December 16, 2009

Panduan dan Langkah-Langkah Untuk Membeli Cincin Tunang (Bagi Lelaki Yang Brutal)

Selepas panduan langkah awal untuk menjadi suami tempohari,hari ni aku nak menulis mengenai bagaimana hendak membeli barangan kemas untuk si dia yang tersayang yakni isteri/awek anda atau perempuan simpanan anda.Sebagai seorang lelaki yang normal,besar kemungkinan kali pertama anda masuk ke kedai emas adalah ketika anda ingin membeli cincin tunang atau cincin risik.Aku pun sama.Masa aku pegi survey memang haram jadah apa pun aku tak tahu.916,835,apa benda semua tu?




Panduan Untuk Membeli Cincin

1. Tips paling penting yang aku belajar!Ambil tahu naik turun harga emas.Yang ni aku pun tak sure nak rujuk mana tapi tanya aje lah mana2 kedai emas 1 gram emas sekarang berapa.Sekarang ni harga emas RM142 1 gram.Bulan 6 hari tu harga emas lebih kurang Rm125.Ada pasang surut dia.

2. Jangan pegi kedai yang ada brand macam Habib,Poh Kong atau T-Zed.Aku dah survey dan kebanyakan dia harga agak mahal (aku tak tau macam mana boleh mahal kalau harga dah standardized sepatutnya,mungkin upah nak bentukkan cincin tu mahal kot?) tapi memang lain.Jika anda ingin membeli cincin,lebih baik anda pergi ke kawasan2 terpencil dan jauh dari pembangunan.Macam aku,aku pegi beli kat Banting.Haha!Nama kedai emas aku pegi?Kedai Emas Tai Yick!Haram tak glemer tapi choice lagi banyak dari Poh Kong.

3. Ada 2 jenis emas.Satu yellow gold,satu lagi white gold.Kalau ikut trend,white gold mmg lagi lawa TAPI white gold takde second hand value.Kalau tiba-tiba terdesak nak pakai duit masa2 depan,yellow gold menjamin harga yang lebih tinggi.Berapa?Aku tak tau.Harga pulak yellow gold lagi mahal seratus dua.

4. Bila nak beli white gold,tengok kat cincin,ada 3 nombor.525 ke 725 ke 455 ke (aku tak sure nombor dia) dan apa guna nombor tu?Nombor tu menunjukkan percentage berapa percent emas yang terkandung dalam cincin tu.Untuk white gold,kita ambik contoh 725 nombor dia,maksudnya cincin tu dibuat oleh 72.5% white gold dan 27.5% lagi adalah stainless steel.Lagi tinggi percentage,lagi mahal harga.Harga cincin white gold bermula daripada Rm300 (yang aku usha) untuk gred 425 (paling cikai)

5. Untuk yellow gold,yang aku usha ada dua jenis,835 dan 916. Cincin 835 biasanya diletakkan diamond beberapa butir dan mengikut kata kedai2,cincin 916 ni tak sesuai untuk letak batu berlian ni sebab susah nak dibentuk (lagi tulen) jadi biasanya cincin 835 ni dijadikan cincin tunang/kahwin sebab ada berlian dan perempuan sangat suka berlian kerana berlian adalah teman sejati mereka,bukan kaum lelaki.Ingat tu!

6. Bercerita pasal berlian ni,ada 2 jenis berlian.Satu adalah berlian asli dari bumi dan satu lagi adalah berlian man-made yang dipanggil "zirkon." Kedai mesti asingkan punya dua jenis ni.Berlian asal JAUH lagi mahal berbanding zirkon tapi kelebihan zirkon adalah batu pada cincin anda akan jauh lagi besar berbanding berlian sebenar.Jadi,pilihlah sendiri.Nak bergaya,pilih zirkon,nak yang asli,ambik berlian betul.Design cincin zirkon jauh lebih best la sebab batu dia besar2 dan cincin dengan berlian betul ni batu dia kebiasaannya batu2 dia kecik2 je,sebab kalau nak dapat batu besar2,lelaki itu perlulah bekerja siang malam tanpa henti selama setahun.Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni banyak murah2 je,Rm300,Rm400 lebih.Yang berlian betul?Rm500 ke atas untuk berlian sebesar habuk.

7. Yang paling penting!Kedai-kedai penjual emas ni ada persatuan dan majoriti daerah di Malaysia,kedai-kedai emas meyertai persatuan tersebut.Masalahnya,bila diorang ni join union tu,harga emas adalah standard.Cuba tanya pakar2 emas keluarga anda atau makcik2 yang bergelang penuh yang selalunya kelihatan sewaktu kenduri kat mana nak beli emas murah.Sebab benefit dia terlalu besar.

Katakanlah...harga tempat lain Rm142 dan harga di daerah yang tak join union ni biasanya murah Rm15-Rm20 satu gram emas.Jadi,kalau anda beli cincin 9 gram berharga RM1278 di KL,harga di tempat yang tak join union hanyalah  Rm1098.Murah dekat Rm200.

Contoh yang aku boleh bagi,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Harga emas kat tempat lain sekarang Rm142,kat Kuala Pilah harga emas sama 1 gram Rm102.Murah Rm40 1 gram.8 gram dah RM320.Ye,Kuala Pilah adalah daerah yang tak join union yang aku tau.

...............

Orait,dah paham serba sikit pasal membeli emas,kita ke langkah seterusnya iaitu memujuk awek/tunang/isteri anda supaya tak demand dan mintak ikut kemampuan anda.Langkah yang perlu anda lalui adalah :

1. Tanya dia,suka emas putih ke emas kuning.Terpulang lah kepada permintaan dia.

2. Nak berlian ke nak zirkon?Lelaki mengharapkan perempuan memilih zirkon,perempuan biasanya step ni buat2 macam tak kisah mana satu tapi sebenarnya dia nak berlian betul yang paling besar anda mampu.Jadi lelaki kena step up la sket kan?Beli la berlian asli!

3. Mintak contoh cincin untuk buat ukuran masa nak beli.Jangan mengada-ngada nak ukur pakai jari anda sendiri jika dia bukan muhrim anda.

4. Tanya dia,"Kalau I beli kat kedai takde nama U ok ke?" Kalau dia kata nak kedai branded,silalah apply kad kredit sekeping dua.Kalau dia kata "mana yang abang mampu" kahwin aje la cepat2,jangan carik lain.

5. Bila semua dah OK,silalah ke kedai emas pilihan anda dan survey dulu.Tanya kedai tu satu gram berapa,ada diskaun ke tak....ayat2 biasalah.

Tips-Tips Ketika Membeli

1. Aku jenis tak peduli pakai apa jadi selalunya aku ke mana-mana dengan jeans dan t-shirt bundle 5 ringgit.Bila aku pegi round-round hari tu,banyak kedai pandang slack bila aku masuk carik cincin kahwin.Jadi,bila aku nak survey balik lepas tu,aku pegi kedai emas pakai KOT.Serius layanan punya aa baik sampai semua salesgirl datang tunjuk kat aku macam-macam.INGAT!Bila nak survey,pakai kot!Dia bawak aku round satu kedai tunjuk semua collection yang dia ada,rantai,gelang,cincin....3 orang salesgirl layan aku.Mungkin diorang terpesona dengan karisma aku yang berkot dalam shopping kompleks.

2. Buat2 macam pakar.Aku rasa apa yang aku tulis kat sini dah cukup untuk sekurang-kurangnya anda dapat bergaya poyo sikit semasa membeli dan sekurang-kurangnya tidaklah kelihatan seperti rusa masuk kampung.

3. Bila nak pegi beli,PERGI SENDIRI takpun ajak family anda.JANGAN AJAK SI DIA SEKALI!Sebab bila anda ajak si dia sekali,besar kemungkinan apa yang anda pilih AMAT TIDAK SESUAI untuk si dia.Bayangkan,anda tunjuk satu cincin yang anda rasa cantik pada anda dan sesuai la dengan bajet anda,kemudian anda tengok muka si dia dok muncung semacam sambil mata dok menjeling-jeling cincin lain di rak sebelah yang anda cuba elakkan.Kalau tak nak ada pressure masa membeli,PEGI SENDIRI,JANGAN AJAK DIA SEKALI.Ni hadiah daripada anda,anda pilih,sama ada dia suka atau tak,tanggungjawab anda adalah buat yang terbaik ikut kemampuan anda.

4. Kalau anda rasa tak sure cincin mana satu yang lagi menarik,suruh salesgirl tu pakai dan gayakan depan anda.Aku mintak salesgirl sorang ni gayakan cincin2 yang aku tengah pilih,dia punya gaya,mak aii,macam model.Siap boleh bermain-main mata lagi.Nasib baik aku tak terkam.

Bila dah dapat sebentuk cincin yang anda rasa sesuai pada si dia dan anda gembira tengok dia pakai,belilah,jangan banyak soal.Pesanan aku,beli lah mana yang anda mampu.Dalam bab ni,jangan ikut sangat kemahuan kaum perempuan.Kalau anda tak mampu dan awek/tunang anda demand jugak nak yang dia berkenan,suruh dia kahwin dengan Perdana Menteri.

44 comments:

zakzak said...

woo...tips yg sangat mantap weh mantot.

aku haritu masa nak beli cincin risik n tunang mintak tolong mak aku belikan.

aku tinggal pilih final design n byr duit jek.

lega betul tak yah susah2 pilih cincin ni

fafa said...

hahaha beli cincin jadi isu.

'AQILAH said...

siapa mahu tunang dengan aku ni...aish..:P

tips yg baik ! thanks !

Xora said...

Mantot (kali ni betul ye aku eja nama kau).. aku tak berapa setuju la takleh bawa si dia (perempuan la) masa membeli.. kang dia tak puas hati, yg nak pakai cincin tu kan dia (regardless la kau yg kena byar pun kan? :P) Aku rasa lebih sweet la kalau beli berdua. ye la, kadang2 memang la diameter cincin tu muat, tapi kadang2 batu atau lebar cincin tu pun la tak sesuai kat kepanjangan jari perempuan tu, nnt nampak cam pelik pulak.. pandangan aku aje tau.. after all, maybe hal camni berjaya pada aku dan tunang aku kot. At least, aku belajar untuk tidak mendesak :P

Bakal Puan T said...

mmg bener. kolo pilah dan ada bbrp tmpt kt n9 (aku kurang pasti, semban pon ada yg murah gk tp kedai cokia aa)yg emasnye mmg murah. tunang aku ada ajak p beli kt saner utk cincin kawen.

p/s: aku salu bc blog hang. salunye pndapat hang sepesen ng pendapat tunang aku. munkin pemikiran laki mmg centuh kot.

gagak.itam said...

Nice stuff bro. Cuma nak tmbah yang aku diberitahu masa aku cari cincin kawin dulu bahawa berlian tu tak ble nak di gadai di kebanyakan kedai. Diorang hnya akan kira harga cincin je. Sebab tu aku amik cincin yang batu tak besar sgt pun. Sebab masa jual, harga dia ikut besar berlian. tapi bila nk gadai, harga berlian tak dikira pun. ikut berat emas je lebih. tapi try la cek blk fact aku ni ek. slmt berumahtngga bro.

Shauda said...

anyway,nice tips..sni nk share psl nk beli emas 916..mmg btul pe y mantot ckp hrga emas ada trun naik dan hrga emas dr 1 kedai ke kedai lain mmg ada beza..mna kedai y dah glamer tu mmg hrga meletup2..sy nk suggest bg mrk y msih m'cari2 kedai emas utk beli cincin risik ke tunang,sy cdgkn beli d area kedai2 emas d jln TAR, Masjid Jamek (mostly kedai Indian/Indian Muslim)..hrga mmg different sgt2..mmg confuse jg sbb hrga beza leh smpi rm10 1 gm tp ni mmg real..kwn sy y suggestkn cz dia India Muslim dan slalu beli brg kemas d situ..sy pun dah beli,mmg puas ati sbb leh tawar2..hrga workmanship pun murah je..

Azrul Hisham said...

wahh..tips berguna ni...keluar pada masa yang tepat...aku tengah planning nak cari cincin tunang ni...thanks for the info.. :D

cikmemy said...

woooahh,,aku yg pompuan pon xtaw mende ni sume..malu~

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

"3. Mintak contoh cincin untuk buat ukuran masa nak beli.Jangan mengada-ngada nak ukur pakai jari anda sendiri jika dia bukan muhrim anda.

4. Tanya dia,"Kalau I beli kat kedai takde nama U ok ke?" Kalau dia kata nak kedai branded,silalah apply kad kredit sekeping dua.Kalau dia kata "mana yang abang mampu" kahwin aje la cepat2,jangan carik lain."


weeheheheh hahahaha...

jgn marah aku dgn ayat2 sebegini : ko dah takde keje lain selain copy paste bile nak komen?

aku tatau nak nyampuk lagu mane sbb aku tak tergolong dalam golongan mereka2 yg dah sampai seru utk menikah. lalalala...

ateeka amer said...

apa nama kedai tuh? tai-yick?

haha. nama da wat aku loya~

zamdee said...

ahahaha.. kedai tuh mmg femes kat Banting, byk pilihan & harga pun berpatutan..

mcm mana aku tau?? pandai2 lah ko teka, ahahaha..

KePOchi LaTTe said...

hohoho ada ke org gadai cincin kawin time sesak tak de duit? aku agak confius di situ

My_Aqeelah said...

nak senang bagitahu bakal isteri tak payah pakai diamond....sila tonton citer blood diamond. itulah psiko oleh en.suami pada diri aku sampai sekarang. zirkon pun ok, kalo batu jatuh pun murah aje nak ganti.
yang bezakan harga cincin emas ialah upah workmanship die, harga emas selalunya standard. ada tulis kat board dalam kedai tu.

Beautiful^Devil said...

mantot.. bley tak aku nk kopipes entry kau nih? nk2 tang beze zirconia n diamond tuh? kasik bkk mate pempuan2 yg tak reti beze gems.. bley kannnnn???

Anonymous said...

TQ le, pasni tau le aku nk beli...

Klau kat kl kedai mana yang murah cam kedai Tai Yick tu?

Tijah said...

heheheh. akunyer cincin kawen berharga rm160 saja. taun 2001. masa tu emas rm42 saja. pastu tak pakai pun. mmg jenis x suka pakai ekseseri.

The Aku said...

Sapa nak beli aku cincin? Hehehe... ni Mantot da ajar da. Baik sapa2 tlg bli.

Weih, ko tanya sapa psl cincin2 ni? Terer gak ko psl cincin aek?

hafizshinchan said...

kalo camgitu aku usha kat kawasan lagi pedalaman, baling ke contoh...kompom murah.

(orang baling jangan marah, gurau je)

Anonymous said...

TQVM Bro...
very nice info... :)

aslina yang gojes said...

uhh...

weyy...apsal kene cincin ha?

aku rasa tak cool la pakai cincin...kalo gelang je takley ke?

rasa macam parasit duduk kat jari lebih2 lagi bila nak pulas handle moto...

ke aku memang kene resign jadik pompuan?

RJ said...

hahha
sampai ke banting ko cr
cincin
takpe pelan2 kayuh

FaiZ said...

aku dah beli cincin...tp kat besut la...harga dlm rm450...leh la..cantik n nice..tp kedai bese2 jer..xde la yang femes...janji..bakal tunang aku ske..sesuai ngan dia...

Anonymous said...

mmg2.sy setuju.pg dgn famili ataw kwn...sy silap pg dgn die...bleh lak cincin sy minat tu >rm20 je dr bajet,tp muncung pnjang 50ela..terpaksa le ikt pilihan die...nnt cincin kawen baru pau kaw2 punyer.haha

miss lily said...

salam.. nak tambah sikit.. kalau nak beli emas.. beli laa weekdays.. sebab biasanya bila weekend tokey kedai akan naikkan harga emas sebab ramai orang shopping waktu ni.. kalau tak caya cuba compare hari jumaat ngan hari sabutupunya harga.

pastu masa beli tu kena tahu upah yang kedai tu ambik berapa. contoh: harga emas RM120. berat cincin 4gram. harga kedai tu taruk: RM650.00. jadi upah je dah rm170.00 (selalunya kedai2 berjenama la amik upah gila2 gini sebab nak cover marketing cost dia.. ) kalau kedai2 tak glamer ni.. upah cincin hanya dalam puluh2.. je. haritu beli gelang dan cicin pun.. upah cincin dalam rm17 je... murah x?

CikOo Rahsia said...

hihhihi....klakanye...

Anonymous said...

hahaha lawak la ayat bro ni...sempoi je...

Anonymous said...

hahahaha lawak la bro ni....

MAI said...

Best2 entry ni...masa yg tepat skali...bdebar2 nk btunang ehehehe

imizah said...

kelakar artikel ni.ayat last tak tahan tu.hak2.terus LIKE di fb.

~penguatkuasa~ said...

...bagus tips ni,aku plan nak btunang n kawen trus hujung tahun ni..tu pun kalo awek aku nak kat akula kan...huhu

Anonymous said...

ak tgh carik cincin risik n tunang..budget ciput je..dalam 600 tuk due2 cincin..tp yg tunang nk cari yg ade batu2 cikit..nampak cantek la..mane eh nk cr area shah alam?? kalau masjed jame' tu ok ke cincin die? cam xbes je nk masuk..huhu

Mantot said...

kalau bajet kau 600,tak dapat bang yang batu berlian betul tapi kalau yg zirkonium (nama dia camtu lebih kurang @ berlian sintetik) dapat kot.cincin belah rotan satu dengan cincin berlian white gold zirkonium.

carik la emas kalau buleh.batu tu sebenarnya takde nilai sangat nanti2.

usha banyak kedai,tanya dia jual berapa ringgit satu gram.ada tempat mahal ada tempat bagi diskaun banyak.beza dia boleh cecah ratus2 kalau dah 1 gram murah RM30,kalau 8 gram dah 240 kau save

Musang said...

hahax..memang membantu aq btol la..tq ! lawak pown ad..

cha apple said...

really nice tips!
Im gonna share dis to all my friends. hope u dont mind :)

Cik Eka said...

terima kasih tips ni yer..

best baca..memang nak cari cincin tunang ni pun..
nak bagi bakal tunang baca..kih kih kih..

mmang betul la kate makcik2 suka emas,beli kat kodai biaso jo..
den nak suh dio poie pilah lah minggu ni..hahaha

Anonymous said...

Memang menarik.
Banyak tips yg dapat aku pelajari.
Tq byk2..!

Anonymous said...

wallaweyy tips yg berguna aku pon mmg tgah cari cincinggg..haha!baru ku `tau belian zirkon tu hape..tq..lalalal

ro21 said...

Thanks a lot! Mmg bagus baca tips yg awk bagi ni. Kebetulan mmg nk cari cincin risik & tunang. Kono poie Pilah la nmpk ae ni...hehe

saliza kamar zaman said...

Pengalaman sy org tua plak, tunang cincin belah rotan, nikah cincin ada batu ckit...n... anniversary baru..cincin berlian..la ni hubby beli cincin berlian mix ngan batu permata delima/ zamrud/ delima asli sekali dgn gelang..coz economy dah kukuh just nak kekalkan relation between me n hubby.

Anonymous said...

Tqsm.info gak ni. Sbg pmpuan ak pn x tau nk beli cmne cincin tunang. Bkl tunang bg 1k n kena beli sndri 2 bjik cincin, pening2. Da beli,lps 2 mnggu g tuka sbb rase xcntik. Rugiii

zazaputeri said...

Ada ke org nak bg cincin untuk saya?.... sudah puas menunggu ianya x muncul tiba

Anonymous said...

aku nak tanya bro, kalau compare cincin kat kedai yg x femes (4g yellow gold xde batu) dgn cincin kat kedai yg femes (4g yellow gold xde batu), sama ke harga bila nak gadai (terdesak) nnti?
atau nama kedai pun memainkn peranan dlm harga penjualan semula?

cincin kawin terbaru said...

thanks for share gan.... good news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...