Julai 26, 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin



 Selamat hari raya semua.

Untuk kanak2 sama generasi aku, mesti masa kau kecik kau rasa lagu ni terbaik.

Dengar balik sekarang, aku rindu betul zaman ni. Zaman di mana ada dialog tengah2 lagu dan dalam lagu di atas, siap ada ucapan selamat hari raya spontan dari 4U2C.

Kita perlu jadikan kembali trend "ada sesi berbual2 dalam lagu" macam ni.
Nak ambik contoh yang lebih ekstrim, lagu "Cherrina" nyanyian kumpulan KRU.

Julai 25, 2014

Awkward Agama - Hanya Satu Hala Kita!



Aku tak pernah rasa perang macam mana.

Paling dekat aku pernah rasa berperang macam mana, adalah bila kena kejar dengan FRU dekat perhimpunan Bersih. Sambil berlari2 dengan mata pedih takleh nak tengok apa, aku rasa helpless.

Sebab aku tau, kalau ada anggota FRU dapat tangkap aku, aku memang lauk masa tu.

Bila bercerita pasal perhimpunan Bersih, akan wujud dua opinion, sama ada yang anggapkau kena bantai tu worth it atas nama perjuangan atau mereka2 yang anggapkau memang patut kena bantai dengan FRU, macam kisah Ustaz yang aku pernah tulis dulu.

Apa point aku sebenarnya?

Berkenaan Palestine, kita majoriti bersatu suara mengecam Zionist. Bila berkenaan apa yang terjadi dalam negara, pandangan kita jadi kabur-kabur.

Sehinggakan ada antara kita, bab nasib rakyat Palestine mereka la yang paling lantang menyuarakan pandangan diorang menggunakan keyboard mereka. tapi gembira, bila kawan sendiri kena hentam dengan FRU masa perhimpunan Bersih sebab political ideology berbeza.

Kemudian dia jugak lah yang paling laju share dan condemn orang Israel yang celebrate the bombing of Gaza macam tengah tengok firework show. Pelik bangsa Melayu ini.

Aku rasa jika pelumba basikal negara didenda atau dikenakan tindakan kerana memprotes Zionist dalam sukan Komanwel, ada baiknya, kita tarik diri dan bawak aje balik atlit2 kita dari Scotland

ps - first time aku buat lagu pakai keyboard. Bolehla basic2 nak buat composition. Kalau kau nak belajar basic buat lagu, kau belajar main keyboard, sebab lagi senang rupanya kau nak cipta melodi guna keyboard.

Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin kalau kau terasa apa aku tulis walaupun aku tak kenal kau.


Julai 22, 2014

Sophie's Choice Untuk Najib Razak


"So, kau rasa Putin, dengan siapa Malaysia nak percaya? 
Aku sokong Zionist dengan terbuka pun diorang still need my help you know."

Julai 21, 2014

Q&A : Seperti Yang Dijanjikan, Aku Jawab Soalan Kau Bersempena 33 Tahun Aku Hidup

noor said...
Dari 2006 lagi saya tertanya-tanya nama sebenar Mantot. Dari zaman spm hingga dah ada anak 1 persoalan tu belum terjawab lagi.

Drp RYSMHP.
Dah lama X tinggal comment...Please jgn stop blog nih...sbb Cursing Malay buatkan saya rasa normal utk berfikir secara waras. Soalan: Boleh saya tahu nama penuh En. Mantot?


Nama aku Irmanyadi Idris.  Aku bukan orang Indonesia walaupun nama aku macam nama orang sana. Sampai sekarang still ada orang yang takleh nak pronounce nama aku betul2.

.............

Soalan aku: -
1. Berbaloikah mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru?
2. Aku rasa nak menceburkan diri dengan kerja amal, aku rasa membantu orang adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan. Tapi, orang kata "dengan kerja kau sekarang, bantuan kewangan kau adalah lebih bermakna dari tulang 4 kerat kau dlm kerja amal". Apakah komen kau?


1. Aku tak tau. Aku pernah cuba jual nasik goreng kat kedai, jual nasik lemak, buat kartun, buat video, jadi cikgu.....tapi benda paling berbaloi aku rasa aku buat, adalah tidak makan gaji dengan orang. Kau tak percaya, kau cuba masak nasi goreng ke, letak kat kedai runcit, buat kuih, letak kat kedai orang. Feeling dia lain....sebab kau tau itu 100% bergantung dengan effort kau. Start slow. Aku stop buat sebab dah ramai sangat pulak yang letak tempat aku letak nasi aku.

2. Huh? Boleh ke camtu? Gi carik tempat lain. Ada banyak lagi tempat lain, macam Teach for The Needs yang memerlukan volunteer untuk mengajar budak2 yang memerlukan kasih sayang ni.


..................

tot,
bagaimana nak memilih jalan yang ko yakin kalau ko akan jatuh sekalipun ko takkan menyesal sebab pilih jalan tu? menyesal or tak menyesal dgn jalan yg dipilih ni ko rasa subjective ke tak? 'live life to the fullest' ni satu keadaan in denial ttg kesengsaraan hidup sendiri or sememangnya kita mmg perlu hidup sebegitu (to the fullest)?


Hidup kita bukannya lama. Berapa kali anak kau umur dia setahun 8 bulan 17 hari? Sehari aje dalam seumur hidup dia. Tiap2 kali kau tinggalkan family kau untuk pergi kerja, anak2 kau bukannya berenti membesar.

Dan kau akan missed banyak benda.

Jika kau nak missed moment nak tengok anak2 kau membesar, pastikan yang kau missed moment2 tuuntuk sesuatu yang worth it. Untuk aku, pilihan aku waktu tu ada dua, anak atau selubungi diri dengan serabut kepala dengan masalah orang lain untuk dapat gaji hujung bulan.

Aku tak suka losing control barangkali. Bila kita dependant kepada orang lain untuk financial source kita, apa akan jadi kat kita bila dia dah tak nak teruskan bisnes dia?

.................


Soalan aku: Kau ada terpikir tak apa akan jadi kalau kata kau gagal? Atau kau sebenarnya optimis all the way through yg kau akan berjaya?

Aku tak optimist. Tak ada orang boleh predict future.

Tapi kalau dulu2 aku takut gagal, Tiz Zaqyah dan Felixia Yeap takkan share apa aku tulis, betul? Kau nak tau berapa lama aku nak beranikan diri tulis benda2 camni? 2 tahun aku mundar mandir. Sebab waktu tu, ramai yang kutuk kerajaan tapi tak ada orang yang berani persoalkan adat2 orang Melayu yang karut openly.

Itu tak masuk lagi share lagu aku dekat member bandmate aku. Punyalah lama aku simpan lagu aku dari 2004 dan aku teruskan kerjaya suka2 aku sebagai seorang drummer yang hanya tau main gitar untuk lagu Nirvana sahaja.

...........

Rompa said...
Bila nak jamming dgn aku? Main lagu rilek2 sudah

Jom.

..............

zer said...
salam tot,

dua soalan je.
1. awat nk brenti menulis?
2. nama ko ape tot.

aku jantan tot, tp masa keje cyberjaya dulu & mkn kt bus station tu aku survey2 jgk org gemok mcm ko describe kt blog ko ni.hehe

Nama aku ada kat atas.

Aku nak berenti sebab aku nak memberikan tumpuan kepada penghasilan karya2 lain yang bukan berbentuk tulisan semata2. Anak aku suka main game, tapi banyak game yang aku tengok tak sesuai sangat untuk dia sebab ada unsur2 yang aku tak suka.

Jadi sekarang ni, aku tengah revise balik knowledge HTML aku nak update ke HTML5, aku nak revise aku punya programming language aku dari C++ ke C# dan aku nak belajar buat game guna Unity engine.

Kesimpulan dia, aku nak lari dari cabang yang aku buat selama ni dan kembali kepada aku masa aku zaman student dulu. Aku dah serik buat video sebab kebanyakan client yang aku dapat, dia ingat tukar benda dalam video sama macam tukar perkataan dalam Microsoft Word. Especially benda2 yang melibatkan core aku, 3D animation.

Aku rasa kita pernah berjumpa. Kau la kot yang stare aku masa aku makan sorang2 tu?
Aku ingat gay mana.

................

Soalan-Currently, apa sumber kewangan kau untuk menanggung isteri & anak2?

Tak ada. Aku guna saving aku. Aku gamble ni.

................

lkjhgfdsa said...
Heheheh kalo korang download lagu yg Mantot bagi itu hari korang akan tau nama Mantot. So persoalan pasal nama dah terjawap. Aku baca blog ni since 2009 kot. Baru tahun ni aku dpt tau nama Mantot.

Takpenting pun nama. Yang penting isi.

Kenapa ko nak berenti tulis Mantot. Sedih ar gini.

Itu lah. Aku sengaja sebenarnya bagi lagu aku untuk tujuan tu dengan harapan agar ada wartawan Melodi datang rumah aku dan menemubual aku dengan soalan "dari mana Encik Irman dapat inspirasi untuk menulis semua lagu2 yang AMAT SEDAP ni? Oh ya, ada juga desas desus yang mengatakan artis kita, Heliza Helmi, juga adalah seorang peminat lagu2 Encik Irman."

Tiap2 malam, aku berdoa agar Tuhan membuka hati pintu Heliza Helmi untuk menerima aku sekurang2 nya sebagai pembancuh air dia.


.................


en mantot mengajar di sekolah mana? sebab saya nak suruh anak saya belajar di kelas en. mantot sekian mekasih.

Kalau aku bukak kelas visual effects dan 3D Modelling, kau nak hantar anak kau belajar dengan aku tak? Bidang animasi dan visual effects kat Malaysia ni sebenarnya bagus tapi tah la kenapa, tak sukses2 dari dulu dan kita terus dihidangkan dengan animasi sub par melepaskan batuk ditangga.

Jika anak kau minat bidang ni, bagitau la dia. Tapi tak free aa.
Aku kena keluar modal beli projektor.

.................

salam alaik mantot :-)

kenapa nak kene berhenti ni? alaa mantot, tak rock aa. aku paham kau nak bgi full commitment untuk target kau tu tapi takkan lah sampai nak berhenti? xleh ke walau sebulan satu post ke? dua bulan satu post ke, hatta tiga bulan satu post sekalipun, xper mantot, asalkan kau tak tinggal terus dunia blogging ni.. i know what starts will ends tapi takkan xbole kut?

Aku try. Aku akan try!

.................


Tot, apasal blog hang ni x mesra android mcm dulu?

Aku tukar template dia. Aku dah betulkan dah.

..............

1C2J3U4M5M said...
aku nak join ko buat animasi!!!
aku nak upgrade animasi kat malaysia ni setaraf anime!

Jom!

...............


bini kau baca ke post2 kau ni tot?

Baca.

...........

aku tau kenapa ko nak stop. takde pulangan, btol tak? semua blogger yg berenti ckp camtu. baru aku tau yg ko ni sama je mcm blogger lain, bertuhankan duit je.

ko kena stat layan blog Cursing Malay ni sbg satu hadiah kepada rakyat marhaen bak kata John Green.

Siapa John Green?
Apa kau tulis ni?

Bercerita mengenai pulangan, ya, memang ada orang menulis untuk jana income. Tapi kau pun tau jika seseorang itu menulis untuk income, kau boleh kenal tulisan dia dan blog dia macam mana. Mesti ada unsur2 self promotion yang hebat dan menampilkan wajah penulis dari angle yang menampakkan wajah penulis seolah2 tidak ada double chin langsung.

Aku menulis sebab ini yang aku boleh buat. Aku rancang nak berhenti sebab.....aku nak menulis menggunakan lagu, hahaha.

"Tapi, suara kau tak sedap Tot?"

Ah. Peduli apa aku.

................

Anonymous said... tolong jangan berenti menulis...
nak tengok gambo boleh?

Belum lagi buat masa sekarang. Kau tunggu aku pegi gym, nanti aku selfie masa badan aku berpeluh dan muscle aku flex. Barulah sensasi.

Kenapa semua orang yang gemuk, bila dah kurus, dia nak tayang body dia dengan pakai baju2 ketat? Kalau macam tu, lagi elok dia gemuk, kan?

Julai 18, 2014

Siapa Yang Concern Dengan Kiki Kamaruddin CDM25 dan Siapa Yang Mengambil Peluang Terhadap Kiki Kamaruddin CDM25?

Aku tak tau lah nak cakap apa.
Frust pun ada.

Pihak pembangkang mintak sejam dalam TV atau radio untuk sampaikan manifesto diorang dah banyak kali, haram tak pernah dapat. Pendengar individu nak suarakan kebimbangan dia pasal negara, sekejap aje kena potong.

Tapi luahan hati gadis mengamuk hentak kereta orang dengan steering lock? Baru aje disiarkan dekat radio semalam supaya semua orang boleh dengar kisah dia dan jangan judgmental sangat dengan dia. Sehari lepas kejadian pulak tu!

Tahniah lah Malaysia. Tahniah jugaklah kepada Era.FM,My.FM, Hitz.FM dan Fly.FM. Aku sure ramai yang menanti2 nak tau apa pandangan dia.

Kah kah kah kah.

Ye cik. Apa yang Cik luahkan mengenai perasaan Cik lepas kejadian tempohari amat penting dan perlu diketahui semua orang.

Mudah gila nak jadi selebriti kat Malaysia ni. Buat benda pelik, jadi watak viral, semua dah boleh. Tak lama lagi, ada la tu tawaran berlakon filem gangster.

Nasib baik BFM tak panggil dia interview. Satu2 nya radio paling cool dalam Malaysia adalah BFM sebab dia banyak main lagu rock.

ps - aku tak kutuk owner CDM25, tapi aku kutuk orang yang take advantage atas apa yang jadi kat dia.

Julai 17, 2014

Kenapa Masyarakat Kita Ramai Target Bersara Umur 55 Tahun?

Coming Out of the Closet Chapter 3

Hari ni aku dah berumur 33 tahun.

Bila ditengok2 balik, aku boleh rasa banyak perubahan dekat hidup aku yang selama ni aku tak jangka. Dikenang balik sepuluh tahun sudah, aku masih lagi budak2 yang berimpian besar nak produce kartun sendiri untuk jadi legend macam idola aku, kartunis Ujang.

Tapi masa membentuk hidup kau dan jalan yang kau nak pilih, selalunya akan bersimpang siur dan ada masanya, kau akan sesat. Zaman aku sesat adalah bila umur aku 19 ke 23 tahun, bila masa aku sendiri tak tahu apa hala tuju aku waktu tu. Aku banyak main dan aku baru nak kenal dunia.

Waktu tu, aku memang takde tujuan langsung, fokus memang tah ke mana.

Kemudian tah mana datang semangat, aku straighten out kan hidup aku. Aku habiskan belajar aku yang bertangguh (sekali kau dah rasa duit gaji, kau jadi malas nak belajar) dan akhirnya aku dapat jugak la buat kartun. Bukan kartun aku sendiri tapi kartun orang lain. Tak lama kemudian hidup jadi tunggang terbalik lagi, siap tak ada gaji beberapa bulan, makan megi tiap2 hari dan jadi hamba sahaya untuk sebuah company bumiputera yang memang nak productivity staff FOC tapi nak production MANTAP.

Aku lari semua tu, jadi cikgu. Kemudian aku berenti jadi cikgu. Aku buat event, buat video corporate, kemudian jadi cikgu balik.

Aku suka jadi cikgu.

Tapi aku tak suka tempat aku jadi cikgu. Dan aku rasa 7 tahun aku kat sana, achievement yang aku dapat, hanyalah achievement dalam tu aje, padahal, untuk sebuah institusi education, sinergi kau dengan "educator-educator" lain dan institusi pendidikan lain amatlah penting. Benda tu amat obvious bila aku kerja dekat tempat lain dalam tempoh 7 tahun tu. Aku kerja satu learning center, mengajar budak2 Cina pasal animasi dan aku mengajar satu kolej lain, mengajar budak2 Melayu yang aku cukup bangga tengok apa yang diorang buat sekarang.

Aku cukup jaki tengok apa yang student aku dah gapai. Sebab diorang tak ada kekangan. Aku dah 28 plus-plus ni lebih mencari kestabilan. Orang baya aku, diorang fikir "asalkan ada kerja, walaupun dia tak suka kerja tu." Dan aku wish student2 aku terus maintain berani dan jangan terperangkap dengan jaringan "mesti kena stabil" ni....

Aku wish for something bigger dan aku sedar, hidup kita ni sekejap aje. Berapa lama lagi aku nak tahan dengan sesuatu yang aku tak suka hanya kerana tempat tu bagi aku buat sesuatu yang aku suka?

Masyarakat kita, bila berbicara pasal kerja, sangatlah old fashioned. Golongan veteran akan saran supaya kau kejar stability. Sebab itu ramai yang diajak masuk kerja gomen. Kau nak pandang rendah golongan orang camtu? Apa yang nak dimalukan masuk kerja gomen? Orang kita selalu kata ramai yang terpaksa masuk kerja gomen atau terpaksa jadi cikgu, hanya kerana dia not good enough untuk private sector...Aku rasa orang camtu sebenarnya dengki dia tak dapat kerja gomen atau jadi cikgu.

Sekarang, aku dekat crossroad.

Aku nak start all over again. Pada umur aku 33 tahun, aku nak belajar balik something new sebab sekarang aku ada masa nak buat tu. Bila kau dah kerja, kau dah kahwin dan kau dah sibuk, masa untuk kau get new knowledge memang agak terbatas jadi kau akan harungi hidup gunakan apa yang kau dah tau sebab itu cukup untuk kau survive.

Motivation untuk gain something new tu dah kurang sebab kau dah rasa selesa. Lama jugak aku rasa camtu sehinggalah hujung tahun lepas bila mana student2 aku tanya aku soalan2 yang sama yang aku dah dengar sepanjang 6 tahun dan ada flicker yang menyatakan," Tot, what the shit are you doing? Kau nak ke pandang balik benda ni masa umur kau 60 tahun dan nampak hidup kau hari2 adalah buat benda yang sama?"

Aku selalu dibebani persoalan camtu dalam hidup aku. Mungkin sebab tu rambut aku makin lama dah menyerupai George Clooney punya warna. Aku ada lah beberapa plan yang aku nak try buat. Gagal pun gagallah. At least puas hati. Kalau berjaya, baguslah.

Tahun ni buat pertama kalinya, besday aku ikut kedua2 kalendar Hijrah dan Masihi dekat2 jaraknya. Kalau ikut kalkulator, aku lahir sama ada 14-16 Ramadhan tahun 1401 Hijrah. Jadi sempena hari kelahiran aku yang ke 33 tahun ikut kalendar masihi atau 34 ikut kalendar Hijrah, aku bagi kau semua, tanya aku apa2 soalan yang kau nak, asalkan soalan tu senonoh. Aku try jawab semua soalan yang kau tuliskan.

Lastly, aku dah rasa expiry date untuk aku terus menulis kat sini makin dekat.

Julai 16, 2014

Siapa Sebenarnya Yang Tentukan Dia Ni Syahid Atau Tidak Ni?

1. Sekarang ni musim orang ramai "mensyahidkan" orang.

2. Orang Palestine mati? Syahid.

3. Askar Hamas mati? Woooish! Syahid jugak.

4. Siapa2 pun yang mati asalkan dia orang Palestine, syahid.

5. Aku selalu tertanya, kenapa mudah benar kita mensyahidkan orang?

6. Tu siapa punya tugas sebenarnya?

7. Aku pun tak tau la.

8. Sekarang ni ramai yang pakat mensyahidkan orang sebab clear, Palestine, Muslim...Israel, Yahudi.

9. Tapi bagaimana pulak kalau benda tu vague?

10. Contohnya, Hamas gaduh dengan Fatah...ada yang terkorban dua2 pihak.

11. Siapa syahid?

12. Atau sekumpulan ahli PAS kena bunuh dengan Kerajaan Malaysia sebab dia dituduh/memang penyebar ajaran sesat...

13. Siapa syahid?

14. Aku tak tau lah macam mana kita ni, manusia tahap cap ayam, yang kerjanya hari2 duduk depan Facebook, mempunyai kelayakan untuk mensyahidkan orang ?

15. Sedangkan, yang tau siapa syahid atau tidak adalah Dia.

16. Kau pergi berjihad pun kau tak tau sama ada jihad kau diterima atau tidak.

17. Yang kita patut buat, hanyalah kena pergi berjihad dan berharap jika mati, diterima sebagai mati syahid.

18. Tapi nampaknya ramai yang nak pergi berjihad sebab dia "nak mati. "

19. Keyword dia sebenarnya adalah "jika mati."

20. Jihad bukannya "mengejar mati."

21. Kau tengok masyarakat kita sekarang, bila dia kena rompak dekat rumah sendiri, apa dia akan buat?

22. Ikut cakap perompak dan tak timbulkan masalah. Biarkan perompak merompak dengan selesa kerana takut diri sendiri tercedera.

23. Masyarakat kita perlu sedar, kau sebenarnya mengelak jihad jika kau biar harta kau dirompak tanpa kau melawan, sebab kau takut.

24. Tak payah pegi Palestine pun tak apa. Jangan takut. Kalau kau perasan, orang yang suka membuli, dia berani buat sebab dia tak pernah kena confront.

25. Cuba kau confront. Kita kena ubah mindset fikir nak selamat ni woi.

26. Jangan sekadar sokong Palestine macam tu aje...belajarlah dari diorang. Belajar macam mana diorang lawan pencuri yang mempunyai peluru berpandu dengan batu.



Julai 12, 2014

Aku Baru Tau Orang Mati Syahid Mayat Dia Boleh Di Post di Facebook Untuk Dapat Like

1. Kau cuba justify yang kau boleh letak gambar mayat orang....sebab kau nak menimbulkan kesedaran?

2. Kau dah gila ka?

3. Kau cuba fikir betul2 apa yang kau cuba buat tu.

4. Kau kata BAGUS untuk sebarkan gambar orang2 yang kau tak kenali dalam keadaan badan berkecai...

5. ...dan tujuan kau adalah untuk pupuk kesedaran? Come on orang Melayu.

6. Kau fikirkan, kita ada klasifikasi filem 18SG kalau ada unsur ganas. Ada orang yang tak mampu tengok scene ganas dalam filem. Lembaga Penapisan pun akan potong scene yang menunjukkan adegan badan terbelah dua dalam filem dan drama.

7. Hakikatnya, itu semua fantasi. Tak betul. Mungkin scene2 ganas tu dibuat guna software, visual effects. Darah yang terpancut tu pun tipu.

8. Yang kau share untuk "kesedaran" tu realiti!

9. Kau dah gila? Kau nampak tak yang masyarakat kita sekarang censored benda fiksyen tapi ramai2 pakat share benda2 yang betul2 terjadi secara uncensored?

10. Kalau kau tak percaya apa aku tulis...

11. Dengar apa Ustaz kita kata.

12. Baca ni.

13. Atau baca ni.

14. Lastly baca ni.

15. Aku tujukan benda ni kepada semua tukang komen yang post pasal isu mayat semalam.

16. Khasnya kepada golongan yang cepat benar claim "si polan ni mati syahid jadi dia boleh difamouskan."

17. "Dia mati syahid, jadi bolehlah akupost gambar mayat dia kat Facebook untuk jadi kebanggaan  umat Islam seluruh dunia. Pasti family dia bangga dengan tindakan aku ni sebab anak dia mati syahid," kata kau.

18. Kau sakit bang kalau kau merasakan alasan tu membolehkan kau post gambar mayat orang.

19. Kau bukan family dia. KAU TAK TAU PUN SIAPA NAMA DIA! Macam mana kau boleh pulak jadi representative family dia?

20. Patutlah masyarakat kita ni sakit benar. Filem ganas, ramai2 pakat gi tengok. Tapi bila ada budak sekolah bergaduh, ramai2 pakat tanya, "ni semua ni pengaruh siapa aa?"

21. Kau perlu tengok dan edar gambar ngeri untuk memperingatkan diri kau mengenai nasib orang Palestine? You are one sick human bro.

Julai 11, 2014

Awkward Agama : Posting Gambar Mayat Ngeri Bertaburan Ini Adalah Bukti Kebencian Ku Kepada Israel

1. Aku tengok sekarang ni ramai betul orang Malaysia yang concern dengan isu Palestine.

2. Bagus, bagus.

3. Ni kalau ada yang nak pegi berjihad kat sana Kerajaan kita bagi ke tak?

4. Kepada yang tak mampu nak pegi berjihad, jomlah kita sama2 berjihad dalam hati aje.

5. Tapi masalahnya aku tengok ramai betul yang berjihad dalam Facebook.

6. Berjihad dalam Facebook ni kalau tak kena gaya memang menampakkan yang kau sebenarnya poyo gila ah.

7. Contohnya, orang2 yang kononnya nak melahirkan social awareness dengan share gambar mayat orang Palestine.

8. Aku ulang lagi sekali sebab dah banyak kali aku sebut, "kalau kau tak suka orang share gambar mayat kau eksiden" kau pun perlu stop berhenti share gambar mayat orang lain.

9. Tu bukan jihad. Tu jahat.

10. Sebab kau berlaku jahat dekat arwah.

11. Baru tadi dah tersebar gambar mayat perempuan kena bom tengah makan nasik dan dagingnya bertaburan atas lantai.

12. Daging dia. Bukan lauk daging.

13. Come on Melayu. Tolonglah berhenti "berjihad" camtu.

14. Kau nak menyebarkan kebencian kepada Israel? Bagus. Tapi bukan itu caranya.

15. Cara yang lebih sesuai adalah kau angkat tangan kau dari keyboard, kau tadah tangan, kau doa "Ya Allah Ya Tuhanku, jatuhkanlah bala ke atas mereka2 yang tidak memurnikan bumi-Mu."

16. Kemudian sambung doa, "Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan lah diri aku dari keinginan untuk mengongsi gambar mayat kerana itu adalah satu kezaliman ke atas makhluk Mu."

17. Kemudian sambung lagi, "Ya Allah Ya Tuhanku, oleh kerana aku tidak mampu berjihad di sana, terimalah jihad dalam hati aku ni. Aku benci mereka yang menzalimi orang lain tak kiralah mereka Islam atau tidak.."

18. Lepas tu tolonglah stop share gambar mayat lagi wahai Melayu yang beragama Islam.

19. KIta sibuk suruh minah tutup aurat tapi kenapa kita share badan orang yang dah berkecai?

20. Dah tak mampu nak berfikir lagi ke orang Melayu yang beragama Islam ni?

21. Kalau kau degil jugak, sila wasiatkan cepat2 dekat saudara terdekat kau, "tolong post gambar aku dekat Facebook lepas aku mati, tak kiralah aku mati kemalangan atau mati atas katil aku, dalam pelbagai angle, kerana aku mahu dapat Like sebagai bekalan ke alam barzakh."

Julai 08, 2014

(Tutorial) Bagaimana Nak Menyelamatkan Hard Disk Portable Yang Tak Boleh Didetect?


Ramai orang yang kat luar sana yang mungkin beli portable hard disk, kemudian bila dah rosak, dia beli yang baru dan take it as a lost semua data yang ada dalam tu. Hard disk ni sebenarnya susah nak rosak, melainkan kau campak atas konkrit. Memang frust bila kau ada hard disk, kau sambungkan dan kemudian dia tak jumpa apa2....not detecting atau USB error. Itu sebenarnya memerlukan satu solusi yang agak simple tapi memerlukan kau keluar modal sikit la.

Ini hard disk aku. Problem dia adalah dia takleh detect. Cucuk dekat USB port tak menyala. Kau perlu keluarkan hard disk tu dari casing dia dan kebanyakan casing ni (aku punya kaler hitam ada sticker angry bird tu) dibuat supaya tak mudah dibukak. Screwless punya build. Jadi kau ambik ajelah apa2 alat yang boleh buat kau pry keluar casing dia tu. Jangan kasar sangat.



Bahan2 yang diperlukan hanyalah sebatang screw driver kecik ni. Kau boleh pakai screw driver lain tapi aku takut kau rosakkan bunga screw tu masa memusing jadi pilihlah saiz yang sesuai.



Bila kau bukak hard disk tu, dia mesti letak dalam cage camni dan hard disk tu diskru ke cage tu. Tanggalkan dulu skru tu sebelum kau mengamuk tak tentu hala.


Ta da! Ini hard disk yang dah selamat dikeluarkan. Ada dua jenis hard disk, satu dipanggil 3.5 inch hard disk, hard disk standard dalam komputer dan 2.5 inch hard disk, standard size untuk laptop punya hard disk. Kau nak tau mana satu kau punya, kau tengok saiz. Lagi satu, hard disk 3.5 ni, memerlukan external power source.

Macam aku punya, 2.5 inch HD, tak perlu power source sebab power datang direct dari USB.


Ini kotak hard disk baru aku beli. Ada banyak jenis dari yang murah dan design buruk, harga RM20 hingga ke Rm140 yang jenis ada shock absorption. Bila kau nak beli casing dia, ada dua benda kau kena tau...saiz hard disk, 2.5 inci atau 3.5 inci hard disk? Dan lagi satu, speed USB port kau.

Sayang sebenarnya kalau kau punya laptop/pc support USB 3.0 tapi kau tak take advantage benda tu sebab transfer speed dia jauh berbeza. Kau kena pastikan yang laptop/pc kau ada dulu port tu dulu sebelum kau beli USB 3.0 ni. Nak tau dia senang aje. USB port dia kaler biru. Kalau hitam tu bukan.

Oh terlupa, lagi satu...hard disk kau jenis apa. IDE atau SATA. Sekarang ni semua dah pakai SATA rasanya. Jika kau still pakai IDE, kau memang handal.

Aku beli USB3.0 seperti gambar di atas sebab itu aje design hard disk yang aku boleh terima. Mahal sikit. Dalam RM60.


Bukak skru dia. Pastikan kau bukak yang belah ada port USB sebab dua2 side casing tu boleh dibukak.


Selepas skru dibukak dan sedikit tarik menarik berlaku, kau akan dapat keluarkan SATA port. Selalunya, bila masalah hard disk tak dapat dijumpai, inilah dia penyebabnya.

Benda nilah sebenarnya yang akan mentransferkan data dari connection SATA kepada USB dan disalurkan kepada laptop/pc kau. Benda ni jugakla yang salurkan power ke hard disk kau.

Jadi sekarang ni casing dia tinggal lohong kosong menunggu untuk dimasukkan hard disk tadi.


Slotkan hard disk ke dalam casing kosong tersebut. Mungkin sedikit force diperlukan untuk memasukkannya. Tolak dengan berhati2. Jangan terlalu kasar.



Barang PC sekarang bukan macam dulu. Kalau kau salah cucuk, itu maknanya kau buat kerja melulu. Nak tau alignment dia, ikut aje saiz port benda tu, ada satu port data, lagi satu port power. Cucuk benda ni dekat hard disk. Usah hiraukan gambar ni yang sedikit confusing,


Sekarang skru balik SATA port tadi dan pastikan dua2 skru dah dipasangkan, karang tertanggal SATA port tu masa tengah jalan ke, tak ke naya.



Sambungkan kabel dan cucuk kembali ke laptop/pc. Tat ta dang dang!

Nota - untuk orang2 yang nak menjimatkan kos dan tak nak beli external hard disk mahal2, anda boleh beli hard disk sendiri dan beli casing sendiri dan gunakan cara yang sama seperti yang ditunjukkan untuk menjadikan hard disk anda portable.

Dan ingat, semua hard disk portable adalah hard disk mekanikal biasa aje. Melainkan kos menggunakan flash memory dah turun, aku rasa teknologi ni akan still kekal untuk 3 tahun lagi, tapi setakat ni, bajetnya terlalu besar untuk orang Malaysia.


Julai 04, 2014

Felixia Yeap Gemar Menelefon Golongan Homeless Menggunakan Prepaid Altel

1. Melayu ramai2 pakat beli Altel

Keh keh keh. Aku tergelak besar melihat "posting racist" yang disebarkan. Orang Cina boikot produk Melayu? Siap buat dialog baik punya nak mengambil hati orang Melayu yang gullible. Cina buat itu, Cina buat ini.....padahal, dia sendiri pun tak pernah dengar pasal Altel tu sebelum ni.

Aku pun tak pernah nampak ada iklan kat TV ke, ada iklan kat radio ke dan aku memang tak tau langsung kewujudan Altel ni pun sebelum ni. Salah sapa? Salah Cina? Salah pengedar2 top up yang lebih mementingkan jualan produk orang Cina? Celcom tu sapa punya? Kalau Cina pakai Proton dengan Perodua kau nak kata apa? Kalau Cina pegi makan kedai Melayu kau suka kan?

Orang Cina pegi pasar Ramadhan boleh ke? Marketing Altel sendiri pun tak berapa berkesan atau tak wujud, jadi kenapa nak disalahkan orang Cina?

Cuba kau tengok balik dan fikir, kenapa perlu rasis? Dalam bab nak jual top up pun memerlukan ke-rasis-an untuk wujudkan isu yang sepatutnya tak payah timbul pun. Yang lebih memelikkan....tiap2 kali ada isu produk Melayu kena boikot dan orang Melayu pakat ramai2 ajak boikot produk Cina menggunakan post viral rasis....usahawan Melayu yang dapat untung dari benda tu, adalah Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Kau tak pelik ke dengan benda tu?
Tak boleh ke orang Melayu jual benda tanpa menggunakan agama dan sentimen bangsa?


2. Felixia Yeap dan Agama dia

Bagus Felixia Yeap dah masuk Islam.

Tapi orang Melayu sekalian, cukuplah setakat tu. Nak sokong, nak gembira, sikit2 dah la. Yang sampaikan ada yang taksub sehinggakan kadang2 aku rasa kalau si Felixia ni kentut pun diorang kata wangi, kenapa?

Dia dah masuk Islam, itu langkah pertama dia. Peranan kau sebagai penyokong2 dia selama ni bermula selepas ni. Janganlah pulak lepas ni kalau tiba2 si Felixia ni ada nampak macam nak terbabas sikit Islam dia, kau pulak jadi orang yang maki hamun dia.

Tabiat orang kita, suka sibuk semua benda, kemudian bila benda tu dah betul2 terjadi, ramai2 pakat buat tak tau. Contohnya, dalam hal kenduri kawin. Sebelum kenduri, semua orang menyibuk nak pastikan dia terlibat dalam bab menu apa nak hidang, berapa hantaran dan nak ada pelamin ke tidak.

Lepas habis kenduri? Ramai yang pakat cabut lari takut kena basuh periuk. Tukang basuhnya, pengantin tu la. Tabiat Melayu dalam persiapan hari perkahwinan adalah metafora yang aku cukup risau berlaku dekat Felixia Yeap ni. Macam aku pernah tulis dulu2. Ramai orang kita anggap, majlis perkahwinan adalah happy ending. Padahal, jalan ceritanya masih panjang lagi.

Masyarakat perlu sedar yang jadi Islam tu mudah. Kekal Islam tu payah. Tanyalah orang-orang Melayu sendiri macam mana susahnya nak solat 5 waktu. Kau lahir2 aje kau Islam, kan? SENANG. Tapi kehidupan kau Islam ke tak? Bersorak orang masuk Islam bukan main lagi tapi bila dia nak tanggal tudung (mana lah tau) nanti2.....apa kau nak buat?

3. Tengku Adnan 

Pada aku, ada satu benda yang aku cukup menyampah setiap kali aku keluar rumah.

Aku cukup tak suka tengok illegal signboard dan sticker yang ditampal dimerata2 tempat. Bukan sekadar kat KL, tapi merata2 kita boleh tengok benda ni.

Kau nak saman pemberi sedekah dan peminta sedekah? Saman dulu semua tuan punya nombor yang tertera dalam iklan2 illegal kat atas kerana mengotorkan pemandangan orang ramai dengan iklan rumah untuk dijual, signboard kedai illegal dan bermacam lagi lah yang menyakitkan mata. Tiap2 satu iklan, saman Rm150. Ada dua iklan nombor sama ditempat yang sama? Kira dua saman.

Kau bayangkan lah berapa banyak income yang boleh diperolehi. Masalahnya cuma boleh atau tidak telco disclose owner nombor kepada pihak berkuasa. Dan alasan untuk tutup Dapur Jalanan adalah kerana lepas acara tu berlangsung, kawasan jadi kotor? Come on....

Tengku Adnan, sila melawat Tapak Jom Heboh atau mana2 acara besar dijalankan, selepas acara tu selesai. Mintak tolong tutup acara2 tu yang melibatkan elemen maksiat ya? At least, bagi orang makan, dapat jugak la pahala dan tak bercanggah pun dengan agama.

Aku nak kata bodoh, tengah puasa. Nak kata zalim, baru nak menghampiri zalim rasanya. Tapi cadangan tu, tak menggambarkan langsung, Malaysia ni, majoritinya Islam.

Julai 03, 2014

Azwan Ali Sebagai Idola Masyarakat

Readers Digest 2010 Malaysia Most Trusted Person Survey

1) Nicol David (squash world champion)
2) Dr Jemilah Mahmood (founder of Mercy Malaysia)
3) Lee Chong Wei (badminton Olympic silver medalist, Beijing Games)
4) Lat aka Mohd Nor Khalid (cartoonist)
5) Jimmy Choo (shoe designer)
6) Adibah Noor (singer/actress)
7) Michelle Yeoh (Hollwood actor)
8) Jins Shamsuddin (veteran actor)
9) Afdlin Shauki (aka Chief Kodok, actor/comedian)
10) Chef Wan (chef)
11) Paduka Sharifah Mazlina (adventurer, first Malaysian woman Antarctic Solo Expeditor)
12) Misbun Sidek (badminton coach)
13) Ivy Josiah (executive Director, Women’s Aid Organisation)
14) Marina Mahathir (AIDS advocate)
15) Aznil Nawawi (actor/compere)
16) M Nasir (singer)
17) Zang Toi (designer)
18) Rashid Sidek (badminton player)
19) Jailani Sidek (badminton world champion)
20) Gurmit Singh K.S. (executive director of the Centre for Environment)
21) Amy Mastura (singer)
22) Sheila Majid (singer)
23) Siti Nurhaliza (singer)
24) Shebby Singh (former football coach, football presenter)
25) Razif Sidek (badminton player)
26) Jaclyn Victor (Malaysian Idol)
27) Maya Karin (actress, television personality and singer)
28) Ahmad Idham (movie director)
29) Harith Iskandar (comedian, actor)
30) Erma Fatima (actor)
31) Ramli Ibrahim (choreographer)
32) Sheikh Muszaphar Shukor (astronaut)
33) Irene Fernandez (migrant worker activist)
34) Kee Thuan Chye (dramatist, poet and journalist)
35) Aziz M. Osman (director)
36) Tiara Jacquelina (actress/producer)
37) Alex Yoong (race car driver)
38) Asha Gill (television personality)
39) Fish Leong (singer)
40) Soo Kui Jien (tv presenter)
41) Mano Maniam (Fulbright scholar/actor)
42) Deanna Yusoff (actress)
43) Sharifah Amani (actress)
44) Reshmonu (singer)
45) Lee Sinje(actress)
46) Ning Baizura (singer)
47) Ella aka Norzila binti Haji Aminuddin (singer)
48) Lillian Too (feng shui master)
49) Awie (singer-actor)
50) Azwan Ali (TV host)



Apa pasal taste orang kita teruk sangat aa?

Julai 02, 2014

Single of The Week : The Oldest Fling

19 haribulan Jun hari tu besday anak aku yang ke 3. Bila fikir balik, pergh agak menakutkan sebenarnya sebab;

1. Anak kau besar membuktikan kau makin tua
2. Dah 3 tahun anak aku, pada aku itu satu kejayaan besar

Sebab masa aku belum kahwin, ada beberapa benda yang aku cukup risau;

a. Aku takut terpatahkan anggota badan anak aku
b. Aku takut aku tak dapat jadi bapak
c. Aku takut aku terterajang bini aku

Aku rasa semua lelaki camtu kot. Melainkan dia memang jenis tolong mak dia dari kecik jaga adik dia. Aku tak pernah dapat training semua tu, jadi dengan anak first sekali, aku terpaksa mengakui, lepas dia dua bulan lebih, baru aku berani dukung dia. Nak azankan pun aku terkial2...first time rasa, lembik lagi badan dia. Lepas aku azankan dia, lepas tu langsung aku tak dukung dia lagi dah, sehinggalah aku rasa konfiden badan dia dah kuat sikit.

Dengan adik dia, aku rasa keberanian tu dah ada. Lagipun, adik dia perempuan. Lain duh feeling dia seorang bapak tengok anak2 dia. Kau tengok anak laki, kau nampak macam mana rupanya dia yang kau nak dia jadi...tapi bila tengok anak perempuan, kau nampak....

......kebahagiaan.

Susah nak digambarkan. Kau kahwin kau rasa sendirilah camna.

Untuk meraikan harijadi anak aku ke tiga, aku nak bagi korang lagu aku free. Memandangkan lagu ni antara lagu yang aku sayang tapi aku rasa dia tak matching dengan lagu2 aku yang lain, aku releasekan aje la secara free. Satu lagu ditujukan kepada anak aku dan satu lagu lagi lagu Melayu first yang aku rakam suka2 sebab aku nak dengar suara aku nyanyi lagu Melayu camne.

Perlu diingatkan, aku suka muzik aku bising tapi ada 3 lagu akustik yang aku rasa semua orang boleh dengar. Jangan tanya aku apa maksud lagu aku.

Sokonglah industri muzik tempatan.
Downloadlah yang original. (Link)