November 10, 2009

Kursus Kahwin Yang Menaikkan Nafsu


Weekend hari tu aku pergi kursus kahwin.Secara overallnya ok la,walaupun entah berapa kali aku terlelap.Bila pagi aje aku akan terlelap,makin ke petang aku makin bertenaga.

Banyak la jugak benda yang aku dengar daripada beberapa orang penceramah yang merangkumi pelbagai bab macam akidah,prosedur perkahwinan dan sebagainya.

Aku cuma terkejut sebab ada satu Ustazah ni.Dia muda lagi,30 lebih kot umur dia.Sepatutnya dia cerita pasal benda lain,tapi untuk 2 jam tu,sepanjang ceramah dia,dia hanya cerita pasal satu benda.SEKS!

Aku suka tajuk tu.Tapi,bila yang dok mengilai ketawa dan bercerita tu bertudung dan bergelar Ustazah,aku pulak yang jadi segan.Dah lah semua benda diceritakan dan setiap ayat "horny" yang akan diucapkan Ustazah tu,dia akan kata "Saya bukannya nak cerita pasal benda kotor..tapi..."

Cthnya : "Saya bukannya nak cerita pasal benda kotor..tapi...lepas balik kerja,penat tu,isteri ajak la suami masuk bilik,buat la berapa round pun."

Apa point kau Ustazah?Kau punya tajuk pasal AKHLAK!

Sambil menahan ngilu sebab Ustazah tu ayat2 dia agak grafik,aku punya imaginasi dah jadi lain.Aku mula terbayang macam-macam.Masalahnya...aku boleh pulak terbayangkan tengah buat projek dengan Ustazah tu pulak!Hahaha.

Nak buat macam mana...
Kalau Ustazah pun boleh sebut "KON*K" dalam kursus.Serius shit aku segan.Yang perempuan tah macam mana la diorang rasa.Lelaki boleh la gelak2 jugak.Aku dah baca Kama Sutra masa aku 14 tahun,Permata Yang Hilang masa aku 15 tahun.Aku tau la nak bezakan lubang telinga dengan lubang ehem-ehem.

Dan syllabus kursus ni.
Apasal mulakan dengan benda happy dan akhiri dengan benda sedih (perceraian).Macam tu ke cara nak bina mood orang2 nak kawin?

November 06, 2009

Film Review : Twilight


Heheheheheheheheheheheehehhe.

Mula-mula aku gelak dululah.
Sebab masa first time cerita ni keluar,heboh gila gadis2 manis kata cerita ni best.Wow!Vampire romantik!Bestnya!(Nak muntah aku dengar)

Aku buat tak peduli aje.Hak eleh!Vampire apa hensem cam gitu?Mesti cerita jiwang karat penuh dengan adegan cium mulut dan gigit2 manusia dan vampire.Lepas aku tengok trailer dia,aku muntah kejap sebab aku tak tahan tengok romantik betul vampire ni.

Tapi satu hari tu,aku bosan.Aku donwload filem ni dan aku tengok.Nak beli DVD aku tak berani gamble.Habis download,aku kunci pintu,tutup tingkap..pastikan takde sapa yang tau aku tengah tengok Twilight.

Oh,shit.Kenapa aku rasa Robert Pattinson ni hensem?

Aku seolah-olah terpukau dengan gaya dia yang selamba dan kontrol macho.Aku hilang dalam renungan dia yang ganas.Argh.Tak boleh jadi,aku dah ada tunang.Aku mesti ingat tunang aku.Dia gadis yang baik.

Tapi Robert Pattinson kembali muncul di monitor membuatkan aku lupa pada tunang aku.Dalam fikiran aku,penuh dengan imaginasi bagaimana jika aku yang menggantikan Kristin Stewart dalam scene2 filem tu.

TIba-tiba aku tersedar.Aku tertanya,"Adakah aku separa gay jika perasaan aku bila tengok Twilight ni,aku lagi suka tengok Robert Pattinson berbanding Kristin Stewart?"

Aku call tunang aku lepas habis tengok filem ni untuk sekurang2 nya men-straightkan aku seperti biasa.Tunang aku berjaya meyakinkan aku yang aku tidak gay."Awak tak gay..cuma kadang2 awak terpesong sket,maklumlah..dulu awak sekolah asrama lelaki semua,"kata tunang aku.

"Dah jangan tengok lagi kalau takut,delete file tu cepat!Nanti kalau terconvert,saya ni awak nak campak mana?"kata tunang aku.

"Baik yang.."kata aku sambil cuba menekan butang delete di keyboard.Tapi aku tak sampai hati.Aku nak tengok lagi Robert Pattinson.Jadi,aku biarkan aje file tu.

"Dah delete?"sms tunang aku sampai.

"Dah!"jawab aku.Semenjak hari tu aku pun mula membuat countdown berapa hari lagi sequel Twilight nak keluar.Dan aku akan pergi tengok wayang sorang2..senyap2.Mungkin kena pakai topeng dalam wayang.

Rating 8/10

November 04, 2009

"Pakcik,Baik Pakcik Jual Ajelah Kereta Antik Pakcik Ni!Menyusahkan Aje Nanti!"


Aku selalu komplen pasal cukai kenderaan.Kenapa?
Sebab rakyat Malaysia majoritinya berhutang 9 tahun untuk bayar kereta dan kebanyakannya menghabiskan 30% gaji mereka untuk membayar kereta sahaja.

Kenapa aku selalu komplen pasal kereta?
Sebab nak tak nak semua akan rasa pasal ni.Kita semua akan rasa.Nak lawan pendapat aku,lawan.Tapi apa faedahnya kau backup kerajaan kalau kerajaan tak backup kau?

Dan sebagai seorang pemilik kereta,anda perlu sedar,banyak betul akta2 baru yang akan diperkenalkan nanti.Aku tak peduli pasal AP ke "abah dia nak bagi projek buat kereta kat anak dia" ke tapi,Rafidah Aziz gemok sebab banyak makan duit AP ke,yang aku selalu tertanya :

kerajaan Malaysia tak sedar ke realiti kehidupan rakyat ni?


1. Kenderaan lebih 10 tahun,insurans naik.

Dah renew insurans? Bersedia untuk terkejut besar bila nak renew insurans kalau kenderaan anda lebih 10 tahun.Nilai insurans dinaikkan atas "nasihat" syarikat-syarikat insurans.(benda ni dah start awal tahun hari tu)

2. Kenderaan lebih 15 tahun,tak boleh renew road tax selagi tak dapat pengesahan Puspakom

Ada baiknya buat benda camni.TAPI kita hutang 9 tahun bang.Kita usaha kerja gigih-gigih kemudian kalau kita ada planning nak simpan kereta tu lama-lama,rancangan tu akan jadi terbantut.Nak hantar Puspakom,nak kena bayar fees.Duit lagi.Puspakom : Syarikat Kroni

3. 2011,Import masuk alat ganti second hand tidak dibenarkan.

Jadi,selepas 2011,jika ada apa-apa kerosakan enjin pada kereta import anda,hanya ada dua pilihan.Sama ada beli dekat authorized dealer (yang markup harga gila-gila) atau jual kereta import anda,beli kereta tempatan.Bagaimana pakcik2 drebar teksi yang pakai teksi style lama tu nak maintain teksi diorang?Wallahuallam.Aku tak tau la motor kena ke tidak.Motor kalau kena jugak alamatnya aku kena jual motor aku dan beli Modenas Elegan.Hahahaha!

Dan apa nasib uncle2 kedai potong?Apa akan terjadi kepada amoi2 cun anak uncle kedai potong?

...........

Semua benda ni rakyat takkan marah kalau kita mampu beli kereta tanpa berhutang lama-lama.Cuba bayangkan kalau kita beli keli kereta dengan installment 5 tahun aje (sebab harga yang rendah) jadi kalau nak dijalankan akta 15 tahun tu kita takde la merasa kerugian yang besar.

Nak laksanakan akta jangka hayat kereta memang la bagus.Tapi mana inisiatif kerajaan nak galakkan benda tu?Orang kaya raya macam menteri mampu la tuka kereta 5 tahun sekali.Kita ni?Yang buat loan 9 tahun,mesti la ada perasaan nak pakai kereta tu selama yang mampu sebab KITA DAH BAYAR LOAN 9 TAHUN!

Takde galakan langsung yang dibuat.Adakah kerajaan menyimpan taktik penurunan cukai kenderaan untuk digunakan apabila pilihanraya menjelang tiba nanti?

Rakyat Malaysia tak kaya.Kereta bukan barang mewah,kereta satu necessity untuk yang berkeluarga.Tapi jika pengeluar kereta nasional tidak mampu mengeluarkan kereta yang sama harga dan sama kualitinya dengan pengeluar kereta lain,tidak perlulah rakyat dibebankan untuk menanggung pembangunan kereta nasional yang sangat stagnant.Kalau Korea boleh buat kereta murah untuk rakyat dia dan dijual murah ke serata dunia,kenapa kereta Malaysia mahal?Kamon la...KIA start daripada buat basikal.Proton terus buat kereta.Jangan lah nak bagi alasan usia Proton kalau ikut industri masih mentah.

Mangkuk punya kerajaan tak pernah fikir pasal rakyat.
Tau nak menguntungkan kroni dan suku sakat diorang.

Bacaan Lanjut Untuk Sesiapa Nak Mengira Nilai Sebenar Kereta Lain Berbanding Kereta Nasional : Baca,Lihat dan Kira Sendiri,Kemudian Nilaikan

November 02, 2009

Takde Point : Kenapa Aku Menyampah Dengan Jehan Miskin


Bro Jehan,

Aku tidak tahu dari mana datang timbul rasa benci ini kepadamu.Mungkin kerana aku merasakan kau rasa diri kau super hensem?Ataupun kau selalunya berlakon seolah-olah mat romantik yang tak menjadi sangat?



Mungkin kerana aku menyampah dengan kau sebab kau suka pakai sleeveless ke mana-mana.Aku pernah terserempak dengan kau sekali dan kau memang pakai sleeveless merata-rata.Kau rasa cool ke pakai sleeveless?Kau perasan kau idola lelaki Malaysia agaknya?



Argh.Stress aku tengok kau peluk pinggang Intan Ladyana.
Ni semua majalah Mangga punya pasal!Haramkan aje senang!

Nota : Bila aku stress,aku suka carik gambar2 mengarut macam di atas.