Oktober 13, 2009

Susahkan Jadi Perempuan?


Dua minggu lepas,aku on the way balik dari Pandan Indah.Jam masa tu dah dekat pukul 11 malam.Aku susur keluar dari jalan motor lepas tol dan nak ambik exit ke rumah aku.Lalu aje kat tepi exit tu aku nampak ada seorang perempuan tengah berjalan sorang laju2 tepi divider .Depan dia selang beberapa meter ada dua orang perempuan jalan sekali dan diorang pun sama,jalan laju gila.Hampir boleh dikatakan mereka seperti berjogging-jogging anak.

Aku slow dan aku baru perasan rupanya situ tempat bas berenti turunkan penumpang.Jadi,kemungkinan besar diorang ni baru turun dari bas dan nak berjalan balik ke rumah masing-masing.Yang jalan sorang2 tu tak bertudung,yang dua lagi pakai baju kurung dan bertudung.Melayu lah kiranya.

Aku jadi kagum sekejap sebab aku rasa diorang ni berani.Berani dalam ketakutan.Sebab jalan yang akan diorang redah depan tu gelap dan agak sunyi.Bukan ketakutan sebab ada banyak hantu atau banyak anjing,tapi jika aku seorang perempuan,aku sure akan takut dan terpaksa memberanikan meredah jalan tu setiap hari...dengan berjalan kaki.

Dan bila aku selalu membayangkan benda2 macam tu,aku akan terfikir pasal adik aku dan tunang aku.Mungkin aku tak sanggup kot membiarkan diorang berjalan dalam gelap camtu.Terlalu banyak risiko dia.Jadi apa-apa,bukan ramai orang perasan pun.Aku jadi takut membayangkan kalau ada orang yang aku sayang terpaksa melalui benda macam tu.

Mungkin akan wujud suara-suara sumbang yang kata "kenapa tak beli kereta?" atau "kenapa tak beli motor?" atau "Kenapa tak naik teksi?" Aku cukup menyampah baca atau dengar ayat-ayat macam tu.Kau mampu kau diam,jangan banyak komen.

Persoalan sepatutnya yang ditanya oleh rakyat yang prihatin adalah "Kenapa perkhidmatan bas kat Malaysia kebanyakannya buat asal boleh?Area of coverage yang tak merangkumi keseluruhan kawasan,driver malas nak masuk dalam lagi,bas tak cukup,driver mengantuk.Terlalu banyak alasan yang kita dengar dari pihak2 tertentu bila rakyat mempersoalkan taraf perkhidmatan awam Malaysia.

Nak naik LRT pun nak kena naik teksi dulu untuk ke stesyen LRT.Nak naik bas pun kena berjalan kaki 1km nak ke bus stop.Sampai bila nak camni?Dan aku lagi sedih bila Wakil Rakyat Yang Baru ditabalkan,Isa Samad kata lepas menang,dia nak tolong BN menang balik kerusi Teluk Kemang. Sebab tu kau nak jadi Wakil Rakyat?Itu hadiah kau lepas "rakyat" pilih kau jadi wakil diorang.Bodoh....rakyat tu kau nak tolong apa pulak?

Jadi,Isa Samad adalah tipikal pemimpin2 Melayu yang lain dan golongan macam ini tidak mungkin akan terfikir mengenai nasib gadis-gadis Melayu yang berjalan dalam gelap selepas pulang dari kerja semata-mata kerana sistem pengangkutan awam Malaysia yang lemah.

Oktober 12, 2009

Kronologi Landmark Kehidupan Aku Yang Normal


Kalau difikir-fikir,banyak landmark dalam hidup aku yang menunjukkan aku berubah lagi tua.Daripada sekecik2 benda sampai la ke besar2 benda.Mungkin budak zaman sekarang tak merasai benda yang sama macam aku dan generasi 80 an alami tapi mungkin ada familiarity yang wujud antara kita.

Aku mulakan daripada first time aku rasa aku dah besar, sewaktu aku berumur 8 tahun dan akhirnya,selepas puas disound oleh mak aku,akhirnya aku berjaya meninggalkan botol susu kesayangan aku.Yeah!Aku hisap botol sampai aku berumur 8 tahun tapi...aku tak minum susu,aku minum nescafe O yang aku buat sendiri.Matured siot!Itu landmark first aku merasakan aku dah besar.Kronologinya kemudian bersambung seperti di bawah :

Sekolah Rendah
1989 - First time aku belajar puasa.Tapi selalunya waktu rehat aku dah minum air.

1990 - Graduate daripada membaca Muqaddam dan sambung belajar baca Quran.Waktu tu aku merasakan "Hak eleh,Muqaddam untuk budak2 hingusan!"

1991 - Masuk darjah 4,kena menulis pakai pen buat pertama kalinya.Waktu tu,semua benda silap kecik pun pakai liquid paper sampai la cikgu aku kata silap sket potong je ayat tu.Menulis pun sangat2 berhati.Yang paling terasa,jadual sekolah tukar waktu pagi .Arghh.Sekolah pagi,kena bangun pagi-pagi.

Tengah darjah 4,aku kena pakai spek.Bila aku kena pakai spek,aku rasa macam dewasa.Hujung darjah 4,aku kena sunat.Tah kenapa aku sangat gembira bila nurse yang kena bukak balutan aku tu cun.Mungkin sifat pervert aku dah muncul dari kecik.Habis bersunat semua sedara kata aku dah besar.Aku assume masa tu aku dah matang gila.

1993 - Darjah 6,first time aku merasakan wujudnya attraction dengan seorang minah ni.Aku suka tengok dia dalam kelas dan aku merasakan simpati dekat dia bila dengar family dia bermasalah.Nak aje aku ajak dia kahwin tapi sebab bapak aku suruh belajar kalau tak nak kena lempang,aku pun membatalkan niat aku.

Sekolah Menengah
1994 - Masuk sekolah menengah.Pakai seluar hijau dengan kasut hitam.Rasa seperti orang dewasa bila kena kiwi kasut.Dan aku merasakan sebab aku duduk sekolah SBP ni la yang membuatkan aku jadi matang sket sebab semua benda buat sendiri.Benda paling matang pada aku masa ni adalah kena pakai tie yang betul,bukan tie yang ada tali getah lagi.Payah siot nak ikat tie.

Akil baligh.Tak perlulah aku terangkan apa yang terjadi dalam mimpi aku kat sini.Yang korang perlu tahu cuma dalam mimpi aku ada seorang perempuan yang cun dan agak seksi.

1995 - First time naik bas mini dan pegi main game dekat Sungai Wang.Bila beraya tahun tu,aku merasakan betapa lame nya kalau aku meronda kampung berharap dapat duit raya.Duit raya hanya untuk budak-budak kecik!

1996 - First time tengok porno (masa tu susah gila nak tengok porno)kat rumah member aku.Nenek dia tetiba keluar dan kitorang laju2 tukar channel TV3.Waktu tu ada Smart Shop.Nasib baik nenek dia tak pelik kenapa kitorang tengok Smart Shop 4 orang.Yang aku pelik sampai sekarang,kitorang boleh tengok porno ramai2.

Ambik PMR.

1997 - Form four,first time aku suruh junior aku ambik dobi aku (seminggu sekali dobi datang kat sekolah aku) dan first time jugak aku panggil junior aku seorang dan ragging dia sebab dia kurang ajar dengan member aku.Hahaha.

Berkenalan secara serius dengan seorang gadis dan persahabatan itu kekal agak lama.First time aku bergaduh dengan perempuan adalah bila member pempuan aku ni datang sekolah aku sebab ada tournament chess dan aku tak nak gi jumpa dia (sebab aku takut).Merajuk agak lama jugak dia dan akhirnya selepas 3 surat panjang lebar aku,dia sejuk balik.Nak tau balasan surat dia camne?Dia tulis atas A4,lipat,stapler dan pos.Dalam tu ada la tulisan sikit.Macam tu punya kuat pempuan merajuk.Menyedarkan aku yang perempuan agak kompleks untuk difahami.

1998 - Ambik SPM.Habis exam balik rumah dan melepak.Kononnya nak take a break from all the brain exhaustion.

Lepas SPM
1999 - Pegi ambik lesen.First time bawak kenderaan adalah satu ingatan indah untuk aku.Dapat lesen.HOH!Bangga gila!Sekali aje aku test motor!Kesian gak tengok sorang akak ni tergolek masa test emergency break.

Apply IPT dan masuk IPT.Wow.Untuk seorang lelaki yang hampir 5 tahun bergelumang dengan lelaki2 lain SAHAJA (Aku sekolah laki) masuk ke Universiti merupakan satu pengalaman yang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT menarik.Gadis2 cantik merata2 tempat dan tak ada jadual ketat yang mengongkong hidup aku.

First time beli motor.EX5 Class kaler merah yang member aku terbalikkan pada hari ketiga aku ambik motor tu.Dia kata dia tere bawak motor clutch jadi motor EX5 ni patutnya kacang aje lah pada dia.Ambik ko wheelie sampai tayar depan naik 90 darjah.Nak marah pun takde gunanya.

Eksiden kereta bila kitorang balik dari main snuker dan kuda pada hari Jumaat.Kereta berpusing2 dan nasib baik tak masuk hutan depan UPM (dulu situ hutan) Dah la semua tak semayang Jumaat!Masa berpusing2 tu aku rasa slow motion gila dan benda yang aku fikir adalah "Aku tak kawin lagi."

First time makan dengan pempuan.Dulu aku ada geng dan dalam geng aku ada 4 orang budak pempuan.Aku suka sorang minah ni.Kitorang panggil dia Pe'ah (haram tak glemer nama) tapi rupanya member dia lak yang syok kat aku.Aku merasa sangat hot ketika itu.

2000 - Buat pertama kalinya,merasai rejection seorang perempuan.Dari situ aku belajar,jangan cuba tekel awek orang.

2001 - Ada budak junior panggil aku abang.Aku rasa tua.

2002 - Aku ada gelfren.Hepi gila aku masa tu sampai aku telefon mak aku dan cerita kat dia macam mana perasaan aku."Mak,saya tak pernah rasa perasaan macam ni.Macam semua benda ni elok aje,sempurna aje.Langit pun biru semacam je mak!"Macam tu la yang aku cakap kat mak aku.

First time merasai pengalaman member aku meninggal.Pelik perasaan dia.

Zaman Pekerjaan
2004 - First time merasai internship.Rasa dewasa gila.Waktu tu dapat elaun Rm300 pun dah rasa macam besar gila.First time kerja.Aku kerja awal sebab aku tangguh study.Kemudiannya first time dapat gaji (kecik aje)

2005 - Konvokesyen lepas hampir 1 tahun setengah aku habis belajar.Awek aku dah kenen2 nak ajak kahwin.Gile ah!Takut aku dengar bende2 camtu dulu.

Bila kakak aku bersalin,aku dah ada anak buah aku yang first.Waktu tu,aku pelik sebab aku dah jadi Pak Ngah.Aku tak suka.Tapi lama2 dah terbiasa.
2005 - 2006 - Hidup aku waktu ni memang tak tentu arah.Bertukar-tukar kerja dan penuh dengan kehidupan malam di ofis.Waktu ni aku memang takde life.Borak ngan member pun kadang2 aje.

2008 - Bila aku pegi jumpa bapak awek aku secara solo cakap nak kahwin dengan anak dia.Nasib baik bapak dia tak keluar parang dan hambat aku keliling kampung.Aku buat dua kerja sekali semata-mata untuk cukupkan duit nak kawin.

2009 - Ada satu hari,aku masuk lif.Dalam tu ada satu family dengan anak2 kecik.Anak dia duk tengok aku aje.Lepas tu dia sengih2.Bila dia nak keluar lif,aku lambai2 la kat budak tu.Bapak dia pun kata,"Haa..babai pakcik tu." KAMON LA!Kau lagi tua dari aku aa!Panggil la aku Abang ke,Bro ke!

- Kena panggil Uncle oleh budak kecik.

- Keluar duit untuk beli cincin tunang.Wah.Masa tu aku baru terasa komitmen yang agak besar.

dan sekarang ni;
aku dah mula terfikir macam-macam lagi.Banyak landmark dalam hidup ni yang buat kita matang tapi bila tengok2 balik sebenarnya,pada peringkat tu kita masih lagi membesar.Walaupun dah ada anak,isteri,pasti lepas ni akan ada lagi landmark2 yang membuatkan aku sedar betapa tak maturednya aku sebenarnya sebelum ni.

Mungkin aku dah berada dalam fasa yang membolehkan aku settle down.Kadang2 ada jugak member2 aku yang kata,"apasal nak settle down ni?Dah cukup ke enjoy?"Tah la.Aku tak pernah tertarik nak bersosial atau berenjoy-enjoy ni.Semua tu mengarut aje.Berapa lama nak enjoy?Sampai satu masa nanti bila tersedar yang selama ni usia tu banyak terbuang sebab nak kejar keseronokan aje,waktu tu barulah terhegeh-hegeh nak catch up balik apa yang terlepas.

Ada satu masa dulu hidup aku hanyalah untuk catch up orang lain.Orang lain dah stabil kerja,aku terhuyung hayang lagi.Jadi,kepada mereka2 yang masih muda,jangan ulangi kesilapan aku.Dengar cakap orang2 tua.Kalau mak kau suruh kau jadi doktor (aku dapat sains biologi tapi aku tolak) JADI DOKTOR!

Macam dalam filem Ibu Mertuaku ada cakap, "Siapa Kassim Selamat?Doktor?Lawyer?Engineer?" Ada sebab kenapa makcik tu nak anak dia kahwin dengan orang-orang yang bekerja macam tu.Fikirlah sendiri kenapa.Tak mungkin la akan ada filem yang skrip dia berbunyi "Kassim Selamat,siapa Kassim Selamat?Graphic Designer?Animator?Pelukis Komik?"

Kita duduk Malaysia.
Hak cipta karya pun diorang tak respek.Apa lagi tukang buat karya tu.Jadi,belajar rajin2 dan cuba jadi menantu impian filem Ibu Mertuaku.

Oktober 10, 2009

Budaya Sebegini Wajar di Teruskan Dalam Memajukan Identiti Masyarakat Melayu Yang Lebih Global

Satu hari,tunang aku chat dengan aku.

RaksasaGorgom :
"Baby,baby!Awak cuba tengok gambar ni."

Aku : "Gambar apa kau nak aku tengok ni?Aku bz nak mampos!"

RaksasaGorgom : "Alaa,tengok aje la dulu.Sekejap aje..plisssssss :)"

Aku : "Arghh,kau ni pun,tak paham bahasa.Dah kawin nanti tah camne aaah."

RaksasaGorgom : "Bukak la cepat,kalau tak nanti malam pertama kita..I TAK BAGI U BUAT APA YANG U NAK SELAMA NI TU!"

Aku : "Hah!Okeh yang.Saya tengah bukak ni.Sori,sori,I tengah bukak link ni.Sayaaaang awak!"

(Aku pun bukak gambar tu dan renung sebentar.Hampir terkeluar nasi campur yang aku baru makan tadi.)

Aku : "Errr....apsal gambar ni camni?"

RaksasaGorgom : "Haaa...awak jangan nak mengada-ngada nak tangkap gambar camni nanti!Jangan berangan nak photoshop kan gambar kita supaya berposing camni."

Aku : "Aaaa...tapi ni photographer yang tangkap.Kalau kita tangkap gambar ni sendiri,tak boleh ke?"

RaksasaGorgom : "JANGAN!I tak nak.Kalau awak nak jugak tangkap gambar camni,awak carik orang lain!"

Aku : "Betul?"

RaksasaGorgom : "..................."

Aku : "Hehe."

RaksasaGorgom : ".......apa gelak-gelak?"

Aku : "Saya tau awak sayang saya,kan?Saya sayang awak jugak dan saya takkan carik perempuan lain untuk bergambar macam ni.Janji!Tapi kita kena ada gambar macam ni sekeping untuk membuktikan yang sekurang-kurangnya saya dah pernah cium orang lain selain daripada reflection saya sendiri dalam cermin.I nak tunjuk kat member2 I yang gelak-gelakkan I!"

RaksasaGorgom Has Logged Out.

Aku : "Ayang..baby?Hello?"

Gambar yang menjadi perbincangan.



Aku merasakan,mungkin gambar ni sepatutnya adalah koleksi private pasangan ni.Bila tunang aku browse Flickr carik idea kaler wedding,terjumpa gambar ni yang mungkin diupload photographer,membuatkan benda ni dah terjadi public.

Seni Lalat Mati







Oktober 09, 2009

Film Review : Kami The Movie


Jika seseorang itu berkata dengan jelas,kita dengar kata-katanya.Jika kasih dicurahkan kepada mereka yang disayangi,kita nampak belaiannya.Jika benar ikhlas ingin berkarya,kita akan nampak hasilnya.

Itu adalah sesuatu prinsip yang tidak dipegang oleh kebanyakan pembuat filem kita.Tapi selepas menonton filem "Kami" aku seolah-olah hilang suara.Sama ada ingin kagum atau ingin gembira,sama ada ingin suka atau ingin berduka.

Jiwa aku dalam gelora.

Bila seseorang itu sayang dan kasih akan buah tangan mereka,pasti akan mereka dapat tuai hasilnya.Visual dan penceritaan filem "Kami" amatlah kelihatan dirungkai dengan cukup teliti.Seolah-olah melambangkan penulisnya amat mengambil berat mengenai filem ini.Cukup sayang mereka kepada filem ini sehinggakan jangkauan filem ini telah melangkah jauh meninggalkan pemikiran masyarakat Malaysia yang kebanyakannya memandang serong cerita sebegini rupa.Jujur,ikhlas,tak peduli apa masyarakat kata.

Watak-watak yang selamba dilakonkan.Mungkin tidak pun memerlukan banyak arahan bila berlakon kerana watak2 yang dicipta dan datang daripada siri TV "Kami" ini tidak perlu banyak bantuan.Watak-watak yang ditunjukkan adalah manusia-manusia,remaja ibu kota yang senantiasa kelihatan bebas ,tiada masalah,tiada pra sangka.Hidup selamba,berkawan tak mengira rupa,pangkat atau nama.Mereka masih lagi mencari haluan hidup.

Apa yang menariknya di sini adalah watak-watak itu direka walaupun kelihatan lemah dari segi luarannya tetapi dari dalam hati mereka,kekentalan hati masing-masing memandu mereka mencari erti kenapa mereka hidup di bumi Malaysia ini.

Mungkin review ini agak terlambat.Filem ini adalah satu bentuk representation remaja yang tulen.Apa yang lebih membanggakan adalah simbol remaja yang ditonjolkan ini bukan sekadar mat rempit atau bohsia yang selalu ditonjolkan oleh filem-filem tipikal Malaysia yang lain.Mereka ini hidup.Mereka ini realiti;melangkah atas bumi.Bukan dalam alam fantasi yang selalu kelihatan dalam filem-filem Melayu lain.

Atas sebab itulah filem "Kami" ini sangat berkesan ;kerana penceritaan nya tidak pernah lekang dari asal-usul masyarakat sebenar.Wataknya hidup,bernafas,seperti orang lain,seperti aku,kau dan orang lain. Bukan seperti pelakon-pelakon yang cuba berlagak seperti bohsia,penagih,mat motor yang kayu,kaku tidak mengerti siapa yang mereka lakonkan.

Atas sebab itulah filem ini hidup.Berkesan.Mampu berkata-kata.Mampu membuatkan masyarakat berfikir baik buruk dan tidak banyak filem-filem Melayu yang keluar mampu membuatkan masyarakat berfikir.

Rating - 9/10