give up tengah2 buat persembahan.itu adalah benda yang paling kelakar dibuat antara semua peserta malam tu.

Habis aje peserta terakhir,break iklan kejap.Kemudian habis aje iklan..pengacara announce "Undian kini telahpun ditutup.."

Aku duduk situ dan termenung kejap.Benda2 yang aku fikir :

1. Apa benda semua tu?

2. Kenapa undian SMS dibuka ketika persembahan sahaja?

3. Apa guna penonton mengundi kalau diorang terpaksa "blind voting" ?Pilih satu peserta favorite kemudian undi ajelah masa rancangan.Kalau dia punye lawak macam haram dan tak menjadi pun takpe la,orang dah undi awal2.Sama la kalau macam kita nak mengundi calon pilihanraya tapi kita tak tau dia tu ok ke tak.

4. Apa guna peserta bertanding?Katakanlah peserta yang mendapat undian paling hampas berusaha untuk menjadikan diri dia lawak malam tu dan nasib dia pulak giliran dia last,maknanya time frame dia untuk convince penonton yang dia mampu jadi Raja Lawak sangatlah singkat.Jarak masa persembahan last dengan time voting ditutup hanyalah 5 minit.

5. BOB LOKMAN?BOB LOKMAN?LAWAK?

6. Mana pegi geng2 Raja Lawak yang tak berapa "marketable" dulu?Kenapa sekarang ni yang tinggal ni yang "muka ada market" aje yang Astro terus ketengahkan?

.................

Aku rasa undian2 SMS ni sepatutnya diharamkan aje oleh kerajaan sebab benda macam ni dah keterlaluan.Tapi aku tau harapan aku takkan kesampaian sebab ehem..ehem..kroni bang.Orang ramai tak nampak ke "loophole" dalam sistem SMS tu?

Rancangan tu seolah-olah dibuat bukan untuk menonjolkan bakat-bakat baru komedi,tapi seolah2 membuka ruang supaya masyarakat/peminat spend duit mereka dengan mengundi "calon pilihan" mereka dan membuka ruang kepada seorang dua Melayu menjadi glemer.(Glamour = Impian Majoriti Orang Melayu).

Dah la sekarang kononya untuk memudahkan penonton,boleh vote 20 undi terus!

Banyak kali jugak la pengacara dua orang tu mengingatkan penonton supaya "mengundi" peserta kegemaran mereka,dengan nada sedih mengingatkan akibat kemungkinan terkeluarnya mereka.

Nak undi undi la.Dia menang jadi Raja Lawak,anda pulak?
Jadi bahan lawak.Jangan lah perabih duit anda dengan benda2 camni.Ananda Krishnan suka betul duit masuk tanpa perlu berusaha keras ni.

Tengok boleh,SMS jangan!

Yang buat lawak bodoh orang Melayu.
Yang SMS dan rugi orang Melayu.
Yang makin kaya orang India nama Ananda.
HIDUP UMNO!

Januari 15, 2010

Film Review : Twilight Saga (New Moon)

"Adakah kau sakit,Bella?" tanya Edward.

"Kenapa kau berkata begitu sayangku?" tanya Bella."Sepanjang masa kau menggeletar dan muka kau,takde pernah aku nampak expression lain.."jelas Edward."Balik-balik muka blank sambil menggeletar.."sambung Edward lagi."Kau tak sayang aku ke Bella?"

"Kau pun sama.Kenapa setiap masa kau catwalk?Kenapa bila kau nak carik pasal dengan Volturi kau kena berdiri dekat tepi pintu dengan sungguh bergaya sambil menayangkan dada kau yang sasa?Apasal bila kau tengok aku,kau pose macam aku tengah pegang kamera?" tanya Bella sedikit tersinggung.

"Shuh,shuh.Senyap..Jacob datang.."pintas Edward mematikan perbualan.

"Hai Bella......I love you.....terimalah aku...love me...repay my love to you," Jacob merenung Bella lalu mengalihkan perhatian kepada Edward."Isk,mamat Vampire ni...ada aje sini,"

"Apahal kau tak pakai baju?" tanya Edward.

"Suka hati aku la tak pakai baju!Kau nak carik gaduh?WARGHH!" Jacob terus bertukar menjadi werewolf.

"Jacob,Edward,jangan gaduh.Tak baik!" jerit Bella sambil menggeletar bibirnya seolah-olah kesejukan melampau.

"Kau tengok Bella...kau boleh suka dengan orang macam ni?Apa yang kau nampak dengan orang macam ni? pekik Edward."Mana pegi seluar pendek dia tadi?" fikir Edward dalam hatinya sambil matanya melilau mencari ke mana pergi seluar pendek Jacob tadi,manalah tau boleh direcycle untuk dijadikan kain buruk.

"Grrrr..grrr..grrrr..woof woof.." Jacob menyeringai.

Bella terus resah,tidak mengerti kenapa dua lelaki yang penting dalam hidupnya tidak dapat bertolak ansur membuatkan wajahnya terus blank dan bibirnya menggeletar semakin kuat.

Rating : 6/10

Januari 14, 2010

Tujuan Murni Kerajaan Adalah Untuk Membuka Peluang Perniagaan Kepada Orang Melayu

"Ustaz,ustaz!" panggil Amin sambil mengangkat tangan."Haa..apa kau nak tanya?" tanya Ustaz tu.

"Macam mana urusan nak berkahwin ni?Susah ke?" tanya Amin

"Eh,senang aje.Takyah risau.Islam tu kan mudah..." jelas Ustaz tu."Yang paling penting sekali,kita mintak persetujuan wali dan pihak perempuan.Kalau dah dapat tu,yang lepas2 tu ikut aje la rukun nikah ni," sambung Ustaz tu lagi.

"Apa rukun nikah tu?"

"First sekali,engkaulah.Pengantin laki.Pastu pengantin perempuan.Wali dah bersetuju,carik dua orang saksi.Sempurnakan akad,iaitu ijab dan kabul.Ada 5 rukun tu,lengkap semua nya.Senang kan Islam ni sebenarnya.." terang Ustaz tu.

"Habis tu apa yang saya buat kat sini Ustaz?Apasal saya kena pegi kursus kahwin sekarang ni?Apsal kalau saya tak hadiri kursus ni,perkahwinan saya tak sah?" tanya Amin,ikhlas.

"Err...ni sekadar nak berkongsi ilmu...Kita kena pastikan pasangan suami isteri tu bersedia...Ikut law Malaysia...." jawab Ustaz tu tergagap-gagap.

"Tadi Ustaz kata Islam tu mudah aje?"kata Amin.

.......................

Rukun Nikah 
1. Lelaki
2. Perempuan
3. Wali
4. 2 orang saksi lelaki 
5. Ijab kabul

 Rukun-Rukun Lain
6. Pergi kurus kahwin
7. Isi pelbagai borang
8. Berulang alik ke Pejabat Agama banyak kali sebab penerangan yang dibagi biasanya tak lengkap
9. Bermacam protokol yang KARUT
10. Bayar itu ini untuk "yuran proses"

Seperti kata Bapak Mertua aku;
"Benda tu dah mudah ikut Islam,kenapa nak disusahkan?Satu masa dulu itu semua tanggungjawab Kerajaan (Pejabat Agama).Free aje.Bawak duit untuk makan.Takde perlu sijil2 pun.Bila dah diswastakan macam sekarang,dah jadi bisnes pulak kursus kahwin ni,diwajibkan pulak tu.Kenapa kerajaan lepas tangan dalam tanggungjawab 'pembangunan sosial'?Semua benda nak duit....."



Januari 12, 2010

Khas Untuk Kaum Hawa : Gambar Baby








Ni anak buah aku.Baru 3 hari umur dia.First time aku tengok,aku nampak muka dia macam budak Jepun.Dia takde nama lagi sebab adik aku dengan husband dia tak decide nama dia lagi.Adik aku lagi sorang suggest satu nama tapi nama tu mungkin tak sesuai dengan seorang budak pempuan Melayu.Dalam perjalanan balik,aku yang lebih2 compare dengan isteri aku."Ayang,ayang,saya nak baby.Saya nak baby." Isteri aku tengok aku semacam.Mungkin dia tak sangka dia kahwin dengan seorang lelaki yang tak berapa normal walaupun dah kenal lama.