Februari 26, 2008

Goodbye Universiti Malaya!


Bapak aku belajar situ.Mak aku belajar situ.Diorang berkenalan pun dekat situ.Kalau UM takde,aku pun skrg ni takde.

Berita terbaru yang mengatakan UM akan dipindahkan ke suatu kawasan di Sepang membuatkan aku terfikir memang benar Melayu mudah sangat dibeli.Hulur sikit duit juta-juta,tanah habis kena jual.Kalau ada orang nak beli anak,bini pun aku rasa ada orang Melayu yang sanggup jual.

Sebab Melayu memang bengap.Bodoh,tak reti nak berfikir.Akal singkat.Semua benda nak dapat cepat tak pernah nak fikir long plan.Juallah tanah yang ada ni,jual la semua.Orang kampung nak duduk mane nanti aku pun tak tau.Sawah,bendang semua habis kena jual sebab nak buat supermarket,highway,taman perumahan,padang golf,litar F1

Kita boleh nampak town planning kat Malaysia ni jenis main letak aje.Mane boleh buat rumah,buat aje.Kalau termasuk dalam tanah orang,paksa je tuan tanah jual.Nilah Malaysia.Sampai bila nak biarkan camni.

Aku marah bukan sebab aku student UM tapi sebab aku ada kenangan kat situ.Kenangan yang agak sedih tapi aku rasa aku takkan lupa kot sampai bila-bila.Dulu bila aku lepak kat UM,terbayang la aku,"agaknya kat sini la kot mak abah aku dating","kat sini la diorang grad dulu2"

Kenangan aku pulak adalah kenangan first time kena rejek dengan awek.Huhuhu,gile pilu hati bila kena dengar "Saya rasa baik kita jadi kawan aje.Maaf banyak-banyak" (membuatkan aku tertanya-tanya hodoh ke aku ni,macam gergasi ke)

Tah apa aku mengarut ni.Hahaha,terima kasih kepada Kolej Ke 8 kerana jadi rumah kedua aku satu masa dulu.Terima kasih jugak dekat Makcik sebelah kontena yang jadi CyberCafe tu sebab selalu bagi aku makan murah2

Link Kepada Berita UM Akan Dipindahkan

Februari 24, 2008

Arsenal Football : Thugs! Eduardo's Injury Is Really Bad


Another night of football comes.There I was setting up on the sofa and have some drink waiting for kick off and the so called "Football Expert" to shut up.

Ooh,yeah.I believe Arsenal can win this today.

Kick off and the game start.Arsenal control the ball well.It's the 2nd minutes,Eduardo got the ball and he skips past a defender and suddenly..he went down from a horrific tackle.I couldn't really see the tackle because it was from a different angle.

Eduardo's went down.Lying there.9 minutes was taken to take him out of the field with a stretcher and oxygen mask straight away to the hospital.How bad is it?Too bad that ESPN doesn't even wants to replay the tackle made.I do remember watching Djibrail Cisse breaks his leg,bend on one places and I have watched my friend fell down because of playing skate board in the hostel and twist his ankle.Really really twisted.

Whatever the outcomes is,I only prey that Eduardo's get well.Even if his career is threatened (a career ending injury) I only hope he get well first and get back to walking properly.His leg's condition is the first priority and not his readiness to get back on the field.

Now Arsenal only have 2 striker.Thanks Player Killer.
Get well Eduardo.

Februari 21, 2008

Technology Talk : Nessie in Tokyo



The projection of the hologram image is super fucking real,it's like it is actually on the lake.The way water ripples and blast around Nessie is really-really cool.The only things that shows it's fake is the transparency of the image.

After I watched this,I just wonder,is it a True 3D Hologram Imaging.That image is projected by using a 3D projector that didn't need any background onto the lake.What I would like to learn more is whether the view of the hologram can be seen at any angle.For example,let say somebody watch on the opposite side of the projector, from the back of the mosnter,can we see it's back?Does it have Z-axis depth or it is actually just a really-really good 3D hologram that is actually only 2D image.

Whatever the weakness of this new tech,it's surely beats the "old" cinema style projector

Imagine this kind of technology apply to cinemas.Whoo!Watching Cloverfield will be a much more different kind of intensity.

Februari 19, 2008

Review Album : Saturnine - Grey


Lama dah aku nak tulis review ni.

Review ini aku akan tulis dalam BM,bukan sebab aku malas nak tulis Orang putih,tapi sebab aku rasa anda semua orang Malaysia patut dengar album ni.Masa tu zaman OAG,zaman Butterfingers masa tu baru nak start,tapi album ni keluar senyap-senyap,promosi pun sikit-sikit,aku rasa ade kot iklan dia dalam URTV sekali.Album ni bahasanya orang putih,tapi itu bukan bermakna dia orang putih.

Ini group orang Melayu.Tunjangnya dua orang,Reza ngan Nan,drummer Zairi.Kenal Reza?Sape2 yang sempat tengok rancangan Alternatif satu masa dulu memang pernah tengok dia.Nan?Siapa yang tak kenal Nan?Salah seorang gitaris Malaysia yang sebaris dengan Hillary Ang.Nak tengok dia tengok la konsert artis-artis Malaysia,kalau ada seorang mamat muka macam Aqasha (pelakon) ada misai tapi lagi macho,dia la tu.


Saturnine.group ni datang macam tu dan hilang macam tu aje.First album dia ok jualannya tapi second album dia aku rase kurang.Lirik macam takde idea dan melodi yang lebih kurang sama tiap-tiap lagu.

Tapi first album dia adalah satu album masterpiece yang tak pernah dihargai oleh semua.Perlu diingatkan,aku buat review ni ikut kaset yang aku ada jadi aku rasa susunan dia lain.Kaset aku pun dah lama sangat sampai tinggal kaset dengan inlay je,kotak dah hilang.



Side A
Bermula dengan single pertama,"Half" yang pada aku agak ok je,terus masuk lagu "Liquid Love"version akoustik.Antara slow rock terbaik dalam album ni yang pernah aku dengar dan boleh kata setaraf dengan band-band luar.Masuk pulak dekat "Only Hurts" yang memang boleh rasa kepedihannya dan terus layan hayun kepala dengan lagu "Closing Act"

"No Way Out" main dengan irama rock yang agak straight forward."The Red" agak haru biru dan agak mendatar tapi bila masuk lagu "Dreams" anda akan dibawa ke satu tempat yang agak unik dan pelik dengan melodi yang amat catchy tapi sungguh syahdu.

Side B
Start je side B,terus dia main lagu berhantu "Break The Silence" yang aku rasa antara lagu terbaik Saturnine."No Way Out" menampilkan irama yang agak bingit tapi melodi Saturnine tu still kelihatan."Stake" mengalami nasib yang sama macam "The Red" pada side A,lagu yang agak mendatar.

Tapi untuk 2 lagu lepas tu yang membuktikan betapa geniusnya Saturnine ni."Relief" adalah lagu yang aku tak pernah sangka anak Malaysia akan buat,dari segi riff gitar dan melodi yang SUNGGUH CATCHY.Rindu betul aku nak dengar lagu2 macam ni.Penutup "Surrender" mempunyai aura yang melankolik dan membuatkan aku berada underwater.Version kaset ni ada "Liquid Love" version elektrik tapi aku rase album tu macam dah ditutup dekat "Surrender" sebab lagu ni mcm letak sebagai bonus track.

Itu je lah yang aku boleh cerita pasal album ni.Mungkin ramai yang kenal OAG dan Butterfingers tapi Saturnine dah buat album yang jauh lebih matured dan memang tak sesuai untuk pasaran Malaysia.Kalau suka "Guitar Oriented Rock" dan slow rock yang tak mendayu-dayu,cuba-cuba la carik album ni kalau still ada lagi.Kalau nak download pun aku rasa ada,tapi pandai-pandai la carik.
Kalau ada link postkan la kat komen,nanti aku updatekan.

Satu masa dulu,orang Malaysia ni memang boleh kan?Kaset pun mase tu aku beli Rm12.50,dapat diskaun sebab baik ngan tauke Victoria Music Sg.Wang.

Recommended :
Liquid Love (Acoustic)
Only Hurts
Closing Act
Dreams
Break The Silence
No Way Out
Relief
Surrender

Rating - 9/10

Februari 18, 2008

Ini Janji Anwar Ibrahim


Aku baru balik dari ceramah dekat Taman Anggerik,Cheras.Ceramah dari Parti Keadilan.

Memang ramai orang,boleh kate penuh.Alhamdulillah aku boleh nampak ramai masyarakat Cina dgn India yang datang dan dengar ceramah Anwar Ibrahim tadi.Pengenalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai wakil Keadilan di Bandar Tun Razak memang nampak dapat sambutan meriah.

Jadi kat sini,aku bagi kesimpulan ucapan Anwar Ibrahim tadi kepada korang.Ingat,ni aku bukan reka-reka,kenyataan ni semua keluar dari mulut Anwar Ibrahim sendiri dan ini janji dia.

Janji Anwar

1)Kalau pembangkang menang,9 hb April harga minyak automatik turun

2)Kalau pembangkang menang,9 hb April,semua pemimpin Hindraf kita kasi lepas

3)Kalau pembangkang menang,9 hb April,terus sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke Universiti (IPTA je kot rasenye pada pandangan aku) PERCUMA dengan syarat:
- pendapatan mak bapak sebulan tak lebih daripada RM10 ribu

4)Kalau pembangkang menang,tol turun.

5)Kalau pembangkang menang,takde lagi Parti Politik yang hanya menjaga satu kaum.Kalau PKR,semua jaga,kalau PAS,semua dia jaga,kalau DAP semua dia jaga jugak tak kita kau Melayu ke Cina ke India

Itulah yang aku ingat.Ada lagi tapi itu lah major point dia.Bagus dia buat mcm tu supaya lebih ramai orang faham.Dia boleh cakap berbelit-belit cerita tujuan pembangkang nak buat apa tapi dengan Janji Anwar yang straight to the point,aku rasa budak tadika pun boleh faham.

Pesan Aku,Kepada Anwar Ibrahim

1) Kalau menang - Jangan jadi wakil rakyat yang dah stereotaip BN,bila pilihanraya baru nak buat macam-macam

2) Kalau menang - Jangan ulang balik apa yang UMNO dah buat dekat Malaysia dan kaum-kaumnya

3) Kalau menang - Tolong turunkan cukai motor yang tak munasabah tu.Aku nak beli motor 600cc dan aku nak bawak kat highway yang takde larangan motor takleh masuk.

4) Kalau menang - 9hb April,jangan lupa janji-janji anda.

5) Kalau menang - Nanti kitorang kumpul duit ramai2,belikan kasut yg dijanjikan Samy Vellu. (lawak Anwar pasal Samy janji nak belikan kasut dulu2 tapi tak penah nye dapat,saiz dah tanye byk kali)

Soalan Aku :

Kenapa perjuangan parti keadilan nampak macam perjuangan solo.Kenapa kurang sebut pasal PAS,pasal DAP? Aku tahu tu ceramah perdana Parti Keadilan tapi at least,geng2 sekatil kene jugak disebut.Ataupun ceramah tadi tu memang untuk target area-nya,kawasan Bandar Tun Razak?

Jadikan Pak Lah ketua pembangkang!