Semalam, sebab lapar benar, aku singgah makan dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kampung. Waktu tu dah dekat jam 6.50 petang dan aku tak makan apa lagi kecuali sebungkus maggi asam laksa yang aku makan time breakfast. Aku pun singgah dekat yang first aku jumpa. Duduk dan order. Seat aku pilih betul2 depan TV sebab aku memerlukan distraction bila makan, kalau tak aku makan laju sangat.
Tang tang tang. TV3 menayangkan drama yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni,"Love You Mr.Arrogant." Sehinggakan kawan2 aku pun berborak pasal drama ni. Bukannya kawan perempuan, tapi kawan lelaki.
Sambil mengunyah nasik dengan telur goreng, aku pun layan aje la drama tu. Siapa nama awek tu? Hot siot. Free hair ke bertudung ke, dia memang hot. Muka dia sedih pun dia hot. Dia senyum pun hot. Serba serbi hot lah. Tapi episod yang aku layan semalam tu, awek tu banyak buat muka sedih sebab dia banyak kena sound dengan husband (aku rasa) dia.
Aku tak pernah tengok langsung drama tu sebelum tu dan aku tak tau langsung apa background cerita dia...jadi aku cuba agak, cerita ni bermula sebab awek ni kahwin dengan mamat ni, anak datuk barangkali dan mak dia tak restui perhubungan diorang. Kenapa diorang kahwin aku tak tau dan kenapa mamat tu berlagak dengan isteri dia sendiri aku tak tau. Kena tangkap khalwat kot. Ter-romen kot? Ada bau2 bacang dengan filem Ombak Rindu barangkali. Aku tak paham kenapa Mr.Arrogant? Mungkin dia suka menunjuk kekayaan, mungkin zakar dia besar jadi dia suka hebahkan supaya semua orang tau. Mungkin sebab bapak dia datuk jadi dia arrogant.
Aku memang tak tau lah jalan cerita dia tapi apa mesej yang aku dapat tangkap dari drama ni, drama ni sedaya upaya cuba menonjolkan watak seorang wanita yang menghadapi pelbagai kesusahan hidup dan struggle menghadapi rintangan yang datang dari keluarga mertua, malahan suaminya sendiri. Lagipun, semalam, muncul pulak watak seorang wanita lain yang menjadi calon pilihan mak mertua dia. Mesti ada scene mak mertua suruh anak dia ceraikan menantu sebab tak sama darjat dengan dia.
Kenapa drama kita camtu?
Seolah-olah ada template digunakan untuk create hit drama di Malaysia.Create storyline wanita susah payah kena maki, kena hina, suami dia pulak tak guna, mertua pun tak guna, bapak mertua aje memahami dan mesti ada rival antagonist yang lebih seksi berbanding watak utama. Paling penting, watak wanita heroin mestilah perempuan paling penyabar dalam dunia, semua benda jadi pun dia cuba tahan dan langsung takde sekelumit pun mengeluh. Post dalam Facebook pun tak.
Memang pelik sebab dari dulu sampai sekarang, template filem dan drama Melayu adalah sama. Mak mertua mesti busuk hati, suami (atau lelaki) mesti menduakan isteri/awek ataupun husband . Seolah-olah drama2 ni menjaja mesej kepada penonton, awasi mak mertua anda dan suami anda kerana mereka ni ada niat lain dan memang mak dengan anak lelaki ada konspirasi bila kau dah kahwin dengan diorang.
Masalahnya, penonton kita ni kadang2 bangang. Tak dapat nak bezakan drama dengan realiti. Sebab tu lah ada kesnya pelakon kena kutuk sebab dia kerap berlakon watak jahat.
Pada aku la, drama2 camni tak berubah2. Dari dulu sampai sekarang sama aje. Tak ada kreativiti sangat diaplikasikan dalam hiburan kita. Semuanya bertujuan hanya untuk filling up the time supaya golongan mak2 dan wanita2 ni duduk depan TV, layan dan relatekan diri diorang dengan apa yang diorang saksikan. Realisasikan fantasi wanita yang diorang malu nak admit.....
Aku rasa...drama2 yang menggunakan storyline camtu hit, sebab ramai kaum ibu dan wanita kita dapat relate benda tu dengan kisah dia. Ye lah, punyalah ramai wanita dalam internet komplen pasal husband dia, pasal mertua dia. Drama camni mampu meralitikan apa yang ditakuti oleh ramai wanita jadi diorang dapat kaitkan apa yang terjadi dengan diri diorang sendiri. Lagipun, aku rasa, ramai wanita anggap....mereka adalah wanita yang paling sabar dunia sama seperti watak drama tu.
Sebab tu lah kot, ramai yang suka layan drama camtu sebab memang itu target demografik mereka.Guilty pleasure masyarakat Melayu.
Kenapa "I Love You Mr.Arrogant" ? Buruk sangat ke Bahasa Melayu? Kelakar ke kalau tajuk nya "Saya Sayang Kamu Encik Berlagak" ? (agak kelakar tapi pada aku lebih catchy dan tak payah terangkan dekat aku ini based on buku ke novel ke, drama tu bahasanya Melayu). Lastly, sebab drama ni punyalah hit sehinggakan berjuta-juta orang tengok....aku pelik, kenapa tayangannya disiarkan pada waktu Maghrib? Tak ada ke waktu lain yang lebih sesuai?
Punyalah taksub masyarakat kita tengok benda ni sampaikan tukang masak tu masak tak tenang,sambil masak lari2 keluar cepat2 tanya apa jadi dekat pelayan. "Haa..ni mak dia dah boleh cakap dah sikit2..lepas tu ni lepas tu tu, mak dia jatuh dekat rumah bla bla bla..."
Come on bro. Sotong goreng tepung aku mana? Nasik aku dah nak abis dah ni. Dari tadi aku duk makan nasik dengan telur aje.

.jpg)