November 07, 2014

Mencari Identiti Melayu Dalam Bidang Karya Seni Adalah Pencarian Sampai Mati

Dewasa ini terlalu jelas kelihatan wujudnya karya2 yang aku terma-kan sebagai "karya bodoh" dalam pelbagai medium. Dari dulu memang ada tapi entah kenapa sekarang ni terlalu besar lambakan karya bodoh dalam industri negara kita. 

Sebelum teruskan membaca, tolong fahamkan apa itu karya bodoh pada aku. Karya bodoh itu pada aku, adalah karya yang dijual semata-mata untuk memenuhi fantasi pengkarya dan memenuhi fantasi produser, tanpa mengambil kira ada atau tidak kesan positif yang disampaikan kepada masyarakat. Sebagai contoh....filem Transformers Michael Bay.....

Kalau kau compare filem Transformers Michael Bay dengan kartun Transformers klasik "Transformers The Movie" serius aku cakap dengan kau....kartun tu jauh lebih "pandai" berbanding filem2 Bayformers ni. Kau tak percaya kau nilaikan sendiri..tolong jangan puji dan suka filem Bayformers sebelum kau tengok "Transformers The Movie."

Michael Bay adalah pengkarya paling hebat karya bodoh Hollywood, di mana kau boleh suis off akal kau dan just entertained diri. Habis filem, kau bangun dan teruskan hidup macam biasa.

Karya2 tersebut lah yang terlalu banyak dihasilkan oleh orang2 kita sekarang ni. Contohnya, drama2 tangkap leleh cintan cintun kaya miskin yang disadur dari novel. Aku baru aje tengok satu drama minggu lepas...pelakonnya dalam drama bertudung, kerana melakonkan watak "jaga agama" tapi melakonkan adegan pegang2 tangan, kerana nak menyampaikan mesej2 keagamaan.

Kau tak nampak kebodohannya di situ?
Oh, pelakonnya Siti Saleha. Hot stuff.

Pengkarya2 inilah sebenarnya yang menyajikan karya2 kepada lapisan majoriti masyarakat. Dan masalahnya karya2 bodoh ini telahpun diangkat sebagai karya mainstream di negara kita dan karya2 berfikir adalah karya2 golongan minoriti. Kau boleh tengok sendiri dekat industri filem kita, cuba kau tengok apa yang orang Melayu tengok dan kenapa produser filem tak nak buat filem yang mengajak orang berfikir.

Itulah dia polemik yang berlaku sekarang ni.

Wujud satu kelompok lain yang digelarkan sebagai penulis-penulis indie yang mulutnya macam gampang dan bajet bagus kerap benar mengkritik karya2 bodoh di pasaran. Golongan2 ni jugak lah memperjuangkan apa yang dinamakan sebagai karya berfikir yang cuba melawan arus karya2 bodoh yang banyak ni.  Masalahnya, golongan2 indie ni, diorang rasa diorang pandai dan peminat2 karya bodoh itu bodoh.

Berlakulah pertembungan ideologi yang berbeza antara kelompok majoriti peminat drama cintan cintun yang disadur dari novel fantasi seorang wanita yang tak cukup kasih sayang dan kelompok minoriti pengkarya bebas yang merasakan diri mereka jauh lebih pandai dan mengharapkan supaya karya2 yang membuatkan orang berfikir akan jadi pilihan majoriti.

Sementara itu, kapitalis2 pengeluar modal hanya menunggu melihat siapa yang jadi majoriti.

Dan itulah hakikatnya yang penulis2 karya berfikir ini perlu sedar, YOU ARE THE MINORITY dan altercations, pergaduhan ideologi serta bersikap rasa diri lebih pandai takkan membuatkan perjuangan kau berjaya.....kerana orang yang kau kutuk2 tu adalah kelompok majoriti. Macam kau nak ubah kerajaan tapi penyokong kau walaupun ramai,  still tak mampu nak dapatkan 2/3 kerusi parlimen.

Kenapa?

The blame is not on the government. Memang diorang buat gerrymandering, memang diorang main taktik jahat, memang kalau lawan fair and square...BN dah jatuh dah....tapi persoalannya, kenapa BN tak jatuh2 lagi?

Kau adalah orang minoriti.
Aku adalah sebahagian kelompok minoriti.
Kita semua adalah kelompok minoriti.

Dan sebagai kelompok minoriti yang percaya karya yang berfikir jauh lebih baik berbanding karya bodoh, going heads on melawan diorang takkan ubah apa-apa. Apa yang kau akan dapat hanyalah more resistance. Kita perlu smart.

Macam mana nak ajak orang yang suka drama cinta cintun disadur dari novel dikarang wanita tak cukup kasih sayang supaya dia tengok apa kau produce, dia baca apa yang kau tulis, dia sokong apa kau buat? Macam mana nak turn minoriti jadi majoriti?

Kau perlu jadi sebahagian dari diorang.

Kau perlu hasilkan muzik yang diorang nak dengar tapi liriknya worth something, bukan macam lirik "tiada ku sangka, bola-bola api, yang dahulunya kecil, menjadi besar." Tulis buku berfikir...tapi cover dengan kisah cinta. Buat filem yang ajak orang berfikir, tapi jadikan dia sesuatu yang peminat karya bodoh ni nak tengok. Macam apa Mamat Khalid kerap buat.

Kau tak suka drama cintan cintun yang disadur jadi drama lalu ditayang waktu Maghrib dan ditulis oleh seorang wanita yang kurang kasih sayang? Tuliskan kisah cinta yang akademik. Tulis kisah cinta yang ajak orang bercinta dengan ikhlas. Tulis kisah cinta yang mampu ubah pandangan masyarakat majoriti ni terhadap "apa itu template kisah cinta dan drama masyarakat Melayu Malaysia?" Tuliskan kisah cinta yang buat orang ramai bangun cari cinta.

Sebuah karya yang bodoh adalah karya yang kau datang 0, kau balik 0.
Sebuah karya yang baik, kau datang 0, kau balik 1.

Sebuah karya agung? Kau datang 0, kau balik pun 0. Tapi esok2 nya dia accumulate hari demi hari sebab penonton kau baru faham apa yang kau nak sampaikan dan dia akan fikir, ingat, fikir, hadam, fikir, ingat sampailah dia sendiri suruh kau baca, tengok atau dengar karya yang dia dah tengok tu.

Bukan sebab karya itu best...tapi sebab karya itu stuck dekat kepala dia.

Tapi sayangnya, yang kita nampak dalam industri hiburan kita, kebanyakannya adalah karya pakai buang. Karya ibarat lampin pakai buang bayi. Banyak brand lampin pakai bayi ada, tapi kegunaannya sama. Untuk takung najis. Kemudian buang.

Kemudian kapitalis carik balik novel mana yang sedang hangat di pasaran, dramatizekan....kemudian lihat satu Malaysia tercangak depan TV berborak pasal pelakon mana yang dia paling tak suka sebab menyampah tengok muka dia dalam drama. Dah market demand drama macam itu. Kau nak marah camne pun, takde guna.

Ubah kesilapan kau.
Lawan karya bodoh tu dengan karya kau.

...................

Ruangan Iklan

Untuk gadis dan wanita yang mementingkan kualiti,
kami menjual Tupperware Bella Tumbler Set dengan harga istimewa.

Tempah sekarang di Jiwa Mahmudah.
Klik untuk maklumat lanjut.



..............

So, kau claim yang kau best?

Cuma satu ajelah yang aku boleh jadikan panduan untuk kenal pasti sama ada kau ni peminat karya bodoh yang bodoh atau tidak. Tanya diri sendiri ;

1. Suka atau tidak tengok video budak hostel kena belasah?

2. Ada kau kutuk budak2 yang membelasah dia? Mesti ada. Ramai yang melahirkan rasa simpatinya.

3. Jika ada, ada tak kau sumbang duit untuk tengok atau beli mana2 filem gangster Melayu?

4. Jika ada, kesimpulannya mudah...

5. Kau suka karya bodoh dan kau bodoh.

6. Sebab kau tak nampak betapa buruknya kesan filem gangster ni kepada masyarakat kita tapi kau boleh tertanya kenapa diorang ganas camtu.

Aplikasikan benda yang sama kepada video2 viral kes buang bayi, video couple Melayu beromen atau video Melayu buat benda jahat.

Kau perlu sedar, sekecil2 zarahsekalipun, semua karya bodoh yang popular akan memberikan impak kepada orang ramai. Oleh kerana kita adalah sharing community, apa yang kau buat, walaupun hanya dengan menonton filem gangster gaduh2 tumbuk2 kat wayang...kesannya akan sampai dekat orang lain. Video budak asrama belasah2 tu, kalau dia ada tiru aksi filem gangster (memang ada satu part sebijik macam dalam satu filem, ni yang video Perlis tu)..

Anak aku tengok Upin Ipin, berjalan pun dah macam Upin Ipin. Begitulah gulliblenya masyarakat kita. Kepada penyokong filem gangster aku tanya kepada kau, kau tak pernah fikir ke kesan tengok aksi ganas dekat budak2?

Karya perlu beri kesan positif pada orang ramai. Tapi entah kenapalah, karya2 sekarang dari dulu sampai sekarang stuck dekat tema yang sama....gangster,hantu, cinta, gangster,hantu,cinta....macam tak ubah dari tahun 80 an.

Yang berbezanya hanyalah fashion sense sekarang ni better banyak berbanding wardrobe tahun 80an.
Pelakon pulak nama dah ala2 orang putih. Dulu, pelakon semua nama Salleh, Sabaruddin, Mustafa...sekarang?

Malu aku nak menyebut.
Sebab aku malu tengok orang Melayu malu dengan nama dia sendiri.


24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

manusia ada berbagai ragam. selagi ada permintaan, selagi tu laa karya bodoh terus dihasilkan.

mula2 sorang buat filem bodoh, meletup box office terus jadi jutawan!.. yg lain pun apa lagi? ni laa peluang nak jadi jutawan dgn cara buat filem.

kalau takde yg pergi tengok filem bodoh, takde laa org nak buat filem bodoh.

sapa yg bodoh sebenarnya?? pembikin filem atau penonton?

Tanpa Nama berkata...

And yet wardina kenanblame dengan masyarakat sebab berpendapat yg movie2 gangster yang menyebabkan budak2 sekarang jadi ganas.

Kammon la.. kalau aaron aziz yang berlakon jadi bapak ayam dengan imej cool, budak bodoh mana yang tak mau ikut.

Just my 2 cents.

-HH-

Tanpa Nama berkata...

bro mantot, next post boleh tak ko kupaskan sket pasal " janji melayu "

Tanpa Nama berkata...

Dan lagi satu.. aku meluat giler dengar diorang belakon dengan slang cina gangster.

Cina pon muntah kot. Over sangat.

-HH-

eddeved berkata...

aku sebenarnya takut nak komen kat blog kau nih takut kena bantai.

tapi aku nak komen juga...

ini pandangan aku:

"kau kata Micheal Bay haprak?"
bagi aku, aku suka Transformers 4 selain dari aksi lawan pedang yang bertaraf hiburan bodoh pada standard kau...aku tersentuh pada perbincangan hati ke hati Cade Yeager dengan Optimus Prime...aku mengaku aku intelektual yang sedikit gila...tapi aku yakin jiwa yang kental kepada Tuhan akan memahami ruh suci yang dikhutbahkan dek Cade Yeager pasal manusia dan peluang kedua, ketiga keempat dan kelima...to err is human...bagi aku Micheal Bay walaupun kau kata dia bodoh, dia sekongkol Yahudi yang sangat bijak menyuntik "subliminal message" ke dalam psike "tentera-tentera akhir zaman"...ya aku tau filem Hollywood sekarang banyak masukkan kod-kod Illuminati...biasalah sihir babylon dari anak cucu...tapi aku yakin seyakinnya hanya jauhari mengenal manikam...

Karya bodoh hari ini akan menjadi karya abadi anak cucu masa hadapan...ini ialah cara generasi zaman kita berfikir...mungkin bodoh pada intelek kau tapi tidak pada masyarakat akan datang.

sekian!

Mantot berkata...

punyalah banyak kau komen Ed, tapi bila bercakap pasal Michael Bay, boleh pulak kau make sense.

Hahaha.

Prince of Noob berkata...

masalahnya orang sekarang nak buat karya pun dah malas, sebab orang malaysia bukan tahu nak hargai karya pun. nak dengar muzik, cari kat youtube, download mp3. nak baca komik, cari kat internet. nak tengok filem, cari kat torrent. kita dah takde sense nak hargai suatu karya sampai cabang seni kreatif dah jadi macam sampah.

kalau dulu orang minat sesuatu artis dan muzik, diorang sanggup beli album yang ori dan collect merchandise dia. sekarang ni, lagu pun download kat internet, lagi nak klaim sebagai fan sejati?

sebab tu bila ada orang nak mintak design apa2, bila nak minta bayaran diorang cakap, aik, buat design sikit je dah kena bayar mahal? bukan aku beli barang pun kat kot. sebab apa jadi macam tu?

sebab industri seni kreatif negara kita dah hampir mati sampai ke tahap orang dah tak menghargai dah idea dan seni kreatif.

Unknown berkata...

Uwei.. My favorites..

PakMalau berkata...

Abeh tu apa karya agung? hang bgtau satu mai aku nk kondem abis2... sapa pon bole kondem baq hang

Macam mana orang nak nilai karya agung? Ikut kepala hang ka? Ikut kepala aku? Ikut kepala expert? Ikut kepala majority? Ikut kepala IMDB? Ikut kepala Rotten Tomatoes? Ikut kutipan Box office?

Cakap pandai... kalau aku kata karya agung epik Mahabrata dgn Ramayana satgi hang kata aku agung2kan ajaran agama Hindu pulak.

Tanpa Nama berkata...

ko ni bodoh ker tak?

benda macam ni pon ko nak pertikaikan

Kalau UMNO yang lagi BODOH dari bay tranfomers tu orang Malaysia boleh undi untuk mentranformasikan negara inikan pula drama melayu

tengok ANU gerah skrin semalam tak kenTOT?

Tanpa Nama berkata...

bagi aku karya yg bodoh dtg dr razak mohaideen..haha

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa pembikin karya kita kurang faham bagaimana sebuah sastera bakal bergerak dengan falsafah dan kesan sebalik. Sebab tu ada yang kata, 'kalau hang nak ilmu boleh google kat pc, tapi kalau hang nak wisdom pi baca buku cerita.'

Setuju dengan kau, mamat Khalid adalah contoh terbaik bagi membawa mesej dalam kisah yang direka cantik untuk awam layan dengan hawa komedinya.

Apa yang jadi masalah buat kita sekarang, mata kita lebih suka pilih antara hitam dan putih. Ertinya kalau nak berkarya, pilih sama ada nak ke jalan intelek atau emosi, sama ada estetika atau fungsi; tak ada jalan tengah. Walhal sebuah karya yang baik adalah karya yang mampu seimbangkan semua ini. Kita tak bercakap mengenai karya untuk karyawan atau karya untuk rakyat semata.

Tapi permusuhan antara geng mainstream dengan indie bagai, aku agak suka. Bukan apa, maksud aku, kita kat Malaysia ni terlalu bersantun. Benda ini yang buatkan karya kita terus melekat, berputar-putar dalam zon selesa. Penulis/pembikin karya kita kena tahu mengkritik (dengan pendapat yang bernas dan ilmu, sudah tentu), kena tahu cemburu dengan hasil kerja orang lain termasuk kawan baik sendiri. Aku impikan antara geng mainstream dan indie ini sendiri ada perang antara mereka. Perang ini yang bakal berikan intipati kritikal untuk sesebuah karya.

Alah, perang berkarya tak keluar darah pun. Jangan risau.

Cuma tentang pengaruh karya itu, aku anggap macam ni: karya yang bagus adalah karya yang kita beri 0 dan akan dapat 1 atau -1. Sebab aku percaya kalau wujud karya terang (pedoman, kebaikan, dll) ia bermaksud mesti akan ada karya gelap (menghasut, memusuhkan, dll). Lagi pun, kuasa sastera ni terlalu bebas.

Apa pun ini pendapat aku dengan rendah diri. Terima kasih.

— axm

marmaduke berkata...

if takde orang tgk, tak kan ada org nak buat filem baru yg haprak yg asek bertemakan hantu gangster and cinta ni. so sape yg bodoh? :D

sero berkata...

Transformer The movie.. ade babak sedih air mate, optimus mati.. wpon kartun, tetap touching

Tanpa Nama berkata...

Everytime ko reply kan...ko mmg akan buatkan aku tersengih..sbb cepat benau ke lautnya...org ckp psl karya bodoh..ko emosi ckp psl transformer.

Heh..lg satu..kalau takut kena bantai..jgn gatal nk komen benda mengarut.reti?

Tanpa Nama berkata...

gila babus nak cakap pasal kebodohan kelogickan citer tranfomers...

pernah ker ko tengok kewujudan tranfomers...ko pernah tengok kereta jadi robot... kalau ada satu aku nak dia jadi akunya robot bila jalan jam senang aku suruh dia jadi robot lari sampai opis bawak aku...

terlajak pandai ni... simpan simpan lah skit untuk bodoh yang nampak cute baru bleh tengok kartun

Insania berkata...

Haha... aku dah agak lama x menonoton filem2 bodoh yg menyeksa intelek aku, x kira filem Melayu ke Hollywood. Industri perfileman kita terlalu 'longlai n x bermaya', bebalik ikut skrip yg diguna pakai berulang-ulang kali, sebab memang diakui mampu meraih keuntungan yg besar. Filem2 arahan Mamat Khalid memang lawak tapi ada gak mesej nya. Bagi aku, ada perlunya pengarah2 menonton kembali filem2 lama yg bagus dlm mencari erti kata 'membawa mesej dalam seni'... sebagai contoh la, The Thing (1981) arahan John Carpenter yg membawa mesej 'kita x bleh bezakan samada seseorang itu Komunis atau tidak berdasarkan fizikalnya sahaja'. Filem2 arahan Allahyarham P.Ramlee juga melangkaui 'mesej dalam seni dan cerita', sebagai contoh dalam Ali baba Bujang Lapuk: 'Shhh, jangan cakap Belacan kuat2, nanti kena tangkap. Judi dan arak ada lesen, x mengapalah...' lebih kurang camtuh la... Ia lebih kepada 'premonition' apa yg bakal berlaku pada Malaysia (dah berlaku dah pon)... Realitinya, kebanyakan pengarah n penulis skrip bikin filem ikut kehendak penonton yg bodoh... Sebab depa tahu cara tuh gerenti 'hit' punya...

Insania berkata...

Ops... maaf, lupa nak bagitau... Bleh jugak carik n tonton filem arahan Yassin Salleh, bertajuk Dia Ibuku(1981)... AKu dulu nengok cter tuh menangis... Bleh jugak carik drama lama macam 'Opah' n 'Rumah Kedai'...

typo berkata...

jom layan 'cannibal holocaust'!

Tanpa Nama berkata...

Pernah dulu students2 kat FINAS ada kunjuang dr Yusuf Haslam.
One of the boy asked him "kenapa kita tak keluarkan filem2 yang bernas kasi org fikir"..

He got worked out with such a simple answer and in a very stern tone, bagitau...

"im a businessman, ill do what a businessman do.. " eventually concluding that he would rather target audience kampung dr audience bandar... sebab more viewers more money..

Tanpa Nama berkata...

ada satu citer yusof haslam 15 ker 20 minit..adegan kejar mengejar pukul memukul...akhirnya semuanya mimpi belaka...epik gila!

tapi yusof haslam dah lama kalah ngan razak mohiden

yang terbaru aku tak tau sapa lak amik title razak mohiden ni nampak mcm dah slow dah....

ambil sama rata kot...

Tanpa Nama berkata...

Mintak mantot kupas isu pasal Melayu yang tolak bahasa lain sebab terlalu pegang pada "martabatkan bahasa melayu ". Boleh tak mantot

Tanpa Nama berkata...

first nak cakap, byk dah negara kite ni pelakon yg hebat..mmg handal sgt berlakon, tp kehidupan realiti tak berapa hebat. yg dikejar nak award nak penghargaan. drama2 semua ada kisah agama, naksuruh masyarakat back to agama..pelakon tu plak sungguh hebat menjiwai watak,dr jahat jd baik. tp malang sungguh, dlm kehidupan tak bole plak dia nak menjiwai suruhan Allah dan tuntutan agama. pelik2.
oh video viral ganster tu tak tgk langsung sbb tak suke ganas2, dah tak hingin nak tgk. filem ganster pun tak hingin nak tgk..tp citer hantu aku tgk..haha

narfey berkata...

Jalan cerita mesti ada kahwin paksa. Dah tu lelaki tu dulu pernah merogol si perempuan. Nah contoh karya sampah.