December 27, 2012

Kalau Kerajaan Bagi Smartphone Free Tapi Berlogokan 1Malaysia dan UMNO, Kau Ambik Tak?

Apa cerita pemberian rebate nak beli smartphone ni wei?

1. Untuk smartphone bawah RM500 sahaja?

Jika aku belia, aku mesti bengang dengan syarat ni. Tapi sebab aku bukan belia dan dah jadi bapak orang dan bapak orang tak boleh la bengang membabi buta, aku takut satu aje benda berlaku dengan syarat ni. Kebanyakan smartphone yang dijual oleh telco berharga bawah RM500 majoritinya dibagi free aje asal kontrak dua tahun. Fon-fon yang dibagi free sekarang ni? HTC Desire C. Samsung Galaxy Y. Aku tak nampak relevannya kat situ mana nak apply pakej ni.

Lagipun...Digi baru aje launch pakej broadband 5GB sebulan, kontrak setahun dapat Nokia N9 free. Nokia N9 berapa harga dia? Seribu lebih (walaupun dah outdated)...aku terlepas! Duk fikir2 tengok2 out of stock. Itu bukan smartphone main2 tu...ex-flagship Nokia tu.

Harga RM500 ke bawah ni...karut. Berdasarkan pendapat aku, kalau syarat ni kekal...telco akan ambik chances untuk clear stock fon-fon lama sebab diorang tau, ini peluang terbaik diorang jual fon-fon yang tak ada orang nak beli lagi. Diorang dah tau, RM200 tu konfem dapat kat telco dan subscriber baru akan datang.

2. Mesti ada pakej broadband atau wajib ambil pakej pendaftaran baru

Aku tau, ada orang kata buat apa ada smartphone kalau tak ada broadband. Mesti ada ke? Ok aje bini aku pakai takde broadband. Lagipun, bukannya mati pun kau tak ada broadband 24 jam kat tangan. Dah la mahal! Setakat ada internet 24 jam tapi bukak Facebook aje setaip masa buat apa bang? (kalau kau bukan orang macam tu, tak perlu lah kau defend diri kau)

Tapi sebab pakej ni dinamakan "Inisiatif Jalur Lebar Negara" jadi aku boleh nampak kenapa kerajaan letak syarat tu. Cuma...aku tak nampak lagi macam mana kerajaan cuba protect rakyat kat situ. Adakah kerajaan akan berikan insentif kepada telco untuk wujudkan skim broadband khas yang murah dan berpatutan untuk pembeli? Atau kerajaan hanya sekadar nak tolong telco carik customer baru dan biarkan aje belia-belia terkapai2 pakai broadband 2 tahun, dengan bayaran mahal dan kuota data yang rendah semata2 sebab terikat dengan kontrak?

3. Boleh dibeli daripada Telco atau kedai elektrik seperti Sen Heng dan juga Sen Q

Dan di sinilah yang paling mencurigakan aku. Kedai-kedai begini, khasnya Sen Heng atau SenQ...diorang jual smartphone ni retail price. Memang original unit tapi harganya ikut retail. Tak ada naik turun. Tetap..ikut harga manufacturer. Mahal sikit berbanding kedai-kedai lain...kadang2 mahal banyak. RM200 tu...takkan dapat diutilize betul-betul value dia nanti.

............

Jadi, apa solusi terbaik untuk dilema ini?

1. Naikkan limit harga kepada Rm800 sebab Rm800 boleh dapatkan smartphone mid range yang takde la dah obsolete sejenak belia melangkah keluar kedai.

2. Wujudkan pakej khas broadband untuk belia-belia yang beli dengan pakej ni...contohnya...beri mereka pilihan kontrak 6 bulan,1 tahun atau 2 tahun dan berikan rebate harga smartphone lebih jika mereka bersetuju untuk melanggan lebih lama. Pastikan pakej ni non-transferable kepada nama individu lain untuk elak orang ramai ambik peluang jual pakej tu.

3. Jika pakej smartphone itu dah ada smartphone free...aku rasa tak salah kalau kerajaan berikan kelonggaran untuk tukar RM200 tu jadi payment in advance untuk pembayaran pakej bulan-bulan.

4. Bagaimana pula dengan belia-belia yang dah ada smartphone yang lebih baik berbanding smartphone bawah RM500 tajaan kerajaan? Orang2 macam ni still layak kan, walaupun dia dah ada smartphone sendiri? Sila rujuk nombor 3.

5. Jangan kita lupa telco adalah sebuah syarikat, a business entity, yang caj orang RM50 sebulan untuk 1GB data. (GILA!) Macam mana pun mereka akan cari jalan buat untung atas benda ni...lagilah bila kerajaan sendiri yang keluar belanja buat sales, marketing dan promotion untuk diorang. Mampukah kerajaan protect kepentingan belia atau sekadar bagi RM200 dan biarkan belia terkapai2 sebab tak mampu bayar broadband yang dah berkontrak? Kita tunggu dan lihat.

6. Tolong, tolong, tolong...jangan buat majlis penyerahan smartphone ni siap ada pentas dan wakil rakyat tolong sampaikan sambil wajibkan tiap2 orang pakai baju 1Malaysia dan angkat jari menandakan nombor satu. Tolong jangan buat begitu. Sebab kalau kerajaan buat jugak benda2 macam tu dan ungkit pasal bantuan2 kepada rakyat yang membuatkan kerajaan tak ada duit, mana datang sebenarnya duit nak buat majlis penyerahan smartphone tu?

7. Jika orang tanya aku, smartphone mana yang terbaik bawah RM500...aku jawab carik Nokia (Windows Phone) atau Sony (Android). Samsung atau HTC semuanya low range dia a piece of crap dari segi value dan hardware yang kau dapat. Especially Samsung....

8. Aku minta lagi sekali...tolong jangan buat majlis penyerahan smartphone dan tunjuk dekat TV dan paper.

9. Kita tunggu dan lihat. Kerajaan salah langkah kat sini...pengundi yang diharapkan datang, beralih arah dengar announcement pembangkang harga kereta turun kalau pembangkang ambik alih negara.

10. Bacaan lanjut...Website Inisiatif Jalur Lebar Negara. Tapi sayangnya..setakat semalam dan hari ni, last aku check, link2 dia tak jalan. Website dah naik....tapi satu link pun tak jalan. Aku dah mula risau. 

20 comments:

Anonymous said...

broadband telco memang mahal.
tapi aku memerlukan untuk pakai waze.

Anonymous said...

eh,dah ilang ke poster yg tunjuk syarat harga smartphone maksimum RM500?? semalam aku tengok ada lagi.anyway, dorang agak bodoh la buat camni, sebab kebanyakkan belia dah aim phone yang mahal sikit, S2,S3, Note, Iphone, blackberry..dan semua tu takder harga kurang dari RM500.. dan dalam poster syarat kat website tu, takder pun cakap kena amik dari Telco..alih2 hari ni berubah plak

Anonymous said...

Aku ambik je pastu ubah design/molding kalau tak suka hahaha

Anonymous said...

Borang leh downlaod 1 Jan bhai :)

hime s said...

aku jawab tajuk ko je.

dem ade logo? amik.

Anonymous said...

Kdg2 aku rasa posting mantot kebelakangan ni psl xpuas ati dgn langkah2 kerajaan, lebih berhemah berbanding yg dulu2.

Kalo dulu: kerajaan xguna!, damn rosmah!, ni ahkak pink pny angkara!, perompak duit rakyat!

Tp skrg, mantot : tolong, tolong tolong kerajaan, jgn..

Aku rs mantot skrg dh lebih pragmatik, makin tua kot, xpn..ala nk bdegar-degar wat ape ye dakk?, kn best relax2, ayat sepoi2 bahasa, janji makan dalam tu x ilang..

Go mantot! Heh

-peugeot-

Syakir Rahman said...

aku jawab tajuk ko je.

dem ade logo? x amik kot. brand tuh antara perkara penting tmbh2 lagi melibatkn brangan elektronik..ahahaha

Anonymous said...

Alaa...ambek jelah. Pastu ko tukar logo UMNO 1M ngan logo PR.

Anonymous said...

aku ambik laa....umno bkn pkai duit bapak dia, dia pkai duit rakyat jelata gk weh....klau duit dia 1 sen pn berkira...

Wan Tu Som said...

Blackberry sekarang dah ada yang 500. Pandai cari dapat lah.

Ko je yang nampak semua benda mahal. Cam cilakak.

plain83 said...

aku jawab tajuk ko je gak..

dem ade logo? x amik kot.. malas nak modify.. hahah

aslina majid said...

Alaa kedai limited ke telco or sen-q or sengheng je??? Bersepah kot phone bwh 500 yg mid-range dlm penang ni... Esp kat kedai phone yg tak terikat ngan mana2 telco... Yg pesen sepanjang2 koridor ade booth jual phone... Kalo beli yg kat situ je takleh ke? Bosan ah kalo camtu... Hahaha

Prince of Noob said...

bagi smartphone free? konfirm la amik... biarlah ada logo 1malaysia atau umno pun, barang free derrr sapa tak mo

Anonymous said...

bye bye bn. atas pagar sume lari ke pr skrg. asyik kena game je. lancau. ini kali la. :(

Annakholat Atastokhdevishizar said...

kalau aku, aku xnk amik. bkn aku guna pun.

aku pun x pakai broadband. mahal. servis teruk lak tu. takat bukak facebook atau whatsapp je x payah la. x perlu pun.

program rebat smartphone ni aku rasa x perlu. smartphone adalah kemahuan/ kemewahan bukan keperluan. sedangkan keperluan rakyat pun x lengkap e.g. public bus, ini lak nak jalur lebar bagai.

tp kut yer pun nak buat inisiatif, aku cdg kan kerajaan do something utk pecahkan kartel telco. somehow, telco2 di malaysia ni mcm dah pakat tekan pengguna dgn rate gila khinzir dan servis mcm celaka. x pun kaji dan implement cara utk meningkatkan kualiti dan memurahkan kos broadband, mungkin dari segi physical facility ke, polisi sedia ada ke.

dan aku setuju, kerajaan tolong buang mentaliti buat majlis utk perkara2 kecil e.g. serah 100 smartphone kepada belia luar bandar. majlis ni la yg sgt membazir utk bajet sedia ada.

Anonymous said...

Aaa ela lu mantot...

hari tu ckp kerajaan bg smatfon ni membazir je...siap ckp kerajaan kt mana kt dunia ni yg rasa smatfon satu keperluan kt belia dia,yada yada...

skrg lain pulak ek...ckp tak serupa bikin la luu...

aku tetap rasa ada duit rakyat yg akan terbazir...

Anonymous said...

Duit korang gak
Gomen utang tabur kat rakyat

Tu AES ada nak kutip balik..

Mantot said...

mmg la membazir..
tp kalau dia dah bagi,kita takleh nak halang.

jadi kena pastikan rakyat punya kepentingan 1st...bisnes punya kepentingan datang kemudian.

ni bukan benda main2.guna duit tax...utk bagi belia beli smartphone.

bukannya mati pun tak ada smartphone ni.


Janal Abu said...

apa susah2 fikir kenapa gomen bagi? nak amik ,tak nak jgn amik. nak ngan tak nak je....mcm mcd tu , semua ajak boikot jgn makan,aku tengok penoh je tiap hari.bab rokok jugak ramai belia telan. hp 500 ni bukan salah sesiapa jgn kondem gomen,yg tak suka cuma 15 ketul je dlm forum ni,juta juta luar sana dgnduit ciput 500 perlu hp tu.....

Janal Abu said...

apa susah2 fikir kenapa gomen bagi? nak amik ,tak nak jgn amik. nak ngan tak nak je....mcm mcd tu , semua ajak boikot jgn makan,aku tengok penoh je tiap hari.bab rokok jugak ramai belia telan. hp 500 ni bukan salah sesiapa jgn kondem gomen,yg tak suka cuma 15 ketul je dlm forum ni,juta juta luar sana dgnduit ciput 500 perlu hp tu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...