Disember 31, 2012

Mereka Beri Rebate Smartphone? Jangan Tak Ambik! Tapi Fikir Dulu Sebelum Beli!

Ini adalah senarai smartphone yang boleh dibeli menggunakan rebate Kerajaan ; 
  1. Alcatel One Touch Inspire
  2. Alcatel One Touch Inspire 
  3. The Buzz Phone 
  4. HTC Wildfire 
  5. Huawei Ideos X3 
  6. LG Optimus L3 
  7. Ninetology Black Pearl II
  8. Ninetology Palette 
  9. Nokia 2730 
  10. Nokia 7230 
  11. Nokia Asha 305 
  12. Nokia Asha 308 
  13. Nokia C2-03 
  14. Nokia Lumia 610 
  15. Samsung Galaxy Chat 
  16. Samsung Galaxy Mini 
  17. Samsung Galaxy Pocket 
  18. Samsung Galaxy Y 
  19. Sony Xperia Tipo 
  20. ZTE Acqua 
  21. ZTE V790
Kalau kau basedkan on hardware sahaja, the best option adalah ZTE Acqua atau Ninetology Black Pearl 2. Ada Android 4.0, skrin besar, dpi ok dan dual core (Acqua single core) phone. TAPI...keputusan terpulang kepada sama ada kau sanggup atau tidak explain dekat orang mana datang fon kau. ZTE? Ninetology? Ini semua brand baru, dari China...jadi kita tak tau support dia camna. Huawei Ideos X3 tu pun agak menarik, tapi macam biasa, after sales support kita tak tau lagi macam mana

Semua yang brand Sambung tu, agak tak berbaloi sebab memang dah outdated sangat2 dan semua yang brand Nokia KECUALI Lumia 610 adalah pembelian yang tidak bijak, melainkan kau memang target nak fon camtu.Skrin bersaiz kecil dan OS yang agak ketinggalan zaman dan nampak seolah-olah nak diabandon oleh Nokia. Jauhkan diri cepat2 daripada HTC Wildfire tu....sebab tu model yang berapa kurun lepas dan support memang dah mati. Aku tak tau kenapa HTC Wildfire S tak dijadikan pengganti WIldfire tu, dengan spec yang lagi bagus dan hardware yang boleh la tahan setahun dua lagi. Harga memang boleh dapat bawah Rm500 sekarang.

Jadi, mana satu yang terbaik untuk pembelian jika anda mahu membeli smartphone dengan rebate ni esok?

Pada aku, ada 3 aje choice buat masa sekarang.

1. Nokia Lumia 610
Ni adalah yang paling bargain antara semua fon ada dalam senarai. Masih lagi disupport oleh Nokia sehingga sekarang sebab bulan depan nak update Windows Phone 7.8 dan yang paling best, perisian Nokia Drive, sistem GPS terbaik yang percuma dan terbaik.

2. Sony Xperia Tipo
Sony setakat ni masih lagi support kebanyakan fon-fon dari zaman Sony Ericsson jadi aku rasa support dia bagus. Even fon2 yang lama masih boleh diupdate ke ICS 4.0, sesuatu yang Samsung tak berapa berminat nak buat. Cuma, skrin dia kecik dan aku rasa untuk display dia tak berapa sedap. Kecik gila fon ni dan untuk lelaki bersaiz sasa macam aku, tak berapa kena la.

3. ZTE Acqua
On paper, ini yang terbaik dengan hardware yang terbaik cuma bila kita beli smartphone ni, kita tak tau 6 bulan lagi macam mana. Apps memang tak ada masalah sebab fon ni Android ...tapi adakah ZTE ni sebuah syarikat yang support produk dia selepas setahun dua? Itu kita tak pasti lagi.

...........

Apa yang perlu anda buat?

Jika aku layak beli smartphone dengan harga rebate ni, aku tak beli sekarang ni. Aku tunggu dulu. Sebab dalam benda2 elektronik ni, 6 bulan adalah satu masa yang sangat cepat.

Nokia Lumia 610 akan digantikan dengan Lumia 620, ada Windows Phone 8 dan hardware yang agak bagus tetapi harga sama dengan harga asal Lumia 610. Dalam sebulan dua lagi, akan ada Lumia 510 dan Lumia 505 yang aku sure harganya akan lagi murah berbanding Lumia 610 sekarang sebab ni nampak macam lineup untuk replace Nokia Asha.

Dalam Samsung pulak, prediction aku Galaxy Ace akan turun harga bawah Rm500 jadi itu jauh lebih berbaloi berbanding semua smartphone Samsung yang ada dalam ni sebab Galaxy S2 pun dah turun harga banyak.Kalau kau minat brand HTC, aku rasa better tunggu sehingga ada smartphone HTC lain yang masuk dalam senarai sebab Desire C atau even HTC One V ada possibilities masuk dalam list ni tahun depan.

Sony...dalam banyak2 smartphone brand yang ok, Sony paling value for money. Sony Xperia P pun dah Rm800 lebih. Sony Xperia Neo L pun retail dah cecah Rm600. Sekarang ni..Xperia U pun bawah Rm600. Tunggu sekejap lagi boleh dapat dah sekali rebate. Cukup bagus spec dia dgn harga dia.

Jadi...kalau kau tanya cadangan aku sekarang ni.

1. Jangan beli awal-awal, sabar dan tunggu dalam 3 bulan sebab list yang baru keluar tu, majoriti smartphone dalam tu dah banyak yang status end of line atau dalam erti kata lainnya, kuno ketika masih dalam kotak lagi.

2. Kalau kau nak jugak beli dan ini first time kau nak beli smartphone, beli Nokia Lumia 610. User interface paling mudah nak paham dan kau tak payah nak pening-pening. Cuma, problem dia, apps masih kurang berbanding Android. Tapi sebab Microsoft pakai tactic brute force similasikan Windows 8 dengan Windows Phone 8, masalah tu tak lama lagi rasanya akan berkurangan. Kalau kau suka Facebook, Lumia adalah fon terbaik untuk kau.

3. Sebab offer ni berakhir 31 Disember 2013, masih ada banyak lagi masa untuk kau pilih betul2. Apa yang aku nampak, permulaan ni, lebih kepada stock clearance dan bagi peluang sesetengah manufacturer gain foothold dalam market. Kalau kau tak rushing dan tak perlu lagi ada smartphone, hold dulu sampai hujung tahun depan. Masa tu, kebanyakan smartphone yang bakal keluar Januari ni bakal diganti lineup baru.

4. Baca mengenai Projek Aakash, komputer tablet paling murah di dunia yang dipelopori kerajaan India dan lihat bagaimana perbezaan pelaksanaan program di Malaysia dan di India. Baca sendiri bagaimana program itu bukannya sekadar memberi rebate kepada pembelian kepada rakyat melalui subsidi tetapi juga melibatkan penambah baikan program pendidikan dan penglibatan sektor manufacturing dalam negara.

5. Dulu, kau tak perlu risau pun OS fon kau version berapa. Aku rindu time tu, bila membeli henfon, satu2 nya benda yang kau perlu ambik tau...adalah rupa dia macam mana.

Disember 28, 2012

Keadaan Office Yang Tegang Membuatkan Organku Jadi Tegang Juga

Kadang2 ada hari tertentu di mana aku rasa berat betul nak pegi kerja. Apatah lagi tempoh macam sekarang di mana setiap hari bila aku duduk kat ofis dengar orang bergaduh dan maki-maki keluar ayat FUCK YOU atau YOU ARE SO STUPID. Bukan aku yang kena la. Aku tak pernah lagi dimaki-maki oleh bos aku . Setakat ni rekod aku, boleh la tahan tak ada masalah kecuali satu aje masalah aku yang tiap2 kali evaluation keluar....pengurusan masa.

Aku tak boleh accept seorang pengurus yang perangai dia jenis maki-maki ni. Takkan ada orang respek kau kalau kau begitu. Ada beberapa jenis manager yang tah hapa-hapa ni ;

1. Berlagak Pandai Manage Tapi Staff Terpaksa Kerja Overtime

Ciri-ciri seorang manager yang bagus adalah dia boleh manage something sehingga staff tak payah overtime, sebab itu sepatutnya tugas dia...uruskan urusan supaya boleh setel time ofis hour, tapi budaya kerja kita terbalik...buat overtime lebih rajin. Kerja weekend lebih progresif. Nama title job tu MANAGER...bukan slave driver.

2. Manager Jenis Maki-Maki

Untuk orang macam ni, aku tengok selalunya perempuan. Berdasarkan pengalaman aku la, jangan la attack aku please. Aku tak tau kenapa..emosi ke,pms ke. Pengalaman aku tengok benda ni bermula sejak zaman aku sekolah lagi bila satu hari cikgu fizik aku masuk kelas tapi dia tak mengajar langsung. Sepanjang kelas dia maki husband dia dan kutuk2 husband dia sambil nangis. Sampai sekarang aku masih lagi tertanya2 adakah dia nak kitorang just dengar atau perlu a shoulder to cry on.

3. Manager Kaki Mengular

Pada aku, aku tak kisah kaki mengular. Asal kerja siap. Tapi kebanyakan manager yang aku jumpa, dia bukan manager, dia delegator. Tugas dia hanya agih tugas dekat staff dan kemudiannya dia gi teman bini shopping.

4. Kroni Bos Besar

Ni adalah virus paling besar dalam sesuatu pengurusan. Aku cukup tak suka dan memang aku protes dalam diam jugak la bila aku tau ada staff favorite boss besar aku nak jadi manager aku padahal aku berani katakan....minah tu zero. ZERO. Jarang aku gelar seseorang itu zero tapi dalam bab ni aku tak segan. Dia naik bukan sebab dia layak tapi sebab dia seksi dan ada boobs dan ada rupa. Lagi satu aku rasa sebab dia orang Iran. Perempuan Iran pakai seksi adalah satu pemandangan yang amat sukar dijelaskan dalam kata-kata....kau kena alami sendiri. Dah lah tak puasa..bastard!

5. Manager Yang Takut Nak Buat Keputusan

Jenis ni adalah jenis di mana dia takut keputusan tu salah dan dia kena tanggung akibat dia. Jadi daripada dia take risk, dia pilih untuk let go benda tu dan biarkan aje la something yang sepatutnya perlu diperbetulkan hanyut ditelan masa, mengakibatkan lama kelamaan pengurusan pejabat jadi tunggang langgang. Effect dia memang tak kelihatan ketara tapi sikit demi sikit kau akan nampak benda2 negatif berlegar sekeliling ofis.

6. Ketua Jabatan Yang Suruh Staff Bawahan Panggil Dia Tuan

Ni jarang berlaku kat pihak swasta..even dalam sebuah ofis swasta pun kalau kau nak panggil boss kau boss....adalah satu benda optional. Selalunya aku address boss aku guna nama dia aje...tapi lain pula kisahnya di sebuah Jabatan Kerajaan di Putrjaya... di mana...ada seorang staff yang berpangkat senior baru naik pangkat...dia keluar arahan unofficial, semua staff bawahan mesti panggil dia "Tuan." Mungkin sebab dia tak dapat Datuk atau Tan Sri jadi kalau ada orang panggil dia Tuan pun dah cukup mengubat luka di hati.

................

Aku suka dengan apa yang aku buat sekarang ni. Tapi kalau hari2 pegi ofis dengar orang duk bergaduh sebab manager perempuan mempunyai testosterone ajaib....lagi baik aku menyorok dan menghilangkan diri. Mungkin aku boleh ke Putrajaya dan lepak kat ofis2 Kerajaan dan bila jumpa sapa-sapa, aku panggil dia Tuan hanya sekadar untuk tengok reaksi dia.

Apa-apa hal pun, balik rumah tengok anak...semua masalah hilang. Sebab anak aku sebijik macam aku. Bila aku tengok muka aku sendiri, aku rasa happy dan jatuh cinta.

Disember 27, 2012

Kalau Kerajaan Bagi Smartphone Free Tapi Berlogokan 1Malaysia dan UMNO, Kau Ambik Tak?

Apa cerita pemberian rebate nak beli smartphone ni wei?

1. Untuk smartphone bawah RM500 sahaja?

Jika aku belia, aku mesti bengang dengan syarat ni. Tapi sebab aku bukan belia dan dah jadi bapak orang dan bapak orang tak boleh la bengang membabi buta, aku takut satu aje benda berlaku dengan syarat ni. Kebanyakan smartphone yang dijual oleh telco berharga bawah RM500 majoritinya dibagi free aje asal kontrak dua tahun. Fon-fon yang dibagi free sekarang ni? HTC Desire C. Samsung Galaxy Y. Aku tak nampak relevannya kat situ mana nak apply pakej ni.

Lagipun...Digi baru aje launch pakej broadband 5GB sebulan, kontrak setahun dapat Nokia N9 free. Nokia N9 berapa harga dia? Seribu lebih (walaupun dah outdated)...aku terlepas! Duk fikir2 tengok2 out of stock. Itu bukan smartphone main2 tu...ex-flagship Nokia tu.

Harga RM500 ke bawah ni...karut. Berdasarkan pendapat aku, kalau syarat ni kekal...telco akan ambik chances untuk clear stock fon-fon lama sebab diorang tau, ini peluang terbaik diorang jual fon-fon yang tak ada orang nak beli lagi. Diorang dah tau, RM200 tu konfem dapat kat telco dan subscriber baru akan datang.

2. Mesti ada pakej broadband atau wajib ambil pakej pendaftaran baru

Aku tau, ada orang kata buat apa ada smartphone kalau tak ada broadband. Mesti ada ke? Ok aje bini aku pakai takde broadband. Lagipun, bukannya mati pun kau tak ada broadband 24 jam kat tangan. Dah la mahal! Setakat ada internet 24 jam tapi bukak Facebook aje setaip masa buat apa bang? (kalau kau bukan orang macam tu, tak perlu lah kau defend diri kau)

Tapi sebab pakej ni dinamakan "Inisiatif Jalur Lebar Negara" jadi aku boleh nampak kenapa kerajaan letak syarat tu. Cuma...aku tak nampak lagi macam mana kerajaan cuba protect rakyat kat situ. Adakah kerajaan akan berikan insentif kepada telco untuk wujudkan skim broadband khas yang murah dan berpatutan untuk pembeli? Atau kerajaan hanya sekadar nak tolong telco carik customer baru dan biarkan aje belia-belia terkapai2 pakai broadband 2 tahun, dengan bayaran mahal dan kuota data yang rendah semata2 sebab terikat dengan kontrak?

3. Boleh dibeli daripada Telco atau kedai elektrik seperti Sen Heng dan juga Sen Q

Dan di sinilah yang paling mencurigakan aku. Kedai-kedai begini, khasnya Sen Heng atau SenQ...diorang jual smartphone ni retail price. Memang original unit tapi harganya ikut retail. Tak ada naik turun. Tetap..ikut harga manufacturer. Mahal sikit berbanding kedai-kedai lain...kadang2 mahal banyak. RM200 tu...takkan dapat diutilize betul-betul value dia nanti.

............

Jadi, apa solusi terbaik untuk dilema ini?

1. Naikkan limit harga kepada Rm800 sebab Rm800 boleh dapatkan smartphone mid range yang takde la dah obsolete sejenak belia melangkah keluar kedai.

2. Wujudkan pakej khas broadband untuk belia-belia yang beli dengan pakej ni...contohnya...beri mereka pilihan kontrak 6 bulan,1 tahun atau 2 tahun dan berikan rebate harga smartphone lebih jika mereka bersetuju untuk melanggan lebih lama. Pastikan pakej ni non-transferable kepada nama individu lain untuk elak orang ramai ambik peluang jual pakej tu.

3. Jika pakej smartphone itu dah ada smartphone free...aku rasa tak salah kalau kerajaan berikan kelonggaran untuk tukar RM200 tu jadi payment in advance untuk pembayaran pakej bulan-bulan.

4. Bagaimana pula dengan belia-belia yang dah ada smartphone yang lebih baik berbanding smartphone bawah RM500 tajaan kerajaan? Orang2 macam ni still layak kan, walaupun dia dah ada smartphone sendiri? Sila rujuk nombor 3.

5. Jangan kita lupa telco adalah sebuah syarikat, a business entity, yang caj orang RM50 sebulan untuk 1GB data. (GILA!) Macam mana pun mereka akan cari jalan buat untung atas benda ni...lagilah bila kerajaan sendiri yang keluar belanja buat sales, marketing dan promotion untuk diorang. Mampukah kerajaan protect kepentingan belia atau sekadar bagi RM200 dan biarkan belia terkapai2 sebab tak mampu bayar broadband yang dah berkontrak? Kita tunggu dan lihat.

6. Tolong, tolong, tolong...jangan buat majlis penyerahan smartphone ni siap ada pentas dan wakil rakyat tolong sampaikan sambil wajibkan tiap2 orang pakai baju 1Malaysia dan angkat jari menandakan nombor satu. Tolong jangan buat begitu. Sebab kalau kerajaan buat jugak benda2 macam tu dan ungkit pasal bantuan2 kepada rakyat yang membuatkan kerajaan tak ada duit, mana datang sebenarnya duit nak buat majlis penyerahan smartphone tu?

7. Jika orang tanya aku, smartphone mana yang terbaik bawah RM500...aku jawab carik Nokia (Windows Phone) atau Sony (Android). Samsung atau HTC semuanya low range dia a piece of crap dari segi value dan hardware yang kau dapat. Especially Samsung....

8. Aku minta lagi sekali...tolong jangan buat majlis penyerahan smartphone dan tunjuk dekat TV dan paper.

9. Kita tunggu dan lihat. Kerajaan salah langkah kat sini...pengundi yang diharapkan datang, beralih arah dengar announcement pembangkang harga kereta turun kalau pembangkang ambik alih negara.

10. Bacaan lanjut...Website Inisiatif Jalur Lebar Negara. Tapi sayangnya..setakat semalam dan hari ni, last aku check, link2 dia tak jalan. Website dah naik....tapi satu link pun tak jalan. Aku dah mula risau. 

Disember 26, 2012

Cop Mohor Rasmi Penjajah Dalam Minda Melayu Bab 01

Semua orang yang melakukan sesuatu mahukan usaha mereka dihargai, tak kiralah kau orang-orang susah yang kerjanya setiap hari mencari rezeki untuk anak-anak makan ataupun kau pemimpin masyarakat yang mahukan kerajaan mengiktiraf jasa kau.

Orang-orang Melayu lagilah, ramai antara kita yang melakukan sesuatu atas sebab supaya sumbangan kita dihargai dan dipandang sehingga kita bergelar Datuk atau Datin atau Tan Sri, kerana kita tahu, bila seseorang itu punya gelaran, itu tiket untuk buat duit lebih besar.

Tapi kenapa, pengiktirafan orang luar jauh lebih besar dan lebih berharga pada pandangan masyarakat kita? Seolah-olah kalau orang Melayu buat something, selagi kita tak diiktiraf orang luar, kita bukan boleh dikira sukses.Adakah ini masih lagi menandakan kita masih lagi dijajah dalam minda?

Beri contoh, seorang penyanyi Malaysia, hebat dalam negara. Berjaya dapat pelbagai anugerah, pandai cipta lagu, pandai main muzik, tapi hanya selepas diberi pengiktirafan orang putih atau ada orang barat mahu bekerjasama dengan beliau, beliau diangkat satu takuk ke atas lagi, lalu bergelar artis bertaraf antarabangsa.

Atau sebuah studio animasi yang sekian lama menayangkan animasi mereka di TV9, penonton suka, ibu bapa suka, nenek datuk suka...bagaimanapun bila siri animasi mereka tertayang di Disney channel, masyarakat mula mengangkat mereka ke satu level lain, studio animasi bertaraf dunia.

Nampak apa aku cuba tuliskan?

Ramai antara kita buat sesuatu, untuk dapat recognition orang barat, supaya kita dijenamakan sebagai "individu bertaraf dunia" oleh orang putih. Apa yang terjadi apabila ada orang putih iktiraf kita sebenarnya ?

Orang putih itu iktiraf kita sama peringkat dengan dia. Seolah-olah hanya dengan usaha gigih dan pengiktiran tersebut, barulah kita boleh dikira sebagai sukses.Sukses hanya akan datang bila kita sama level dengan orang barat...ada pernah kau terfikir macam tu?Mesti ada. Kita orang Melayu...bangsa yang dijajah.Mental kita dah dibentuk sekian lama untuk rasa diri kita inferior berbanding mereka.

Hakikatnya, dunia ni dah macam ni. Bila kau buat sesuatu yang exceed apa-apa saja yang orang2 barat boleh buat, kau akan dibeli oleh mereka. Ambik contoh, apa-apa saja teknologi baru yang dicipta oleh orang-orang India akan dibeli oleh orang Barat dan dijenamakan supaya nampak macam orang Amerika yang cipta. Kau tulis novel yang mempunyai cerita yang epik dan jadi best seller di negara kau, orang barat nampak, diorang ambik jadikan filem dan filem itu jadi filem dia.

Mentaliti kita sangat berbeza dengan orang barat kerana mereka menjajah dan kita orang dijajah. Kerana itu bila ada kaum kerabat Great Britain datang ke Malaysia, kita letak dekat muka depan akhbar kita kedatangan mereka, kita buat setem peringatan, kita tunjukkan dalam TV.

Cuba PM kita ke sana, haha.

Contoh paling baik dan paling besar dalam pengaruh penjajahan kepada kita yang paling obvious adalah bolasepak. Semua orang ada team kesukaan mereka dalam BPL. Ada yang bergaduh2 mempertahankan pasukan BPL mereka, padahal dia orang Kuala Kangsar gaduh dengan orang Pasir Gudang. Jika kau tanya peminat-peminat bolasepak BPL ini, salah satu impian mereka, adalah untuk ke England, menonton perlawanan bolasepak pasukan mereka di stadium. Aku tak terkecuali.

Kenapa kita begitu?

Kenapa orang kita, simpan impian dan sanggup bersusah payah nak ke sana, semata-mata nak tengok pasukan bolasepak mereka walhal pasukan kesayangan mereka datang ke sini, main bola macam nak tak nak, asal main dah la, sebab dah kena datang.

Privilege mereka untuk datang ke sini adalah untuk buat duit daripada hasil kerja kita tapi kita sanggup ke sana untuk spend titik peluh hasil kita. Kita spend beli jersi, beli scarf, beli merchandise, bayar Astro nak tengok bola, tapi...sedar tak apa yang kita buat sebenarnya? We are paying for our entertainment while we are also making the rich, richer. One way street punya sistem.

Pada pandangan aku, begitulah caranya orang barat mengawal dunia ni.Cipta benchmark untuk orang lain kejar, kawal orang2 yang capai benchmark ni dengan iktiraf dia supaya dia hormat dekat orang barat ni dan kalau ada siapa-siapa yang terlebih pandai berbanding orang barat, mereka beli orang tu.

Sebab mereka tahu, tidak ada orang boleh resist satu-satunya benda yang paling menarik dalam sistem yang mereka ciptakan ini. Duit. Siapa kawal duit? Siapa banyak duit? Duit mana yang dijadikan ukuran ekonomi dunia? Sistem ni akan menguntungkan mereka dan merugikan kita kerana kita, mentaliti kita...kita berasa sangat selesa dijajah.

Tak percaya? Cuba bayangkan...apa jadi dengan life kau, kalau hiburan-hiburan barat tak ada dan gantikan dengan montaj orang tawaf keliling Ka'abah sepanjang hari.

Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah lagi dapat jawapan, kenapa hati aku senantiasa kata, kerajaan kita sayang Queen Elizabeth.

Disember 24, 2012

Parti Politik Mana Yang Mampu Membuatkan Kau Malu Nak Beromen Dalam Kereta Dengan Gelfren?

Dah berapa tahun aku berfikir pasal satu benda ni.

Selalunya, aku memang ambik masa lama nak decide satu2 benda. Kahwin? 8 tahun. Nak beli grafik kad? 3 tahun. Nak beli rumah? 5 tahun. Nak kahwin lagi seorang? Dari 2008 sampai sekarang dan esok2. Nak beli makanan kat mana? 2 jam. Nak tambah anak lagi sorang? 5 saat.

Aku berminat nak join parti politik.
Cuma terlalu banyak pros and cons masing-masing.

1. PAS
Aku rasa orang2 macam aku tak berapa digemari orang2 dalam PAS. Lagi satu, aku tak berapa gemar arah tuju PAS sekarang ni yang nampak desperate benar sapu aje artis mana2 yang "berhijrah" jadikan ikon dan calon pilihanraya.

2. PKR
Ada sesuatu yang tak kena mengenai PKR yang aku tak tau nak explain macam mana. Entah kenapa bila aku join ceramah diorang dan ending dia nyanyi lagu PKR, aku rasa....kelakar. Perasaan aku masa tu...apa poyonya diorang ni ajak orang ramai nyanyi lagu diorang?

3. DAP
Legasi DAP...agak merisaukan aku sebab orang dalam DAP nampak seperti parti untuk orang Cina, sesuatu yang masih lagi menakutkan orang Melayu macam aku.

4. PERKASA
Perkasa bukan parti politik....tapi ahli2 Perkasa ni aku suka tengok. Sepesen aje diorang. Badan besar, chubby, suka pakai songkok tinggi. Perjuangan diorang? Tah. Aku tak ambik peduli sangat.

5. UMNO
Asas perjuangan UMNO dulu kala sangat baik. Tetapi pada zaman sekarang, UMNO adalah alat buat duit. Siapa mahu kaya, dia perlu join UMNO. Orang2 UMNO disekeliling aku, adalah orang2 Melayu yang mahu hidup senang dengan effort yang kurang. Apa yang bagus mengenai orang2 UMNO yang aku jumpa adalah...mereka ni saling tolong menolong, bantu membantu. Kenduri kendara ramai yang membantu. Asalkan....kau bukan orang yang lawan UMNO.

Tapi aku tak suka mentaliti orang UMNO. Ketua Pemuda UMNO kampung isteri aku, kita sambut Maulidur Rasul...dia jemput orang kampung ramai2 berkaraoke. Karaoke, adalah budaya UMNO. Bini karaoke dia galakkan. Sampai jam satu pagi tiap2 kali ada event karaoke.

Hari Ahad hari tu, tengah kenduri, aku dan keluarga aku duduk sebelah sekumpulan orang UMNO. Aku tengah pegang anak aku, dia boleh hisap rokok macam tak nampak apa. Anak dia kat sebelah dia pun selamba dia hembus asap rokok.

Nak pegang Jawatan Kuasa Masjid, dia mahu...tapi suruh jadi Imam...tak mahu. Bendahari, Setiausaha, batang hidung ada kat masjid hanya bila Wakil Rakyat datang melawat. Itu mentaliti orang UMNO yang aku jumpa. Mentaliti kampung yang masih stuck. Terperap. Tapi merasa diri mereka besar sebab mereka ada kenalan menteri, kenalan Pengarah Jabatan, mereka ada kabel untuk luluskan permohonan orang kampung.

Itu adalah benda aku paling benci mengenai cara UMNO mentadbir....sistem kabel. Melahirkan orang2 yang tak sepatutnya deserved something get something. Orang2 biasa macam aku pun terpaksa guna kabel untuk dapatkan approval kerenah birokrasi.

............

Banyak pulak aku kutuk UMNO...tapi nak buat macam mana...ni Malaysia. Lagipun kita memang dah akhir zaman. Memerintah dengan menggunakan rasuah adalah satu keperluan.

Habis tu, parti mana? Sebagai seorang lelaki yang suka merepek mengenai politik dalam ni, aku suka kebebasan. Tak tersekat dengan ideologi politik sesebuah parti. Tapi aku rasa dah sampai masanya aku jadi ahli parti politik secara rasmi.

Jadi,baca balik tajuk posting aku. Jangan tipu diri sendiri.....kenapa first thing yang terlintas dalam fikiran kau bila menjawab soalan di atas, jawapannya bukan UMNO? Kau tanya soalan tu dekat orang UMNO pun, first thing dia fikir pun pasti bukan UMNO. Tapi dia still kekal ahli UMNO.

Apa relevannya UMNO dengan kehidupan aku, kalau satu2nya benda yang UMNO ingatkan aku, adalah bangsa aku?

ps - tengok gambar di atas. Gambar di atas menjelaskan segala-galanya yang tak betul mengenai UMNO.

Disember 22, 2012

Pemimpin Berjiwa Rakyat


...........

Beranggapan perlunya turun padang dan bertemu rakyat secara peribadi?

Beranggapan?
Beranggapan aje?
Beranggapan kalau perlu aje?

Not good enough.

Disember 21, 2012

Awkward Agama : Jangan Tunjuk Pelangi Pakai Telunjuk Nanti Kudung

Ada satu hari dalam beberapa bulan lepas, aku gi hantar makanan dekat anak aku. Selalunya bila nak hantar, aku sedaya upaya menyorok supaya anak aku tak nampak. Bila aku sampai kat situ tengok pintu rumah terbukak (tapi grill kunci la) aku nampak anak aku tengah duduk dekat ruang tamu dengan budak2 lain. 

Anak aku tengah meniarap sambil baca apa benda aku tak sure ( jangan Harian Metro atau majalah Mangga sudahlah) tapi dia memandang ke arah lain. Jadi dia tak nampak la aku. Aku berdiri aje la situ tengok dia tengah membaca sambil budak2 lain kat sebelah dia berebut something.

Kau pun tau, bila kau meniarap sambil membaca, secara automatiknya, kaki kau akan naik atas dan goyang2. Itulah benda yang aku buat. Membaca sambil goyang2 kaki.

Satu masa dulu, waktu aku kecik, kakak aku selalu kena marah dengan mak aku sebab dia suka buat macam tu. Orang2 tua dulu kata...

"Kalau selalu buat macam tu dengan kaki kanan, mak meninggal dulu..kalau kaki kiri..abah meninggal dulu.." Aku sure korang pun melalui benda yang sama. Ditakut-takutkan dengan benda2 yang karut yang membuatkan hidup kau jadi kelakar.

JANGAN TUNJUK JARI TELUNJUK DEKAT PELANGI NANTI KUDUNG!
JANGAN INTAI ORANG MANDI NANTI KETUMBIT!
JANGAN MAIN TIME MAGHRIB NANTI HANTU TETEK AMBIK SOROK BAWAH KOPEK!

Aku tau niat orang2 tua kita baik...tapi bila dah besar ni, aku merasakan benda tu seolah-olah memperbodohkan budak-budak. Sebab budak2 akan percaya bulat2 apa kita cakap. Kadang-kadang, benda ni jadi tahyul pun ada...bila dah tahyul, dah boleh ganggu akidah...Macam mana pulak kalau ada mak atau bapak yang mati awal...tak ke aniaya anak aje kalau anak tu betul2 ingat dia yang sebabkan kematian tu?

Dan sebaik-baiknya, pada aku la, bila generasi aku ni dah jadi mak bapak (ramai dah pun jadi mak bapak), adalah lebih baik kita berterus terang dengan anak-anak dan cakap dekat dia benda betul, kenapa jangan buat benda-benda tu.

Bagaimanapun...tolong aku dalam satu benda boleh?

Orang2 tua kita kata, jangan tunjuk kat pelangi pakai jari telunjuk sebab nanti kudung....sebab utamanya supaya nak ajar kita tunjuk satu direction pakai ibu jari...lebih sopan.

Tapi....kenapa pelangi? Kenapa tak awan? Langit? Objek atas tanah? Buku?

ps - ada apa lagi kepercayaan superstitous Melayu yang niatnya baik tapi tak sepatutnya terjadi? Ada ke orang Melayu yang percaya hari ni hari terakhir Bumi sebab Kiamat berlaku Jumaat dan hari ni Jumaat?

Disember 19, 2012

Dia Jual Barang-Barang Islamik, Pasti Dia Tidak Menipu Kan?

Sekarang ni kalau kau jalan mana2 pegi shopping, tengah sale. Semalam pulak, orang2 yang kerja gomen baru dapat gaji...jadi seminggu dua ni aku try jauhkan diri aku daripada shopping kompleks melainkan aku rasa nak pegi lagi Big Bad Wolf dekat Mines.

Year end sale ni memang popular untuk orang2 kita. Time ni la barang2 nak diganti, kereta model lama dijual dgn diskaun dan diganti dengan model baru, barang2 yang baru 6 bulan lepas kau baru beli tiba-tiba dah jadi outdated. Kalau nak stay up to trend memang miskin lah kau sampai bila-bila pun. Jadi aku sedaya upaya jauhkan diri aku daripada terlibat dengan trend2 ni.

Tapi...macam mana pun...aku pelik, majoriti orang kita yang shopping macam orang gila tiap2 kali ada sale ni tak perasan ke...yang sale2 dan diskaun ni sebenarnya kebanyakannya menipu semata-mata? Tak percaya? Cuba la kau buat research sendiri. Kau aim satu barang, tengok normal price dia berapa, kemudian kau gi tengok balik harga dia bila time diskaun dan sale. Mesti mencanak-canak naiknya tiba2 harga dia time sale dan kemudiannya bila diletakkan diskaun..konon2 nya kau macam beli dengan harga murah.

Aku selalu pegi satu shopping kompleks kat rumah aku, jadi aku perasan benar benda ni. Bila aku nak beli belt, harga belt tu RM19.90. Bila time sale, harga dia jadi Rm70 lebih...tapi ada 70% diskaun. WTF?

Ada satu hari, aku pegi beli comforter set brand Akemi...kebetulan pulak, esoknya baru start sale jadi aku ingat aku rugi la sebab tak dapat datang esoknya. Akak promoter tu kata kat aku, kalau beli esok lagi mahal. Dia tunjuk kat aku kalau jual time sale esoknya..harga dia lepas less 50% jadi RM132 something. Aku beli berapa? RM119.90. Aku ingat kakak tu memain....saja nak suruh aku beli time tu tapi aku sempat pegi tengok balik time sale dan betul...kalau harga masa sale lagi mahal daripada harga biasa.

Mungkin untuk sesetengah barang memang murah tapi...mana2 barang yang diorang letak depan sekali dan letak kat situ 70% sale...tapi majoritinya stok2 rejek..baju2 yang tah hapa2 dan takda sapa nak beli. Sapa nak pakai baju kotak2 macam zaman 90 an dulu atau baje kemeja yang membuatkan macam kau kerja sebagai maskot Baskin Robbins warna biru muda ada jalur2 merah?

Aku selalu sangsi dengan sale kat Malaysia ni...Yang peliknya, walaupun penipuan ni sangat obvious, tapi masyarakat kita still senyum gembira membeli belah tiap2 kali sale. Market kita ni dah jadi macam tempat clearance untuk barang2 yang tak laku. Tapi dijual dengan harga yang masih tinggi. Sebab bila ada sale, ada diskaun, majoriti kita assume BAPAK AH MURAH! Padahal kalau kau ada member2 kau yang kerja departmental store....tanyalah rahsia mega-sale ni sebenarnya. Time sale la time diorang banyak kerja...sebab kena tukar price tag nak mark up balik diskaun. Tanya aje la kalau ada....

Ada beberapa benda aje yang aku nampak berbaloi beli masa sale hujung tahun,:

1. Kereta (banyak rebate dan dapat TV dsb.)
2. Barang elektronik (diorang nak clear stock dan ganti stok baru)

Sebab barang2 ni value dia memang degrading tiap2 tahun. Tapi benda2 macam kasut dan baju ni selalunya menipu aje. Kalau sale pun, diskaun untuk barang2 yang tak laku. Barang2 baru? Diorang letak "New Arrival." Tak ada diskaun.

Akta Jualan Murah ni, sebenarnya untuk apa? Aku tak pernah lagi beli baju kat Malaysia yang aku rasa berbaloi dengan harga dia. Kemeja pun dah RM70...baju t-shirt berkolar RM40 lebih...satu2 nya tempat aku rasa berbaloi beli pakaian....adalah kedai bundle. Kadang2 kualiti baju yang kedai bundle jual adalah lebih baik berbanding barang2 yang ada dijual dekat shopping mall. Dah buruk? Lusuh? Aku boleh buang tanpa rasa rugi. Sebab aku tau dengan nilai yang aku bayar, aku dah dapat apa yang aku nak.

Mentaliti pengguna yang kita perlu ubah adalah, jangan assume sesuatu benda tu murah hanya kerana yang menjualnya kata benda tu dah murah. Kaji, compare dan selidik dahulu, simpan benda ni dalam kepala..."business is business. Mereka bukan charity." Tugas mereka adalah memastikan anda spend duit anda dengan mereka dan anda "happy with your purchase."

Itu adalah motto yang paling selalu digunapakai peniaga..happy with your purchase. Dalam business, there is no such thing as a fair trade, khasnya di Malaysia ni, di mana undang2 pengguna sangat loose dan pengguna tak ada banyak saying dalam consumer protection. Exchange warranty, return policy, defect return, kebanyakan ada tapi macam mana pun, consumer still rugi, rugi masa, rugi tenaga. Risiko perniagaan kebanyakannya dipass kepada pengguna.

Mesti akan ada satu pihak yang rugi dan selalunya, yang untung tu bukan anda lah.

Kalau ada yang buat comparison masa normal price dan sale price dengan lebih terperinci, boleh lah share kat sini. Kalau nak...sharekan la jugak dekat mana kau rasa shopping ni berbaloi dan please, jangan cakap Singapore.

ps - Cuba lah,  sekali aje, kita tetapkan ramai2, kalau ada sale...jangan pegi. Boikot ramai2 selagi barang2 yang di- diskaunkan adalah barang2 yang dah 5 tahun tapi tak laku-laku. 

Disember 18, 2012

Siapa Tidak Mahu Spank Punggung Neelofa?

Kau takut ke nak berzina? Jawab jujur..

Kau tak takut kan sebenarnya? Kalau kau lelaki, Neelofa datang kat kau sekarang ni serah diri dan mintak kau spank dia,pasti kau akan buat...kau akan spank dia. Siapa tak nak spank Neelofa? Semua orang lelaki nak. Melainkan dia insan terpilih lah. Aku pun nak...

Satu2 nya sebab orang2 macam aku, yang lemah dan yang suka benda2 pervert ni tak spank Neelofa adalah sebab, Neelofa tak bagi orang ramai spank dia. Tapi kalaulah satu hari Neelofa bukak booth kat Mid Valley bagi mana2 lelaki boleh spank dia dengan bayaran RM10 sekali spank....merah padam lah bontot Neelofa malam tu. Laki orang, atuk bercucu, lelaki bujang, budak kecik, menteri-menteri, Ketua Kampung...semua berebut.

Majoriti lelaki, berebut mengejar bab-bab zina ni. Adakah spank Neelofa itu satu bentuk zina? Ye lah. Melainkan Neelofa itu isteri kau. Hidup kita ni penuh dengan benda2 yang menjurus ke arah zina ni. Zina is fun. Zina is cool, kata msyarakat kita.

Sebab tu dekat mana2 kita boleh nampak bermacam-macam jenis zina di sekeliling kita. Adakah kau ingat zina ni hanya berlaku apabila seorang lelaki memasukkan kemaluan ke dalam faraj atau seorang perempuan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam mulut?

Kau pusing la jalan2...kau boleh nampak couple jalan pegang2 tangan. Itu zina. Kau bukak TV kau boleh nampak bini orang, Lisa Surihani berzina dengan Tomok dalam filem Istanbul Aku Datang. Itu juga zina. Member kau ajak tengok wedding album dia..ada gambar pre wedding dia peluk2 dengan husband dia sekarang..itu juga zina.

Zina adalah norma masyarakat kita sehinggakan kalau kita nampak ada mamat melayu peluk2 dengan awek melayu...itu normal.

Tapi masalahnya ; kalaulah ada orang kata gambar pre wedding tu satu bentuk zina, sebab sandar2 rapat2, pegang2 peluk sebelum kahwin... akan ada lah mangkuk2 yang akan defence dengan ayat standard.. "Hak eleh..kau jeles!~" , "Biarkanlah diorang, bukannya diorang kacau kau pun!" atau ayat klasik "Kau tak hensem, anak kau huduh, wife kau huduh, kau serba serbi huduh, sebab tu kau jeles dengan diorang."

So..Apa faedahnya ada baby hatch? Apa benefitnya bagi kondom percuma nak cegah AIDS? Itu semua bukannya something yang membantu in a betterment of the society. Membantu dari segi menyediakan solusi sementara kepada satu masalah yang akan berterusan dan berterusan.....berapa orang budak yang baby hatch mampu jaga sebelum diorang angkat dan surrender sebab ramai sangat yang perlu dijaga dan stok baru sampai berlambak2 lagi?

Member aku doktor kat HUKM, offer kawan2 yang tak ada anak, baby for adoption. Sebab ramai gila baby yang perlukan adopted parents tapi berapa kerat sangat yang dapat diadopt? Selagi orang berani, benda ni takkan berkurang.

Kesimpulannya, kita duduk dalam satu masyarakat Melayu yang Islam...yang tak takut mendekati zina...malahan...kalau kau oppose zina, kau akan dikecam sesetengah golongan masyarakat tu. Macam mana nak buat orang takut nak berzina? Hudud? Aku tak tau..tapi personally kalau hukum hudud mampu buat orang melayu takut ambik gambar pre wedding pegang2 tangan...aku sokong 100%! Berapa orang yang bersorak dalam pawagam sebab cerita Istanbul Aku Datang tu best tapi tak sedar sebenarnya dia sedang menonton orang2 sebangsa seagama melakukan dosa?

Sebab the system yang ada sedia pakai....tak ada pun orang takut. Malah, menggalakkan zina ada la. Dan kadang2 tanpa kita sedari....kita suka dan gembira tengok orang lain berzina. Kita bersorak bila orang lain berzina. Yang cool,ringan2, yang peluk2, itulah yang dijadikan idola masyarakat masa kini. Nampak gambar atas tu, aku letak aje aku dah menyebarkan zina. Yusry KRU dapat share dia, dua orang tu dapat, aku pun dapat.

Macam mana nak buat orang Melayu takut berzina? Bincangkan.

Disember 17, 2012

Jadikan Budaya Mogok dan Piket Aman dan Patuh Syariah Satu Budaya Melayu

Pegawai-pegawai bank dah mogok. Mogok-mogok pun, gaji diorang boleh tahan. Bonus ada dapat beberapa bulan. EPF berbayar, gaji tak lambat. 

Bila golongan yang terlibat dengan grafik dan multimedia nak berani mogok ni? Sampai bila nak bagi orang perah dan kerah tenaga kau secara percuma? Minat punya pasal takkan la sampai biar diri kau diambik kesempatan orang lain?

Dulu, aku ajak member2 aku mogok. Ramai tak nak, sebab takut nanti hilang kerja. Dah tua diorang. Aku antara yang muda dalam tu. Aku nothing to lose time tu. First time aku maki bos aku. Gila.

Ada satu hari, pukul 2 pagi. Borak dengan member sebelah aku, dia dah kawin, anak dua. Umur pun masa tu dah 34, sekarang dah 41 la lepas 5 tahun. Time tu, dia kata anak dia pun dah tak kenal dia. Sampai bila macam tu, dah 5 tahun aku jumpa balik member2 aku cerita sama aje?

Kerajaan BN bergebang pasal industri...tapi nampak yang elok aje.Yang sukses. Sukses tu selalunya datang dengan overtime. Overtime free. Kerja berkebajikan. Kerja free.

Orang yang dah kawin pun boleh runtuh rumah tangga.

Sila mogok. Sila minta kerajaan sekarang kaji taraf hidup penggiat industri kreatif ni. Bukan industri hiburan. Itu lain. Diorang selebriti...

Kalau tak, kita tukar kerajaan lain.
Pilih kerajaan yang lantik graphic designer yang betul2 boleh design.



Disember 14, 2012

Persatuan NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Kahwin Kontrak Untuk Kawal Kes Buang Bayi

Kota Manipu, 14 Disember - Sebuah persatuan bukan kerajaan atau NGO yang tidak mahu dikenali mendesak kerajaan agar mewujudkan satu akta yang menggalakkan mana-mana pemuda atau pemudi Muslim di Malaysia berkahwin atas dasar seks, bukan atas dasar cinta atau membentuk keluarga.

"Sudah terlalu teruk sebenarnya belia-belia Malaysia ini dalam bab seks luar nikah, terlalu ramai yang terjerumus, statistiknya cukup membimbangkan saya," kata Presiden NGO itu, seorang lulusan IPT tempatan. "Kerajaan sudah melakukan pelbagai cara dan yang terbaru, penubuhan baby hatch hanyalah satu bentuk pembendungan."

Sambung beliau lagi," itu semua tidak akan membantu mencegah pembuangan bayi. Apa yang masyarakat kita perlukan adalah satu kaedah yang lebih progresif dan lebih inovatif dan itulah yang Persatuan kami cuba usulkan di sini."

Cadangan Persatuan itu adalah dengan mewujudkan satu akta yang membolehkan pasangan-pasangan muda yang terlalu mendambakan seks supaya mereka mendapat kebenaran berkahwin secara kontrak. "Ini adalah untuk memastikan supaya hubungan kelamin mereka masih halal dan tidak berlaku aktiviti zina," ujar beliau.

Maklumat awal yang diperolehi wartawan kami merangkumi beberapa cadangan yang dirasakan boleh digunapakai untuk membendung seks luar nikah di kalangan masyarakat Islam. Antara cadangan lain yang dikemukakan oleh persatuan tersebut adalah ;

  1. Perkahwinan secara kontrak mengikut tempoh yang dipersetujui kedua-dua pasangan sama ada sebulan,3 bulan atau 6 bulan.
  2. Perkahwinan hanyalah atas dasar memuaskan nafsu semata-mata
  3. Wali Hakim akan dilantik untuk proses pernikahan oleh agensi kerajaan khasnya JAKIM
  4. Proses pernikahan akan dilangsungkan di Sempadan Malaysia-Thailand
  5. Pihak perempuan wajib mengambil suntikan perancang di depan Tok Kadi sebelum boleh dinikahkan
  6. Pihak lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir kepada pihak wanita
  7. Persetujuan oleh pihak ibu bapa tidak diperlukan dan perlindungan undang-undang diberikan kepada pasangan yang bersetuju
  8. Mana-mana individu yang hendak menyertai tidak boleh mempunyai ikatan pernikahan dengan orang lain
  9. Proses perceraian akan dilakukan di hadapan Hakim Syariah setelah sehari tamat kontrak.

"Ini adalah langkah paling berkesan untuk menangani masalah gejala buang bayi. Selain mereka dapat memuaskan nafsu serakah kerana halal berbuat demikian, cuba kita gambarkan kebaikan yang mungkin terhasil daripada langkah ini," komen Presiden NGO tersebut.

Apabila wartawan kami bertanya apa kebaikan yang bakal diperolehi, Presiden itu menjawab dengan senyuman manis, "mana tahu mereka benar-benar jatuh cinta selepas itu? Dah jatuh cinta, tak payah lagi susah nak kahwin, sebab mereka dah pun berkahwin."

Reaksi masyarakat mengenai cadangan ini dikatakan positif. Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, "bagus cadangan ini tapi kalau boleh kad pengenalan mereka perlu dikemaskini supaya mempunyai rekod yang mereka pernah terbabit dengan program ini. Saya tidak mahu kahwin perempuan tiada dara."

Seorang bapa yang berang mendengar cadangan ini kerana Presiden NGO itu adalah anaknya sendiri membantah sekeras-kerasnya cadangan ini kerana dia merasakan cadangan supaya hanya orang bujang layak menyertai adalah satu benda yang tak masuk akal. (LINK)

............

ps - dah tengok video budak 2 tahun kena belasah dengan bapak tiri?
Macam mana binatang boleh belajar pakai seluar jeans?

Disember 13, 2012

Kisah Saleha Melawat Bakal Mertua

Pada malam itu, Saleha diajak oleh Jamil supaya makan malam bersama keluarganya, supaya dapat berkenal-kenalan. Ayah dan Ibu Jamil walaupun pada mulanya skeptikal untuk menerima kehadiran Saleha kerana Saleha baharu saja berkenalan dengan Jamil, tetap menerima kehadiran Saleha dengan tangan terbuka.

Ketika tiba di rumah Jamil, ibu Jamil menjemput Saleha masuk ke rumah. Jamil lalu memperkenalkan Saleha kepada semua ahli keluarganya. Adik beradik Jamil semuanya mudah mesra dengan Saleha membuatkan dirinya rasa teruja.

Sambil makan malam, mereka berbual-bual mengenai pelbagai perkara. Saleha yang merasa malu-malu makin mesra dan ibu Jamil yang pada mulanya skeptikal kini lebih yakin setelah bersua muka.

"Adik bongsu awak tu, comel la..sebijik macam you," puji Saleha. Ayah Jamil hanya mengangguk.

"Saya pasti,bila jalan2 dekat luar, mesti ramai yang ingat makcik ni kakak Jamil..." puji Saleha. Jamil menjuihkan bibir menyampah dengan style Saleha. "Eh...mana ada...ada la sekali tu..tapi itu dulu-dulu..sekarang ni tak ada la lagi.." jawab ibu Jamil sopan separa gedik.

"Awak ni! Tak habis2 dengan perangai awak tu. Parents I pun you nak sweet talk ke?" gurau Jamil sambil tangannya membaling seketul nasik kepada Saleha.

"Alah Jamil, apa salahnya? Kau tu pun bertuah ni ada jugak yang berkenan dengan kau," usik Ibu Jamil. Saleha hanya senyum mendengar keletah ibu dan anak itu. Saleha perasan ayah Jamil yang tidak banyak bersuara dari tadi hanya duduk dan menghirup kopi panas.

"...Jamil selalu cerita pasal pakcik. Tak sangka jugak dapat bertemu hari ini. Wajah pakcik dengan Jamil memang sama la...memang agaknya macam tu kot anak lelaki ni? Adik saya pun sebijik rupa dia macam ayah saya.." kata Saleha lagi, cuba memulakan bicara.

Ayah Jamil hanya mengangguk sambil senyum sipi-sipi. Memang ayahnya tak banyak cakap. Ibu Jamil mula bercerita mengenai bisnes keluarga mereka dan Saleha tekun mendengar kisah mereka.

Malam itu berlabuh pantas.

Saleha bersalaman dengan ibu Jamil. Dalam hati Saleha agar berkenanlah ibu Jamil pada dirinya. Doanya agar kali ini pertemuannya tidak sia-sia. Saleha masuk ke kereta dan melambai-lambai ke arah keluarga Jamil. Jamil menekan pedal minyak dan kereta mereka meluncur laju ke arah Keramat. Ayah Jamil berdiri di belakang isterinya yang sedang melambai-lambai mereka pergi. Dia berbisik, "yang...yang!"

Ibu Jamil berpaling ke belakang. "Apa dia sampai berbisik-bisik ni?"

Jawab ayah Jamil," Untuk mengelakkan perasaan macam yang kita rasa tadi, dah sampai masanya kita beritahu Jamil, yang dia tu anak angkat.."

"Itulah. Awkward kan tadi bang? Macam mana lah si Saleha tu boleh kata muka abang dengan Jamil sama? Kelakar la jugak...saya macam kakak Jamil la, si Ucu sama macam Jamil la. Dia takut tu, main sebut aje apa-apa yang dia fikir..." jawab isterinya berseloroh.

"Abang layan aje lah. Nak gelak pun ada. Yang tu abang diam aje!" Ketawa ayah Jamil meriuhkan suasana malam itu. "Nasib baik awak bukak cerita pasal bisnes awak, saya dah tak tahu nak tahan gelak macam mana lagi..."(Link)


Disember 12, 2012

Ah...Sudah....Habis...Punah


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok.

"Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Hello Malaysia', terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur malam tadi.

Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat '1Malaysia Boleh!'.

Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lepas, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang.

.............

Jersi Malaysia paling besar saiz berapa? XL?XXL?
Stretchable tak material dia?


Disember 11, 2012

Buku Untuk Menjawab Fitnah Itu Berharga RM150

Semasa Pembentangan Bajet 2013;
Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti. Suka saya mengumumkan, bahawa nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Semalam;
KUALA LUMPUR - Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini, diperkenalkan hari ini.

Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin.

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan.

Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.

"Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau," katanya.

...............

Kebetulan? Hahahah. RM150.
Hari tu dekat MPH ada bagi buku Najib...free.
Tunggu sebulan dua..Insya Allah free.
Kalau tak free...kita freekan.
Suami PM, gunalah RTM1,RTM2..
Free pun free tak payah orang bayar.
Rais Yatim pasti setuju.

Buku tu..
Dia nak jawab fitnah.
Tapi kita yang kena keluarkan RM150 pulak?

Tolong PDF dan Torrentkan buku itu!
Kemudian ramai2 download.
Dah habis download...jangan bukak file tu. Pilih file tu...kemudian,

Tekan SHIFT + DELETE.

Disember 10, 2012

Kenapa BN Bukan Pilihan Terbaik : Dari Kacamata Seorang Designer Amatur

Aku malu nak claim diri aku "designer" walaupun aku pernah kerja sebagai designer satu masa dulu. Entahlah kenapa aku tak tau. Aku tak nak rasa poyo kot macam sesetengah golongan yang ada kamera SLR atau pandai main Instagram kemudian claim diri mereka "photographer." Tapi aku tak pulak malu nak claim diri aku pervert.

Tapi, pada aku, jarang benar aku jumpa benda2 yang berkaitan dengan design yang melibatkan Barisan Nasional,yang mempunyai elemen2 yang aku rasa menarik. Kebanyakannya..kelam kabut dan semua benda nak letak dalam tu. Di bawah ini aku letak beberapa contoh ;



Lagipun,kita semua masih lagi mengalami mimpi ngeri
akibat daripada logo ini bukan?



Macam budak2 baru jumpa Photoshop! 

..........

Walaubagaimanapun, belah2 pembangkang pun tak terkecuali.




Tapi bagaimanapun, aku suka ad campaign PKR yang baru






Smart..dan simple. Tidak perlu pelbagai jenis font
dan pelbagai jenis gradient atau emboss effect
untuk sampaikan mesej.

Even logo pun smart.



Simple aje.

Kalaulah BN ambik idea pembangkang,
aku rasa poster2 diorang akan jadi camni


dan logo "Turunkan Harga Kereta" tu hasilnya adalah macam ni;



Pilihan ada di tangan anda.
Lagipun...ini...adalah satu imej yang agak menyeramkan.


Kau nak pangkah kerajaan yang jaga kualiti design dia atau kerajaan yang
benda2 camni main buat cincai boncai kadang2 suruh aje siapa2 buat
sebab peruntukan dah habis belanja main golf, kau decide la sendiri


Disember 07, 2012

Awkward Agama : Kenapa Anda Perlu Menyusahkan Diri Pakai Telekung Masa Solat?

Bila kau solat, kalau kau lelaki, kenapa kau pakai kopiah? Kenapa kau pakai songkok? Pernah tak satu masa dulu kau kena tegur atau kena marah, kalau kau tak pakai penutup kepala masa solat?

Kenapa kena pakai penutup kepala?

Tak perlu sebenarnya. Aku selalu rasa segan kalau aku gi masjid dan aku tak pakai songkok dulu2. Ada satu hari, pakcik tu siap hulur untuk aku kopiah wakaf, suruh aku pakai. Bukannya rambut aku panjang pun. Aku botak waktu tu. Pakcik tu siap sound, nak masuk masjid, elok pakai kopiah.

Samalah jugak bila dalam situasi, kenapa perempuan solat pakai telekung? Perlu ke? Tak perlu sebenarnya. Perempuan boleh solat tanpa pakai telekung. Mana ada syarat2 sah solat kau kena pakai telekung. Boleh kau solat tanpa telekung? Boleh. Telekung tak wajib! Ingat benda tu betul2.

Cuma masalahnya, kita dah jadikan benda tu satu kewajipan...kewajipan unofficial. Aku rasa selama ni aku dengan kau banyak menyusahkan diri dalam bab agama2 ni, padahal sebenarnya agama ni senang aje.

Aku, tak boleh simpan rambut panjang. Kalau rambut aku panjang, perlu ke aku pakai kopiah? Mungkin perlu sebab nak sah sujud dahi kena cecah lantai...tapi simpan rambut panjang untuk lelaki tu pun dah bahaya dah tu.

Begitulah juga seorang perempuan, dia sebenarnya boleh solat tanpa perlu risau telekung kat situ ada atau tidak, busuk atau tidak, tak perlu bawak satu beg khas nak usung telekung ke mana saja. Asalkan dia tutup aurat, dia sudah boleh solat. Tapi masyarakat kita, tak sah solat kalau tak pakai telekung. Cubalah kau solat tak pakai telekung. Pasti ada yang akan memandang pelik. "Apa kena dengan perempuan itu? Dia tu gila ke solat tak pakai telekung?"

Walaubagaimanapun, kemudahan tak bertelekung tu hanya akan berlaku kalau pemakaiannya cukup syaratlah...mungkin apa yang anda boleh buat hari ini adalah bertanya dengan diri sendiri,"kalau aku gi solat hari ni, adakah aku layak tak pakai telekung?" dan cari mana kekurangannya.

Beberapa benda pelik lain yang orang Melayu jadikan tanggapan "wajib" atau "perlu"

1. Kenduri kahwin wajib buat supaya semua orang tau.

2. Dapat anak wajib buat kenduri bercukur. Kalau tak buat malu.

3. Ustaz pakai songkok,Ustazah pakai tudung labuh. Orang biasa pakai macam biasa. Orang PAS pakai kopiah.

4.Perlu beri orang tua solat di saf depan.

5. Banyak bertanya pasal agama itu salah dan boleh sesat.

6.Tak baca surah sunat seolah-olah solat kau tak lengkap.

7. Khutbah Jumaat mesti detail dan berjela-jela penerangannya

8.Nak mendekati Tuhan tu susah dan kau perlu pelbagai ilmu yang sangat deep nak mendekati Dia.

9. Kalau solat, baca surah sunat panjang2 lebih baik berbanding surah2 pendek dan ringkas

10. Kita perlu jadi macam orang Arab untuk "lebih Islam"

dan pelbagai lagilah benda. Kalau kau tengok balik kebanyakan point dalam senarai tu, semua benda yang disuruh buat tu..memang tak salah kalau nak buat. Tapi masyarakat kita membuatkan benda tu jadi salah, kalau tak buat. Mengakibatkan sesuatu amalan jadi complicated.

......

ps : Dua hari lepas, sambil aku tunggu order nasi goreng aku, ada pasang TV3. Buletin Utama waktu tu. Ada cerita pasal light show dekat Korea...diorang on-off lampu ikut lagu. Kebetulan pulak lagu Gangnam Style.

Tang2 situ jugak, depan aku, 3 orang budak menari gangnam. Buat gaya kuda. Mak bapak dia, takde reaction langsung, benda tu mcm normal. Mungkin budak2 tu pun belajar drpd video klip dia kot dan kita semua sedia maklum,video klip Gangnam Style adalah video klip yang "sangat mementingkan ciri2 Islamik dan budaya Melayu."

Aku tak pernah lagi jumpa orang lelaki yang tengok video klip K-Pop sebab nak dengar lagunya, kecuali golongan pondan.

Disember 06, 2012

PSA : Mencari Ibu Yang Hilang


My beloved mother missing since 8/6/2011, at Kajang area, age of 55, her name is Mageswari.

Based on last update on the same day, she had been snatched by a motorists while on the way to shop (a location near to my house) and the last person who saw her says she was on trauma. I have tried to find her in various locations, assisted by various medias but till today not able to locate her.

It’s been more than 1 year 6 months without her.

My mother had Insomnia (difficulties to sleep) and she was under medication. Due to the trauma she had the time got snatched and not consuming proper medicine I afraid that she can’t identify her own self.

Facebook is one of the media which gets public attraction effectively, and I realized this page PJ Community Alert gets public attention and respond very well. I hope by posting this news here it will be helpful to locate my mother as I have all my friends and dearest facebookers here.

Kindly share is message and be a part of my mission to find my mother back. Even small information it means a lot to me. Looking forward for your good respond, Thanks a lot FRIENDS!!

Please contact : Jayanthi -0162054987
Manikumar-01730004987
Anuratha- 0163457875

Humble request.
Yours sincerely,
JAYANTHI NALAYAH

...........

Dalam BM. : Mak dia hilang. Lama dah. Mak dia sakit, takut tak kenal diri sendiri atau terlupa.
Tolong sharekan benda ni.

Call kalau ada maklumat.

Video ni, untuk semua orang yang hardcore Instagram.

Disember 05, 2012

Ustaz Ajar Agama Tapi Habis Kelas Dating Dengan Tunang Pegang-Pegang Tangan

Jujurnya, aku takut nak post apa yang kau akan baca hari ni. Kenapa aku takut? Bacalah. Tapi sebab aku fikir, kenapa aku perlu takut, aku bukannya nak menyesatkan orang ramai, aku teruskan niat asal aku nak jadikan hari ni sebagai ending kepada 2 post aku semalam.

Kita semua dah jelas dan maklum, kita duduk dalam sebuah negara yang majoritinya Islam, sama ada daripada cara hidup atau hanya sekadar Islam dalam rekod. Wallahuallam lah. Negara ini pula pemimpinnya juga Islam majoritinya..untuk reflect society yang ada. Kita dah ada structure, pemimpin itu tugas dia apa, pemimpin ini tugas dia apa, jawatan yang dia pegang dan sebagainyalah.

Bagaimana pulak kalau ada di kalangan pemimpin kita, dilantik jadi orang paling tinggi dalam agama Islam, penghulu kepada semua orang Melayu yang Islam...tapi dia sebenarnya hanya Islam, atas dasar rekod. Dia kena jadi pemimpin agama, kerana keturunan dia? Bukan kelayakan dia.

Kalau kau diberi tanggungjawab untuk buat rumah, kau kena tau macam mana nak susun batu bata. Tapi macam mana seseorang itu boleh diangkat jadi pemimpin agama kepada sesebuah masyarakat, walhal..dia sendiri tidak suka nak mengamalkan tanggungjawab yang datang dengan title pemimpin agama tu.

Ingat mudah nak jadi pemimpin agama? Samalah jugak besar tanggungjawab seorang Ustaz supaya pastikan apa yang dia ajar betul, pemimpin agama juga mempunyai peranan untuk pastikan apa saja yang dia buat, menepati syariat agama yang dia pimpin. Dia aperlu bertanggungjawab terhadap diri dia dan dia juga perlu bertanggungjawab kepada masyarakat dia dalam bab2 agama ni.

Tapi, kau nilaikan lah sendiri pemimpin2 kita. Ada yang baik, ada yang tak baik. Kenapa yang tak baik ni pun diberikan kuasa ke atas benda2 berkaitan agama?Kalau pemimpin yang dikatakan ajar anak layan porno, mesti akan ada orang biasa yang dimpimpinnya sama2 merasakan.."oh wow, dia boleh buat kenapa aku tak boleh buat?"

Ini adalah sebab utama kenapa masalah orang Melayu takkan selesai. Orang Melayu suka angkat pemimpin ikut keturunannya dan beri mereka tanggungjawab yang tah dia nak atau tidak pikul, layak atau tidak untuk dipikulnya.

But here is the biggest problem.

Takkan ada orang dari golongan bijak pandai agama yang berani tentang pemimpin2 ini walaupun sudah terang lagi bersuluh ada yang openly lawan agama yang dia pegang dan dia ketuai. Sampai bila imunity dalam bab agama ni perlu dipelihara? Aku rasa sebab tu bangsa lain gelak, tengok orang Melayu yang Islam sekarang.

Tiap2 Jumaat kau tadah tangan doakan Sultan kau selamat sejahtera panjang umur dan sebagainya. Tapi berapa ramai Tok Imam atau Khatib yang berani doakan Sultan mereka supaya dapat hidayah? Aku tak pernah lagi dengar Khatib doakan Sultan dapat hidayah. Sebab dalam masyarakat Melayu sekarang, mendoakan Sultan supaya dapat hidayah, seolah-olah satu tindakan menghina Sultan itu sendiri.  Sebab dia ketua agama kan? Kita punya mentaliti, hidayah ni untuk orang yang jahil, yang sesat sahaja kan?

Kau hanya pohon hidayah diturunkan kepada diri sendiri kalau kau rasa diri kau ni jahil, kau pohon hidayah pada orang lain kalau kau rasa orang tu ada yang tak betulnya.

Dan di sini, aku nyatakan pendirian aku. Aku rasa, masalah orang Melayu dalam bab2 agama ni datangnya dari punca asal dia. Pemimpin agama Islam yang dilantik untuk jadi Ketua Orang Melayu Islam, keistimewaan itu datang daripada keturunan. Bukan daripada kelayakan. Perlukah kuasa sebagai Ketua Agama Islam ini tidak jatuh secara automatik ke atas individu yang ingin dilantik?

Mungkin boleh. Mungkin itu sistem yang boleh dirombak, berikan pilihan...sama ada mahu jadi Pemimpin Melayu Islam atau Pemimpin Melayu sahaja. Gila? Mungkin aku gila.

Kadang2 dalam sesetengah situasi dalam hidup orang Melayu, akan wujud benda yang Allah tak marah dan Allah tak larang, tapi kita takut nak buat, larang atau tegur, walaupun kita tau benda tu akan menjurus kepada kebaikan yang lebih besar kepada masyarakat. Tapi kita takut. Mengakibatkan kita boleh nampak banyak part2 agama yang di-skewed, diputar belitkan untuk memenuhi keperluan seseorang yang berkuasa dalam masyarakat kita.

Kenapa tidak wujud sesebuah badan yang duduknya jauh lebih atas untuk pantau golongan2 Ketua Agama kita ni dan berani tegur golongan Ketua Agama Islam di negara kita ni dalam bab peribadi yang bercanggah dengan nilai agamanya. Sanggup jadi ketua perlu terima bebannya  dan kita semua tau, hidup orang Islam penuh dengan benda2 yang kongkong kita.

Kesannya, kerana itulah dalam hidup majoriti masyarakat, kita Melayu dulu, baru Islam.

Disember 04, 2012

Wedding Day Mau Grand,Lavish dan Perfect Tapi Dada Tayang Depan Tetamu

(Bersambung drpd semalam.)

Aku ambik idea Sdr Hanafi semalam pasal kiasan dia pasal Islam dan tudung.

Selalu ramai orang pempuan khasnya mengalami masalah ni, kala dia pakai tudung labuh. Budak2 kita,kalau tengok perempuan pakai tudung labuh...khasnya cikgu..diorang assume cikgu dia tu Ustazah. Even secara generalnya pun, kalau kau nampak kawan baik kau tiba-tiba pakai tudung labuh, kau akan tanya dia,"eh kak, tiba-tiba dapat hidayah ke?" atau "Wahhh...alim nampak hari ni."

Masyarakat kita yang Melayu...yang Islam..dalam surat beranak tulis Islam, dalam IC tulis Islam....tapi bila nampak minah tudung labuh (tudung labuh jatuh bukan main tarik2 ikat leher) dia kata minah tu Ustazah, minah tu alim

Kenapa kita macam tu? Kenapa budak2 kita macam tu? Kenapa? Sebab dari kecik kita dah dilatih camtu. Kita dilatih benda yang salah.

Kau mungkin tak bersetuju dgn apa yang aku tulis smlm tapi fikirkan benda ni, kenapa masyarakat kita mentaliti sekarang terima tudung labuh itu satu benda yang unik, rare...dan semua orang yang pakai tudung labuh itu alim? Kenapa benda tu tak jadi kebiasaan? Padahal semua orang Melayu itu Islam (mintak2 la).

Pegi mana2 universiti lah senang, khasnya IPTA. Kau duduk la dekat tempat makan dia dalam setengah hari dan tengok pecahan student2 dia. Geng2 minah ranggi pakai make up tebal gi kelas satu group. Geng2 minah biasa dalam satu group. Geng tudung labuh....minoriti. Dan mereka selalunya satu group diorang aje makan sesama diorang. Sama lah jugak geng2 lelaki..geng2 bermotor RXZ satu geng, geng2 nerd satu geng, geng2 berkopiah AJK Badan Agama...satu geng.

Islam itu agama....tapi Islam itu juga cara hidup. Kau tak boleh pisahkan dua-dua benda tu. Dan point aku paling penting....kau tak boleh pilih hanya nak run satu part aje dan satu part lagi kau tinggal. "Takpelah aku tak puasa dulu...asalkan aku tak murtad." Islam separuh-separuh.

Padahal, kedua-duanya perlu run serentak.

Adakah pemberian Islam daripada "keturunan" membuatkan orang Melayu ramai yang leka, sebab dia tak perlu earned the hidayah dan dia dah rasa diri dia penghuni syurga? Mungkin. Tapi kenapa pula golongan yang dari awal bertudung labuh ni boleh pulak excel dari segi pemakaian mereka? Sebab dari kecik dah camtu la kot.

Sdr Hanafi kata, perempuan pakai tudung ni kalau tak sempurna pun takpe. Persoalannya Encik Hanafi, boleh atau tidak pegi futsal main short atas lutut asal ada pakai short?

Masyarakat kita,wedding day nak sempurna,grand,meriah....tapi dalam bab agama, asal boleh,asal ada... jadi la. Apa cerita?

..............

Jadi, sebab dunia ni dah macam ni rupa dia, lagi ramai orang yang takut nak berbicara pasal agama sendiri tapi dengan rela hati berbincang pasal siapa cerai dengan siapa, siapa yang couple dengan siapa...(sebelum ni ada Melodi aje, sekarang dah ada Galaksi, Paparazzi lah) penutupnya aku tanyakan satu soalan.

Dalam sebuah negara yang pemerintahnya yang mewajibkan masyarakatnya lahir2 Melayu terus Islam,mengapa masyarakat kita masih lagi penuh dengan budaya yang menghalalkan benda yang haram dan kenapa, pendokong benda2 tu kebanyakannya orang yang lahir2 terus Islam?

Kenapa orang yang convert Islam, khasnya di Malaysia, selalunya tak berani buat apa yang orang Islam keturuan berani buat? Pengarah filem melayu berani suruh lelaki melayu peluk pempuan melayu lain dalam filem melayu tapi, kalau dia deal dengan pelakon bukan melayu tapi Muslim, dia tak berani nak arah2 camtu. Even nak ambik ajdi pelakon pun segan.

Apply kan la benda tu dekat mana2 situasi seharian sekalipun.

Here is the thing yang aku takkan paham kot....kenapa tak ada orang tegah? Kenapa tidak ada orang ajak boikot filem Melayu yang mana pelakon2 nya terpaksa buat dosa untuk berlakon dalam filem itu tapi kita lagi suka boikot McDonald sebab....Yahudi.

Sebab ini industri filem Melayu agaknya, jadi kalau orang Melayu tak nak sokong, siapa lagi nak sokong, kan? Biarlah diorang nak berpeluk2 camna pun dalam filem asalkan...IC diorang, Islam. Asalkan mereka ini tidak murtad biarkanlah mereka. Kita tengok aje la....

ps - Kenapa takut sangat nak berbicara pasal agama?

Disember 03, 2012

Aku Rasa Tak Perlu Melayu Itu Wajib Islam

Ramai orang berbicara pasal kes murtad tempohari lepas Nurul Izzah bangkitkan isu. Aku sendiri tak berapa paham macam mana pandangan Nurul Izzah tu sendiri tapi bila isu tu timbul, membuatkan aku terfikir satu benda. Aku tak sure sama ada ini benda yang sama atau tidak.

Secara jelasnya, selepas berfikir panjang, aku sebenarnya merasakan seorang bayi yang dilahirkan TIDAK PATUT di "Islamkan" sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.

Sebelum korang attack aku kata aku penyokong murtad, fikirkan dulu satu benda; Kau Islam mesti dah lama, bukan? Tapi bila first time kau ucap dua kalimah syahadah? Bila kau sedar kau itu Islam? Kebanyakan kita mengaku diri kita Islam, sebab dalam IC kita tulis Islam. Dalam surat beranak kita tulis Islam. Secara protokolnya, kita Islam...kalau orang tanya kau, "kau Islam atau tidak?"...kau keluarkan surat beranak atau IC kau..dalam tu tertera kau Islam.

Tapi, siapa sebenarnya yang Islamkan kau? Mak bapak kau atau peraturan? Aku rasa, ramai antara kita ini Muslim sebab itu peraturan nya. Kita Islam Compulsory. Mak bapak kita lahirkan kita, jadi sebab mak bapak kita Islam, kita automatically jadi Islam. Setuju ke benda tu? Aku setuju...tapi ada syaratnya.

Mak bapak ni pun kadang2 tak boleh harap sangat. Sebab tu la kita boleh tengok ramai gila budak Melayu kaki teguk arak, kaki clubbing, kaki pempuan, suka blowjob boifren....itu semua salah siapa?

Salah mak bapak. Sebab apa aku kata salah mak bapak? Sebab memang salah mak bapak lah. Kalau anak kau jadi jadi huru hara, kau takleh nak salahkan orang lain. Kau kena salahkan diri sendiri. Selalunya alasan kita dengari, pengaruh rakan sebaya, pengaruh barat, pengaruh duniawi dan sebagainya tapi sebenarnya, macam mana pun back to the root of the issue, salah mak bapak.

Di sinilah asasnya point paling penting kenapa aku rasa, kita perlu jangan daftarkan seorang Melayu sebagai Islam sehinggalah dia berumur 12 tahun.Ramai orang Melayu huru hara sebab mereka itu "Islam daftar." Bukan "Islam asuhan." Ramai mak bapak kat luar sana yang anggap, sebab dah daftar anak itu Islam..Islam lah dia sampai besar.

Jadi, apa faedahnya kalau kita tak daftar anak sebagai Islam sehinggalah dia 12 tahun? Pada aku, tanggungjawab untuk membesarkan anak supaya pengaruh anak yang akan pilih sendiri apa agama akan jatuh dekat mak bapak, bukan undang2, bukan protokol, bukan compulsory Islam.

Kalau mak bapak itu Islam, mestilah dia nak anak dia pilih Islam,lah kan? Jadi dia la yang kena pastikan anak dia membesar dan suka dengan Islam. Kalau tiba2 anak dia tak suka Islam macam mana? Nasib la. Anak kau. Kau yang besarkan dia camtu, kalau dia suka Kristian, bukan salah dia. Salah kau. Anak tu kan macam kain putih, kalau dia suka jadi atheist, itu maknanya kau lah yang train dia jadi atheist.

Dengan tidak mendaftarkan anak kau sebagai Islam secara official, kau hanya ada satu option, pastikan anak kau membesar dengan cara Islam........supaya bila cukup umur dia nanti dia sendiri nak registerkan diri dia sebagai Islam. Bukannya salah pun kalau dalam IC takde tertera dia Islam tapi dia still solat 5 waktu. Allah tak terima ke kalau dia solat tapi dalam rekod Jabatan Pendaftaran dia masih belum Islam?

Bayangkan, best apa kalau bila anak dah 12 tahun, dia kena gi Pejabat Agama, ucap dua kalimah syahadah depan Imam, buat satu majlis doa selamat dan rasmikan pendaftaran anak kau dalam rekod officially, dia Muslim.

Bukankah itu lebih bermakna? Just for the record sebab rekod itu masih lagi penting, takleh la nak biarkan takde record ye tak?

Kalau dah dari kecik kau decide anak kau itu Islam, kau train la dia mengucap apa semua. Allah bukannya terima syahadah ni kalau ucap depan Imam dan ada dalam IC aje, kan? Even orang bukan Muslim, kalau dia tergerak nak masuk Islam, dia ucap syahadah dan simpan rahsia tu sorang, dia juga seorang Muslim bukan? Ramai orang bukan Islam yang sebenarnya sudah hidup macam orang Muslim lama sebelum mereka jadikan benda tu official.

Adakah mereka bukan Muslim sebelum menjadikan benda tu official walaupun sebenarnya dengan Allah sendiri mereka dah mengaku Dia itu Tuhan mereka?

Jadi, pada aku,kalau kau tanya, adakah perlu pendekatan drastik macam ni? Aku rasa perlu. Sebab makin lama makin ramai yang nama aje Islam tapi tak peduli nak gentel2 awek depan orang ramai.

Sebab apa kita jadi camtu? Sebab ramai di luar sana golongan "Islam protokol" bukannya "Islam Asuhan." Cara hidup barat, tapi agamanya Islam. Ramai antara kita ini officially Islam dalam rekod dalam Jabatan Pendaftaran tapi dengan Allah, dengan diri sendiri, kita 50-50.

Beban meng-Islamkan anak selama ini tidak pernah jatuh 100% ke atas bahu mak bapak sebab sebagai Melayu, compulsory kita Islam. Cuba kita buang peraturan itu dan kita tengok apa yang jadi dekat masyarakat kita.

Kita berbangga dengan frasa, "Asal Melayu,Mesti Islam" tapi kalau peraturan itu tak ada, mampukah masyarakat Melayu maintain ke-Islaman mereka, bila beban meng-Islamkan anak, jatuh dekat cara hidup mak bapak?