1. Kau ada orang yang kau sayang? Contohnya isteri kau ke, suami kau ke, teman istimewa kau ke, boifren kau yang kau panggil papa ke?
2. Kau pernah tak membayangkan dia tu bersama dengan orang lain?
3. Cuba bayangkan sekarang. Cuba bayangkan orang yang kau sayang tu sedang memadu kasih dengan orang lain.
4. Kau bayangkan dia tengah berdiri, lalu dipeluk dari belakang oleh orang lain.
5. Kemudian kau boleh nampak mulut orang tu membisikkan kata-kata cinta pada orang yang kau sayang tu.
6. Tangan dia tu pulak asyik peluk pinggang orang kesayangan kau dengan erat.
7. Jari bertemu jari, lalu tangan bertaut rapat.
8. Orang kesayangan kau boleh rasa nafas hangat pada wajahnya.
9. Orang kesayangan kau tersenyum suka.
10. Jantung dia berdegup kencang.
11. Tapi tiba-tiba dia teringatkan kau....
12. Kemudian dia pejamkan mata dia dan berharap agar kau dapat hilang sebentar dari ingatan dia.
13. Agar dia dapat bersama dengan orang lain tu buat seketika.
14. Apa kau rasa?
15. Sebab aku tak tau macam mana rasanya jadi pasangan kepada pelakon drama dan filem Malaysia.
16. Sebab benda2 yang fantasi pun boleh sakit hati bila kita membayangkannya...
17. Apatah lagi kalau benda tu direkod ditayangkan depan mata.
18. Sama ada pasangan kepada pelakon ni SANGAT-SANGAT memahami...
19. Ataupun dua-dua ni jenis buta hati.
20. Orang gila aje sanggup bagi isteri kau kena peluk dengan orang lain.
21. Kau suami tak guna kalau kau bagi orang lain peluk isteri kau.
22. Aku tau aku takkan faham macam mana orang2 camni boleh berfikir sedemikian rupa...
23. Dan banyak benda yang kita takkan dapat terima jadi biasa di akhir hujung hayat dunia ni.
24. Cuma, sebagai masyarakat kita perlu sedar....
25. Berhentilah jadikan manusia bacul sebagai idola anda. Itu aje ubatnya.
30 ulasan:
Blakon laki bini boleh..tp part2 pelok2 ni..part2 mesra2 ni xyah laa..just potong..tukar je laa dialog tgh pelok2 tu kepada makan karipap sambil tgk tv..ape masalah..
Masalahnya...citer yang ada scene macam tu la yang dapat sambutan.
Bagi aku la kan...sebangang2 pengarah dan pelakon citer camni, bangang lagi yang menonton. Dah tau citer bangang pun dia tengok jugak.
Pergh boleh bertinju dengan orang ni kalau kekasih hati buat apa yang kau tulis ini
Ada seorang colleque suami aku berkali-kali puji suami aku hensem, tu pun aku dah rasa nak hempuk sebab macam gersang sangat.
kalo iklan tudung tu camana eh? besau iklannya kat area tol sg. besi tu...
tgk kening tebal....perghhhhh
Sedap der!
isteri ko tengok drama tak kenTOT?
apa perasaan ko sementara ko tgh update blog isteri ko tengah tengok drama
mantot kesian heroin ko...
http://www.hmetro.com.my/node/9663
aku selalu memaki citer melayu yang buat IQ merosot..
last last pukul tujuh aku kene banned dari duk kat ruang tamu..
masa muda ni ... BERKORBAN JIWA DAN RAGA DEMI SENI ..... masa dah tua nanti baru la ........!!! ...kah...kah...kah...!!!!!!!!!!
aku tak tau motif kau tanya soalan nih, aku buat kesimpulan samada :
i) wife kau pelakon
ii) kau seorang stalker yang meminati seorang pelakon yang comel dan kau rasa seolah-olah kau cemburu bila pelakon tuh berpeluk dengan lelaki lain dan kau nih macam pompuan psiko dalam citer novel Misery tuh.
-------------------------------------
okay aku kasi komen...
pada pandangan aku, semua orang yang wife dia atau husband dia pelakon ke, pelakon drama ke, pelakon bangsawan ke, pelakon teater ke, kena ada satu perasaan bahawa wife/suami kau sebagai seorang pelakon perlu melakonkan adegan-adegan begitu untuk menyampaikan "maksud" cerita...
aku rasa orang yang cemburu buta aje yang akan nampak benda tuh salah...jangan fikir pasal dosa pahala...sebab mana ada manusia dalam dunia nih suci dari dosa dan kesilapan...
lain lah lepas wife kau habis berdrama...kat luar set dia ada affair plak dengan orang tuh...yang nih memang tangan laa makan dia...kalau aku lah ada wife macam tuh, ha ha ha! aku rasa aku lagi teruk dari kau...aku akan jadi macam seorang psiko dalam cerpen Cat's Eye Stephen King, aku akan colek mamat tuh, aku offer dia satu juta untuk tawaf keliling ledge kat apartment aku, kalau dia lepas aku kasi dia kawin dengan wife aku...kalau dia tak lepas...dia mati free...ha ha ha ha!!!
Itu aje makan dia!
sikit hari lagi jadi macam mat saleh la,belakon porn pun tak pa,siap laki hantaq bini pi set,pastu tengok bini kena baham ngan laki lain.
alasan dia professional.puih
tak matang nyer komen
Sorry to say la, tapi bodoh la komen eddeved. Apsal tak nak pikir dosa pahala? habis sebab dah norm manusia buat dosa kt dunia ni, biarkan aje lah orang buat dosa seterus2 nya? camtu?
Lagi satu, kenapa pisahkan, ohh itu dunia lakonan, nak sampaikan maksud la kononnya. Weh, Allah tak ada pun turn off Dia punya kiraan dosa pahala masa orang tu berlakon. Dosa pahala tetap jalan. Hidup ni satu je, buku amalan kita satu je. Xde pisahkan buku amalan masa jadi diri betul, buku amalan masa jadi pelakon lain..Fikiran liberal sangat ni.
"apala mantot ni, itu drama kesukaan makngah tau, kalo tak suka takyah la tengok, bukan makngah je suka, suami makngah, anak makngah, mak makngah yang dah tak berapa lama lagi dah tu pun suka tau, dah syohhh pi main jauh2" bebel makngah sebab bengang kat mantot
"jangan fikir pasal dosa pahala"
wow. wow. wowww.
kesian kat eedevededed
semoga ALLAH beri hidayah kat kamu...
Allah maha besar ke belakon besar?
MasyaAllah...
Sapa tgk cerita tahyul paku dkt astro dua mlm lps. Ada scene diorang main atas katil . aku xtau yg laki dh berbini atau yg plakon pepuan tu dah berlaki .. Tapi sapa yg jd laki/bini dkt plakon tu mmg bacul/dayus ...
Selagi novel suami isteri bersepah di pasaran, selagi tu drama2 bodoh camni menghiasi tv setiap maghrib.
Berlakon ko atau tak berlakon ko..... io totap bodoso...
Anon 7:22
aku masih tak nampak topik bersetubuh dengan topik berpeluk ni satu kefahaman yang sama atau tak?
Tak mungkin akan ada filem melayu adegan bersetubuh sebab aku tak nampak ada pun?
Kenapa kita nak samakan diri kita dengan orang putih? apakah kita keliru identiti?
Kita cakap pasal berpeluk dalam filem...bukan bersetubuh dalam filem...jangan bawak nafsu filem porn kau dalam hujjah kau ha ha!
ko lah bodoh..bodoh..
ko nak tengok anu bersatu baru ko nak cakap bersentubuh
ada ker citer orang putih nampak 'anu bersatu'...tunjuk henjut ada la... kalau dah besatu anu tu barulah namanya PORNO! Ada faham...
citer melayu cukup dalam selimut tak berbaju kira bersentubuh lah tu... takan dalam satu selimut tak berbaju tu tengah main congkak lak! bahlol sungguh
Setakat berpeluk, xpe je.... Tp x pastilah utk muslim kan
Boleh...sapa cakap tak boleh bukan ada aura rintangan pon kalau sentuh keluar karen ker apa... cuma dosa jer la... pastu boleh lah masuk neraka jahanam kalo tak sempat taubat nanti...tak gitu evevdededded
Boleh tak lepas ni jangan sorang pun layan komen si eddeved tu.
Biarkan dia, lama2 nanti dia pergi main tempat lain lah.
Macam orang gila, makin kita kacau makin menjadi. Jadi biarkan dia, buat tak tahu je.
Dayus
Sampai hari ni aku tak tengok Istanbul Aku Datang sebab aku tak boleh nak hadam adegan romantik dalam tu pasal semuanya laki/bini orang.
BTW aku baru lepas tengok KIL, takde pun adegan pegang2 tangan. Dan cerita tu terbaik!
Kepala hotak kau tak payah fikir pasal dosa pahala.
Aku faham sangat orang jenis kau ni. Kononnya sporting dan berfikiran terbuka. Manusia moden. Faktanya pemikiran selekeh yang lebih teruk dari haiwan.
Catat Ulasan