"Aku rimas pakai tudung ni..." bisik Julia kepada Azura.
"Ish, kau ni, pakai aje la. Habis subjek ni, kau bukak la balik," Azura berbisik. Ustazah Mastura memandang tepat ke arah mereka.
"Yes, Julia, Azura, ada apa-apa yang lagi penting berbanding pelajaran kita hari ini?" tanya Mastura. Azura mencebikkan bibir kepada Julia. "Ooppsie!"
"Takde apa Ustazah, saya just beritahu dekat Zura yang saya rimas dengan tudung ni," beritahu Julia. Satu kelas mereka tertawa.
"Kenapa awak rimas?" tanya Mastura.
"Ye lah, sebab tak praktikal. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita panas dan kita pulak diwajibkan untuk menutup aurat yang pada saya, kelihatan tidak selari dengan kehidupan masyarakat kita," Julia menjelaskan.
"Hmmm...." Ustazah Mastura memikirkan sesuatu.
"Ustazah, bukankah Islam tu adalah agama yang menyenangkan kita jadi kenapa saya perlu bangun pagi2, gosok tudung, pakai tudung dan pastikan tudung saya ni tak senget...sehingga membuatkan saya kelam kabut nak hadir ke kelas?" hujah Julia lagi.
"Betul tu Ustazah, saya setuju!" Azura menyokong hujah kawan baiknya.
"Astaghfirullahhalazim. Bawak mengucap woi!" jerit satu suara lelaki dari tempat duduk di belakang dewan kuliah.
Azura dan Julia menoleh ke belakang. Mereka dah boleh agak suara siapa itu. Mamat poyo yang sedikit ekstrimis. Mereka gelarkan dia "Bajet Alim." Kebetulan pulak nama lelaki itu, Halim.
"Halim, awak jangan jadi ekstrimis sangat ye?" pesan Mastura sambil menegur Halim. Ustazah Mastura bingung bagaimana mahu menjustifikasikan praktikaliti kewajipan Islam itu dalam sosio kehidupan Malaysia. Belum masuk bab di mana dia perlu menjawab soalan berkaitan iklim Malaysia dan kesesuaiannya dengan kewajipan bertudung.
"Begini..Julia.." Ustazah Mastura ingin menerangkan tapi cepat-cepat dipintas Julia.
"Ustazah, saya dah tau apa Ustazah nak jawab. Ustazah akan kata ini semua kewajipan kita, tutup aurat tu wajib, ini semua untuk menjaga kehormatan wanita dan setiap helai rambut yang kita tayangkan akan dibakar api neraka kelak, saya percaya semua tu Ustazah," jawab Julia. "Ustazah tak perlu terangkan kepada saya mengenai hukum kerana saya tau apa hukumnya, tapi..."
"Tapi apa Julia?" tanya Ustazah Mastura lembut.
"Praktikaliti tak ada. Zaman dah berubah. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita berbahang, saya tak nampak apa kekurangannya jika saya tak pakai tudung. Saya masih lagi sama," Julia meneguk air liur."....dan Ustazah, saya rasa, saya akan jadi Muslimah yang lebih aktif menyumbang kepada masyarakat jika saya tak dibelenggu dengan keperluan nak menutup aurat."
Julia diam. Ustazah Mastura diam. Satu kelas diam. Bajet Halim pun diam.
"Minggu lepas, saya ada join event dengan anak yatim. Kitorang bawak sekumpulan anak yatim pergi beli belah kemudian lepas tu belanja diorang tiket Sunway Lagoon. Ini semua inisiatif My Lord is Great Organisations universiti kita, yang anjurkan orang-orang Cina beragama Kristian. Saya ikut kerana saya diajak oleh kawan saya....sebab ada budak Islam 3-4 orang dalam rombongan tu," cerita Julia.
"Sampai Sunway Lagoon pergerakan saya jadi terhad. Saya kena jaga aurat saya. Saya kena jaga batas saya. Saya tak boleh nak pegang-pegang anak yatim macam orang2 bukan Islam. Saya nak main dengan diorang pun saya jadi takut sebab takut baju basah dan pakaian melekat dekat badan."
Satu kelas diam mendengar luahan Julia.
"Jika Islam agama yang lemah lembut dan sempurna, kenapa Islam membataskan saya untuk saya buat sesuatu yang mampu mengubah hidup mereka? Bukankah Islam tu cantik? Bila kawan2 saya persoalkan kenapa tak mandi, kenapa nampak tak enjoy...saya jawab sebab my religion asked me to have some boundaries between me and the anak yatim, diorang tanya saya balik....I thought Islam is a beautiful religion? Why Islam forbid you from doing good deeds?"
Julia mula tenang.
"Saya tak tau nak jawab apa Ustazah, tapi saya tau I can do better and I can do much much more kalau saya tak dikongkong oleh agama saya sendiri."
Julia duduk.
Ustazah Mastura hanya diam.
"Julia..." panggil Ustazah Mastura.
Julia melihat Ustazah Mastura. Azura pun sama. Satu kelas tu pun menumpukan perhatian menanti apa jawapan Ustazah Mastura. Halim dah boleh agak apa jawapannya.
"Kita hidup di dunia ni bukan untuk orang lain, kita hidup ni untuk Allah. Jadi apa yang Allah mintak kita buat, kita buat. Tak kiralah apa saja dugaan dia. Sebenarnya boleh aje kita beramal dan masih lagi menjaga batas2 agama bla bla bla..." fikir Halim.
Ustazah Mastura menangis teresak-esak.
"Saya pun tak faham.....Julia," kata Ustazah Mastura sambil menangis.
"Saya tak faham kenapa saya perlu dengar cakap suami saya sedangkan saya ada fikiran saya sendiri, saya mampu berfikir sendiri dan saya mampu buat keputusan sendiri..." tangis Ustazah Mastura. "Saya belajar tinggi-tinggi..saya ada Master...saya tengah buat PHD saya..tapi kenapa perlunya saya dengar cakap seorang lelaki yang belajar setakat SPM?"
"What is the reason ketidakadilan tu berlaku?" tanya Ustazah Mastura kepada kelasnya.
Satu kelas diam.
"Saya rasa satu masa dulu ada lelaki yang ubahkan agama Islam ni supaya wanita tak mampu melawan mereka. Saya percaya yang Islam sekarang ni adalah Islam yang dah terpesong kerana dah dimanipulasi oleh lelaki-lelaki yang sexist." Azura bangun menyampuk.
Julia berdiri. Tangannya pantas meragut tudung yang sedang dipakainya.
"Saya tak percaya yang tudung adalah simbol kepada Islam. Islam adalah agama, Islam ni antara saya dengan Allah, jadi Allah lebih tahu niat saya kenapa saya tidak bertudung!"
Satu kelas bertepuk tangan.
"Pergh...rambut dia cantik jugak," Halim berfikir dalam hati.
....................
Ruangan iklan.
Sehelai tudung merah bawal,
Sepasang kekasih indah,
Kenapa nama dia tudung bawal?
Entahlah.
Sila klik untuk maklumat lanjut.
...............
Nota kaki : M ada ke orang yang pemikiran dia lebih kurang macam apa yang berlaku dalam cerita ni? Entahlah.
Jika dia masih mencari jawapannya kepada soalan2 di atas tu, aku sendiri tak tahu apa nak jawab jika ditanyakan benda2 camtu dan aku tak nak jawab dengan jawapan cliche "Sebab Allah suruh" kerana tak semua orang nak terima jawapan camtu.
Kepada mereka2 yang memang ada terfikir persoalan yang aku kisahkan di atas, cariklah jawapan dia dengan orang yang lebih tahu. Kau lebih tahu diri kau. Allah lebih tahu diri kau berbanding diri kau sendiri...tapi itu bukan lesen untuk kau deny hak Allah dengan alasan "Allah lebih tahu. Allah Maha Mengasihani. Ini antara aku dengan Allah..."
Aku harap kau jangan surrender agama dan diri kau sebelum kau carik jawapan dia.